TABIAT MANUSIA RESAH, BAKHIL BILA KAYA & 10 SIFAT KETENANGAN MANUSIA.
Full video : https://youtu.be/fYflenAD3pU
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang tabiat manusia resah gelisah { خُلِقَ هَلُوعًا} & tidak sabar { جَزُوعًۭا } apabila tidak mendapat apa yang diingininya.
- Apabila mendapat kebaikan dan nikmat, kaya dan senang, dia akan menjadi bakhil, menghalang kebaikan, tidak infaq fisabilillah, nafkah & sedekah. { مَنُوعًا}
- Kecuali manusia yang ada 10 sifat yang menjadikan dia terkeluar daripada tiga sifat buruk ini. Allah sebutkan dalam ayat-ayat ini 10 sifat ketenangan ini.
- Munasabah ayat:
i- antara benda pelik dan ajaib manusia ini ialah tetap inginkan dunia walaupun telah mendengar ancaman dan peringatan dari Allah s.w.t, maka mereka akan menerima bala bencana yang dahsyat.
ii- maka Allah s.w.t sebut tiga sifat buruk utama manusia iaitu, resah gelisah, tidak sabar & tamak.
iii- kecuali manusia yang Allah jaganya dengan bersifat dengan 10 sifat yang sabar dan pebuh kebaikan.
- Kita berdoa kepada Allah supaya Allah s.w.t keluarkan kita daripada 3 sifat buruk dan jadikan kita dalam 10 sifat yang baik.
AYAT 19- {SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIJADIKAN BERTABIAT RESAH GELISAH (LAGI BAKHIL KEDEKUT);} (AL-MA\’AARIJ 70:19)
- Sesungguhnya manusia itu dijadikan tabiatnya resah gelisah, keluh kesah. Oleh kerana dia sangat tamak apabila tak dapat apa yang diingininya dia akan menjadi tamak & gelisah.
AYAT 20- {APABILA IA DITIMPA KESUSAHAN, DIA SANGAT RESAH GELISAH;} (AL-MA\’AARIJ 70:20)
- Yakni apabila ditimpa kesusahan dan bala dari Allah seperti kehilangan orang yang disayangi, kehilangan harta dan lain-lain, dia tidak akan sabar menghadapinya, gelisah penuh resah.
AYAT 21- {DAN APABILA IA BEROLEH KESENANGAN, IA SANGAT BAKHIL KEDEKUT;} (AL-MA\’AARIJ 70:21)
- Kemudian apabila mendapat kesenangan, harta kekayaan mereka akan sangat bakhil dan kedekut! Mereka akan menghalang kebaikan dan haknya.
- Inilah tiga sifat buruk manusia kecuali mereka yang bersifat sebaliknya sepertimana dalam ayat-ayat selepas ini.
- Hadis- dari Abu Hurairah r.a, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Antara sifat buruk yang ada dalam diri manusia (lelaki & perempuan) ialah melampaui kebahkhilannya (kupit hangit) dan penakut yang bersangatan (luar tabi\’i- seperti takut berkata benar). [HR Abu Daud & Ahmad]. - Takut ini ada dua:
i- takut tabi\’i dan normal iaitu kepada kepada benda yang berbahaya dan meyakitkan.
ii- takut untuk berkata benar atau mencegah kemungkaran ini manusia yang rosak. - Dari Amru bin Taghlib r.a, bahawa Rasulullah s.a.w apabila mendapat harta ghanimah dan membahagikannya, Baginda bersabda:
\”Sesungguhnya ada orang yang aku beri dan ada yang tidak ku beri, sedang yang tidak ku beri itu lebih ku cintai dari orang yang ku beri. Aku beri kepada kaum kerana mereka dalam hatinya ada perasaan keluh kesah dan loba, sedang kaum (yang tidak aku beri) kerana aku percayakan kepada kecukupan dan kebaikan yang telah Allah jadikan pada hati mereka, di antaranya Amru bin Taghlib.\”
Kata Amru: \”Saya tiada menyukai perkataan Rasulullah itu diganti dengan memperoleh binatang ternak.\” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2022).
AYAT 22- {KECUALI ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG-} (AL-MA\’AARIJ 70:22)
- Kecuali orang yang bersifat dengan sifat kebaikan ini.
- Yang pertamanya ialah mereka yang betul-betul solat (ٱلْمُصَلِّينَ). Tiada stress dan keresahan bagi mereka.
AYAT 23- {IAITU MEREKA YANG TETAP MENGERJAKAN SEMBAHYANGNYA;} (AL-MA\’AARIJ 70:23)
- Mereka bukan hanya sekadar solat kerana wajib tetapi menjaga kualiti solat itu dan sentiasa mengerjakannya pada waktunya (عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَآئِمُونَ).
- Barulah solat itu dapat menghalang manusia daripada mengerjakan benda keji & mungkar.
- Inilah hikmah Allah s.w.t berikan kepada Rasulullah s.a.w pada awalnya 50 waktu solat sehari semalam, di mana setiap 28 minit ada solat. Maka orang yang solat tidak akan melakukan perkara yang tidak baik.
- Maka konsep kita ialah solat berterusan jiwanya, dengan khusyuk dan ihklasnya, bukan hanya solat rutin!
- Mereka ini menjaga solatnya dengan sempurna dan tidak akan ditinggalkan!
AYAT 24- {DAN MEREKA (YANG MENENTUKAN BAHAGIAN) PADA HARTA-HARTANYA, MENJADI HAK YANG TERMAKLUM,} (AL-MA\’AARIJ 70:24)
- Sifat ketiga mereka ini mengeluarkan bahagian khas yang dipastikan dan diketahui daripada hak hartanya!
- Dalam harta kita ada hak orang miskin. Kata ulama\’ ia adalah zakat. Zakat itu hanya 1/40 daripada harta yang dimilik.
AYAT 25- {BAGI ORANG MISKIN YANG MEMINTA DAN ORANG MISKIN YANG MENAHAN DIRI (DARIPADA MEMINTA);} (AL-MA\’AARIJ 70:25)
- Orang miskin ini ada dua jenis:
i- yang meminta dan menunggu-nunggu pemberian orang ramai.
ii- yang tidak meminta-minta walaupun memerlukan kerana malu dan menjaga air-mukanya. - Kata Rasulullah s.a.w orang yang afdhal dan betul-betul kita kena tolong ialah golongan yang kedua ini, setelah kita kenal-pasti bahawa mereka berhak dan sangat berhajat kepada bantuan.
AYAT 26- {DAN MEREKA YANG PERCAYAKAN HARI PEMBALASAN (DENGAN MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG SOLEH SEBAGAI BUKTINYA);} (AL-MA\’AARIJ 70:26)
- Sifat keempat ialah: mereka yang percayakan kepada hari Kiamat sebagai hari Pembalasan.
- Mereka yang benar-benar percaya dan yakin kepada hari Kiamat dan janji Allah s.w.t ini; dia akan buat amal ibadat sebagai bekalan untuknya.
- Sayangilah harta anda dengan menjadikanya benar-benar hak kamu dengan bersedekah.
- Sabda Rasulullah s.a.w: Sedekah itu tanda orang yang beriman!
Kerana dia yakin dia akan dapat pulangan daripada Allah s.w.t! Kerana itu dikatakan sedekah dan infaq fisabilillah itu sebagai beri hutang kepada Allah, yang apasti akan dibayar-Nya!
AYAT 27- {DAN MEREKA YANG CEMAS TAKUT DARIPADA DITIMPA AZAB TUHANNYA,} (AL-MA\’AARIJ 70:27)
- Sifat kelima: Mereka sentiasa dalam keadaan cemas dan takut kepada Allah s.w.t.: takut Allah tidak terima amalannya, cemas takut kita mati tidak dalam husnul-khatimah, takut akan azab Allah!
- Kita kena tahu & yakin bahawa agama itu ialah hari Pembalasan, Tuhan yang memiliki hari Pembalasan.
- Sentiasalah baca doa ini agar pengakhiran kita baik dan tidak terbalik:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
\”Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari terkeluar dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah.\”
- Kata seorang ulama\’ salaf: Aku pernah sempat bertemu dengan 30 sahabat Rasulullah s.a.w, kesemua mereka hatinya gementar takut kepada Allah s.w.t.
- Firman Allah s.w.t:
{Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;} (Al-Mu\’minuun 23:60) - Yakni mereka ini sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga agar iman mereka terjaga dan tidak tercabut.
AYAT 28- {KERANA SESUNGGUHNYA AZAB TUHAN MEREKA, TIDAK PATUT (BAGI SESEORANGPUN) MERASA AMAN TERHADAPNYA;} (AL-MA\’AARIJ 70:28)
- Mereka yang beriman ini cemas kerana mereka tahu tidak patut bagi seseorangpun merasa aman terhadap azab Allah s.w.t!
AYAT 29- {DAN MEREKA YANG MENJAGA KEHORMATANNYA, } (AL-MA\’AARIJ 70:29)
- Sifat yang keenam ialah mereka yang menjaga kehormatan diri: iaitu kemaluan dan maruahnya.
- Dalam ayat ini ialah Allah minta supaya kita bersihkan hati & jiwa kita daripada segala kotoran kemungkaran dan fawahisy yang tidak baik, yang ikut hawa nafsu semata.
Menjaga diri dan menjauhkan dari segala sifat buruk ini.
AYAT 30- {KECUALI KEPADA ISTERINYA ATAU KEPADA HAMBANYA, MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK TERCELA;} (AL-MA\’AARIJ 70:30)
- Kecuali kepada isterinya yang halal atau hamba yang halal baginya.
Peringatan: Sekarang ini sudah tidak ada lagi hamba yang halal untuk digauli! - Maka mereka ini tidak akan dicela kerana melepasakan nafsunya pada jalan yang halal dan betul.
AYAT 31- {KEMUDIAN SESIAPA YANG MENGINGINI SELAIN DARI YANG DEMIKIAN, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS;} (AL-MA\’AARIJ 70:31)
- Sesiapa yang mencari selain yang halal ini, tidak ikut jalan yang benar ini (وَرَآءَ ذَٰلِكَ) maka mereka ini telah melampaui batas, melakukan perbuatan yang haram!
AYAT 32- {DAN MEREKA YANG MENJAGA AMANAH DAN JANJINYA;} (AL-MA\’AARIJ 70:32)
- Sifar ketujuh ialah: mereka yang amanah dalam tugas dan tanggung-jawabnya. Serta kelapan; menunaikan janji apabila berjanji.
- Amanah ini bukan hanya dalam menjaga harta tetapi juga amanah dalam kepimpinan & kekuasaan.
- Antara sebab Allah s.w.t beri amanah kepimpinan ini kepada seseorang ialah:
i- kerana keikhlasan kita. Allah s.w.t mahu beri pahala yang besar kepada kita. Pemimpin yang baik akan mendapat bayangan di bawah Arasy Allah s.w.t pada hari Kiamat nanti.
ii- Allah s.w.t mahu memperkenalkan sifat sebenar seseorang itu kepada umum. Apakah benar sebagaimana yang dilaungkan sebelum ini atau hanya retorik semata. Apakah janjinya benar atau palsu?
- Ibnu Hajar rhm. telah membawa beberapa senarai tentang sifat pemimpin yang rakus & tidak adil.
AYAT 33- {DAN MEREKA YANG MEMBERIKAN KETERANGAN DENGAN BENAR LAGI ADIL (SEMASA MEREKA MENJADI SAKSI);} (AL-MA\’AARIJ 70:33)
- Sifat kesembilan: Mereka ini juga tidak menyembunyikan kesaksian yang benar. Adil dan benar dalam memberi kesaksian.
- Berani dan sanggup menjadi saksi untuk menegakkan kebenaran dan menolak kezaliman.
AYAT 34- {DAN MEREKA YANG TETAP MEMELIHARA SEMBAHYANGNYA;} (AL-MA\’AARIJ 70:34)
- Sifat yang terakhir & kesepuluh; Mereka ini tetap memelihara solat dengan mengerjakannya pada waktunya dengan sempurna dan berterusan.
- Yang penting paksi untuk menghilangkan segala resah gelisah atas dunia ini ialah SOLAT!
- Iaitu orang yang menjaga solatnya dengan sempurna dan berterusan akan sentiasa tenang, sabar, redha dan tidak bakhil dalam hidupnya kerana dia sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t.
- Kata Syeikh Yahya bin Muaz rhm.:
Wahai Anak Adam, Agamamu Akan terus Terkoyak Selama Hatimu Masih Mencintai Dunia\” [Al-Hilyah]
AYAT 35- {MEREKA (YANG DEMIKIAN SIFATNYA) DITEMPATKAN DI DALAM SYURGA DENGAN DIBERIKAN PENGHORMATAN.} (AL-MA\’AARIJ 70:35)
- Mereka yang berisfat sedemikain akan mendapat balasan syurga dan diberi penghormatan oleh Allah s.w.t!
- Oleh kerana balasan di akhirat adalah hasil natijah daripada amalan yang baik di dunia maka ditegaskan dalam ayat-ayat ini bahawa orang yang beriman, yang bersifat dengan sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaik balasan iaitu syurga dan penghormatannya.
- Sebagaimana telah dibincangkan sebelum ini bahawa kita masuk syurga bukan kerana semata amalan kita tetapi disebabkan Rahmat dari Allah s.w.t!
- Maka apabila kita dapat rahmat Allah s.w.t maka kita akan layak ke syurga Insya\’ Allah!
Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang layak ke syurga-Mu. - Ada 10 sifat baik ini maka akan hilanglah tiga sifat buruk tadi!
Solat yang sempurna adalah paksi dan pencegah segala kemungkaran dan keburukan.
Semoga ia menjadi panduan kepada kita untuk layak ke syurga Insya\’ Allah.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 19- {Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);} & Ayat 20- {Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;} & Ayat 21- {Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;}- Kenapa Allah s.w.t jadikan sifat buruk ini dalam diri manusia? Kenapa Allah tidak pasang semua sifat baik dalam diri manusia?
Persoalan: Apakah hikmahnya Allah jadikan segala sifat buruk ini?
JAWAPAN :
Hikmahnya Allah cipta syahwat yang buruk ini supaya kita belajar dan tahu bahawa walaupun kita solat jika masih ada sifat-sifat buruk ini, tidak sabar, bakhil atau keluh kesah, maka kita masih bukan betul-betul orang yang beriman.
Kita kena berlatih untuk sentiasa melawan nafsu, jiwa yang tidak baik, syaitan yang sentiasa menggoda! Kita mesti lawan semua anasir ini, siapa ikut syaitan dia binasa, siapa lawan syaitan dia akan selamat!
Boleh dengar Kuliah Penawar Bagi hati oleh DDAAM:
https://youtu.be/oi6s_F4FnVU
- Ayat 21- {Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;}- manusia ini bila dapat kebaikan dan harta, sangat bakhil dan sayang akan hartanya ini kerana dia mahu yang segera atas dunia ini maka dia lupakan akan akhirat.
Kita kena buang sifat ini barulah kita akan ingat akan akhirat. Sifat orang yang beriman ialah sabar dan syukur; manakala yang sebaliknya adalah keluh-kesah bakhil dan tidak sabar.
- Ayat 19- {Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);}- Allah nyatakan bahawa sifat manusia ini selepas mereka kumpulkan harta, mereka akan jadi bakhil dan resah. Manusia dicipta dengan sifat gopoh, tidak sabar & resah.
Tetapi semua sifat ini boleh dihilangkan dengan cara kita kembali kepada 10 sifat yang disebutkan selepasnya.
Ulama\’ kata: الوهبي أو الكسبي
Sifat kata ini apakah anugerah Allah semata yang jadikan kita baik atau dapat kita usahakan agar menjadi baik & lembut?
Kata ulama\’: Akhlak manusia ini bukan anugerah Allah semata tetapi adalah hasil usaha manusia itu sendiri serta anugerah Allah s.w.t juga.
- Ayat 22- {Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang-} & Ayat 23- {Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;}- yakni sifat baik untuk didik nafsu & jiwa, yang menjadi paksi untuk melawan semua sifat buruk ini ialah SOLAT yang dijaga dengan sempurna dan baik.
Orang yang betul-betul jaga dan tunaikan solatnya ialah mereka yang betul-betul akan mendapat kebahagiaan dunia & akhirat.
- Ayat 24- {Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum,} & Ayat 25- {Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);} – kita boleh simpulkan bahawa antara sifat yang mulia ialah;
Sifat pemurah dan jaga hak orang miskin dengan keluarkan zakat, infaq & sedekah.
Sifat orang yang baik ialah hatinya sentiasa cemas dan takut, apakah Allah s.w.t terima segala amal ibadatnya. Ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan mahu menunjuk kepada manusia.
Apatah lagi seperti bergambar atau live dari depan Ka\’bah & Maqam Rasulullah s.a.w. ini satu fenomena yang perlu diberi nasihat dan peringatan.
Dalam ayat-ayat yang kita baca ini Allah s.w.t sifatkan orang yang bahagia & mulia, orang yang baik, orang yang bersifat dengan 10 sifat ini,
orang yang akhlak mulia dengan ibadat fizikal (بدنية) dengan jaga solat,
ibadat hati (قلبية) dengan sentiasa takut kepada Allah s.w.t &
ibadat harta (مالية) dengan sentiasa keluarkan zakat & infaq serta menjaga aqidah dan muamalat.
Semoga kita akan selamat dan aman di akhirat nanti Insya\’Allah.