PUJIAN KEPADA MUHAJIRIN DAN ANSAR YANG BAIK HATI & ORANG YANG KEMUDIAN BERDOA AGAR TIDAK MEMBENCI ORANG BERIMAN.
Full video : https://youtu.be/mH0j0jSYau8
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang pujian kepada kaum Muhajirin dan Ansar yang baik hati.
- Juga tentang Tabi\’in dan orang yang datang kemudian- yang berdoa kepada orang yang terdahulu serta berdoa agar tidak membenci dan sakit hati kepada orang-orang beriman.
- Munasabah ayat: Dalam siri yang lepas Allah s.w.t menceritakan tentang cara pembahagian harta al-Fai\’- iaitu harta yang ditinggalkan oleh yahudi bani Nadhir dan diberkan kepada Rasulullah s.a.w & orang muslimin.
Maka dalam ayat ini Allah s.w.t mengingatkan agar harta ini jangan lupa diberikan kepada kaum Muhajirin yang menjadi faqir dan miskin di Madinah.
Mereka ini dihalau keluar dari Makkah oleh Quraisy, terpaksa meninggalkan kampung halaman dan harta bendanya, berhijrah keluar semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya serta semata untuk menolong Allah & Rasul-Nya.
AYAT 8- {(PEMBERIAN ITU HENDAKLAH DIUNTUKKAN) KEPADA ORANG-ORANG FAKIR YANG BERHIJRAH, YANG TELAH DIUSIR KELUAR DARI KAMPUNG HALAMANNYA DAN HARTA BENDANYA (KERANA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM), UNTUK MENCARI LIMPAH KURNIA DARI ALLAH DAN KEREDAANNYA, SERTA MENOLONG (AGAMA) ALLAH DAN RASULNYA; MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (IMANNYA DAN AMALNYA).} (AL-HASY-R 59:8)
- Allah s.w.t mengingatkan agar jangan lupa memberikan kepada kaum Muhajirin, sebahagian dari harta al-Fai\’ yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w dari harta yahudi bani Nadhir.
- Mereka ini adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang berasal dari Makkah.
Mereka keluar berhijrah kerana:
i- dizalimi oleh Quraisy di Makkah dan dihalau keluar dari Makkah. - Tujuan mereka keluar kerana:
i- mencari limpah kurnia Allah s.w.t.
ii- mencari keredhaan Allah s.w.t & Rasul-Nya.
ii- untuk menolong agama Allah. - Maka mereka ini Allah s.w.t gelar sebagai orang-orang yang benar imannya dan amalnya { ٱلصَّـٰدِقُونَ }. Iaitu orang yang benar dalam keimanannya kepada Allah & Rasulullah s.a.w.
- Maka apa lagi yang kaum Muhajirin mahu, Allah s.w.t telah memuji dan sifatkan mereka sedemikian rupa.
AYAT 9- {DAN ORANG-ORANG (ANSAR) YANG MENDIAMI NEGERI (MADINAH) SERTA BERIMAN SEBELUM MEREKA, MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH KE NEGERI MEREKA, DAN TIDAK ADA PULA DALAM HATI MEREKA PERASAAN BERHAJATKAN APA YANG TELAH DIBERI KEPADA ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH ITU; DAN MEREKA JUGA MENGUTAMAKAN ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH ITU LEBIH DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEKALIPUN MEREKA DALAM KEADAAN KEKURANGAN DAN AMAT BERHAJAT. DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG MENJAGA SERTA MEMELIHARA DIRINYA DARIPADA DIPENGARUHI OLEH TABIAT BAKHILNYA, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.} (AL-HASY-R 59:9)
- Dalam ayat ini pula Allah s.w.t memuji pula sahabat Rasulullah s.a.w dari kaum Ansar. Menunjukkan kelebihan golongan Ansar pula.
- Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri dari kaum Aus & Khazraj. Ada dari mereka yang beriman terlebih dahulu daripada kaum Muhajirin dari Makkah ini!
- Sifat mereka pula adalah sangat mengasihi dan menghormati kaum Muhajirin yang datang berhijrah ke tempat mereka! Mereka mementingkan tetamu ini dan memberikan bantuan yang amat banyak dan besar.
- Mereka sanggup memberikan harta dan apa saja keperluan yang diingini oleh kaum Muhajirin, sanggup menawarkan kebun-kebun dan isteri yang mereka miliki untuk diambil!
- Kisah dari hadis-
i- dari Abu Hurairah ra. ia bercerita, kaum Ansar berkata: \”Ambil-lah kebun kami ini dan bahagilah antara kami dan mereka (kaum Muhajirin).\”
Rasulullah s.a.w bersabda: \”Tidak.\”
(Rasulullah s.a.w menolak cadangan ini, kenapa nak ambil harta orang lagipun kaum Muhajirin bukan berhijrah untuk mencari harta).
Maka mereka (Ansar) berkata lagi: \”Jika begitu kami minta mereka (Muhajirin) datang membantu bekerja di kebun kami dan bila mendapat hasil buahnya kita akan membahagikannya.\”
(Cadangan kedua ini dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w).
Kemudian mereka berkata: \”Kami mendengar dan kami taat.\” (HR al-Bukhari).
ii- tawaran dari Rasulullah s.a.w kepada Ansar pula:
Riwayat dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w menawarkan kepada mereka harta rampasan dari Bahrain tetapi kaum Ansar tolak harta itu kecuali diberi juga kepada muhajirin.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
Selepas ini akan datang zaman yang akan berlaku (pilih kasih) maka bersabarlah kamu sehingga kamu bertemu denganku di tepi kolam \”Haudh\” di Mahsyar nanti.\” [HR Bukhari].
ii- apabila Rasulullah S.A.W mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, Baginda mempersaudarakan Saad bin Ar-Rabi\’ r.a dengan Abdul Rahman bin Auf r.a. Keduanya adalah tokoh perniagaan dari kalangan masing-masing.
Apabila Sa\’ad bin Rabi\’ melihatkan saudaranya, Abdul Rahman tidak memiliki satu harta pun, lantas beliau berkata, \”Wahai saudaraku, aku orang Madinah yang banyak harta. Aku mempunyai dua kebun dan aku juga mempunyai dua orang isteri. Maka engkau lihatlah pada kebunku yang mana satu engkau inginkan. Pilihlah. Akanku berikan kepadamu. Juga pilihlah yang mana satu daripada isteriku yang engkau mahukan. Akan aku ceraikan salah seorang daripada mereka, untuk kamu.\”
Maka Abdul Rahman berkata kepada saudaranya itu: \”Mudah-mudahan Allah memberkati engkau pada hartamu dan ahli keluargamu.\”
Abdul Rahman tidak mahu mengambil pemberian dan pelawaan saudaranya itu, bahkan dia ingin berjaya atas hasil usahanya sendiri. Dia meminta ditunjukkan pasar (di sekitar sini) tempat berjual-beli.
Lalu Sa\’ad r.a menunjukkan pasar Qainuqa\’ kepadanya. Mulai waktu itu, Abdul Rahman r.a mula pergi ke pasar untuk berniaga, sehingga akhirnya ia mendapat pendapatan dan tidak memerlukan lagi bantuan dari saudaranya. [HR Bukhari]
6. Begitulah kehebatan dan kemuliaan jiwa dua sahabat ini seorang amat pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri maka seorang lagi tidak mengambil kesempatan dan peluang atas kebaikan kawannya itu!
7. Antara sifat mulia kaum Ansar ini:
i- Tiada juga dalam diri golongan Ansar ini sifat dengki terhadap golongan Muhajirin yang mendapat harta rampasan al-Fai\’ yahudi bani Nadhir tadi.
ii- mereka juga lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka juga memerlukannya.
8. Sebab nuzul ayat :
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:
\”Seorang laki-laki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, \’Aku lapar. Maka Rasulullah bertanya kepada isteri-isterinya jika ada makanan, tapi tidak ada. Lalu Baginda bersabda: \’Apakah tidak ada seorang yang mahu menerima orang ini sebagai tamu malam ini?
Ketahuilah bahwa orang yang mahu menerima laki-laki ini sebagai tamu (dan memberi makan) malam ini, akan diberi rahmat oleh Allah.
Abu Talhah, seorang dari golongan Ansar, berkata, \’Saya ya Rasulullah.
Maka ia pergi menemui isterinya dan berkata, \’Hormatilah tamu Rasulullah. Isterinya menjawab, \’Demi Allah, tidak ada makanan kecuali makanan untuk anak-anak.
Abu Talhah berkata, \’Apabila anak-anak hendak makan malam, tidurkanlah mereka, padamkanlah lampu biarlah kita menahan lapar pada malam ini agar kita dapat menerima tamu Rasulullah.
Maka isterinya mengikut arahannya.
Pagi-pagi besoknya Abu Talhah menghadap Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa malam itu dan Baginda s.a.w bersabda:
\’Allah benar-benar kagum malam itu terhadap perbuatan kamu suami-isteri. Maka ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu.\” [HR Bukhari & Muslim].
9. Inilah kelebihan orang yang bersedekah walaupun dia sendiri susah!
Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:
\”Seorang lelaki menemui Rasulullah S.A.W lalu bertanya: \”Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?\”
Rasulullah S.A.W menjawab: \”Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.\” [HR al-Bukhari].
Yakni sedekah dari orang yang susah tetapi sifat dan jiwanya baik.
- Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sebaik-baik sedekah adalah usaha [jerih payah] orang yang miskin.\”
- Allah katakan lagi sesiapa yang berjaya menjaga, mengawal dirinya daripada sifat tamak { يُوقَ شُحَّ} dan dari dipengaruhi tabiat bakhil dengan bersedekah, mereka itulah orang yang berjaya {ٱلْمُفْلِحُونَ}.
- Ulama\’ membezakan antara dua sifat ini, tetapi ianya adalah berkembar:
i- Syuh- { شُحَّ} – perasaan tamak haloba- gila-gila kejar harta untuk mengumpulkan harta sebanyak mungkin.
ii- Bakhil- {البخل}- ini pula selepas ada harta, bakhil tidak mahu sedekah kerana sayangkan harta yang ada pula!
10. Hadis- dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Takutlah kamu akan kezaliman, kerana ia akan menjadi pelbagai kezaliman di hari kiamat. Takutlah kamu akan Syuh (Sifat Kikir), kerana ia yang telah menghancurkan umat sebelum kamu.\” [HR Muslim: 1512 ]
AYAT 10- {DAN ORANG-ORANG (ISLAM) YANG DATANG KEMUDIAN DARIPADA MEREKA (BERDOA DENGAN) BERKATA: \”WAHAI TUHAN KAMI! AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN DOSA SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG MENDAHULUI KAMI DALAM IMAN, DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN DALAM HATI PERASAAN HASAD DENGKI DAN DENDAM TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN. WAHAI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MELIMPAH BELAS KASIHAN DAN RAHMATMU\”.} (AL-HASY-R 59:10)
- Susunan gelaran orang beriman; bermula dari Rasulullah s.a.w:
i- mereka yang beriman dan sempat bertemu Rasulullah s.a.w dipanggil SAHABAT radhiyallah anhum.
ii- mereka yang beriman tidak sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w tetapi sempat bertemu sahabat dipanggil TABI\’EN.
iii- mereka yang beriman dan sempat bertemu tabi\’en dipanggil TABI\’ TABI\’EN.
iv- kemudian TABI\’ TABI\’ TABI\’EN seterusnya sehingga ke umat akhir zaman kita.
- Mereka yang baik-baik dan beriman selepas golongan Muhajirin & Ansar, sentiasa berdoa untuk orang terdahulu:
{ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ}
\”Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.\”
- Selain berdoa untuk orang lain kita juga berdoa untuk hati kita sendiri agar Allah bersihkan hati kita dari sifat benci dan segala perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
- Kita jadikan doa ini sebagai satu doa yang sentiasa kita amalkan. Ia boleh dibaca bila-bila saja dan di mana saja, dalam solat atau luar solat, hatta wanita haidh juga boleh membacanya sebagai satu doa.
- Allah s.w.t tutup ayat ini dengan menyatakan sifat-Nya: {Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.\”}
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 8- {(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).} DAN
Ayat 9- {Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.}-
Melalui dua ayat ini. Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin & Ansar dengan enam sifat utama.
GOLONGAN MUHAJIRIN & ANSAR :
i- mereka berhijrah kerana Allah, bukan kerana harta & dunia.
ii- membela agama iaitu membela Allah & Rasul-Nya.
iii- mereka orang-orang yang benar imannya dan amalnya {ٱلصَّـٰدِقُونَ }.
iv- orang Ansar sangat mengasihi dan menghormati kaum Muhajirin, begitu juga sebaliknya.
v- orang Ansar sangat gembira jika orang Muhajirin mendapat kesenangan dan kebaikan seperti kisah harta Fa\’i bani Nadhir tadi.
vi- Mereka mementingkan dan amat mengutamakan Muhajirin lebih daripada diri sendiri dan keluarga (kisah sahabat yang tutup lampu tadi).
Enam sifat ini menunjukkan kesempurnaan iman mereka!
Maka sesiapa yang mengurangkan hak sahabat samada Ansar atau Muhajirin maka mereka adalah orang yang lemah imannya!
Sebagaimana yang telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w; jangan kamu caci sahabat aku. Sebagaimana perbuatan Syiah yang busuk dan jahat mulutnya.
PERHATIAN :
Golongan Muhajirin ini hanya faqir atau miskin pada awal ketibaan mereka di Madinah selepas hijrah sahaja kerana meninggalkan segalanya di Makkah. Yakni ketika ayat ini turun.
Selepas dari itu mereka berusaha dan mencari nafkah, berniaga dengan modal yang diberi dan sebagainya sehingga berjaya menaik-kembali taraf mereka. Bukan kata mereka miskin selamanya.
- Ayat 8- {mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).}- ulama\’ tadabbur kata ini satu sijil dan akuan dari Allah s.w.t kepada golongan Muhajirin.
Bahagialah Muhajirin mendapat anugerah yang begitu besar.
Kerana mereka keluar dari rumah, kampung halaman mereka meninggalkan segala harta dan milik kerana Allah s.w.t, bukan kerana cari projek.
Sehinggakan sebahagian ulama\’ Ahlus-Sunnah mengatakan ayat ini menjadi dalil akan keabsahan perlantikan Khalifah Abu Bakar r.a yang dipanggil khalifah Rasulullah s.a.w oleh puak Muhajirin.
Ini kerana Allah s.w.t memanggil mereka sebagai orang yang benar/betul!
Dalam ayat ini Allah s.w.t sebut kelebihan Muhajirin dengan sedemikian sifat!
- Ayat 8- {(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).}
- ayat ini menyatakan kelebihan Muhajirin dan tidak ada di kalangan Muhajirin yang munafiq! Yang menjadi munafiq hanyalah penduduk Madinah seperti Abdullah bin Ubai bin Salul bapa munafiq.
i- Ini kerana tidak akan ada orang kafir yang mahu mengaku Islam yakni menjadi munafiq semata-mata untuk berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. Mereka tidak akan meninggalkan kesenangan dan kekayaan di kampung halaman mereka untuk menjadi susah dan faqir! Maka bebas & selamatlah kaum Muhajirin dari sifat munafiq!
ii- Ayat ini juga menunjukkan tertib utamanya Muhajirin lebih afdhal daripada Ansar dalam perjuangan dan ujian yang mereka hadapi.
- Ayat 9- {Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.}
- dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut dan memuji golongan Ansar pula.
Ayat ini menunjukkan kelebihan kaum Ansar dari sudut sifat pemurah, mengutamakan tetamu, suka membantu orang susah dan mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri!
Tetapi ingat; kata ulama\’:
Mengutamakan orang lain dalam perkara dunia, satu sifat yang terpuji. Walaupun kita sendiri susah dan memerlukannya!
Tetapi melebihkan orang lain dalam bab ibadat adalah sifat tercela.
Contoh: beri saf depan dalam solat kepada orang lain- salah!
Ini kerana kita semua perlukan rahmat Allah s.w.t yang begitu banyak!
- Ayat 10- {Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: \”Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu\”.}
- sifat orang baik mendoakan orang-orang terdahulu, sifat tak baik pula mencela-cerca orang dahulu!
Oleh kerana dalam hati kita ada sifat yang pelbagai seperti benci & hasad dengki;
i- maka kita wajib mencintai sahabat-sahabat Nabi s.a.w – jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah dan pegangan Syi\’ah.
Wajib tolak dengan tegas dan pegangan yang yakin. Itu adalah hak para sahabat Nabi s.a.w.
ii- kemudian hak orang-orang mukmin sebelum dari kita samada ibu bapa kita, datuk nenek kita serta semua orang Islam lain sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Setiap doa kita adalah kepada seluruh orang Islam ini tidak kira berapa juta.
Kita juga jangan lupa berdoa kepada diri kita sendiri supaya kita tidak benci kepada sesama Islam dan orang yang beriman. Doa ini amat elok sekali dibaca:
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ
\”Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu\”.
Ayat ini boleh kita jadikan satu doa yang boleh dibaca bila-bila saja dan di mana saja, dalam solat atau luar solat, pagi petang siang malam hatta wanita haidh juga boleh membacanya sebagai satu doa bukan al-Quran.
Kita kena benci dan lawan kafir yang menentang Islam.
Kita bukan benci mereka kerana tubuh badan mereka tetapi kerana kekufuran mereka itu!
Ini wajib kita lawan dan jangan terpedaya dengan lakonan mereka. Jika kita sudah tahu dan kenal perangai mereka jangan tertipu lagi untuk kali kedua!
Semoga Allah s.w.t selamatkan dan jaga hati kita semua.