JIN CERITA KAUMNYA, ADA BANYAK KUMPULAN & KEYAKINAN JIN YANG BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Full video : https://youtu.be/7C7zda0ApcY?si=aVPJ6DqGn7awxIng
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini jin cerita tentang kaumnya, ada yang beriman, ada yang kafir.
- Jin juga ada banyak kumpulan, ada yang Islam, ada yahudi, ada yang Nasrani, ada yang liberal dan seumpamanya.
- Kemudian jin yang beriman menyatakan keyakinan mereka kepada Allah s.w.t.
AYAT 11- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA (MEMANG MAKLUM) ADA DI ANTARA KITA GOLONGAN YANG BAIK KEADAANNYA, DAN ADA DI ANTARA KITA YANG LAIN DARI ITU; KITA MASING-MASING ADALAH MENURUT JALAN DAN CARA YANG BERLAINAN.} (AL-JIN 72:11)
- Jin memberi laporan tentang keadaan golongannya.
Ada yang betul-betul beriman, taat kepada Allah {ٱلصَّـٰلِحُونَ} & ada yang tidak begitu {دُونَ ذَٰلِكَ}, yakni kurang imannya. - Kata Ibnu Juzai rhm. tentang perkataan
{دُونَ ذَٰلِكَ}:
Yakni ada orang yang warak & soleh dengan sempurna, manakala yang selain dari itu ialah ada yang bercampur amalannya. Yakni kurang sempurna kesolehannya. - Kata Ibnu al-Qayyim rhm. pula: Ayat ini menceritakan kepada kita bahawa jin ada 3 kumpulan:
i- yang soleh {ٱلصَّـٰلِحُونَ}
ii- yang kurang sikit kesolehannya {دُونَ ذَٰلِكَ}, beriman tetapi lemah imannya.
iii- yang kafir terus {الكافرون}. - Ini juga sama & bertepatan dengan pembahagian manusia:
i- yang mantap imannya {الأبرار}
ii- yang sederhana {المقتصدون) beriman tetapi ada perbuatan maksiat & salah.
iii- kufur {الفجار} - Syeikh as-Sa\’di rhm. membahagikan golongan tidak beriman kepada tiga pula:
i- golongan fasiq- fussaq (الفساق)
ii- golongan derhaka- fujjar (الفجار)
iii- golongan kafir- kuffar (الكفار) - Jin menceritakan lagi bahawa mereka juga mempunyai pelbagai kumpulan yang berlainan fahaman & pegangannya {طَرَآئِقَ قِدَدًۭا}.
Sama seperti manusia; ada yang beriman, ada yang kafir, ada Ahlus-Sunnah, Muktazilah, Jahmiyyah, mubtadi\’ dan sebagainya.
AYAT 12- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA (SEKARANG) MENGETAHUI, BAHAWA KITA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DAPAT MELEPASKAN DIRI DARI BALASAN ALLAH (WALAU DI MANA SAHAJA KITA BERADA) DI BUMI, DAN KITA JUGA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DAPAT MELARIKAN DIRI DARI BALASANNYA (WALAU KE LANGIT SEKALIPUN).} (AL-JIN 72:12)
- Jin juga membuat pengakuan dengan penuh keyakinan bahawa lemahnya mereka, tidak akan terlepas dari hukuman Allah s.w.t jika mereka buat salah.
- Makna {ظَنَنَّآ} di sini ialah yakin bukan hanya sangkaan.
- Tidak akan dapat lari dari balasan azab Allah s.w.t walau di mana saja berada, di bumi atau jika mereka terbang lari ke langit sekalipun.
- Kita semua di bawah kuasa Allah s.w.t, jika lari pun tidak akan terlepas kecuali betul-betul beriman kepada Allah, taat kepada-Nya & ikut Sunnah Rasulullah s.a.w barulah kita akan betul-betul selamat!
- Munasabah ayat dengan yang sebelumnya:
i- jika seseorang itu beriman & baik maka dia akan diredhai Allah s.w.t! Inilah orang yang soleh (صالح).
ii- manakala kumpulan yang sebaliknya adalah yang \”Toleh\” (طالح), maka jin ini memberitahu bahawa mereka mahu keluar dari golongan ini, tidak mahu menjadi golongan yang tidak baik ini kerana akan mendapat azab Allah s.w.t.
6. Kata ulama\’ jika kita tahu bahawa kita tidak akan lari dari kekuasaan Allah s.w.t maka taatlah kepada Allah jangan kufur atau derhaka kepada-Nya!
7. Kata Ar-Razi kalimah {هَرَبًۭا} mempunyai dua makna:
i- kita tidak akan lepas daripada kekuasaan dan pentadbiran Allah s.w.t walaupun lari ke langit atau bumi.
ii- jika Allah s.w.t telah tetapkan sesuatu hukuman (seperti dijatuhkan bala- wal \’هyazubillah)- kita tidak akan dapat lari darinya, pasti akan kena & tidak lepas dari taqdir Allah.
8. Kata Ibnu Juzai rhm. pula maksudnya tidak dapat lari {هَرَبًۭا} ini:
i- jin tidak dapat lari dari api panahan malaikat (شُهُبًۭا). Jangan kamu cuba curi naik ke langit, kamu akan dipanah!
AYAT 13- {`DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI, KETIKA MENDENGAR PETUNJUK (AL-QURAN), KAMI BERIMAN KEPADANYA (DENGAN TIDAK BERTANGGUH LAGI); KERANA SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA TUHANNYA, MAKA TIDAKLAH IA AKAN MERASA BIMBANG MENANGGUNG KERUGIAN (MENGENAI AMALNYA YANG BAIK), DAN JUGA TIDAK AKAN DITIMPAKAN SEBARANG KESUSAHAN.} (AL-JIN 72:13)
- Jin mengatakan bahawa mereka apabila mendengar petunjuk al-Quran terus beriman kepadanya, penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
- Munasabah ayat:
i- Jin telah memperingatkan kaumnya tentang azab Allah di dunia ini, tidak dapat lari ke bumi atau langit!
ii- maka sekarang mereka (jin pendakwah) mahu menggalakkan kaumnya supaya beriman & jangan sekali-kali kufur serta memberi amaran tentang azab Allah.
- Sesiapa yang beriman tidak akan takut lagi { فَلَا يَخَافُ} akan dikurangkan pahalanya.
Mereka tidak akan kerugian { بَخْسًۭا } atau ditimpa kesusahan { رَهَقًۭا}. - Apabila dia buat baik, Allah s.w.t akan beri balasanya yang baik. Ikut gandaan yang dikehendaki-Nya, kecuali puasa yang tidak ada hadnya.
Tetapi Allah s.w.t tidak akan gandakan atau tambah atas kejahatan yang dibuat.
Itulah rahmat Allah ke atas hamba-Nya, yang baik diganda, yang buruk hanya seumpamanya.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 11- {`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.}- jin memberitahu tentang keadaan kaumnya.
Ada yang baik { ٱلصَّـٰلِحُونَ} & ada yang tidak begitu { دُونَ ذَٰلِكَ}.
Gaya bahasa jin yang lembut dan beradab ini adalah ilmu yang mesti kita pelajari dan praktikkan dalam berdakwah:
i- golongan yang beriman itu adalah mereka sendiri, jin yang bercakap & bercerita itu.
ii- Manakala kumpulan yang tidak baik tidak disebutnya direct sebagai kumpulan yang buruk atau kafir; tetapi jin hanya kata: {dan ada di antara kita yang lain dari itu}.
Lalu orang yang jahat & jahil tidak akan terasa & marah. Inilah uslub dakwah yang bijak dan menarik.
Dakwah ini adakala kena berlapik, dalam membimbing manusia untuk menarik hati mereka.
Tetapi adakala kena direct jika nampak masih tidak faham dan jauh dari kebenaran.
- Ayat 12- {`Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).}- jin yakin bahawa mereka tidak boleh lepas dari kuasa Allah. Perkataan (وَأَنَّا ظَنَنَّآ) ini membawa erti yakin bukan sangkaan atau agakan.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t Maha Berkuasa samada di bumi atau di langit.
Ayat ini juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah menyediakan nikmat untuk orang yang beriman & azab untuk orang yang derhaka.
Persoalan:
Kenapa dalam susunan ayat ini Allah s.w.t sebut cerita yang negatif dulu (ayat 12), baru yang positif (ayat 13)?
JAWAPAN :
Kata ulama\’, ini kerana menolak atau membuang keburukan itu lebih utama daripada menarik yang baik.
Kata ulama\’ tasauf: التَّخَلِية قبل الْتحَّلِيةْ – – kosongkan dulu sebelum hias.
Yakni kita kosongkan atau bersihkan dulu jiwa kita daripada yang tidak baik baru kita isi atau hiasinya dengan yang sifat ang baik dan soleh!
Maka dalam al-Quran ini Allah sebut yang tidak baik dulu baru datang cerita yang baik sebagai pengajaran.
- Ayat 13- {kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.}- sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, yakni dengan adanya Allah yang bersifat dengan Ketuanan (pemilik Alam ini – Rabb) dan ketuhanan-Nya (Tuhan Yang wajib disembah- Ilah)- inilah yang dipanggil Tauhid Uluhiyyah & Rubbubiyyah- توحيد الالوهية والربوبية.
Maka dia tidak akan rugi di dunia & akhirat, kerana dia akan mendapat pahala ikut amalannya.
Allah s.w.t tidak akan kurangkan pahala kebajikan yang dibuat & Allah tidak akan zalim dengan mengandakan perbuatan jahat, satu sama satu untuk keburukan.
- Ayat 13- {kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.}- Tiada siapa yang akan kerugian (بَخْسًۭا) atau terlepas hisabnya. Allah s.w.t tidak akan menzalimi (وَلَا رَهَقًۭا) seseorang pun dalam pengadilan hukuman-Nya.
Allah tidak akan kurangkan hak atau balasan amalan seseorang hamba-Nya.
Jangan runsing (فَلَا يَخَافُ), kamu tidak akan kerugian, walau sekecil mana kebaikan Allah akan kira bahkan digandakan. Sehinggakan peringkat Allah buat timbangan yang digunakan pula bukan kilo atau gram tetapi menggunakan zarrah (atom).
Hadis- Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:
\”Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang terletak dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu.\” [HR Muslim]
- Ayat 13- {kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.}-
Kata ulama\’ ayat ini menunjukkan bahawa semua jin yang beriman & baik akan masuk syurga manakala jin yang tidak beriman akan dimasukkan ke dalam neraka. Sama seperti manusia juga hukumannya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t juga:
{Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut (فَلَا يَخَافُ) dianiaya (ظُلْمًۭا) atau dikurangkan (هَضْمًۭا) sedikitpun dari pahalanya.} (Taha 20:112)
Sekian semoga kita semua mendapat manfaat dan pengajaran daripada tadabbur hari ini Insya\’ Allah.