View Categories

Surah Al-Ma’idah : Ayat 15-16

AHLI KITAB DIMAKLUMKAN KEDATANGAN NABI SAW, AL-QURAN YANG DIWAHYUKAN & OBJEKTIF DITURUNKANNYA.

Full video : https://youtu.be/Qc5V_oqTp20?si=7u7c20CPdMgYnE1E

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 15 sehingga 16.
  1. Dalam siri ini menceritakan tentang seruan Allah SWT kepada ahli kitab yahudi & Nasrani. Allah seru & jelaskan, maklumkan kepada Ahli Kitab tentang kedatangan Nabi SAW, sebagai rasul terakhir yang diutuskan.
  1. Allah juga nyatakan bahawa Al-Quran yang mulia telah diwahyukan, telah dihantar kepada manusia. 
    Allah beri petunjuk kepada orang yang beriman dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan & jalan yang diredhai-Nya. 
  1. Kerja utama atau objektif al-Quran diturunkan ialah untuk menjelaskan kepada manusia apa yang telah diperintahkan Allah dalam Taurat & Injil sekali. 
    Al-Quran adalah sebagai (Muhaimin- المهيمن) pengawal kitab-kitab yang terdahulu.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang kisah yahudi & nasrani yang telah membatalkan perjanjian. 
    Allah juga telah membatalkan hujjah sesat & dakwaan palsu bahawa mereka anak Tuhan & kesayangan Tuhan.

    ii- Maka Allah seru panggil mereka sebagai ahli kitab! Maka jika ada kitab pasti kamu sudah baca & tahu tentang apa yang Allah sampaikan tentang kebangkitan Nabi Muhammad SAW & sifat-sifatnya yang ada dalam kitab Taurat & Injil itu . Maka jika kamu orang kesayangan Tuhan, ahli kitab yang ada ilmu, berimanlah! Ikutlah apa yang Allah perintahkan!
  1. Hari ini kita membincangkan tentang Rasulullah SAW yang diutuskan membawa petunjuk kepada manusia, kebetulan tarikh hari ini 12hb Rabi’ul Awwal, yang dikaitkan dengan hari Kelahiran Rasulullah SAW. 
  1. Berkenaan ini kita sebut beberapa fakta secara ringkas:
    i- Tahun kelahiran Nabi SAW yang disepakati ulama’ ialah: 
    Tahun Gajah atau 571M, bulan yang disepakati ialah bulan Rabi’ul Awwal & hari Isnin. 

    ii- Tetapi tentang tarikhnya iaitu berapa hari bulan Rabi’ul Awwal mereka berbeza pendapat; ada yang kata 12hb, ada kata 9hb bersamaan 20 April 571M tahun Gajah. Pendapat ini disetujui oleh ramai ahli sejarah & ahli falak! Ada yang kata 2hb, 8hb, 4 inilah yang masyhurnya. Wallahu a’lam.

    iii- Manakala tentang tarikh kewafatan Rasulullah SAW pula mengikut majoriti ulama’ & ahli sejarah, sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi RHM dalam kitab Tahzib as-Sirah adalah pada waktu dhuha, hari Isnin 12hb Rabi’ul Awwal pada tahun ke-11H. 

    Untuk membaca lebih lanjut tentang sirah Nabi SAW ini oleh dapati kitab Tahzib as-Sirah terjemahan yang mampu milik & mampu dibaca ini di: https://dartaibah.com/…/Cetakan-Baru-2024-Edisi…

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

AYAT 15- {WAHAI AHLI KITAB! SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU RASUL KAMI (MUHAMMAD, SAW) DENGAN MENERANGKAN KEPADA KAMU BANYAK DARI (KETERANGAN-KETERANGAN DAN HUKUM-HUKUM) YANG TELAH KAMU SEMBUNYIKAN DARI KITAB SUCI, DAN IA MEMAAFKAN KAMU (DENGAN TIDAK MENDEDAHKAN) BANYAK PERKARA (YANG KAMU SEMBUNYIKAN). SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU CAHAYA KEBENARAN (NABI MUHAMMAD) DARI ALLAH, DAN SEBUAH KITAB (AL-QURAN) YANG JELAS NYATA KETERANGANNYA.} (AL-MAAIDAH 5:15)

  1. Ayat ini Allah seru secara lansung kepada golongan ahli kitab.
    Wahai ahli kitab! Ketahuilah bahawa telah datang kepada kamu rasul utusan Allah kepada kamu! 
  1. Rasul itu Muhammad SAW datang kepada kamu dengan membawa tugas:
    i- Memdedah : Menzahirkan kepada kamu apa yang telah kamu sembunyikan kepada manusia.

    ii- Menjelaskan apa yang telah kamu putar-belit, tukar, pesong, seleweng, tafsir & takwilkan ikut nafsu kamu bukan sebagaimana yang dikehendaki Allah! 
    Kerana itu al-Quran dinamakan juga al-Muhaimin iaitu memperbetulkan apa yang telah ahli kitab seleweng! 
    Mengawal penyelewengan & membaikinya.
  1. Antara isi Taurat yang diseleweng & sembunyikan mereka ahli kitab ialah:
    i- Hukuman rejam (bunuh) ke atas penzina yang telah pernah berkahwin.

    ii- Sembunyikan tentang khabar & kebenaran tentang Nabi SAW yang ada dalam kitab.

    iii- Mereka ingkar, tak terima & putar belit bahawa Nabi SAW adalah rasul terakhir yang ditunggu sebagaimana yang ada dalam kitab mereka. 
    Sedangkan Allah sudah kata mereka kenal sifat & watak Nabi Muhammad SAW kebih daripada kenal anak mereka sendiri!

    iv- Nasrani juga sembunyikan fakta khabar gembira yang diberitahu oleh Nabi Isa tentang akan datang selepasnya seorang rasul yang bernama Ahmad!
  1. Lalu kedatangan Rasulullah SAW & al-Quran datang membongkar penyelewengan dan mendedahkan apa yang disembunyikan (yang disusut- Kelantan) oleh mereka ahli kitab yahudi & nasrani itu!
  1. Allah hanya sebut sedikit & sebahagian sahaja daripada apa yang mereka ahli kitab sembunyi & selewengkan. 
    Allah tidak mahu sebut sedangkan banyak lagi penyelewengan & putar belit & penyembunyian fakta & maklumat yang mereka buat! 
    Cukup disebut yang besar sahaja.
  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
    {Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): “Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya;} (Al-An’aam 6:91)
    Cukuplah disebut sedikit & yang besar saja dulu.
  1. Kemudian Allah nyatakan bahawa Dia telah mendatangkan kepada kamu dua perkara iaitu:
    a) Cahaya: {Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (نُورٌۭ) kebenaran dari Allah.}-
    i- Ada ulama’ kata : Cahaya itu ialah Nabi Muhammad SAW, iaitu yang membawa cahaya petunjuk, mengeluarkan manusia dari kegelapan syirik kepada cahaya keimanan.

    ii- Ada yang kata : Ia merujuk kepada al-Quran sebagai cahaya petunjuk yang membawa hidayah & menjelaskan hukum-hakam yang nyata.
    Tetapi jika nur itu al-Quran kenapa Allah sebut pula selepasnya: DAN sebuah kitab….

    b) Dan sebuah Kitab yang jelas nyata keterangannya (وَكِتَـٰبٌۭ مُّبِينٌۭ)– iaitu Al-Quran, yang menjelaskan hukum-hakam & panduan hidup manusia.
    Kufur itu gelap & iman itu cahaya. 
    Cahaya yang Allah SWT anugerahkan kepada kita, yang membawa hidayah pedoman.
  1. Kerana itu permulaan Tahun Hijrah, taqwim umat Islam dikira:
    i- Bermula dari tahun hijrah Nabi SAW kerana ia sebagaimana kata Sayyidina Umara al-Khattab RA: 
    Hijrah memisahkan antara yang hak & batil.
    Serta Islam sudah mula kuat & ada kerajaan pemerintahan.

    ii- Tidak dipilih tahun kelahiran Nabi SAW kerana kita tidak mahu menjadi agama nostalgia seperti Kristian atau nasrani yang memilih tarikh lahir Nabi Isa sebagai permulaan Tuhan masehi.

    iii- Atau tahun kebangkitan kerana pada waktu itu Islam belum kuat & tersebar.
  1. Kebetukan hari ini, Isnin 12hb Rabi’ul Awwal adalah tarikh kewafatan Rasulullah SAW yang jelas disepakati majoriti ulama’, hari yang amat menyedihkan para sahabat sehingga ada yang tidak dapat menerima kenyataan itu pada awalnya! 
    Kerana itu dalam kegembiraan jangan lupa sebenarnya ada tangisan kesedihan.

AYAT 16- {DENGAN (AL-QURAN) ITU ALLAH MENUNJUKKAN JALAN-JALAN KESELAMATAN SERTA KESEJAHTERAAN KEPADA SESIAPA YANG MENGIKUT KEREDAANNYA, DAN (DENGANNYA) TUHAN KELUARKAN MEREKA DARI GELAP-GELITA (KUFUR) KEPADA CAHAYA (IMAN) YANG TERANG-BENDERANG, DENGAN IZINNYA; DAN (DENGANNYA JUGA) TUHAN MENUNJUKKAN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.} (AL-MAAIDAH 5:16)

  1. Dengan al-Quran Allah SWT: 
    i- Menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya,

    ii- Dan dengan al-Quran, Allah keluarkan mereka dari kegelapan kufur kepada cahaya iman yang terang-benderang dengan izin-Nya;

    iii- Dan dengan al-Quran juga, Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus {صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ}.
  1. Yakni Allah bawa al-Quran sebagai petunjuk kepada sesiapa yang mencari keredhaan Allah SWT., lalu mereka ikut cahaya Islam & beriman kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi maka Allah tunjukkan kepada mereka jalan Syari’ah Islam yang terang lagi mulia & suci ini!
  1. Sesiapa yang ikut petunjuk al-Quran & ikut ajaran Nabi Muhammad SAW:
    i- Itulah jalan yang selamat yang akan menyampaikan mereka kepada keredhaan Allah, menyampaikan mereka ke syurga.

    ii- Dan selamat dari segala penyakit yang akan membinasakan dunia & Akhirat!
  1. Allah juga kata sesiapa yang ikut jalan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW & jalan hidayah yang dibawa oleh al-Quran maka:
    i- Allah akan keluarkan mereka dari jalan kegelapan kufur syirik & maksiat kepada cahaya iman & keyakinan, kepada ketaatan akan Allah SWT. 

    ii- Dan Allah tunjukkan kepada mereka jalan yang benar, jalan yang lurus yang tiada bengkang-bengkok & tiada penyelewangan padanya.
  1. Alhamdulillah inilah nikmat anugerah yang Allah berikan kepada kita yang mengikut cahaya petunjuk dari Rasulullah SAW dan al-Quran.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 15- {Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, SAW)..}-

    Allah menyeru kepada ahli kitab iaitu golongan yahudi & nasrani.
    Allah nak seru kedua golongan ahli kitab itu; tetapi kenapa Allah sebut satu sahaja kitab bukan wahai dua ahli kitab, sedangkan mereka ada nabi & kitab yang khas masing-masingnya? Iaitu yahudi & nasrani?
    Jawapan:
    Ini kerana kedua golongan ini ada satu kitab yang Allah berikan kepada mereka, Allah nak sebut jenis kitab itu, tidak kira kitab apa pun, yang penting ia dari Allah! 
    Mereka ada ilmu & maklumat tetapi mereka sembunyikan fakta & ilmu yang ada di dalam kitab itu, selewengkan hukum-hakam dan seumpamanya!
    Maka cukuplah Allah sebut mereka sebagai ahli kitab yang ada ilmu & maklumat tetapi sembunyikannya. 
    Kesalahan mereka lebih jahat & dahsyat daripada orang jahil yang tiada kitab & ilmu. 
  1. Ayat 15- {Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad SAW)} –

    Allah sebut Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Kami, Utusan Kami {رسولنا}.
    Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini menunjukkan tingginya darjat Nabi Muhammad SAW, rasul utusan kami {رسولنا}.
    Allah sandarkan Rasulullah SAW kepada diri-Nya sebagai satu sandaran yang penuh kemuliaan! 
    Inilah uslub al-Quran yang amat tinggi.
    Kerja Nabi Muhammad itu SAW itu ialah { يُبَيِّنُ} menjelaskan kepada kamu apa yang ada dari sebarang bentuk penyelewengan. 
    Kata kerja dalam bentuk sentiasa present tense (فعل المضارع) bukan yang telah lepas (فعل الماضي)- past tense, ini kerana tugas Rasulullah SAW tidak terhenti; bahkan berterusan sehingga ke hari Kiamat.
    Begitu juga tugas al-Quran, keduanya akan menjelaskan kebenaran & menjalankan tugas ini sehingga ke hari Kiamat. 
    Allah tidak akan hantarkan lagi nabi baru atau kitab baru selepas itu. 
    Al-Quran ini tiada siapa yang boleh selewengkannya, begitu juga Sunnah Nabi SAW tidak akan mati, pasti akan ada orang, tokoh, seorang alim pendakwah, ulama’ rabbayyin yang akan membela & memperbetulkannya pada sepanjang zaman.
    Tidak akan lagi al-Quran atau nabi baru, jika ada yang mengaku jelas-jelas ia adalah satu pembohongan besar & ajaran sesat!
    Ya Allah jadikan kami orang yang menyebar & menghidupkan Sunnah Nabi SAW walaupun dibenci, dikecam, dibenci tidak disukai oleh sebahagian manusia! 
    Ini kerana mulianya satu pekerjaan apabila perkara yang dibuat itu satu kemuliaan.
  1. Ayat 15- {dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan).}-

    Allah beritahu kepada ahli kitab bahawa kerja kamu adalah sembunyikan ilmu, maklumat & fakta, banyak auta dan menyeleweng!
    Kata ulama’ : Sudah menjadi watak & sifat utama ahli kitab ini sembunyikan ilmu & selewengkan fakta!
    Kata ulama’ tadabbur : Sesiapa dari umat Nabi Muhammad ini yang sembunyikan fakta & ilmu; maka dia telah ikut gaya yahudi & nasrani si ahli kitab- kerana itulah sifat & ciri-ciri mereka, maka berhati-hatilah!
    Di akhir ayat Allah kata banyak lagi apa yang mereka sembunyikan dan seleweng tetapi Allah hanya sebut sedikit sahaja.
  1. Ayat 16- {Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya,}-

    Allah sebut siapa yang termasuk dalam keredhaan Allah, dia akan menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan!
    Kata ulama’ tadabbur : Betapa telitinya dalam penggunaan perkataan {ٱلسَّلَـٰمِ} yang bermaksud kesejahteraan:-
    i- Sejahtera dalam beragama kita tidak seleweng.

    ii- Sejahtera dalam kehidupan kerana kita akan selmat di Akhirat.

    iii- Sejahtera dalam keluarga & masyarakat.

    iv- Akal yang sejahtera kerana kita ikut wahyu Allah.
    Yakni sejahtera dalam pelbagai aspek.

    Persoalan minda: 
    Kenapa Allah guna sighah jamak (plural) iaitu {jalan-jalan keselamatan- سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ}- bukan hanya satu jalan saja {سبيل}? 
    Sedangkan biasanya Allah guna lafaz mufrad (singular) ini untuk jalan yang baik dalam ayat yang lain. 
    Tetapi kenapa dalam ayat ini Allah guna jamak?

    Jawapan:
    Ini kerana Allah kata sesiapa yang nak ikut keredhaan Allah dia kena ikut jalan-jalan Allah yang bererti Syari’ah Allah SWT. Maka Syari’ah perundangan Allah itu banyak sekali: seperti rukun Iman, rukun Islam, rukun akhlak dan lain-lain.
    Maka jalan untuk kesejahteraan itu ada banyak sama ada lorong tauhid iaitu iman, lorong Islam iaitu amalan yang zahir, lorong akhlak baik sesama manusia, Allah kerana banyak jalan itu maka Allah gunakan perkataan jamak untuk jalan-jalan yang banyak!

    Semoga Allah berikan kepada kita kefahaman yang baik, yang dapat meningkatkan keimanan kita!
  1. Ayat 16- {dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.}-

    Siapa yang ikut keredhaan Allah akan dikeluarkan dari kegelapan kufur kepada cahaya iman yang terang dan jalan yang lurus.
    Kata para ulama’ : Setelah kita masuk ke dalam syurga, darjat yang paling tinggi sekali ialah apabila Allah berfirman bahawa Dia redha kepada kita & tidak akan murka lagi selamanya!
    Ya Allah jadikan kami dan semua orang yang kami sayangi termasuk dalam golongan yang akan mendapat keampunan & keredhaan-Mu!
    Untuk mendapat keredhaan Allah bukan senang & tidak juga susah: 
    Iaitu ikut al-Quran ikut Sunnah, ikut kebenaran jangan dok reka-reka ibadat sebagaimana yang dibuat oleh yahudi & nasrani yang dirakam oleh Allah SWT dalam al-Fatihah, tetapi kita ikut keredhaan Allah SWT, jalan yang selamat & mulia, iaitu ikut al-Quran & Sunnah Nabi SAW.
    Jangan lupa hari ini adalah hari kewafatan Nabi SAW yang dipersetujui oleh para ulama’, dalam bergembira menyambut maulid Nabi SAW jangan lupa ia juga hari yang amat menyedihkan umat Islam pada masa itu terutamnya! 
    Kita bukan melwan arus tetapi hanya memberi maklumat & menyatakan fakta!
    Jika betul kamu cintakan Nabi SAW maka ikutlah Sunnah Baginda yang sahih, jangan dok reka-reka ibadat yang tidak diajar oleh Nabi SAW.
    Itu seolah kita kata tidak cukup lagi huraian & ajaran yang disampaikan oleh Baginda SAW.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs