BELENGGU BAGI SI KAFIR, NIKMAT BAGI AL-ABRAR & AMALAN MEREKA DI DUNIA.
Full video : https://youtu.be/1HMR4hudIkg?si=ixYvORuMxhc7mTTi
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan bagaimana si kafir dibelenggu dalam neraka.
- Allah s.w.t nyatakan bahawa nikmat bagi al-Abrar, iaitu orang yang banyak buat kebaikan & kebajikan.
- Kemudian dinyatakan juga sebab-sebab mereka mendapat nikmat itu, inilah amalan mereka semasa di dunia. Sebagai motivasi & pedoman kepada orang lain.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t menceritakan tentang asal kejadian manusia yang berasal dari air mani. Yang mana sumber asalnya semuanya dari unsur tanah.
Allah nyatakan juga manusia diberi dua jalan untuk dipilih, jalan baik atau buruk!
ii- jadi dalam ayat hari ini Allah s.w.t nyatakan apakah akibat bagi orang yang salah pilih jalannya!
AYAT 4- {(DALAM PADA ITU), SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENYEDIAKAN BAGI SESIAPA YANG BERLAKU KUFUR (ATAU MENDERHAKA): BEBERAPA RANTAI DAN BELENGGU SERTA NERAKA YANG MENJULANG-JULANG.} (AL-INSAAN 76:4)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan 3 cara sikaan bagi orang yang kufur & derhaka, cukuplah ianya untuk menakutkan hati orang yang beriman:
i- rantai yang mengikat,
ii- belenggu- yang diikat di leher.
iii- api neraka yang panas & menjulang-julang! - Firman Allah s.w.t juga:
{Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret} (Ghaafir 40:71) - Jika kamu salah pilih jalan maka inilah akibat & balasannya!
AYAT 5- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERBAKTI (DENGAN TAAT DAN KEBAJIKAN), AKAN MEMINUM DARI PIALA: SEJENIS MINUMAN YANG BERCAMPUR DENGAN \”KAFUR\”.} (AL-INSAAN 76:5)
- Bermula dari ayat ini- Allah s.w.t ceritakan pula tentang balasan nikmat yang diterima oleh orang yang memilih jalan yang betul, jalan yang diredhai Allah s.w.t!
- Allah s.w.t ceritakan balasa bagi al-Abrar- orang yang beriman & taat secara panjang & terperinci. Ini sebagai satu galakan & motivasi untuk kita kejar & cari sifat ini!
- Antara nikmatnya ialah: akan meminum dari piala { كَأْسٍۢ} yang berisi sejenis minuman yang bercampur dengan \”Kafur\” { كَافُورًا}.
- Al-Abrar { ٱلْأَبْرَارَ}- ialah orang yang beriman, hatinya bersih, cintakan Allah s.w.t & Rasul-Nya, patuh taat dengan melakukan amal kebajikan.
- Tentang makna kafur ini ulama\’ kata ialah:
i- kata Ibnu Jauzi rhm. ia adalah kafur yang dikenali seperti di dunia ini.
ii- kata ulama\’ lain ialah nama sebuah mata air di dalam syurga yang airnya putih seperti air kafur.
iii- ada yang kata ia adalah air yang bercampur dengan kafur dan warnaya putih pekat macam kafur.
6. Kata Ibnu Abbas r.a: benda-benda dalam syurga walaupun namanya sama & seumpama nama benda atas dunia ini tetapi hakikatnya ia adalah barang dalam syurga, pasti lebih bernilai & tidak akan sama seperti yang ada atas dunia ini!
AYAT 6- {IAITU SEBUAH MATAIR (DI SYURGA), YANG DIMINUM DARIPADANYA OLEH HAMBA-HAMBA ALLAH (YANG TAAT); MEREKA BOLEH MENGALIRKANNYA (DI TEMPAT-TEMPAT TINGGAL MEREKA) DENGAN ALIRAN YANG SEMUDAH-MUDAHNYA DAN MENURUT KEMAHUANNYA.} (AL-INSAAN 76:6)
- Di sini Allah s.w.t ceritakan apakah ia kafur itu: Iaitu sebuah mata-air di Syurga, yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah yang taat.
- Mereka boleh mengawal aliran airnya, boleh pilih untuk ia mengalir ke arah mana saja yang mereka mahu dengan mudahnya!
Alangkah besar nikmat dan istimewanya!
AYAT 7- {(MEREKA DIKURNIAKAN KESENANGAN ITU KERANA) MEREKA MENYEMPURNAKAN NAZARNYA (APATAH LAGI YANG DIWAJIBKAN TUHAN KEPADANYA), SERTA MEREKA TAKUTKAN HARI (AKHIRAT) YANG AZAB SEKSANYA MEREBAK DI SANA SINI.} (AL-INSAAN 76:7)
- Mereka al-Abrar mendapat kurniaan nikmat & anugerah ini kerana sifat mereka yang berikut:
i- mereka menyempurnakan nazar-nazar yang mereka paksa ke atas diri mereka sendiri!
Nazar ialah satu benda yang tidak wajib tetapi diwajibkan sendiri oleh seseorang ke atas dirinya!
ii- sifat kedua ialah mereka takut melanggar hukum Allah kerana ataku akan azab lah s.w.t!
- Hadis Rasulullah s.a.w tentang nazar:
لا تَنْذرُوا، فإنَّ النَّذْرَ لا يُغْنِي مِنَ القَدَرِ شيئًا، وإنَّما يُسْتَخْرَجُ به مِنَ البَخِيلِ
Maksudnya: Janganlah kamu untuk bernazar (dengan sesuka hati), kerana sesungguhnya nazar tidak akan mengubah daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT sedikitpun. Hanyasanya ia dikeluarkan daripada orang yang bakhil. [HR Muslim: (1640)].
- Rasulullah s.a.w. bersabda, dari Aishah r.ha.
\”Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya.\” [HR Bukhari].
AYAT 8- {MEREKA JUGA MEMBERI MAKAN BENDA-BENDA MAKANAN YANG DIHAJATI DAN DISUKAINYA, KEPADA ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM SERTA ORANG TAWANAN,} (AL-INSAAN 76:8)
- Sifat mereka yang ketiga ialah memberi makanan yang dihajati dan disukainya! Mereka berikan kepada orang yang memerlukan seperti orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan!
- Siapakah orang tawanan pada zaman kita ini? Kata Imam al-Mawardi rhm.:
i- orang Islam yang kena tawan dalam penjara.
ii- hamba abdi jika masih wujud pada zamannya.
iii- orang kafir yang kena tawan- kerana dia insan juga.
AYAT 9- {(SAMBIL BERKATA DENGAN LIDAH ATAU DENGAN HATI): \”SESUNGGUHNYA KAMI MEMBERI MAKAN KEPADA KAMU KERANA ALLAH SEMATA-MATA; KAMI TIDAK BERKEHENDAKKAN SEBARANG BALASAN DARI KAMU ATAU UCAPAN TERIMA KASIH,} (AL-INSAAN 76:9)
- Mereka buat semua ini – beri makan kerana ikhlas untuk Allah Ta\’ala semata-mata {لِوَجْهِ ٱللَّهِ}!
- Mereka memang tidak berkehendakkan sebarang balasan atau ucapan terima kasih dari orang yang diberi makan itu!
- Bahkan ada sebahagian ulama\’ kata: Jika kita memberi makan atau sesuatu kepada orang kemudian minta doakan- itu sudah dikira minta balasan!
Apatah lagi buat kenduri kahwin anak dengan niat mahu untung atau bayaran!
- Sepatutnya orang yang menerima pemberian itu mendoakan sendiri kepada pemberi bukan sehingga diminta untuk mendoakannya. Sebagai satu ucapan terima kasih kita kepada mereka! Paling kurang ucapkan: جزاكم الله خيرا
- Sunnah Rasulullah s.a.w sudah mengajarakan hal ini, ada doanya dalam Perisai Muslim untuk tuan rumah atau orang yang menjamu makan.
AYAT 10- {\”KAMI SEBENARNYA TAKUTKAN TUHAN KAMI, TAKUT IA KENAKAN KAMI AZAB HARI YANG PADANYA MUKA ORANG-ORANG YANG BERSALAH: MASAM BERKERUT-KERUT\”.} (AL-INSAAN 76:10)
- Ini kerana mereka takut akan dikenakan azab pada hari Kiamat, di mana muka-muka orang yang berdosa & bersalah akan masam berkerut, keruh kusam!
- Hadis riwayat UM Aisya r.a adalah Rasulullah s.a.w berdoa:
وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ عَشْرًا
\”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sempitnya pada hari pembalasan\”. [HR Ahmad].
AYAT 11- {DENGAN SEBAB (MEREKA MENJAGA DIRI DARI KESALAHAN), MAKA ALLAH SELAMATKAN MEREKA DARI KESENGSARAAN HARI YANG DEMIKIAN KEADAANNYA, SERTA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA KEINDAHAN YANG BERSERI-SERI (DI MUKA), DAN PERASAAN RIA GEMBIRA (DI HATI).} (AL-INSAAN 76:11)
- Maka dengan sebab mereka menjaga diri daripada segala kesalahan dan perbuatan tidak baik itu; Allah selamat & amankan mereka pada hari yang penuh kesengsaraan & huru-hara.
- Muka mereka pula indah berseri { نَضْرَةًۭ} kerana perasaan & hati mereka riang gembira { وَسُرُورًۭا} dengan segala nikmat & anugerah dari Allah.
- Kata Ka\’ab bin Malik r.a:
\”Adalah Rasulullah s.a.w, apabila Baginda sedang gembira, wajahnya tampak berseri, sehingga bercahaya seperti bulan purnama.\” (Muttafaq Alaih)
AYAT 12- {DAN KERANA KESABARAN MEREKA (MENGERJAKAN SURUHAN ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA), MEREKA DIBALAS OLEH ALLAH DENGAN SYURGA DAN (PERSALINAN DARI) SUTERA.} (AL-INSAAN 76:12)
- Dengan sebab mereka sabar dalam mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya, mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan persalinan dari sutera yang indah!
- Tidak perlu kita meminta-minta demand dalam syurga, Allah s.w.t sudah siapkan segalanya yang indah yang tidak tidak pernah terlintas dalam hati, terlihat oleh mata & terdengar oleh telinga! Cukup untuk kita minta untuk menjadi syurga!
- Sabar itu ada 3 kategori:
i- sabar melakukan ketaatan.
ii- sabar dalam meninggalka larangan Allah.
iii- sabar apabila ditimpa ujian musibah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 4- {(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.}- kenapa dalam ayat ini Allah s.w.t hanya sebut secara umum sahaja tentang orang kafir dan balasan mereka? Tentang azab pendek tetapi tentang nikmat panjang.
JAWAPAN :
I- mencukupi sifat mereka sebagai orang kafir- mereka akan mendapat balasan buruk. Jika buat dosa & maksiat lain lagi, pasti akan bertambah lagi balasan azabnya!
ii- memadai cukup disebut 3 azab yang dahsyat yang ada dalam neraka! Cukuplah bagi orang yang ingin mengambil peringatan & pengajaran.
Kita minta berlidung dengan Allah dari segala azab ini!
Manakala disebut secara panjang & jelas tentang nikmat syurga sebagai galakan & motivasi yang besar untuk kita mencarinya!
Inilah uslub al-Quran.
- Ayat 5- {Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan \”Kafur\”.}- kenapa Allah selalu sebut tentang kafur ini.
Apakah ia sebenarnya?
Jawapan:
i- Kafur itu ialah nama mata air dalam syurga. Air putih seperti kafur dan sedap lazat!
Bukan panas atau pahit seperti kafur atas dunia ini!
ii- kafur itu ada bauannya- maka air itu enak, ada bauan dan rasa yang sedap.
iii- yang mudahnya kata ulama\’ ia adalah satu nikmat syurga yang Allah sediakan tidak perlu kita memikirkan tentangnya!
Satu air yang namanya kafur- kita tidak tahu apakah ia- tidak perlu fikirkannya!
- Ayat 7- {(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), – nazar ini asalnya adalah sesuatu yang tidak wajib.
Tetapi apabila kita sudah bernazar wajib ditunaikan kerana kita sudah berjanji dengan Allah s.w.t!
Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. [HR al-Bukhari: (6696)].
Punca ketaatan ini ada dua:
i- agungkan & tunaikan hak Allah, buat ibadat & tinggalkan larangan-Nya.
ii- bertimbang-rasa & kasihan belas sesama makhluk- beri makan kepada orang, ziarah dan lain-lain.
Untuk mendengar penjelasan lanjut tentang nazar boleh lihat:
https://youtu.be/ATWM4Mgp-Z4
- Ayat 9- {(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): \”Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,}- kita wajib berbuat baik & menolong orang kerana Allah semata, jangan minta balasan, minta pujian atau minta like!
Kata ulama\’: Sesiapa yang beri makan kepada orang miskin kemudian minta doa darinya atau suruh puji- maka ia akan terkeluar dari golongan al-Abrar ini yang dibuatnya kerana Allah!
Maka berhati-hatilah mereka yang terlibat dalam bidang ini seperti para NGO dan badan-badan kebajikan yang mengagihkan sumbangan untuk orang ramai!
i- Sabda Rasulullah s.a.w:
\”Sesiapa yang telah berbuat baik kepada kamu, maka balaslah dia (kerana kebaikannya). Lalu jika kamu tidak mendapatkan sesuatu yang boleh digunakan untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasai bahawa diri kamu telah membalas kebaikannya.\” [HR Abu Daud].
Paling tidak ucapkan: Allah s.w.t membalasakamu dengan kebaikan
(جزاك الله خيرا).
ii- Dalam suatu kisah yang diriwayatkan dari UM Aisyah r.a:
\’\’Rasulullah s.a.w pernah diberi hadiah berupa seekor kambing, Baginda bersabda kepadanya (\’Aisyah): \’\’Bahagi-bahagikan ia (kambing tersebut).\’\’
Apabila si pembantu telah kembali (dari membahagikan kambing) maka \’Aisyah bertanya kepadanya: \’\’Apa yang mereka katakan?\’\’
Si pembantu menjawab: \’\’Mereka mengucapkan \’Baarakallahu fiikum\’ (Semoga Allah memberkati kamu sekalian).\’\’
Lalu \’Aisyah mengucapkan: \’\’Wa fiihim baarakallah (dan semoga Allah memberkati mereka). Kita membalas mereka dengan misal (seumpama) apa yang mereka ucapkan, dan semoga pahala kita tetap bagi (diri) kita.\’\’ [HR An-Nasa\’ei].
UM Aisyah r.a membalas balik doa mereka itu untuk mendapatkan pahala penuh atas sedekah atau pemberiannya yang asal, bukan dibalas sebahagiannya dengan doa penerima. Ini feqah UM Aisyah r.a yang begitu tinggi, untuk mendapat pahala penuh atas pemberiannya!
- Ayat 11- {Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).} – ayat ini mengajar kepada kita bahawa:
i- Orang yang takutkan Allah s.w.t semasa di dunia ini, dia akan mendapat keamanan dan selamat dari kesengsaraan hari Akhirat.
Sesiapa yang mengekang nafsunya di dunia, dia akan bebas dan dapat menikmati segala anugerah yang Allah sediakan!
Sabarlah atas dunia ini, akan senang dan bahagia di akhirat.
ii- Allah akan membalasnya dengan anugerah nikmat yang tidak tercerita lalu wajah mereka indah berseri-seri dek kerana hati yang penuh riang gembira!
Kerana itulah ayat ini dibaca setiap minggu pada hari Jumaat supaya dicampakkan ke dalam hati kita adab-adab, peraturan cara untuk bertemu hari Kiamat & untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Buat persedian yang mencukupi agar kita dapat bertemu dengan Allah s.w.t dengan muka yang senyum, hati yang tenang kerana mendapat keredhaan Allah s.w.t & balasan syurga akhirnya!