View Categories

SURAH AL-MA\’ARIJ : AYAT 8-18

\"\"

KEADAAN HARI KIAMAT, KAWAN DAH TAK PEDULI & KAFIR NAK TEBUS DIRI DENGAN SEMUA ORANG.

Full video : https://youtu.be/QL7uscGJ5y8

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang beberapa keadaan hari Kiamat yang cukup menakutkan di mana langit menjadi cair, bukit berterbangan seperti bulu yang ringan.
  2. Pada hari itu juga kawan dah tak peduli lagi pada kawan atau keluarga & pasangan. Masing-masing sibuk dengan urusan menyelamatkan diri sendiri.
  3. Pada hari itu orang kafir akan menyesal dan nak tebus dirinya dengan semua orang. Tetapi setiap amalan adalah untuk dirinya sendiri.
  4. Allah sebut semua fenomena hari Kiamat ini untuk menyedarkan kita bahawa hari Kiamat itu amat dahsyat & panas, matahari berada di atas kepala, maka mana amalan kamu untuk meneduhkannya!
  5. Kata Ibnu Umar r.a apabila dia melihat orang meneduhkan kubur bapanya dengan bangsal: Hanya amalannya yang dapat meneduhkan si mati bukan bangunan. Bangunan hanya untuk orang hidup.
  6. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t tentang hari Kiamat. Maka orang akan bertanya apakah hari Kiamat itu?

ii- maka dalam ayat ini menjawabnya dengan digambarkan secara terperinci tentang apa yang akan berlaku pada hari Kiamat kelak, dengan keadaan langit, bukit dan lain-lain.

AYAT 8- {(IAITU) PADA HARI LANGIT MENJADI SEPERTI TEMBAGA CAIR,} (AL-MA\’AARIJ 70:8)

  1. Hari Kiamat itu ialah apabila langit menjadi hancur dan cair seperti tembaga yang dicairkan. Yakni dari asalnya yang keras menjadi cair dan hilang.
    Kata AAM seperti aiskrim yang mencair. Dari keras dan beku menjadi larut & cair begitu saja.
  2. Ada yang kata langit menjadi hitam dulu kemudian mencair dan larut!

AYAT 9- {DAN GUNUNG-GANANG PULA MENJADI SEPERTI BULU (YANG BERTERBANGAN)} (AL-MA\’AARIJ 70:9)

  1. Gunung-ganang pula tercabut dari tempatnya lalu berterbangan seperti bulu-bulu yang ringan ditiup angin!
  2. Ya Allah lindungilah kami pada hari yang huru-hara dan mengerikan itu! Gempa bumi atas dunia inipun sudah amat dahsyat dan membinasakan.

AYAT 10- {DAN SAHABAT KARIB TIDAK BERTANYAKAN HAL SAHABAT KARIBNYA, (KERANA TIAP-TIAP SEORANG SIBUK MEMIKIRKAN HAL KEADAANNYA SENDIRI),} (AL-MA\’AARIJ 70:10)

  1. Keadaan manusia pada hari itu pula setiap orang sibuk memikirkan keadaan nasib dirinya sendiri.
  2. Tiada siapa yang bertanya akan keadaan orang lain, walaupun teman rapat sekalipun! Begitu juga keluarga & pasangan tidak akan dapat tolong-menolong atau membantu satu sama lain.
  3. Bukan seperti di atas dunia ini, walaupun berlaku bencana masih boleh lagi memberi bantuan antara satu sama lain.
  4. Firman Allah s.w.t:
    {Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.} (Al-Mu\’minuun 23:101)
  5. Hadis Rasulullah s.a.w:
    Daripada Aisyah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: \”Manusia dikumpulkan pada Hari Kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan berkulup (tidak berkhatan).\”
    Aku bertanya: \”Wahai Rasulullah, apakah wanita-wanita dan lelaki-lelaki semua saling melihat satu sama lain?\”
    Baginda s.a.w menjawab: \”Wahai Aisyah, keadaan pada hari itu lebih dahsyat daripada saling melihat satu sama lain.\” (HR Muslim)

AYAT 11- {PADAHAL MASING-MASING DIBERI MELIHAT SETENGAHNYA YANG LAIN; (PADA SAAT YANG DEMIKIAN) ORANG YANG KAFIR SUKA KIRANYA DAPAT MENEBUS DIRINYA DARI AZAB ITU DENGAN ANAK-ANAKNYA SENDIRI,} (AL-MA\’AARIJ 70:11)

  1. Sedangkan pada hari itu mereka nampak dan dapat melihat keadaan antara satu sama lain. Tetapi masing-masing tidak sempat mengambil tahu keadaan orang lain, sibuk memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri lalu tidak peduli dengan keadaan orang lain.
  2. Ayat ini tidak bercanggah dengan ayat syafa\’at,:
    i- kerana keadaan ini adalah pada permulaan Kiamat iaitu ketika mula-mula keluar kubur. Masing-masing sibuk dan huru-hara bawa diri masing-masing.

ii- apabila keadaan tenang, syafa\’at diberikan selepas selesai hisab pengadilan dan perhitungan.

  1. Allah s.w.t gambarkan keadaan orang kafir pula; mereka amat berharap, bercita-cita berangan-angan agar dapat menebus dirinya daripada azab dengan anak-anak mereka sendiri!

AYAT 12- {DAN ISTERI SERTA SAUDARANYA,} (AL-MA\’AARIJ 70:12)

  1. Mereka juga sanggup menebus dengan isteri mereka atau saudaranya yang ada.

AYAT 13- {DAN KAUM KERABATNYA YANG MELINDUNGINYA,} (AL-MA\’AARIJ 70:13)

  1. Atau kaum kerabatnya yang dapat melindunginya semasa di atas dunia dulu!
  2. Kata ulama\’ lughah- al-Qalqasyandi: pakar bahasa telah membahagikan
    i- sya\’bun (شعب)- keturunan yang jauh-jauh.
    ii- qabilah (قبيلة)- yang lebih dekat.
    iii- imarah (إمارة)- yang lebih kecil.
    iv- al-batnu (البطن)- satu perut; yang lebih dekat.
    v- pakhiz (فخيذ)- paha yakni lebih dekat.
    vi- fasil (فصيل)- iaitu kaum kerabat sekelilingnya.

AYAT 14- {DAN JUGA SEKALIAN MAKHLUK YANG ADA DI BUMI – KEMUDIAN (DIHARAPKANNYA) TEBUSAN ITU DAPAT MENYELAMATKANNYA.} (AL-MA\’AARIJ 70:14)

  1. Atau jika boleh dengan sesiapa saja, dengan sekalian makhluk yang ada di atas bumi ini, agar dapat menebus diri mereka! Biarlah semua yang lain mendapat azab, masuk neraka agar dapat menyelamatkan diri mereka!
  2. Firman Allah s.w.t:
    {Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya; Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.} [Abasa 80: 34-37].

AYAT 15- {TIDAK SEKALI-KALI (SEBAGAIMANA YANG DIHARAPKANNYA)! SESUNGGUHNYA NERAKA (YANG DISEDIAKAN BAGINYA) TETAP MENJULANG-JULANG APINYA,} (AL-MA\’AARIJ 70:15)

  1. Apakah jawapan Allah s.w.t kepada mereka? Tidak sekali-sekali {كَلَّآ ۖ} sebagaimana yang mereka harapkan!
  2. Bagi mereka tetap mendapat azab neraka yang menjulang apinya yang disediakan bagi mereka!

AYAT 16- {(MEMBAKAR SERTA) MENGGUGURKAN KULIT UBUN-UBUN DAN ANGGOTA ANGGOTA TUBUH BADAN,} (AL-MA\’AARIJ 70:16)

  1. Api yang membakar sehingga menggugurkan kulit kepala dan anggota anggota tubuh badan mereka!

AYAT 17- {NERAKA ITU JUGA MEMANGGIL DAN MENARIK ORANG YANG MEMBELAKANGI SERTA BERPALING (DARI KEBENARAN),} (AL-MA\’AARIJ 70:17)

  1. Neraka itu akan memanggil dan menarik orang yang berpaling daripada kebenaran, yang tidak mahu ikut Islam, ahli syirik, ahli maksiat dan tidak mahu ikut Sunnah Nabi s.a.w!
  2. Kata Ibnu Kathir rhm.:
    Neraka memanggil semua calon penghuninya! Iaitu orang yang di atas dunia dlu melakukan amalan yang melayakkan mereka ke neraka! Neraka akan bercakap di Akhirat kelak dengan lidah yang fasih memanggil golongan ini!
  3. Kerana itu kita mahu belajar agar kita dapat membuat amalan yang dapat menjauh dan menyelamatkan daripada neraka ini!
  4. Begitulah manusia ini suka kepada benda-benda yang pelik dan aneh, bukan kepada Sunnah Nabi s.a.w yang sahih!

AYAT 18- {DAN YANG MENGUMPULKAN HARTA KEKAYAAN LALU MENYIMPANNYA (DENGAN TIDAK MEMBAYAR ZAKATNYA).} (AL-MA\’AARIJ 70:18)

  1. Neraka juga akan memanggil mereka yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya dengan tidak membayar zakatnya!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 8- {(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,} & Ayat 9- {Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)}- ulama\’ kata: Allah s.w.t tidak kata alam ini hilang musnah lenyap terus tetapi akan bertukar menjadi alam yang lain dan baru, bertukar keadaan dan susunannya.

SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T :

{(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.} (Ibrahim 14:48)

  1. Daripada dua ayat di atas juga kita dapat ambil pengajaran bahawa; Jika langit dan bumi; dua ciptaan Allah yang amat besar dan gah itu boleh menjadi binasa sedemikian rupa. Maka apatah lagi kita manusia yang kerdil dan lemah ini!

MAKA KITA HENDAKLAH SENTIASA BERTAUBAT KEPADA ALLAH S.W.T DENGAN:

i- insaf dan menyesali dosa yang lepas.
ii- meninggalkannya terus.
iii- berazam untuk tidak akan menggulanginya lagi!
iv- jika berkait dengan hak orang lain; kena hantar balik dan minta maaf dengan tuannya.

  1. Ayat 10- {Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),}- pada hari Kiamat setiap orang akan sibuk untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Semua hubungan atas dunia putus seketika pada ketika itu! Ketika mula-mula keluar dari kubur dan menuju ke mahsyar untuk perhitungan dan pengadilan.

Selepas selesai segalanya; Allah akan kumpulkan kembali orang yang beriman dengan kaum keluarga dan zuriatnya yang sama beriman di dalam syurga nanti!

  1. Ayat 11- {Orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,}
    Ayat 12- {Dan isteri serta saudaranya,}
    Ayat 13- {Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,}
    Ayat 14- {Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi – kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.}- lihatlah pula keadaan orang kafir yang mahu menyelamatkan dirinya walaupun dengan orang yang paling disayanginya bermula dari anak sendiri lagi! Biarlah anak masuk neraka tidak mengapa asal dia selamat! Ini berlawanan dengan perasaan manusia semasa di atas dunia dulu!

Tetapi orang yang beriman dan bertaqwa tidak begini, Allah s.w.t selamatkan mereka selepas itu, mereka akan ingat dan mencari anak, kaum kerabat, keluarga dan sahabat mereka untuk saling memberi syafaat jika ada.

  1. Ayat 18- {Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).} – mengumpul harta dan berangan dan untuk menjadi kaya.
    Ulama\’ kata ayat ini isyarat kepada dua sifat buruk manusia:
    i- cintakan dunia dengan mengumpul harta { وَجَمَعَ} tanpa mengira halal-haram.

ii- sangat loba {فَأَوْعَىٰٓ} berangan besar sehingga menyebabkan tidak mahu mengeluarkan hak harta seperti bersedekah, infaq, bayar zakat dan seumpamanya!

Sebagai orang Islam jika cintakan harta biar harta itu menjadi milik kita, iaitu sebagai asset dan pahala yang menunggu kita di Akhirat kelak! Bukan yang hanya memberi faedah kepada orang lain atas dunia ini selepas kita tiada.

Powered by BetterDocs