ALLAH BERSUMPAH DENGAN CAHAYA, KAFIR ENGGAN SUJUD & BAGI MEREKA AZAB.
Full video : https://youtu.be/q1ztHgGeRjM?si=QQy8Jc2-dtFct-mp
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t bersumpah dengan beberapa perkara: cahaya merah diufuk, dengan malam dan bulan purnama bahawa kita manusia ini sentiasa berubah.
- Allah juga nyatakan tentang kafir yang enggan sujud.
Maka kita orang Islam hendaklah sentiasa bersujud apabila diperintahkan Allah.
Dalam surah ini ada ayat sujud tilawah pada ayat 21. Maka bersedia untuk sujud pada bacaan pertamanya.
- Kemudian Allah beri khabar peringatan bagi mereka yang tidak mahu sujud ini- iaitu azab yang pedih dari Allah.
AYAT 16- {MAKA AKU BERSUMPAH, DEMI MEGA;} (AL-INSYIQAQ 84:16)
- Allah s.w.t bersumpah dengan mega { بِٱلشَّفَقِ} iaitu warna merah di ufuk langit pada waktu maghrib setelah matahari terbenam.
- Selagi ada mega cahaya merah ini menunjukkan waktu maghrib.
Apabila ia hilang menandakan sudah masuk waktu solat Isya\’ pula.
AYAT 17- {DAN MALAM SERTA SEGALA YANG DIHIMPUNKANNYA;} (AL-INSYIQAQ 84:17)
- Allah juga bersumpah demi malam yang dengan kedatangannya semua berhimpun.
- Maksudnya {وَسَقَ } ini kembali ke rumah/sarang/kandang/tempat tinggal masing-masing lalu berkumpul dengan keluarga dan kumpulannya.
AYAT 18- {DAN BULAN APABILA (PENUH CAHAYANYA) MENJADI PURNAMA:} (AL-INSYIQAQ 84:18)
- Allah juga bersumpah demi bulan apabila ia penuh purnama {وَٱلْقَمَرِ} iaitu pada hari 13, 14 & 15 setiap bulan hijrah.
- Tiga hari ini dikenali sebagai hari putih
(الأيام البيض)
yang disunatkan berpuasa padanya.
AYAT 19- {SESUNGGUHNYA KAMU TETAP MELALUI BEBERAPA KEADAAN YANG BERTINGKAT-TINGKAT BAIK BURUKNYA, (SEBELUM KAMU MENEMUI TUHAN – MENERIMA KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ATAU SEBALIKNYA)} (AL-INSYIQAQ 84:19)
- Allah bersumpah dengan kesemua itu menyatakan bahawa sesungguhnya setiap manusia akan melalui beberapa keadaan yang berubah & bergerak!
- Ini samada perubahan fizikal dalam kejadian bermula dari air mani sehingga menjadi manusia yang dilahirkan dan hidup atas dunia ini.
Atau perubahan keadaan hidup kita, suka duka, sedih bahagia, susah senang dan seumpamanya. - Kata ulama\’ maksudnya {طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ}:
i- Yakni berubah keadaan kamu, dari atas dunia kepada hari Kiamat, dari hidup kepada mati kemudian hidup semula.
ii- ada kata secara fizikal yakni dari air mani kepada proses seterusnya sehingga dilahirkan.
AYAT 20- {MAKA APAKAH ALASAN BAGI MEREKA BERSIKAP TIDAK MAHU BERIMAN?} (AL-INSYIQAQ 84:20
- Lalu Allah bawa soalan untuk menyentap orang yang keras kepala:
Setelah kamu tahu semua ini, semua dalil & ayat yang menunjukkan akan kekuasaan Allah s.w.t untuk menghidupkan semula manusia, maka: - Apa lagi yang menghalang kamu daripada beriman kepada hari Akhirat & mengakui semula kebangkitan selepas mati???
AYAT 21- {DAN (APAKAH PULA ALASANNYA) APABILA DIBACAKAN AL-QURAN KEPADA MEREKA, MEREKA TIDAK MAHU TAAT DAN SUJUD?} (AL-INSYIQAQ 84:21)
- Apa juga alasan kamu wahai orang kafir, apabila dibacakan al-Quran; kamu tidak mahu taat & sujud kepada Allah????
- Kita orang beriman apabila mendengarnya hendaklah terus sujud samada dalam solat atau di luar solat.
- Beberapa pendapat ulama\’ tentang erti tidak mahu sujud ini {}:
i- Ibnu Abbas r.a & Al-Hasan al-Basri kata: tidak mahu solat.
ii- pendapat lain: tidak mahu tunduk kepada peraturan Allah s.w.t.
AYAT 22- { (TIDAK ADA SATU ALASAN PUN) BAHKAN ORANG-ORANG YANG KAFIR, SEMATA-MATA MENDUSTAKANNYA;} (AL-INSYIQAQ 84:22)
- Sedangkan tidak ada sebab & alasan yang menghalang mereka dari beriman!
- Yang penting mereka keras kepala tidak mahu terima perintah & jaran Allah s.w.t!
AYAT 23- {SEDANG ALLAH MENGETAHUI APA YANG MEREKA RAHSIAKAN DALAM HATI.} (AL-INSYIQAQ 84:23)
- Sedangkan Allah s.w.t mengetahui segala rahsia & apa yang ada di hati manusia semuanya.
- Tetapi mereka tetap berani melanggar perintah Allah walaupun tahu semua ini.
Hanya keimanan kepada Allah s.w.t dapat menjadi benteng kepada semua ini!
Iman yang mantap dan sempurna!
AYAT 24- {MAKA KHABARKANLAH KEPADA MEREKA DENGAN AZAB YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA;} (AL-INSYIQAQ 84:24)
- Maka berikanlah khabar gembira {} kepada mereka dengan azab siksa yang tidak terperi dahsyatnya!
- Dari ayat ini ulama\’ tafsir buat kesimpulan bahawa khabar gembira {} ini boleh digunakan untuk dua-dua keadaan- untuk yang baik atau yang buruk.
- Ini supaya mereka rasa sentap, takut lalu nak berhenti dari terus melanggar perintah Allah s.w.t dengan amaran yang cukup menakutkan ini!
- Firman Allah s.w.t:
{(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
(Dan dikatakan kepada mereka): \”Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.} (At-Tuur 52: 11-14)
AYAT 25- {TETAPI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH MEREKA BEROLEH PAHALA BALASAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.} (AL-INSYIQAQ 84:25)
- Manakala orang beriman & beramal soleh pula akan mendapat khabar gembira bahawa mereka akan pahala balasan yang tidak putus-putus {} iaitu tidak tidak akan habis & terhenti!
- Begitu juga orang kafir & orang yang berdosa buat maksiat yang telah insaf lalu beriman & bertaubat; bagi mereka juga keampunan & pahala ini.
- Ramai pada hari ini, orang yang beriman tetapi tidak mahu beramal, solat tetapi tidak tutup aurat, berpuasa tetapi tidak solat pula, baca al-Quran tetapi tetap ambil riba & rasuah! Allahu al-Musta\’an.
- Maka kita baca al-Quran hendaklah faham & beramal dengannya bukan baca saja!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 16- {Maka Aku bersumpah, demi mega;}- dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t bersumpah dengan beberapa makhluk-Nya bermula dari mega senja.
Timbul soalan:
Semua kata-kata Allah s.w.t adalah benar & kita orang beriman tetap akan percayanya tanpa perlu Allah s.w.t bersumpah.
Tetapi kenapa dalam al-Quran banyak ayat yang menunjukkan Allah s.w.t bersumpah dengan beberapa makhluk-Nya, seperti bulan, bintang dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w juga bersumpah dalam beberapa hadisnya apabila mahu memberitahu perkara tertentu.
JAWAPAN :
i- Ini kerana sumpah itu untuk menguatkan kata-kata yang disampaikan.
ii- al-Quran turun dalam bahasa Arab & untuk orang Arab yang hidup pada masa itu. Gaya bahasa ini memang yang digunakan oleh bangsa Arab ketika itu, satu kebiasaan untuk bersumpah dalam percakapan harian & digunakan selalu.
- Ayat 16- {Maka Aku bersumpah, demi mega;}
Persoalan: Kenapa Allah s.w.t bersumpah dengan makhluk?
Sedangkan terdapat larangan dalam sebuah hadis daripada bersumpah dengan makhluk.
Hadis Rasulullah s.a.w:
وَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْكَفَرَ وَأَشرَكَ.
Rasulullah s.a.w bersabda, \”Barangsiapa bersumpah dengan (nama) selain Allah, maka ia kafir dan musyrik.\” (HR. Bukhari)
JAWAPAN :
Larangan bersumpah dengan sesama makhluk adalah khas bagi manusia sahaja, manakala Allah s.w.t boleh bersumpah dengan apa saja yang Dia kehendaki dari kalangan makhluk ini! Itu hak Allah sebagai Pencipta-Nya (الخالق).
Kata ulama\’: Apabila Allah s.w.t bersumpah dengan bulan dan lain-lain makhluknya ini menunjukkan kepada kita untuk perhatikan, ambil pengajaran akan kebesaran hikmat Allah s.w.t mencipta-Nya.
- Allah s.w.t bersumpah dengan tiga perkara ini untuk menyatakan bahawa:
Ayat 19- {Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)}- kenapa?
KATA ULAMA\’ :
i- ini kerana tiga perkara ini sinonim- dari cerah kepada gelap sikit, kemudian gelap terus kemudian muncul pula bulan purnama yang menerangi langit. Perubahan keadaan seperti manusia juga.
ii- untuk menunjukkan bahawa dunia ini akan berakhir dan manusia akan mati; sebagaimana maghrib yang gelap mengakhiri hari siang yang cerah. Semuanya ada pengakhiran.
iii- ia juga menunjukkan 3 peringkat perjalanan manusia ke akhirat. Dari siang kepada senja mghrib kemudian malam yang gelap kemudian muncul bulan yang menerangi semula alam.
iv- munculnya bulan penuh- sebagai gambaran bahawa rahmat Allah s.w.t meliputi orang mukmin. Mereka akan berada di bawah bayangan arasy, tidak berenang di dalam peluh, kemudian mendapat hisab yang ringan lalu mendapat balasannya syurga & nikmat yang kekal abadi.
- Ayat 24- {Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;}-
Ayat ini menjadi hujjah bahawa perkataan {بشر} khabar gembira boleh digunakan untuk dua-keadaan baik atau buruk.
Kata-kata ini (khitab) ini kepada Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada puak kafir jika mereka tidak mahu beriman; Juga kepada kita untuk kita nyatakan kepada orang kafir yang tidak mahu beriman pada zaman kita ini juga!
Khabar gembira tentang azab ini juga sebagai satu tempelakan & amaran peringatan!
- Ayat 25- {Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.}- Allah nyatakan balasan untuk orang yang beriman & beramal soleh.
Iaitu bagi orang yang beriman; bagi mereka pahala yang tidak putus-putus, yang tidak akan habis & terhenti!
Ya Allah jadikanlah kami, keluarga kami & semua yang kami sayangi dari kalangan orang beriman yang mendapat nikmat & pahala-Mu yang tidak putus-putus!
Siapa yang malas ketika waktu menanam maka;
dia akan kecewa pada waktu menuai atau mengetam.