View Categories

Surah Al-Ma’idah : Ayat 13-14

DILAKNAT GOLONGAN BATAL PERJANJIAN, PENGKHIANAT & DIHUKUM NASARA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI.

Full video : https://youtu.be/bwhiEnoRJyo?si=_KbkoWqQfM0THrAZ

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 13 sehingga 14.
  1. Dalam siri ini Allah SWT menceritakan tentang bani Israil yang diambil perjanjian dengan mereka tetapi mengkhianatinya lalu mereka dilaknat oleh Allah.
    Itulah golongan yang batal perjanjian, lalu hati mereka jadi keras membatu tidak dapat petunjuk lagi.
  1. Bukan setakat tak dengar kata & keras kepala, mereka juga adalah pengkhianat mengubah kitab yang Allah turunkan.
    Lalu Allah beri ancaman bahawa mereka akan diambil tindakan di dunia & juga di Akhirat.
  1. Kemudian satu lagi kumpulan yang jahat ialah kumpulan nasara yang juga khianat & membatalkan perjanjian. 
    Lalu dihukum nasara bermusuhan & membenci sesama sendiri sendiri atas dunia ini & berpecah lebih kepada 70 bahagian. 
    Di Akhirat kelak mereka akan diazab pula.

    Teguran kepada ahli kitab yang terdahulu ini juga adalah ibarat pukul anak sindir menantu; ia juga teguran kepada kita umat Islam hari ini yang diberi kitab al-Quran agar jangan ikut sifat buruk ini.
    Allah juga telah buat perjanjian dengan kita dalam al-Quran agar sembah Allah, tunduk akur kepada Allah, jika tak buat juga maka terimalah balasan azab dan kemurkaan Allah.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang perjanjian yang telah diambil dengan bani Israil tetapi mereka mengkhianatinya.

    ii- Kemudian datang ayat ini menyatakan Allah akan melaknat mereka yang mencabul mengkhianat perjanjian teguh yang telah dibuat dengan Allah ini!
    Begitulah bangsa yahudi ini dilaknat oleh Allah sepanjang zaman atas dunia ini kerana kejahatan & keburukan sifat mereka!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

AYAT 13- {MAKA DENGAN SEBAB MEREKA MENCABULI PERJANJIAN SETIA MEREKA, KAMI LAKNATKAN MEREKA, DAN KAMI JADIKAN HATI MEREKA KERAS MEMBATU (TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN). MEREKA SENTIASA MENGUBAH KALIMAH-KALIMAH (YANG ADA DI DALAM KITAB TAURAT DENGAN MEMUTARNYA) DARI TEMPAT-TEMPATNYA (DAN MAKSUDNYA) YANG SEBENAR, DAN MEREKA MELUPAKAN (MENINGGALKAN) SEBAHAGIAN DARI APA YANG DIPERINGATKAN MEREKA MEREKA DENGANNYA.}

  1. Dengan sebab mereka bani Israil (yahudi) tidak menunaikan perjanjian yang dibuat maka: 
    i- Allah melaknat mereka menyebabkan mereka jauh dari petunjuk & hidayah.
    Mengikut sejarah & adalah satu fakta hanya sedikit golongan yahudi yang menerima Islam.
    Hanya Abdullah bin Salam RA satu tokoh besar yang terkenal dalam Islam, dan beberapa orang yang lain lagi.

    ii- Allah juga menjadikan hati mereka keras seperti batu (“keras kkekung” Kelantan) lansung tidak ada dengar kata & amat degil tidak mendengar nasihat & teguran.
    Hati keras tiada siapa yang dapat melembutkannya kecuali Allah SWT!
  1. Dengan sebab tiada petunjuk & hati yang keras; mereka begitu berani menukar ayat-ayat Allah yang diturunkan di dalam kitab Taurat, mereka menafsirnya sendiri tidak merngikut sebagaimana kehendak Allah SWT. 
    Mereka hurainya ikut nafsu & kehendak mereka untuk memuaskan nafsu mereka!
  1. Sama seperti puak Jahmiyyah yang menukar makna-makna yang ada dalam ayat al-Quran.
    Sehingga Jaham bin Safwan mengatakan jika mampu dia mahu mengikis satu ayat dalam al-Quran الرحمن على العرش استوى yang dikatakan boleh menjadikan orang kafir! Sedangkan Allah tidak menurunkan al-Quran untuk orang menjadi kafir! 
  1. Para sahabat dulu tidak pernah mengatakan ayat al-Quran itu pelik & tidak dapat difahami, jika ada yang tak faham mereka akan bertanya kepada Rasulullah SAW & Baginda menjelaskannya dengan mudah, tiada yang tidak dapat difahami!
  1. Allah SWT telah menurunkan wahyu & ada dalam kitab mereka, tetapi mereka buat lupa & tidak dengar lalu lupalah mereka untuk melaksanakan perintah Allah SWT! 

AYAT 13- {DAN ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) SENTIASA DAPAT MELIHAT PERBUATAN KHIANAT YANG MEREKA LAKUKAN, KECUALI SEDIKIT DARI MEREKA (YANG TIDAK BERLAKU KHIANAT). OLEH ITU, MAAFKANLAH MEREKA (JIKA MEREKA SEDIA BERTAUBAT) DAN JANGANLAH DIHIRAUKAN, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA SUPAYA BAIK AMALANNYA.} (AL-MAAIDAH 5:13)

  1. Mereka bangsa yahudi ini juga akan sentiasa berbuat khianat, hanya sedikit sahaja yang baik & tidak khianat! 
    Rasulullah SAW menyaksikan kejahatan & pengkhianatan satu demi satu terhadap Rasulullah sendiri, para sahabat & Islam secara umumnya!
  1. Maka Allah perintahkan Rasulullah SAW supaya memaafkan mereka & jangan hiraukan dakyah & provokasi mereka, tetapi dalam masa yang sama kena pantau dan sentiasa berhati-hati dengan perancangan jahat mereka.
    Ini kerana Allah sesungguhnya suka kepada orang yang buat baik, ihsan, antara kebaikan itu ialah memaafkan orang yang buat salah kepada kita. 
    1. Kata Imam at-Tobari RHM : Ayat ini adalah tentang yahudi Nabi an-Nadhir yang pernah cuba membunuh Nabi SAW ketika Baginda & beberapa orang sahabat pergi ke penempatan mereka untuk berunding tentang satu kes pampasan.  
      Mereka naik atas bangunan dan mahu mencampak batu atas kepala Baginda SAW.
      Allah SWT segera menurunkan wahyu, memberi amaran kepada Nabi SAW & Baginda segera keluar dari kawasan mereka.  
      Betapa jahatnya mereka, nabi pun mereka nak bunuh apatah orang lain yang biasa-biasa.
      Rasulullah SAW mengambil tindakan dengan menghalau keluar dari Madinah tetapi tidak membunuhnya! 
    1. Mengikut rekod sejarah : Rasulullah SAW telah berinteraksi dengan cara yang cukup baik & pernuh toleransi dengan tiga kumpulan utama yahudi di Madinah pada zaman Baginda ini:
      i- Bani Qainuqa’, yang terawal buat jahat dengan mengkhianati seorang perempuan Islam lalu Nabi SAW hukum mereka dengan dihalau keluar dari Madinah. 

      ii- Bani an-Nadhir, yang mahu bunuh Nabi SAW tadi.

      iii- Bani Quraizah, yahudi terakhir yang dihukum kerana membatalkan perjanjian dengan Rasulullah SAW dengan menolong Quraisy dalam peperangan Ahzab. 
      Lalu selepas diadili oleh hakim pilihan mereka sendiri, orang lelaki Bani Quraizah dihukum bunuh dan dipenggal kepala, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba.

      Untuk bacaan tentang kisah yahudi di Madinah pada zaman Rasulullah SAW boleh baca buku ini:
      Madinah Munawwarah Kelebihan & Sejarah : https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
    1. Sedangkan Rasulullah SAW terima kehadiran mereka & berbuat baik kepada mereka, setibanya di Madinah Rasulullah SAW buat perjanjian yang dipanggil Piagam Madinah dengan syarat-syaratnya.
    1. Setelah beberapa lama hidup dalam keadaan tenang & baik-baik mereka mulai khianat dan berbuat jahat bermula dengan Bani Qainuqa’ diikuti bani Nadhir yang dihalau keluar dari Madinah & berpindah ke Khaibar!  
      Manakala yang terakhir bani Quraizah kerana terlalu besar & jahat jenayah mereka, Rasulullah SAW jatuhkan hukuman bunuh sebagaimana tadi.
    1. Ertinya Allah SWT telah beri peluang kepada mereka yahudi untuk hidup aman di Madinah bersama orang Islam walaupun mereka tidak beriman, tetapi kerana sifat semula jadi mereka yang jahat & khianat, maka diambil tindakan dengan diusir keluar & dihukum.
    1. Yakni jangan salahkan orang, jika kamu jahat & mulakan dulu khianat kepada orang kemudian apabila orang ambil tindakan kamu salahkan orang pula, dakwa orang atau Islam yang jahat! 

    AYAT 14- {DAN DI ANTARA ORANG-ORANG YANG BERKATA:” BAHAWA KAMI INI ORANG-ORANG NASRANI”, KAMI JUGA TELAH MENGAMBIL PERJANJIAN SETIA MEREKA, MAKA MEREKA JUGA MELUPAKAN (MENINGGALKAN) SEBAHAGIAN DARI APA YANG DIPERINGATKAN MEREKA DENGANNYA, LALU KAMI TANAMKAN PERASAAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN DI ANTARA MEREKA, SAMPAI KE HARI KIAMAT; DAN ALLAH AKAN MEMBERITAHU MEREKA DENGAN APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN.} (AL-MAAIDAH 5:14)

    1. Kemudian Allah ceritakan tentang puak Nasrani, yang juga telah buat perjanjian ikat setia juga dengan Rasulullah SAW. 
      Mereka ini berpecah-pecah dan tinggal di luar Madinah seperti Najran. 
      Mereka bukan seperti yahudi yang berkumpul di Madinah. 
    1. Mereka buat perjanjian mesti ikut ajaran Rasulullah SAW, tidak boleh lagi pakai kitab Injil yang mereka ada itu. Bantu Rasulullah SAW & beriman dengan semua rasul yang diutuskan Allah.
    1. Tetapi akhirnya mereka juga khianat & lupa janji yang telah dibuat kepada Rasulullah SAW. dan melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka! 
      Ikut perangai yahudi juga yang khianat perjanjian dengan Rasulullah SAW.
    1. Lalu sebagai akibat balasannya, Allah tanamkan dalam hati mereka:
      i- Perasaan permusuhan (ٱلْعَدَاوَةَ) &

      ii- Kebencian (وَٱلْبَغْضَآءَ) sesama mereka.
      Sehingga ke hari ini puak Kristian berpecah lebih daripada 70 bahagi dan tidak pernah bersatu antara mereka, sentiasa bermusuh & benci-membenci sesama mereka.
    1. Dalam kitab sejarah yang dinukilkan bahawa:
      i- Nabi Isa AS tidak menulis Kitab Injilnya secara penuh sehinggalah beliau diangkat ke langit. 
      Yang ada hanyalah beberapa lembaran yang ditulis pada kertas papyrus yang dibuat daripada batang pokok papyrus. 
      Ini adalah teknologi kertas yang terawal di Mesir dulu iaitu sejak tamadun Mesir Kuno pertama. 
      Bahkan perkataan paper (kertas) dalam bahasa Inggeris mungkin diambil sempena dari nama pokok kertas ini.

      ii- Jadi kitab Injil tiada yang bertulis secara rasmi yang datang dari Nabi isa AS. 
      Golongan nasrani pula selepas itu sering dihalau ke sana sini oleh puak yahudi tiada penempatan yang khas sehingga pada era Raja Rom masuk agama Nasrani di Konstantin.

      iii- Pada zaman itu apabila golongan nasrani mendapat negara di Konstantin (Constantinople) barulah kitab Injil ditulis oleh paderi & pope pope nya. 
      Kerana itu Injil itu berbeza-beza fahaman & mazhabnya. 
      Jadi jelaslah apa yang didakwa Injil yang 4 itu tidak terzahir sehingga 3 kurun selepas ketiadaan nabi Isa AS. Iaitu selepas nasrani mendapat negara di Konstantin, Rom. Kitab yang asal tiada & entah di mana.

      Kerana itulah apabila nasrani itu lupa akan perjanjian yang dibuat, Allah timpakan ke atas mereka permusuhan & kebencian sesama sendiri. 
      Mereka saling melaknat & menuduh kafir sesama mereka sehingga ke hari Kiamat! 
    1. Kemudian pada hari Kiamat kelak Allah akan ceritakan kepada mereka apa yang mereka buat & apa yang mereka kata dari kejahatan atas dunia ini.

    TAMBAHAN NOTA UNTUK AYAT 12, SIRI SEMALAM:

    • Kenapa Allah sebut iman kemudian daripada selepas sebut dirikan solat & tunaikan zakat? {لَئِنْ أَقَمْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيْتُمُ ٱلزَّكَوٰةَ وَءَامَنتُموَءَامَنتُم بِرُسُلِى}.
      Yakni Allah kata dia akan beri pertolongan tetapi dengan syarat kamu dirikan solat, tunaikan zakat & beriman dengan semua rasul-rasul-Ku.  
      Kenapa iman disebut kemudian, tak sebut dulu sebelum yang lain itu!

      Jawapannya-
      Kata Imam ar-Razi RHM : 
      i- Ini kerana orang yahudi dia terima, nak selamat kena solat dan kena zakat.

      ii- Tetapi tetap dalam pegangan agama mereka, mereka tetap tidak meneriman, tidak beriman dengan sebahagian rasul. 
      Maka Allah SWT sebut apa yang mereka terima dulu sebelum sebut apa yang mereka tolak.
      Jadi jika kamu berimn dengan yang dua ini terima jugalah yang ketiga ini agar kamu benar-benar beriman lalu aman di dunia & selamat di Akhirat.

      iii- Kata ulama’ tadabbur : Inilah uslub gaya perbincangan dalam bab khilaf: 
      Jika nak bincang dengan orang yang ada pebezaan, kita ambil yang kita ittifaq (bersetuju) dulu sebelum pergi kepada yang menjadi perselisihan. 
      Yang khilaf letak ditepi, kita besarkan yang menjadi persamaan agar boleh duduk bersama & perselisihan tidak menjadi semakin besar. Wallahu a’lam.

    PENUTUP & FAEDAH :

    1. Ayat 13- {Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran).}-

      Dengan sebab mereka batalkan perjanjian, Allah laknat mereka & jadikan hati mereka keras.  
      Inilah gara-gara, akibat bahana maksiat! 
      Kena laknat & hati keras.
      Kata ulama’ tadabbur : Hati ini banyak kategori:
      i- Hati kita lembut apabila kita banyak dengar kata Tuhan, iaitu banyak zikir, dengar tazkirah baca al-Quran dan seumpamanya. 

      ii- Apabila manusia ini derhaka kepada Allah; hatinya akan menjadi keras.

      iii- Dengan sebab maksiat juga hati menjadi keras, kejahilan berleluasa, ilmu tak masuk maka berkelahilah kita!

      Bagaimana nak lembutkan hati;
      i- Banyak melakukan ketaatan 

      ii- Banyak berzikir & mengingati Allah SWT.

      iii- Banyakkkan baca al-Quran dengan tadabbur 

      iv- Banyak ingat akan kematian, ziarah kubur dan seumpamanya.
      Bukan ingat mati jika ke kubur dok bergendang & usap batu nisan atau sebagainya yang karut.
    1. Ayat 14- {Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya,}-

      Allah jadikan hati mereka keras, mengubah makna ayat & mereka lupa akan perjanjian, ini adalah perangai & gaya yahudi. 
      Perangai yahudi: hati keras, khianat perjanjian & lupa perjanjian; maka kita sebagai orang yang beriman jangan sesekali ikut gaya yahudi, lupa Tuhan, lupa nak buat baik, khianati orang, inilah perangai orang yang sesat & yang mengubah perjalanan agama.
      Kamu larilah dari perangai yahudi ini sebagaimana kamu lari dari singa iaitu lari dengan sesungguh hati! 
      Jangan dok bermain-main dekat mereka! 
      Tetapi diakhir Allah kata : {Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan}- tetapi jika mereka datang kepada kita, dengan bertaubat & mahu beriman maka maafkanlah mereka!
      Yakni Allah tidak mahu kita bermusuhan dengan orang yang telah bertaubat!
    1. Ayat 14- {Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat;}-

      Orang yahudi & nasrani ini apabila mereka lupa kepada janji, Allah campakkan ke dalam hati mereka dua sifat iaitu: 
      i- Perasaan permusuhan (ٱلْعَدَاوَةَ) &

      ii- Kebencian (وَٱلْبَغْضَآءَ) sesama mereka.
      Hadis Nabi SAW:
      i- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
      افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً.
      Maksudnya: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. [HR Abu Daud (4596)]

      ii- Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufian RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
      أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ.
      Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. &2 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jemaah.” [HR Abu Daud (4597)]

      Lupa (النسيان) itu ada dua maksudnya:
      i- Terlupa secara amali iaitu lupa nak buat.

      ii- Lupa secara ilmu, apabila lama tak sebut & lama tak beramal.

      Maksud ayat ini adalah lupa kedua-duanya.
      Apabila kamu lupa Allah telah beri peluang kepada kamu untuk ingat kepada Allah Azza wa Jalla. 
      Jika kamu lupa sekalipun, kena ingatlah akan perjanjianmu dengan Allah SWT.
      Kejahatan yahudi itu adalah sehingga mahu membunuh Nabi SAW!
    1. Ayat 14- {Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya)}-

      Allah SWT sebut tentang perjanjian dengan nasrani juga. 
      Telah ada perjanjian dengan mereka serta telah ada dalam kitab Taurat & Injil tentang kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir serta sifat-sifat & tanda-tanda yang jelas tentangnya.
      Nasrani ini kejahatan mereka juga melampau, sama seperti yahudi kerana mereka sesat dalam ilmu!  
      Mereka ada kitab & ada ilmu, manakala puak kafir musyrikin seperti Abu Jahal dan lain-lain mereka tidak ada kitab, bahkan mereka dengar & percaya kepada ahli kitab yang menyeleweng ini!
      Mereka ada kitab & ilmu, tetapi malangnya mereka tetap ingkar tidak mahu beriman, mendustakan para nabi & menyeleweng kitab-kitab Allah yang mereka ada.
      Yahudi suka khianat dari segi fizikal manakala Nasrani ini suka berdebat, seperti nasrani dari Najran yang datang berhujjah & memutar fakta. Maka Allah jatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka.
    1. Ayat 14- {lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat;}-

      Iaitu mereka akan bermusuh sehingga ke hari ke Kiamat.
      Sifat nasrani yang Allah sebut di sini ada dua:
      i- Bermusuh { ٱلْعَدَاوَةَ}- sentiasa berbalah, berkelahi.  

      ii- Benci { وَٱلْبَغْضَآءَ}- tidak suka tetapi tidak semestinya mereka berbalah, mungkin hanya benci secara diam.
      Dua sifat ini ada dalam diri nasrani & di kalangan mereka sama ada mereka bermusuh berkelahi sesama mereka atau benci-membenci sesama mereka juga.
      Kerana itu apabila Islam datang Rasulullah SAW mengajar kita agar: “Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling membelakangi dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang Muslim mendiamkan saudaranya melebihi tiga malam.” (HR Bukhari).

      Alhamdulillah tamatlah perbincangan kita untuk ayat-ayat dalam siri ini.

    Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
    Wallahu A’lam.

    Powered by BetterDocs