View Categories

SURAH AL-HASYR : AYAT 5-7

\"\"

TINDAKAN KE ATAS BANI AN-NADHIR DENGAN IZIN ALLAH, HUKUM HARTA FAI\’ & WAJIB IKUT RASULULLAH S.A.W.

Full video : https://youtu.be/d0vgQGmF_jQ

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang tindakan ke atas Bani An-Nadhir dengan izin Allah mereka dikalahkan.
  2. Kemudian Allah s.w.t nyatakan tentang hukum Harta Fai\’ iaitu harta yang ditinggalkan oleh orang kafir.
  3. Serta wajib ke atas kita mengikut arahan Rasulullah S.A.W dan meninggalkan larangannya.
  4. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan kemuliaan-Nya dan Hikmah-Nya. Apa yang terjadi kepada yahudi Bani Nadhir yang belot di Madinah adalah dengan kuasa Allah s.w.t. Dikatakan adalah satu kumpulan yang sangat berani dan kuat kerana mereka ada kubu pertahanan yang kukuh.

ii- Allah juga nyatakan juga dalam ayat yang lepas tentang bahayanya golongan yang menentang Allah s.w.t & Rasul-Nya, menyalahi peraturan-Nya dan melawan ijma\’.

iii- Maka dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan hukum dan akibat ke atas mereka yang keras kepala itu, dilawan mereka, dimusnahkan harta benda mereka dan dijatuhkan hukuman.

AYAT 5- {MANA-MANA JUA POHON KURMA (KEPUNYAAN MUSUH) YANG KAMU TEBANG ATAU KAMU BIARKAN TEGAK BERDIRI SEPERTI KEADAANNYA YANG ASAL, MAKA YANG DEMIKIAN ADALAH DENGAN IZIN ALLAH (KERANA IA HENDAK MEMBERI KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG MUKMIN), DAN KERANA IA HENDAK MENIMPAKAN KEHINAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG FASIK.} (AL-HASY-R 59:5)

  1. Sabab nuzul ayat ini :
    i- Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah membakar pohon-pohon kurma Bani Nadhir dan memotong sebahagiannya. [HR Bukhari]

Iaitu Rasulullah s.a.w dan para sahabat memotong dan membakar pokok-pokok tamar yang menjadi benteng kepada jalan ke kubu kaum yahudi ini. Maka timbul percakapan di\’ayah yahudi bahawa perbuatan kaum muslimin ini satu pengkhianatan dan pembaziran.

ii- maka ayat ini turun sebagai keterangan, Allah s.w.t memberitahu bahawa tiada celaan atas perbuatan itu kerana ia adalah dengan izin Allah, untuk memenangkan tentera Islam. Tiada celaan dan kesalahan kerana Allah s.w.t Izinkan untuk peperangan itu.

  1. Ulama\’ tafsir membincangkan maksudnya pohon kurma ini (لِّينَةٍ):
    i- ada kata semua tamar kecuali pokok tamar Ajwah.
    ii- ada kata semua tamar kecuali Ajwah & Barni Madinah.

Ini kerana dua tamar ini adalah jenisnya yang khas, mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri sebagaimana dalam hadis Rasulullah s.a.w.

  1. Hadis yang menyebut nama dua tamar ini:
    i- Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi S.A.W bersabda:
    مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
    Maksudnya : \”Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.\” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

ii- Daripada riwayat Abu Said al-Khudri r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda:
خَيْرُ تَمَرَاتِكُمُ الْبَرْنِيُّ يُخْرِجُ الدَّاءَ وَلَا دَاءَ فِيهِ
Maksudnya : \”Sebaik-baik kurma bagi kamu semua adalah kurma Barni. Ia menghilangkan penyakit dan tiada penyakit padanya.\” [HR al-Hakim (7451)]

Untuk maklumat lanjut tentang tamar Madinah boleh baca:
https://dartaibah.com/?page_id=179…

  1. Juga kerana Allah s.w.t hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik (ٱلْفَـٰسِقِينَ).
    Orang yang fasiq ialah orang yang menyalahi larangan Allah dan Rasul-Nya. Dalam konteks ayat ini adalah yahudi bani Nadhir. Jadi apa yang Rasulullah s.a.w lakukan itu adalah sesuatu yang diizinkah Allah s.w.t untuk menghina mereka!

AYAT 6- {DAN APA JUA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA RASULNYA DARI PENINGGALAN HARTA BENDA MEREKA (YANG TELAH DIUSIR ITU, MAKA KAMU TIDAK BERHAK MENDAPATNYA), KERANA KAMU TIDAK MEMECUT SEEKOR KUDA PUN DAN TIDAK MENUNGGANG SEEKOR UNTA PUN (UNTUK BERPERANG MENGALAHKAN MEREKA); TETAPI ALLAH MEMBERIKAN KEKUASAAN KEPADA RASUL-RASULNYA MENGALAHKAN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (DENGAN TIDAK PAYAH BERPERANG); DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-HASY-R 59:6)

  1. Ayat ini adalah tentang dua hukum tentang harta yang ditinggalkan oleh puak kafir. Puak kafir yang tidak mahu menerima dakwah Islam boleh diperangi.
  2. Jika mereka kalah, mereka akan ditawan dan menjadi hamba, manakala harta mereka akan jatuh ke bawah milik kaum muslimin.
  3. Harta rampasan perang ini pula terbahagi kepada dua:
    i- al-ghanimah (الغنيمة):- harta yang didapati selepas berlaku pertempuran antara dua pihak dan kemenangan bagi pihak Islam. Ia ada cara pembahagiannya yang khas.
  4. Pembahagian harta ghanimah telah disebut dalam surah al-Anfal: 41. Firman Allah s.w.t:
    {Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada \”Hari Al-Furqaan\”, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} (Al-Anfaal 8:41)

RINGKASNYA, IA DIBAHAGIKAN KEPADA 5 BAHAGIAN :

4 bahagian untuk tentera yang menyertai peperangan dan 1 bahagian untuk Allah dan Rasul.

ii- al-Fai\’ (الفيء): harta yang diperolehi oleh tentera Islam tanpa berlaku pertempuran atau perjalanan yang kauh. Ini samada musuh kafir lari berundur meninggalkannya atau mereka menyerah diri mengaku kalah dari awal. Ia ada cara pembahagiannya yang khas juga seperti ayat yang kita bincangkan ini.

  1. Allah s.w.t berikan kekuasaan kepada Rasul-Nya s.a.w mengalahkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak payah berperang.
  2. Ini kerana Allah s.w.t Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Yakni Allah mempunyai kekuasaan yang sempurna Dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya.
  3. Ayat ini menjadi perbincangan tentang hukum harta yang diambil dari Bani Nadhir selepas ditimpa ke atas mereka azab, dengan dikepung mereka lalu mereka sendiri mengaku kalah lari meninggalkan segala harta mereka. Bahkan ada yang mereka sempat rosakkan supaya orang Islam tidak dapat menggunakannya.

AYAT 7- {APA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA RASULNYA (MUHAMMAD) DARI HARTA PENDUDUK NEGERI, BANDAR ATAU DESA DENGAN TIDAK BERPERANG, MAKA ADALAH IA TERTENTU BAGI ALLAH, DAN BAGI RASULULLAH, DAN BAGI KAUM KERABAT (RASULULLAH), DAN ANAK-ANAK YATIM, DAN ORANG-ORANG MISKIN, SERTA ORANG-ORANG MUSAFIR (YANG KEPUTUSAN). (KETETAPAN YANG DEMIKIAN) SUPAYA HARTA ITU TIDAK HANYA BEREDAR DI ANTARA ORANG-ORANG KAYA DARI KALANGAN KAMU. DAN APA JUA PERINTAH YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH (S.A.W) KEPADA KAMU MAKA TERIMALAH SERTA AMALKAN, DAN APA JUA YANG DILARANGNYA KAMU MELAKUKANNYA MAKA PATUHILAH LARANGANNYA. DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH; SESUNGGUHNYA ALLAH AMATLAH BERAT AZAB SEKSANYA (BAGI ORANG-ORANG YANG MELANGGAR PERINTAHNYA).} (AL-HASY-R 59:7) }

  1. Ayat ini mengajar cara pembahagian harta al-Fai\’. Allah Swt. memberikan harta fai\’ kepada Allah & Rasul-Nya.
  2. Maka Allah s.w.t mengajar cara pembahagiannya dan Rasulullah s.a.w mengembalikan harta itu kepada kaum Muslim dan membelanjakannya ke jalan-jalan kebaikan dan kebajikan untuk kepentingan umum umat Islam.
  3. Harta fai\’ dibahagikan kepada 5 bahagian dulu dan barulah dibahagikan sama rata. Maknanya setiap 5 bahagian itu mendapat bahagian masing-masing.
  4. 5 asnaf (golongan) yang mendapat harta fai\’ ini adalah:
    i- Bagi Allah & Rasul-Nya- Yakni untuk Baitul-Mal kaum muslimin.

ii- Ahli keluarga Rasulullah s.a.w. dari kalangan mereka yang tidak boleh ambil zakat iaitu iaitu Bani Hasyim dan Bani Muttalib.

iii- Anak yatim- kanak-kanak belum baligh yang kematian bapanya.

iv- Orang Miskin- yang memerlukan nafkah dan tidak cukup perbelanjaan.

v- Musafir yang terputus bekalannya dalam perjalanan. Yakni dia miskin pada saat itu walaupun mungkin dia kaya di negeri asalnya.

  1. Pembahagian ini tidak bercanggah dengan ayat 41 surah al-Anfal tadi kerana ia adalah dua jenis harta yang berbeza situasinya.
  2. Ketetapan cara pembahagian harta ini adalah supaya harta rampasan perang ini tidak berlegar di kalangan orang yang kaya saja iaitu mereka yang mampu pergi berperang.
  3. Allah s.w.t akhiri ayat ini dengan satu perintah khas yang menjadi kewajipan kepada kita untuk mematuhi Rasulullah s.a.w:
    i- apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan.
    Contoh; cara pembahagian harta al-Fai\’ ini.

ii- dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.
Contoh: Larangan dari mencuri harta rampasan perang.

  1. Hadis- Sabda Rasulullah s.a.w:
    ذَرُونِى مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَىْءٍ فَدَعُوهُ

Maksudnya: Tinggallah kepadaku apa yang aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu kerana banyaknya bertanya dan khilafnya mereka kepada para Nabi. Justeru apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu, maka lakukanlah sesuai dengan kadar kemampuan kamu, dan apabila aku larang kamu daripada sesuatu maka tinggalkanlah. [HR Muslim (3321].

  1. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya. Jika kita tidak langar perintah Allah maka jangan takut.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 5- {Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal,}- Allah s.w.t kata dalam ayat ini tidak mengapa pokok tamar jenis (لِّينَةٍ).

i- Timbul persoalan di sini kena disebut khas pokok tamar biasa (لِّينَةٍ) di sini?

JAWAPAN :

Yakni jika pokok itu banyak jenis maka pilih-pilihlah yang bukan dari jenis tadi.
Tetapi jika tiada pilihan, hanya pokok itu saja yang ada (Ajwah atau barni) maka tebanglah juga untuk memberi tekanan kepada yahudi itu supaya mereka rasa sakit hati dan terancam! Tetapi asasnya yang dibenarkan tebang adalah pokok tamar yang biasa dulu.

ii- Dari ayat ini juga ulama\’ usul fiqh berbincang- apakah semua ijtihad itu betul dan baik? Samada ada betul atau tidak keduanya ijtihad yang benar?

JAWAPAN :

Tidak, hanya seorang mujtahid sahaja yang betul, yang seorang lagi hanya akan dapat pahala ijtihad sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ‏‏ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

Maksudnya: \”Apabila seorang hakim melakukan hukum lalu dia berijtihad dan kemudiannya dia benar maka untuknya dua ganjaran pahala. Sekiranya beliau menghakimi dan berijtihad, kemudian dia tersilap maka baginya satu pahala.\” [HR al-Bukhari (7352) dan Muslim (1716)].

Jadi dari hadis ini dapat kita fahami bahawa yang benar itu hanya satu sahaja. Bukan semua mujtahid itu betul; cuma semua mujtahid akan dapat pahala atas ijtihad yang dibuat walaupun salah. Maka kita kena ikut ijtihad yang betullah jangan ikut yang salah pula!

  1. Ayat 5- {Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah}- ulama\’ kata ayat ini menunjukkan harus bagi tentera Islam untuk menebang pokok-pokok atau memusnahkan harta kafir harbi yang berperang dengan kita, samada pokok yang sedang berbuah atau tidak, kita tebang atau bakar, jika ada keperluan dan kepentingan maslahah.

Dalam isu peperangan kita kena tengok kepada strategi, jika ada maslahah dan perlu kita rosakkan boleh jangan hanya saja-saja yang membawa kepada pembaziran. Jika tidak kita juga yang akan rugi.

Seperti perang cyber hari ini, boleh kita guna strategi nyatakan agenda atau plan yang akan dibuat untuk menolong dan membantu rakyat dan untuk kebaikan negara. Yang penting jangan menipu- bukan janji atau manifesto palsu; orang mukmin tidak menipu!
Jangan sampai generasi depan kita menyangka perbuatan ini adalah normal dan mengamalkannya.

  1. Ayat 5- {Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah}- kata para ulama\’; semua perkara yang diizinkan Allah s.w.t akan menjadi haram walaupun asalnya ia adalah haram.

Contohnya seperti:
i- asalnya haram menebang pokok kerana ia membazir tetapi dalam kes ini apabila diizinkan Allah untuk strategi dan maslahah peperangan maka ia dibolehkan.

ii- duduk bersama perempuan bukan mahram- awalnya haram, tetapi selepas ajad nikah ia dihalalkan oleh Allah maka boleh duduk bersama.
Semua yang diizin Allah adalah halal, manakala benda yang tidak diizinkan adalah haram di sisi Allah walaupun otak dan logik kita nampak baik dan elok!

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Tiada hak untuk kita menipu dalam janji atau melemparkan tuduhan palsu.

{dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.}- dari ayat ini adalah kaedah yang besar bahawa menghina orang yang fasiq dan menentang Allah itu adalah dibenarkan.
Mereka yang menentang Islam walaupun berselimdung di sebalik apa nama/persatuan sekalipun; kita mesti lawan mereka dan jika ada peluang untuk kita jatuhkan mereka kita mesti jatuhkan!

  1. Ayat 7- {Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang,}- yakni harta Fai\’ dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya, dikembalikan.

Kalimah fai\’ dari segi bahasa, maksudnya \’pulang balik kepada pemilik asal\’. Dan pemilik asal harta adalah orang mukmin kerana orang kafir adalah pemilik haram. Ini adalah kerana mereka tidak mentaati Allah. Oleh kerana itu apabila umat Islam mengambil fai\’, itu memang mengambil balik hak umat Islam.

Manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah dan Rasul-Nya. Bila mereka ingkar dan tidak buat ibadat – Allah S.W.T akan ambil balik dan beri pada orang mukmin yang beriman, sujud patuh kepada Allah s.w.t. Yakni harta fai\’ di balikkan haknya kepada orang beriman kerana mereka kafir, ingkar kepada Allah.

  1. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.} – semua yang Rasulullah s.a.w bawa kita kena ambil- inilah kaedah umumnya- mana-mana yang sahih dari Rasulullah s.a.w hukumnya sama level dengan al-Quran.

Inilah kewajipan kita terhadap Rasulullah s.a.w. Keduanya ini adalah wahyu dari Allah s.w.t walaupun susunannya Sunnah yang kedua.

Nas dari Rasulullah s.a.w ini samada:
i- hukum yang wajib iaitu fardhu.
ii- hukum yang sunat iaitu Sunnah Baginda s.a.w.

Wajib ke atas kita untuk ambil dan terima apa yang dibawa oleh Baginda dan tidak halal untuk menyalahinya!
Yang pentingnya kita ikut ajaran Nabi s.a.w sebagaimana kita ikut al-Quran.

Ayat ini lengkap mengajar kewajipan kita terhadap Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah.

Powered by BetterDocs