View Categories

SURAH AL-HUJURAT : AYAT 14-15

\"\"

MENOLAK PENGAKUAN A\’RAB, BEZA ANTARA IMAN DAN ISLAM & TIADA KERAGUAN DALAM IMAN.

Full video : https://youtu.be/7cCR0tM7MmA

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menolak pengakuan A\’rab- puak badwi yang mengaku beriman, bahkan Allah menyuruh mereka mengaku sebagai Islam sahaja dulu.
  2. Ini kerana terdapat perbezaan antara keduanya; iman & Islam. Kita akan bincangkan nanti!
  3. Jika orang yang benar-benar beriman tidak akan ada keraguan dan syak wasangka, imannya pasti teguh & mantap!
  4. Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t memerintahkan kita supaya mengagungkan, memulia, menghormati & membesarkan Nabi s.a.w dengan kedudukan yang Allah anugerahkan kepada Baginda s.a.w.
    Allah s.w.t larang kita dari menyakiti Nabi s.a.w, pada diri, keluarga dan umatnya. Allah s.w.t juga larang kita membesar diri & berbangga dengan keturunan. Kerana ia akan membawa kepada menghina orang, kemudian ia akan menyebabkan perbalahan dan putusnya hubungan!
    Kerana itu Allah s.w.t menyatakan bahawa dia Maha Mengetahui lagi Amat mendalam Pengetahuan-Nya.
  5. Kemudian dalam ayat ini bila datang orang Badwi mengaku beriman Allah nafikan! Kerana Tuhan tahu mulutnya saja mengaku beriman sedangkan dalam hatinya belum mantap imannya. Berbeza dengan munafiqin yang hanya mengaku mulut saja juga tetapi di dalam hati mereka lansung tiada keimanan!

AYAT 14- {ORANG-ORANG \” A\’RAAB\” BERKATA: \” KAMI TELAH BERIMAN\”. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”KAMU BELUM BERIMAN, (JANGANLAH BERKATA DEMIKIAN), TETAPI SEMENTARA IMAN BELUM LAGI MERESAP MASUK KE DALAM HATI KAMU BERKATALAH SAHAJA: ` KAMI TELAH ISLAM \’. DAN (INGATLAH), JIKA KAMU TAAT KEPADA ALLAH RASULNYA (ZAHIR DAN BATIN), ALLAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN SEDIKITPUN DARI PAHALA AMAL-AMAL KAMU, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI\”.} (AL-HUJURAAT 49:14)

  1. Sekumpulan orang A\’rab Badwi datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengaku dan berkata mereka telah beriman; tetapi ditegur oleh Allah s.w.t supaya hanya mengaku Islam saja dulu.
  2. Orang A\’rab yang disebut dalam surah ini ialah orang Arab Badwi penduduk padang pasir, golongan yang masih liar dan belum beriman dengan sebenarnya.
    Mereka datang ke Madinah mengadap Nabi s.a.w dengan tujuan mendapat keselamatan & jaminankeamanan serta keuntungan dunia seperti mendapat zakat, bahagian harta rampasan dan lain-lain habuan dunia, kerana itu mereka mengaku beriman.
  3. Tetapi bukan semua mereka yang bersifat begitu, bahkan ada yang mantap dan teguh iman mereka sebagai firman Allah s.w.t ini:
    {Dan sebahagian dari orang-orang A\’raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (At-Taubah 9:99)

Kita kena adil jangan pukul rata menjatuh hukum secara umum ke atas mana-mana kaum semuanya. Jika sebahagian berperangai buruk bukan semua mereka akan berperangai begitu. Seperti bukan semua Melayu pemalas, bukan semua Arab kasar dan seumpamannya! Dalam setiap golongan manusia pasti ada yang baik dan yang buruk.

  1. Allah s.w.t ajar kepada Rasulullah s.a.w untuk menegur mereka agak jangan mengaku beriman, bahkan hanya mengaku beriman sahaja!
  2. Apakah beza iman & Islam?
    i- Iman itu lebih khas dari Islam.

ii- Ini kerana Islam itu boleh nampak dengan zahir manakala iman perkara dalam hati.

iii- Kita hanya menghukum yang zahir, Allah swt yang menilai apa yang batinnya.

  1. Apa yang ada dalam hati hanya Allah s.w.t yang tahu dan dia memberitahu kepada Nabi-Nya s.a.w. Kita manusia biasa jangan mengaku tahu pula pa yang ada dalam hati manusia lain!
  2. kamu belum beriman dengan iman yang sempurna, jangan mengaku sudah beriman tapi hanya mengaku bahawa kami sudah masuk Islam.
  3. Siapakah mereka A\’rab ini? Ulama\’ tafsir ada dua pendapat:
    i- mereka bukan orang munafiq. Mereka orang Islam tetapi belum menjadi mukmin yang mantap lagi, iman belum masuk sepenuhnya dalam hati mereka!

Hadis Rasulullah s.a.w yang membezakan antara golongan muslim & mukmin ketika Baginda s.a.w membahagikan ghanimah – harta rampasan. [HR Bukhari & Muslim],

ii- pandangan kedua mengatakan puak yang disebut itu adalah puak munafiq. Ini kerana mereka masuk Islam kerana takut dibunuh atau ditawan, jadi untuk selamat mereka mengaku beriman! Ini adalah sifat munafiq yang menzahirkan iman tetapi kufur di dalam.
Ini adalah nukilan Syeikh al-Qurtubi rhm.

  1. Kata Syeikh Muhammad Amin asy-Syanqiti: Allah s.w.t kata mereka bukan beriman tetapi mereka adalah Islam. Jadi dua perkara yang perlu kita perhatikan di sini:
    i- iman yang dinafikan daripada mereka itu adalah iman yang betul (di dalam). Tetapi Islam yang diberikan kepada mereka adalah Islam yang zahir.

ii- tidak dinafikan iman yang asal pada mereka cuma belum sempurna dan masih lemah. Kerana itu ahli Sunnah wal Jamaah mengatakan iman itu bertambah & berkurang.

  1. Kita kena buat perbezaan antara iman & Islam:
    i- Islam yang zahir yang kita boleh nampak. Dia akur kepada undang-undang, dia datang ke masjid & puasa, kita katakan dia orang Islam.

ii- iman pula ialah perkara yang terpasak dalam hati. Tiada siapa yang boleh kesan & nampaknya, Allah s.w.t tahu dengan ilmu-Nya, Rasulullah s.a.w tahu dengan mukjizatnya yang Allah beri.

  1. Maka kita manusia biasa tidak boleh menilainya cuma kita boleh lihat amalan zahirnya. Jika rajin ke masjid, baik akhlaknya, ikut Syari\’ah yang sempurna maka ia adalah mukmin.
  2. Dalam ayat ini Allah s.w.t berkata jika kamu taat kepada Allah & Rasul-nya yakni betul-betul beriman, maka dia akan mendapat pahala penuh yang tidak berkurangan.
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.} (An-Nisaa\’ 4:40)
  4. Antara ajaran sesat ialah orang yang mengaku dapat mengetahui iman seseorang itu lemah atau kuat lalu disuruh melakukan ikut suruhannya! Awas inilah ant simpton ajaran sesat!
  5. Allah tutup ayat ini dengan menyatakan bahawa sifatnya adalah { sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani\”.} dengan disembunyikan segala dosa-dosa hamba-Nya dengan rahmat-Nya!

AYAT 15- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN HANYALAH ORANG-ORANG YANG PERCAYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, KEMUDIAN MEREKA (TERUS PERCAYA DENGAN) TIDAK RAGU-RAGU LAGI, SERTA MEREKA BERJUANG DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA PADA JALAN ALLAH; MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (PENGAKUAN IMANNYA).} (AL-HUJURAAT 49:15)

  1. Syarat orang yang benar-benar beriman adalah tunjukkan keyakinan kamu itu dengan amal soleh.
  2. Jangan mengaku beriman tetapi tidak solat, tidak tutup aurat!
    Jika betul iman mantap akan ikut segala Syari\’ah dan undang-undang Allah s.w.t! Iman itu wajib dibuktikan dengan amal!!
  3. Kemudian mereka terus percaya tanpa sedikit keraguan lansung!
    Bukan kata beriman dengan wajibnya solat, tetapi tidak beriman bahawa wajib tutup aurat!
  4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
    Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
    Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).} (Al-Anfaal 8:4)
  5. Lagi sifat orang yang benar-benar beriman ialah: mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Bersedeqah dan infaq ke jalan tanpa sedkit keraguan. Begitu juga rela berkorban nyawa untuk jalan Allah!
  6. Maka mereka itulah orang-orang yang benar pengakuan imannya.
    Mereka inilah yang dijamin Allah sebagai orang yang benar-benar beriman!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 14- {Orang-orang \”A\’raab\” berkata: \”Kami telah beriman\”. Katakanlah (wahai Muhammad): \”Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam \’.}- timbul persoalan bahawa ayat ini seolah bertentangan dengan ayat dari firman Allah s.w.t ini:
    {Dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): \”Engkau bukan orang yang beriman\” (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal).} (An-Nisaa\’ 4:94)

Jawapan:
i- ini sebagai isyarat kepada kita bahawa amalan di dalam hati tiada siapa yang tahu. Kerana itu kita tidak boleh bersangka buruk kepada orang, kita hanya jatuhkan hukuman berdasarkan apa yang kita nampak pada zahir sahaja. Kita tidak boleh hukum dengan yang batin, hanya Allah saja yang tahu. Kita manusia biasa bukan seperti Rasulullah s.a.w yang mendapat wahyu dari Allah s.w.t dan ada mukjizat.

Tetapi munafiq amali seperti berbohong & khianat kita boleh nampak dan diberi hukuman.

  1. Ayat 14- {Orang-orang \”A\’raab\” berkata: \”Kami telah beriman\”. Katakanlah (wahai Muhammad): \”Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam \’.}- ayat ini menunjukkan bahawa Iman itu lebih khas dari Islam.
    Ayat ini membezakan antara iman dan Islam; ini kerana:
    i- Islam itu boleh nampak zahir manakala iman perkara dalam hati.

ii- setiap orang beriman itu Islam, tetapi bukan semua orang Islam itu mukmin yang mantap imannya!

iii- kita hanya menghukum yang zahir, terserahlah kepada Allah s.w.t menilai apa yang batinnya.

Hadis dari Nu\’man bin Basyir r.a: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati\”. [HR Bukhari].

  1. Ayat 14- {Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu,}-Jika kamu taat kepada Allah & Rasul- Allah s.w.t yang akan membalasnya- kenapa Allah s.w.t kata hanya Dia (لَا يَلِتْكُمْ) yakni satu dhamir sahaja, yang tidak akan mengurangkan pahala kamu? Sedangkan yang kita kena taat adalah dua iaitu Allah & Rasul?

Jawapan: Kerana Allah sahaja yang berkuasa memberi balasan!
Rasul hanya memberi jaminan, bimbingan dan maklumat ajaran serta apa pahala yang Allah sediakan.
Yakni kita kembalikan segalanya kepada Allah dalam bab dosa & pahala.

  1. Ayat 15- {Kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,}- Syarat seseorang itu beriman wajib tiada syak & sebarang keraguan. Kerana iman yang memberi manfaat ialah putuskan dalam hati kita bahawa kita percaya tanpa sebarang keraguan!

Maka kita mesti mencari dalil dan keyakinan kita sendiri, bukan hanya sandarkan kepada apa yang kita terima dari ibu ayah atau tok nenek.

Kita sendiri kena yakin; seperti buktinya kita beriman dan percaya kepada Allah Tuhan Pencipta dengan adanya alam ini dan segala makhluknya. Yakin dan mantap sepenuhnya dalam beriman kepada Allah.

  1. Ayat 15- {Kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,- ini adalah dalil bahawa amalan kita itu termasuk dalam iman. Dalil ini hujjah yang jelas ke atas pandangan murjiah yang sesat: yang memisahkan iman & amal. Jika sudah beriman tak perlu kepada amal- cukup dengan beriman dalam hati.
    Kita ahli Sunnah mengakui bahawa apabila seseorang itu beramal itu tanda keimanannya kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah nyatakan bahawa Jihad dengan harta & jiwa adalah antara tanda kebenaran iman yang padu. Sesiapa yang tidak menunjukkan tanda iman melalui amalannya maka itu tidak ada kesan dan tanda iman.

Satu lagi golongan sesat ialah al-Karramiyyah; yang berpendapat bahawa iman cukup dengan mulut sahaja, tidak perlu dengan hati.
Golongan munaiq yang beriman dengan mulut sahaja tetapi hati kosong!

Kita minta dengan Allah s.w.t agar memberi kita jalan petunjuk yang lurus yang mendapat keredhaan Allah s.w.t, jangan dibiarkan Allah tanpa diberi taufik dan hidayah!

Powered by BetterDocs