IMARAHKAN MASJID DENGAN TAUHID, HAKIKAT DAKWAH NABI S.A.W & SANG PENDERHAKA KE NERAKA.
Full video : https://youtu.be/yNDIB_pNleM?si=OnXJvgWv3a04JRD5
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t memerintahkan untuk imarahkan masjid dengan tauhid, menyembah Allah semata-mata dan menjauhkan dari syirik memanggil selain dari Allah s.w.t.
- Jin sekali menceritakan tentang hakikat dakwah Nabi s.a.w yang mengajak kepada tauhid & menghilangkan syirik kepada Allah s.w.t Yang Esa .
- Di akhir ayat Allah s.w.t menyebut bahawa sang penderhaka akan dihumban ke dalam neraka.
AYAT 18- {\”DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA MASJID-MASJID ITU UNTUK (IBADAT KEPADA) ALLAH SEMATA-MATA; MAKA JANGANLAH KAMU SERU DAN SEMBAH SESIAPAPUN BERSAMA-SAMA ALLAH.} (AL-JIN 72:18)
- Sesungguhnya masjid itu khas untuk Allah, untuk beribadat kepada-Nya semata-mata. Masjid biasanya dipanggil \’Rumah Allah\’, dinisbahkan kepada Allah sebagai satu kemuliaan untuknya.
- Maka jangan sesekali kamu buat syirik kepada Allah s.w.t di dalam masjid dengan apa sekalipun. Berdoa hanya meminta kepada Allah s.w.t, bukan dengan makhluk.
- Masjid dibuat bukan untuk berbangga-bangga, untuk diniagakan dengan diambil tiket atau tol bayaran atau seumpamanya.
Tetapi walaupun percuma, itupun ramai juga yang tidak datang. - Maksudnya {masjid hanya untuk Allah-
وَأَنَّ ٱلْمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ}:
i- kata ar-Razi: Allah wahyukan kepada Rasulullah s.a.w untuk memberitahu bahawa masjid itu khas untuk Allah s.w.t!
ii- masjid adalah tempat khas untuk beribadat kepada Allah, jangan campur dan buat syirik kepada Allah di dalamnya. Sebagaimana Kristian yang mendakwa Allah ada anak dan lain-lain.
- Kata al-Qurtubi rhm.: Masjid adalah tempat khas untuk berzikir kepada Allah s.w.t. Bukan tempat untuk- bermain, bersuka-suka lagha, bukan pasar untuk berniaga, berbual-bual & bising, atau sebagai jalan laluan, jangan kamu jadikan kerja untuk dunia atas masjid.
- Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا
Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar seorang lelaki meminta-minta barangnya yang hilang di masjid, maka katakanlah kepadanya, \”Semoga Allah tidak memulangkan barang itu kepada-Mu.\” Ini kerana sesungguhnya masjid-masjid itu tidak dibina atas tujuan ini. [HR Muslim].
- Ada juga ulama\’ yang mengatakan {ٱلْمَسَـٰجِدَ} ini bermakna anggota sujud, anggota yang kita sujud di atasnya; iaitu 7 tulang kita: 2 tapak kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan & satu dahi.
- Yakni semua tempat yang kita nak solat, nak buat ibadat, jangan buat syirik di situ! Hatta di mana-manapun kita tidak boleh syirik tetapi pastilah atas masjid lebih utama!
AYAT 19- {\”DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA, KETIKA HAMBA ALLAH (NABI MUHAMMAD) BERDIRI MENGERJAKAN IBADAT KEPADANYA, MEREKA HAMPIR-HAMPIR MENINDIH SATU SAMA LAIN MENGERUMUNINYA\”.} (AL-JIN 72:19)
- Ketika Rasulullah s.a.w membaca al-Quran di dalam solatnya, golongan jin ini mengerumuni Baginda beramai-ramai dengan dekatnya, bertindan antara satu sama lain sehingga hampir menindih satu sama lain.
- Mereka amat suka dan kagum mendengar Rasulullah s.a.w membaca al-Quran dan bagaimana para sahabat berjemaah bersamanya.
- Begitulah sifat jin yang baik dalam menuntut ilmu & mendengar kuliah, kalah manusia dengannya.
Dalam majlis ilmu kita, di mana ada tiang di situ ada orang yang menunggunya, lagi ke depan lagi kosong & tidak akan penuh.
AYAT 20- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH BERIBADAT KEPADA TUHANKU SEMATA-MATA, DAN AKU TIDAK MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESIAPAPUN\”.} (AL-JIN 72:20)
- Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk mengiklankan, menzahirkan bahawa dakwahnya hanyalah tauhid kepada Allah Yang Esa & beribadat yang khas kepada Allah seperti solat, puasa, haji, zikir dengan benar & betul.
- Iaitu syarat untuk kita untuk beribadat:
i- wajiblah ikhlas kepada Allah s.w.t tanpa mempersekutukanNya dengan sesiapapun yakni tidak syirik.
ii- ikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bukan sesuatu rekaan atau tambahan yang dibuat sendiri atau oleh orang lain!
AYAT 21- {KATAKANLAH LAGI; \” SESUNGGUHNYA AKU TIDAK BERKUASA MENDATANGKAN SEBARANG MUDARAT DAN TIDAK JUGA BERKUASA MENDATANGKAN SEBARANG KEBAIKAN BAGI KAMU.} (AL-JIN 72:21)
- Rasulullah juga diperintahkan untuk memberitahu bahawa:
i- Rasulullah s.a.w tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudharat,
ii- dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi manusia lain kecuali dengan kuasa Allah s.w.t!
- Allah suruh Rasulullah s.a.w beritahu bahawa semua urusan ini di bawah kuasa Allah, Baginda hanya hamba yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Bila Allah perintahkan baru buat!
- Munasabah ayat ini:
i- setelah Rasulullah s.a.w ceritakan tentang jin yang begitu begini maka di sini Allah s.w.t wahyukan kepada Rasulullah s.a.w;
ii- supaya mengajar dan memaklumkan kepada sahabat dan umatnya apa yang perlu kita buat. Iaitu tauhid dan beribadat kepada Allah s.w.t semata, dan Nabi s.a.w pulangkan kuasa urusan semua perkara atas dunia ini kepada Allah juga.
- Ada sebahagian orang yang salah faham dan silap kepercayaan; mereka letakkan kedudukan Rasulullah s.a.w lebih tinggi daripada yang sepatutnya, mereka mengatakan Rasulullah s.a.w ini pemilik alam dan mengetahui segala perkara ghaib!
Kita akui Baginda seorang Rasul Yang mulia tetapi jangan melampaui dan melebihi apa yang Rasulullah sendiri beritahu dan akui. - Firman Allah s.w.t:
{Katakanlah: \”Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.
Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman\”.} (Al-A\’raaf 7:188) - Tentang alamat Kiamat dan lain-lain yang Rasulullah s.a.w beritahu kepada kita, itu adalah apa yang diajar & diberitahu oleh Allah s.w.t kepada Baginda s.a.w. bukan yang Baginda reka sendiri.
Kita jangan menokok-nambah dan melampaui lebih dari apa yang Baginda s.a.w sendiri beritahu tentang dirinya!
AYAT 22- {KATAKANLAH LAGI; \”SESUNGGUHNYA AKU, TIDAK SEKALI-KALI AKAN DAPAT DIBERI PERLINDUNGAN OLEH SESIAPAPUN DARI (AZAB) ALLAH (JIKA AKU MENDERHAKA KEPADANYA), DAN AKU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDAPAT TEMPAT PERLINDUNGAN SELAIN DARIPADANYA,} (AL-JIN 72:22)
- Allah ajar lagi agar Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa tiada siapa yang boleh melepaskan seseorang daripada ketetapan Allah s.w.t
- Hatta Baginda sendiri tidak dapat menyelamatkan dirinya. Baginda hanyalah berlindung dengan Allah s.w.t.
AYAT 23- {\”(AKU DIBERI KUASA) HANYA MENYAMPAIKAN (WAHYU) DARI ALLAH DAN PERINTAH-PERINTAHNYA (YANG DITUGASKAN KEPADAKU MENYAMPAIKANNYA); DAN SESIAPA YANG MENDERHAKA KEPADA ALLAH DAN INGKARKAN BAWAAN RASULNYA, MAKA SESUNGGUHNYA DISEDIAKAN BAGINYA NERAKA JAHANNAM; KEKALLAH MEREKA DI DALAMNYA SELAMA-LAMANYA.\”} (AL-JIN 72:23)
- Rasulullah s.a.w memberitahu lagi bahawa tiada siapa yang dapat memberi perlindungan kepada Baginda daripada azab Allah selain dari Allah s.w.t!
- Baginda diberi kuasa untuk menyampaikan wahyu kepada umat dengan apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan dengan menjalankan tugas itu Baginda mendapat keamanan dan kejayaan.
- Tugas Rasulullah s.a.w hanya menyampaikan (تبليغ) bukan melepaskan kamu dari azab!
- Allah s.w.t memberitahu kepada Rasulullah s.a.w bahawa sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkar kepada ajaran Rasulullah s.a.w; maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.
- Ini untuk orang yang kufur tidak beriman dan syirik kepada Allah s.w.t. Manakala mereka yang beriman, yang ada dalam hatinya keimanan, tetapi mereka melakukan dosa maksiat dan derhaka kepada Allah s.w.t, mereka akan diazab juga di dalam neraka beberapa lama mengikut tahap dosa mereka. Kemudian selesai mereka akan dikeluarkan dari neraka dibersihkan untuk masuk ke dalam syurga juga.
- Perhatian & peringatan: Kubur bukan tempat yang kekal atau alam abadi. Ia adalah alam barzakh iaitu alam perpindahan dari dunia ke Akhirat- menunggu Kiamat sebelum dibangkitkan. Manusia samada mendapat azab atau nikmat di dalam kubur, bergantung kepada iman & amal mereka.
Apabila mati ia hanya perjalanan terakhir di dunia ini kemudian kita akan menunggu di alam barzakh menunggu Kiamat yang akan datang.
Yang kekal abadi hanya di dalam syurga atau nerak kelak!
AYAT 24- {(GOLONGAN YANG KUFUR INGKAR ITU TETAP MEMANDANG ENGKAU LEMAH DAN KURANG PENYOKONG WAHAI MUHAMMAD), SEHINGGA APABILA MEREKA MELIHAT (AZAB) YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA, MAKA (PADA SAAT ITU) MEREKA AKAN MENGETAHUI SIAPAKAH ORANGNYA YANG LEMAH PENOLONG-PENOLONGNYA, DAN SEDIKIT JUMLAH BILANGANNYA.} (AL-JIN 72:24)
- Golongan kafir memandang hina & rendah kepada Rasulullah s.a.w & orang yang beriman, pengikut Rasulullah s.a.w. semasa di dunia ini. Mereka menganggapnya sebagai orang miskin, tiada pendidikan dan seumpamanya!
- Maka tunggulah sehingga apabila mereka melihat azab yang dijanjikan kepada mereka dulu, baru mereka tahu kebenarannya. Siapakah sebenarnya yang sedikit dan lemah penyokongnya!
- Maka berhati-hatilah dalam bicara kita, biar ada timbang-tara jangan boros dalam menghakimi dan menuduh!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 18- {\”Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.}- masjid tempat untuk beribadat kepada Allah maka jangan buat syirik di dalamnya.
Ia bukan pasar, bukan tempat untuk berbual & berhibur atau berposing apatah lagi buat iklan & content perniagaan semata.
Apatah lagi di depan Ka\’bah, hormatilah ia sebagai Rumah Allah (بيت الله), malulah kepada Allah, kita tetamu-Nya, jangan buat benda tidak senonoh di depannya.
Kita bermuhasabah, jika kita telah tersalah buat juga, kita beristighfar jangan ulanginya dan melampaui dalam melanggarnya, berhati-hati pada masa akan datang.
Bahkan seperti hadis Rasulullah s.a.w di atas tadi, kita boleh mendoakan agar perniagaan yang dilakukkan dalam masjid agar tidak untung!
Begitu juga orang yang menyekat majlis ilmu, bacaan ayat al-Quran & Hadis Rasulullah s.a.w yang sahih di atas masjid akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!
Memang masjid perlu dikawal & diselia kerana masjid bukan hanya perlu dibersihkan dari sampah & kekotoran fizikal tetapi juga dari hadis-hadis palsu dan cerita yang tidak sahih dari meja penceramah & mimbar masjid!
Orang yang menyekat dari dibaca ayat al-Quran dan ajaran yang sahih tanpa tabayyun & penjelasan maka dia akan dipertanggung-jawab di hadapan Allah s.w.t nanti!
- Ayat 18- {\”Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.}- Allah s.w.t perintahkan kepada kita supaya buat jadual & peraturan khas untuk masjid.
Kena buat peraturan apakan aktiviti yang boleh di buat di dalam masjid, dalam rumah Allah. Jangan sekali-kali kita berani melanggar SOP masjid. Seperti bergendang, berzikir yang bising dan melampau, sambil melompat atau menari maka ia adalah sesuatu yang amat buruk!
Pada zaman Imam Syafei rhm. lagi dia berkata; dia telah melihat orang melakukan perbuatan munkar dengan taghbir, memalu gendang dalam masjid!
Pihak berkuasa agama & negeri, hati-hati kena berkeras dan ambil langkah yang sepatutnya untuk menjaga kesucian masjid bukan hanya menyekat kuliah yang tidak sepatutnya.
- Ayat 18- {\”Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.}- masjid dinisbahkan kpd Allah s.w.t, rumah Allah.
Kenapa masjid di panggil rumah Allah?
Jawapan:
Kerana memuliakannya sebagai satu tempat yang disukai Allah s.w.t, tempat yang Allah s.w.t nak lihat kita ada.
Tempat yang Allah tidak suka ialah pasar-pasaryg tidak patuh Syari\’ah.
Maka kita kena bersihkan masjid daripada benda lain selain daripada ibadat kepada Allah s.w.t.
Bahkan tidak boleh juga menjalankan hukum hudud dalam masjid seperti potong tangan dan seumpamannya walaupun ia adalah hukum Syari\’ah.
Ulama\’ sepakat kata haram menjalankan hukum hudud dalam masjid. Adapun bercakap tentang hudud memang sepatutnya.
Tentang jual beli- sepakat ulama\’ kata ia satu larangan yang besar, bahkan ada yang kata haram!
Jadi kita ambil langka elakkan dari berjual beli dalam masjid. Kecuali kitab-kitab yang hendak diajar dan digunakan untuk belajar atau kuliah di dalam masjid.
Masjid tidak boleh dinisbahkan kepada orang lain! Tetapi jika kita bubuh nama sekadar untuk memperkenalkannya boleh.
Seperti setengah masjid dibubuh nama pengasasnya, nama-nama TG atau nama sahabat, nama tempat itu dan seumpamanya tidak mengapa, bukan kata khaskan masjid itu untuk sesuatu kaum dan seumpamanya.
Sebagaimana dalam sebuah hadis- kisah Rasulullah s.a.w berlumba kuda perang dari satu tempat di Madinah sehingga ke masjid Bani Zuraiq. Masjid itu dinisbahkan kepada Bani Zuraiq untuk menunjukkan tempat kedudukannya.
- Ayat 18- {\”Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.}- perkataan masjid-masjid {ٱلْمَسَـٰجِدَ} ini ada ulama\’ tafsir yang menterjemahkannya kepada tujuh anggota sujud manusia iaitu: 2 tapak kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan & satu dahi.
Maka ia adalah untuk Allah s.w.t, kita tidak boleh sujud kepada orang lain selain daripada Allah!
Sama juga jika ia merujuk kepada masjid sebagai rumah ibadat.
Sepakat ulama\’ juga kata dari ayat ini bererti: Tidak boleh membina kubur di dalam masjid. Jangan buat bangunan besar di atas kubur.
Jangan jadikan kubur itu sebagai tempat ibadat, masjid untuk solat iktikaf dan seumpamanya.
Kita buat kubur untuk kita kebumikan jenazah orang mati, kita menziarahi kubur dan berdoa UNTUk si mati; bukan berdoa meminta hajat atau pertolongan dari mereka!
Apatah lagi buat kubur besar, viralkannya dakwa ia adalah kepunyaan nabi atau para wali tertentu, kemudian datang gosok dan memuliakannya dengan melampaui sehingga menjadi khurafat & syirik!
Kubur bukan tempat pergi meminta hajat, tetapi kita berdoa untuk kebaikan penghuninya, hanya kepada Allah s.w.t tempat berdoa minta pertolongan dan hajat!
- Ayat 22- {Katakanlah lagi; \”Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,}- Rasulullah s.a.w diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk memberi penjelasan ini kepada umatnya bahawa Baginda tidak dapat memberi manfaat atau mudharat, atau menghalang sesiapapun dari azab Allah jika mereka derhaka kepada-Nya.
Kita diajar bahawa manusia & makhluk ini lemah, hatta Rasulullah s.a.w seorang nabi yang mulia pun tidak mempunyai kuasa ghaib atau kuasa untuk menyelamatkan sesama manusia kecuali selain dari apa yang Allah kurniakan kepada Baginda s.a.w!
Apatah lagi mendakwa wali itu ini mempunyai karamah, kubur yang mustajab doa lalu meminta berdoa kepada orang mati pula!
Rasulullah s.a.w seorang manusia yang paling mulia pun tidak mengakui mempunyai kuasa ghaib ini, dapat memberi manfaat & mudharat kepada sesama manusia!!
Surah Jin ini banyak mengajar kita akan aqidah & kemurniaan tauhid.
Mari kita belajarnya agar kita juga faham dan warak seperti jin yang beriman ini!