ALLAH TURUNKAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT, SABARLAH MENYEBARKANNYA & SENTIASALAH BERZIKIR DAN BERTASBIH.
Full video : https://youtu.be/_rLiulYi7n8?si=pDXpfbG750Kzk9xy
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah nyatakan bahawa Dia turunkan al-Quran secara berperingkat.
- Kemudian Allah s.w.t minta agar Rasulullah s.a.w bersabar dalam menyebarkannya kerana kamu akan ditentang, dilawan dan didustakan!
- Antara penawar menghadapi semua ini dan cara bersabar ialah dengan sentiasa berzikir, bertasbih kepada Allah s.w.t dan bangun bertahajjud pada waktu malam!
- Munasabah ayat:
i- sebelum ini Allah s.w.t nyatakan asal kejadian manusia daripada air mani.
Kemudian manusia terbahagi kepada dua golongan; yang taat & yang derhaka.
Allah s.w.t sebut kemuliaan Rasulullah s.a.w sebagai seorang rasul yang dekat dengan Allah & sentiasa beribadat dan bersungguh menyampaikan dakwahnya. Allah juga sebut janji baik & ancaman azab.
ii- kemudian dinyatakan bahawa semua ini Allah s.w.t turunkan melalui al-Quran secara berperingkat mengikut keperluan & suasana yang berlaku.
Ia bukan sihir, bukan syair bahkan Kitab yang haq dari Allah s.w.t!
AYAT 23- {SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), DENGAN BERANSUR-ANSUR.} (AL-INSAAN 76:23)
- Allah menyatakan bahawa sesungguhnya al-Quran itu diturunkan berperingkat & beransur-ansur dalam masa 23 tahun kepada Rasulullah s.a.w. Ia juga mengikut suasana & keperluan.
Ikut keadaan & isu yang berlaku, maka turun hukum menjelaskannya. - Antara sebab ia tidak diturunkan sekaligus:
i- untuk tenangkan hati Rasulullah s.a.w.
ii- untuk memudahkan Baginda mengajar kepada para sahabat.
iii- menjawab persoalan dan hukum yang timbul ikut suasana. - Firman Allah s.w.t:
{Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.} (Al-Israa\’ 17:106)
Jika turun sekaligus 6236 ayat, berat untuk diingat dan diajar semuanya!
AYAT 24- {OLEH ITU HENDAKLAH ENGKAU BERSABAR MENERIMA HUKUM TUHANMU (MEMBERI TEMPOH KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANGMU), DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT KEHENDAK ORANG YANG BERDOSA DI ANTARA MEREKA, ATAU ORANG YANG KUFUR INGKAR.} (AL-INSAAN 76:24)
- Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w agar bersabar dalam segenap perkara.
Iaitu:
i- sabar dalam hukum al-Qadari iaitu taqdir Allah s.w.t!
Seperti Allah s.w.t lambatkan pembelaan dan kemenangan kepada Rasulullah s.a.w sehingga Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah.
ii- sabar dalam menghadapi pendustaan dan pengkhianatan kafir Makkah yang akan menyakiti Nabi s.a.w dan kaum muslimin pengikutnya!
Jangan mengamuk & tertekan jangan hilang sabar.
iii- Sabar dalam menerima dan menunaikan hukum Syara\’ & hukum agama yang mesti dipatuh atau mesti ditinggalkan berdasarkan al-Quran!
iv- sabar dalam menyampaikan risalah. Orang dengar tak dengar terus cakap, orang ikut tak ikut tetap ceramah.
v- sabar atas semua perlawanan yang dibuat oleh orang kafir yang menentang.
Semua ini kuncinya sabar! Ia juga satu peringatan untuk para pendakwah lain yang bukan Nabi! Jika Nabi pun Allah suruh sabar dalam berdakwah apatah lagi kita ini!
2.Firman Allah s.w.t:
{(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul \”Ulil-Azmi\” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).} (Al-Ahqaaf 46:35)
- Allah s.w.t ajar lagi, tetapi dalam masa bersabar, jangan pula lemah semangat sehingga ikut apa yang dituntut oleh puak kafir & ahli maksiat yang menentang!
- Allah nyatakan di sini, terdapat dua golongan yang menentang ajaran Rasulullah s.a.w:
i- manusia yang kafir terus tidak beriman (كَفُورًۭا) kepada Allah s.w.t.
ii- manusia yang buat dosa & maksiat (ءَاثِمًا) samada ia kafir atau beriman buat maksiat. - Kata ar-Razi rhm.: Setiap orang yang sembah selain dari Allah, maka terlaksanalah dua sifat ini {ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًۭا} pada dirinya. Setiap kafir ada dua sifat ini!
- Ada ulama\’ kata: Puak kafir datang berjumpa Rasulullah s.a.w untuk berbincang dengan Baginda s.a.w. Tetapi dengan pelbagai tuntutan & syarat:
i- keluarkan orang miskin & dhaif dari majlis.
ii- bawa al-Quran lain yang tidak mencerca orang kafir.
iii- Rasulullah s.a.w dilarang dari baca al-Quran kuat-kuat agar anak-anak orang kafir tidak terpengaruh. - Lalu Allah s.w.t berpesan kepada Rasulullah s.a.w agar jangan sekali-kali menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar itu!!!
- Kita orang Islam ini jangan ikut & layan tututan orang bukan Islam yang tidak selari dengan agama Islam, kita ikut apa yang Allah s.w.t perintah & larang!
AYAT 25- {DAN SEBUTLAH DENGAN LIDAH ATAU DENGAN HATI AKAN NAMA TUHANMU (DI DALAM DAN DI LUAR SEMBAHYANG), PADA WAKTU PAGI DAN PETANG;} (AL-INSAAN 76:25)
- Untuk mendapat & kesabaran yang besar ini dalam kerja dakwah & menentang kafir, untuk menguatkan jiwa & semangat; Allah s.w.t ajar kepada Rasulullah s.a.w agar perbanyakkan ibadat & zikir kepada Allah s.w.t!
*Yakni hubungan kita dengan Allah kena mantap! - Allah sebut lagi khas untuk beribadat ini pada waktu pagi dan petang; ada ulama\’ kata berzikir ini dengan makna solat iaitu- pada waktu pagi solat subuh, akhir siang zohor & asar manakala pada waktu malam ialah maghrib & isya. Yakni kita kena jaga solat.
- Ada ulama\’ kata ia adalah umum untuk semua ibadat samada zikir atau solat, sepanjang hari & malam. Kita kena buat semualah, solat fardhu, sunat, zikir pagi petang dan semuanya. Zikir dengan kidah & zikir dengan hati juga.
Berzikir ialah semua yang mengingatkan kita kepada Allah!
- Zikir pada waktu pagi & petang jangan ditinggalkan- kata ulama\’ ia adalah seumpamanya baju besi atau perisai bagi seorang muslim!
Begitu juga seperti dalam buku Perisai Muslim- ada doa & zikir yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bermula dari buka mata sehingga tertutupnya kembali, lengkap 24 jam pergerakan. Seolah kita berzikir sepanjang hari kepada Allah.
https://dartaibah.com/?page_id=179…
Begitu juga zikir 4 kalimah yang amat ringan di lidah tetapi berat sekali atas timbangan nanti Insya\’Allah!
AYAT 26- {DAN (DENGAN APA KEADAAN PUN MAKA) PADA SEBAHAGIAN DARI WAKTU MALAM SUJUDLAH KEPADA TUHAN (DENGAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG), DAN (SEBOLEH-BOLEHNYA) BERTASBIHLAH MEMUJINYA (DENGAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG TAHAJJUD), PADA SEBAHAGIAN YANG PANJANG DARI WAKTU MALAM.} (AL-INSAAN 76:26)
- Allah s.w.t ajar kepada para Rasulullah s.a.w & para pendakwah untuk banyak bangun beribadat kepada Allah s.w.t pada waktu malam, waktu orang lain sedang tidur.
- Iaitu gunakan waktu malam itu untuk berzikir & bertasbih kepada Allah s.w.t; dengan bangun bertahajjud; solat, berzikir, baca al-Quran dan lain-lain ibadat yang mampu.
- Takut kepada Allah kita lari mendekat & bersegera beribadat kepada-Nya;
Takut kepada makhluk kita lari menjauhkan diri darinya! - Kata Syeikh Ismail Zain: Pada zaman kita ini orang tidur malam lebih baik daripada mereka yang tidak tidur.
Ini kerana orang dulu bangun menangis takutkan Allah tetapi sekarang ini yang bangun itu bukan buat ibadat tetapi buat maksiat!
Maka lebih baiklah tidur dengan cara baik!
Kata AAM:
JIKA TAK MAMPU BUAT IBADAT; JANGAN BUAT MAKSIAT!
- Firman Allah s.w.t mengajar Rasulullah s.a.w penawar untuk susah hati:
{Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.} (Al-Hijr 15:98) - Timbul persoalan waktu malam manakah yang mustajab dan apakah ibadatnya?
Kata ulama\’ terdapat beberapa ayat yang Allah sebut ketika waktu sahur, orang-orang soleh itu banyak beristighfar. - Kata ulama\’ ada beberapa peringkat Qiyamullail iaitu:
i- pertama dimulai dengan solat isya berjemaah.
ii- kemudian bangun malam & solatlah setakat yang mampu, baca al-Quran, beristighfar dan lain-lain.
iii- ditutupi dengan solat witir.
Insya\’ Allah akan termasuk dalam bersujud & bertasbih kepada Allah s.w.t pada waktu malam.
8. Keadaan paling dekat seorang hamba itu dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka janganlah cuai dan lepaskan peluang ini!
Bagi yang sakit juga cubalah setakat mampu kita untuk bersujud, bukan kata bila solat sambil duduk atau atas kerusi, terus tertinggal semua rukun seperti qiyam, rukud & sujud! Kita sendiri menilai tubuh kita mampu atau tidak! Kena ada mujahadah untuk lawan.
9. Antara nikmat terbesar ialah apabila Allah izinkan lagi lidah kita basah dengan zikir kepada-Nya dan anggota kita masih dapat bersujud kepada-Nya. Alhamdulillah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 23- {Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.}- Setelah menurunkan ayat ini Allah s.w.t tidak sebut supaya bersyukur TETAPI Allah perintah & nasihat Rasulullah s.a.w agar bersabarlah!
Kata ulama\’: Ayat ini isyarat bahawa setiap orang yang berpegang & beramal dengan al-Quran, pasti akan mendapat cabaran tentangan & perlawanan sengit dari mereka yang menolak & menentangnya!
Ketika peristiwa peperangan Uhud, berdarah wajah Rasulullah s.a.w sehingga terkeluar dari mulutnya ucapan: Tidak akan mulia mana-mana kaum yang telah melukai wajah Nabinya sendiri!
Untuk kisah lanjut boleh baca dalam buku Madinah Kelebihan & Sejarah:
https://dartaibah.com/?page_id=179…
Maka ke atas setiap pendakwah mesti sabar serta mengharapkan balasan pahala & pembelaan dari Allah s.w.t!
ii- Allah s.w.t menyatakan: {نَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ} kami turunkan al-Quran ke atasmu, ini kerana al-Quran & dakwahnya itu amat berat & besar tentangannya!
Apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu, Baginda berpeluh walaupun pada musim sejuk, kemudian nak melaksanakan undang-undangnya juga amat berat!
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).} (Al-Muzzammil 73:5)
Yakni Allah suruh Rasulullah s.a.w bangun bertahajjud; persiapkan diri mental & fizikal, Kami akan turunkan ke atas kamu al-Quran yang amat berat!
- Ayat 24- {dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.}
Timbul persoalan: kenapa sebelum ini suruh sabar; kemudian larang agar jangan ikut puak kafir & pemaksiat ini?
JAWAPAN :
Kata ulama\’ dalam dakwah ini wajib serentak suruhan & larang;
((الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر ))
i- suruh laksanakan Syariah tinggalkan segala undang-undang yang menyalahi Syariah.
ii- sembah Allah s.w.t & tinggalkan segala syirik.
iii- amar ma\’ruf nahi mungkar! Suruh orang solat, puasa, tutup aurat & wajib juga larang dari riba, judi dan lain-lain maksiat.
iv- dalam ibadat pula mesti ada (khauf) takut kepada Allah dan (raja\’) mengharapkan rahmat-Nya.
- Ayat 24- {dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.- dalam ayat ini larang Rasulullah s.a.w agar jangan ikut puak kafir. Kenapa?
Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak ikutpun puak kafir, tidak terpengaruh dengan dakyah dan tawaran-tawaran menarik yang mereka tawarkan kepada Baginda untuk meninggalkan dakwahnya!
Jawapan:
Ayat ini lebih kepada mendidik & peringatan kepada umat Rasulullah s.a.w!
Ingat bahawa kamu akan digoda dengan macam-macam godaan dunia, pangkat, jawatan, harta & wanita.
Jadi kamu kena sabar, jangan ikut puak ini jika tidak kamu akan hanyut dan tersasar daripada jalan yang benar!
Kita akan hanyut jika rapat atau dekat dengan pemimpin, kerana terpaksa membisu untuk jaga keadaan & hubungan dengan pembesar atau masyarakat juga! Jujurlah dengan ilmu yang ada pada kita, jika tidak beritahu orang tidak akan tahu!
- Ayat 25- {Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;}-
Kata para ulama\’: Tiada cara lain bagi para pendakwah dan mereka yang benar-benar mahu ikut jalan Allah untuk bersabar dan sentiasa jaga hati dengan berzikir & beribadat kepada Allah s.w.t!
Ini kerana yang takut kepada Allah s.w.t akan banyak hilang peluang & habuan dunia. Jadi untuk menguatkan jiwa kita agar istiqomah dan kuat melawan godaan ini, maka perbanyakkanlah solat & zikir kepada Allah s.w.t!
Insya\’ Allah, Allah s.w.t akan ganti apa yang kita hilang atas dunia kerana Allah, dengan sesuatu lain yang lebih baik!
Antara sumbangan yang dapat AAM beri ialah mengajar muslimin dan muslimat agar beramal, berzikir & berselawat, beribadat sebagaimana yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w!
- Ayat 25- {Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;}- kata ulama\’ ayat ini isyarat kepada waktu solat fardhu yang lima waktu.
Pada waktu pagi iaitu solat subuh, pada waktu petang ialah zohor & asar manakala malam pula maghrib & isya\’.
Ini kerana dalam al-Quran tidak disebut waktu solat dengan detail, hanya ada dalam hadis & Sunnah Nabi s.a.w.
Penjelasan tentang hadis palsu yang tular iaitu tentang solat 5 waktu, pada hari Jumaat terakhir Ramadhan. Kononnya pengganti solat untuk 400 tahun!!!!!
Statusnya: HADIS PALSU- jangan disebarkan jangan ditularkan!
Penjelasan Isu Solat Sunat Kaffarah 400 Tahun Pada Hari Jumaat Akhir Ramadhan.
Baca: https://abuanasmadani.com/solat-sunat-kaffarah-hari…/