MEMBATALKAN AKIDAH AHLI KITAB, NABI ISA AS TIDAK ADA KUASA & MESTI MENERIMA DAKWAH RASULULLAH SAW.
Full video : https://youtu.be/EUqSnw8YjBg?si=oEONOorMV4tbgdqt
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 17 sehingga 19.
- Dalam ayat ini Allah SWT membawakan hujjah-hujjah untuk membatalkan akidah & pegangan, kepercayaan karut ahli kitab, yahudi & Nasrani.
- Serta Allah panjangkan sikit perbincangan tentang nasrani yang meng’tuhan’kan Nabi Isa AS.
Lalu Allah nyatakan bahawa Nabi Isa AS tidak ada kuasa & tiada ciri-ciri ketuhanan kecuali beberapa mukjizat yang dianugerah Allah kepadanya.
Nasrani ini lebih memainkan sentiment, sedih atas Nabi Isa yang mati dipalang (sedangkan tidak), serta agama nostalgia yang memuliakan salib tersebut & merayakan ulang tahun kelahiran Nabi Isa serta menjadikannya sebagai taqwim mereka.
- Dalam ayat ini Allah tekankan kepada yahudi & nasrani bahawa mereka mesti menerima dakwah Rasulullah SAW. yang jelas & nyata. Tetapi mereka tetapi degil keras kepala, ingkar tidak mahu ikut!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa Dia sudah mengambil perjanjian yang kukuh dengan dua golongan ahli kitab ini iaitu yahudi & nasrani; malangnya mereka langgar & tidak ikuti janji bahkan batalkannya.
Mereka kata pula perkataan yang keji & buruk terhadap Allah SWT!
ii- Maka datang ayat ini Allah sebut perkataan mereka yang keji & membatalkan dakwaan mereka itu.
Allah telah bersumpah bahawa sesungguhnya telah kafir orang yang mendakwa bahawa Isa anak Maryam itu adalah anak Tuhan!
Satu perbuatan syirik yang pasti membawa kepada kekufuran dengan mengatakan Tuhan itu lemah perlu kepada anak.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 17- {DEMI SESUNGGUHNYA, KAFIRLAH ORANG-ORANG YANG BERKATA: “BAHAWASANYA ALLAH IALAH AL-MASIH IBNI MARYAM) KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “(DAKWAAN ITU TIDAK BENAR) KERANA SIAPAKAH YANG DAPAT MENAHAN (SEKSA) DARI ALLAH SEDIKIT JUA PUN KALAU IA MAHU MEMBINASAKAN AL-MASIH IBNI MARYAM BESERTA IBUNYA DAN ORANG-ORANG YANG ADA DI MUKA BUMI SEMUANYA?” DAN (INGATLAH) BAGI ALLAH JUALAH KUASA PEMERINTAHAN LANGIT DAN BUMI DAN SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA. IA MENCIPTAKAN APA JUA YANG DIKEHENDAKINYA. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-MAAIDAH 5:17)
- Dengan jelas Allah berfirman dalam ayat ini bahawa telah kafirlah orang yang mendakwa bahawasanya Isa Al-Masih anak Maryam ialah Tuhan.
Sedangkan jelas dia anak orang, macamana pula boleh jadi Tuhan?
- Kemudian Allah memerintahkan kepada Rasulullah SAW untuk bertanya kepada mereka; siapakah yang mampu menyekat jika Allah nak binasakan Isa, ibunya & semua yang ada atas muka bumi ini?
Pasti tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya, kerana Isa & ibunya bukan Tuhan seperti yang mereka dakwa & tidak tidak ada kuasa ketuhanan!
Kita sekat dakwaan mereka itu dengan hujjah yang boleh buat mereka tersentak.
- Kadang-kadang Allah tangguhkan hukuman ke atas orang yang jahat sebagai satu istidraj.
Makna istidraj, penangguhan balasan buruk & hukuman supaya mereka leka dalam menuju kebinasaan!
Makin zalim makin kaya, makin jahat makin berkuasa, lalu menganggap ia sebagai tanda Tuhan sayang kepada mereka!
- Diakhir ayat ingatkan sekali lagi bahawa bagi Allah yang Esa, milik-Nya kuasa & urusan mentadbir segala yang ada di langit & di bumi!
Allah buat apa yang Dia nak, tiada siapa boleh halang & sekat!
Allah itu al-Khaliq yang lain adalah semua makhluk, Allah yang menyusun & mengatur, makhluk kena susun & kena atur!
Hatta Nabi Isa & ibunya adalah makhluk ciptaan Allah, hamba-Nya yang lemah & tidak ada apa-apa kuasa untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
AYAT 18- {ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI BERKATA: “KAMI ADALAH ANAK-ANAK ALLAH DAN YANG AMAT DISAYANGINYA”. KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “(KALAU BETUL DEMIKIAN), MAKA MENGAPAKAH IA MENYEKSA KAMU DENGAN SEBAB DOSA-DOSA KAMU? (SEBENARNYA BUKANLAH SEBAGAIMANA YANG KAMU DAKWAKAN) BAHKAN KAMU SEMUANYA ADALAH MANUSIA BIASA DI ANTARA MANUSIA-MANUSIA LAIN YANG DICIPTAKANNYA.”} (AL-MAAIDAH 5:18)
- Ahli kitab yahudi & nasrani kemudian mendakwa lagi dengan penuh kesesatan bahawa: “Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya.” Orang yang Allah sayang, muliakan & tinggi darjat!
- Allah ajar kepada Rasulullah SAW untuk bertanya lagi kepada mereka: Jika betul kamu adalah anak Tuhan & kesayangan-Nya maka mengapa Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu?
Jika kamu anak kesayangan pasti tidak akan dimurkai mudah-mudah, jika buat salah pun akan dimaafi, tidak akan diambil tindakan & tidak akan diazab juga!
- Firman Allah WT tentang dakwaan mereka lagi:
{Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”} (Al-Baqarah 2:80)
Mereka berkhayal & perasan lagi!
- Sebenarnya kamu tidak ada apa-apa hak keistimewaan seperti yang kamu dakwa, bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakan-Nya.
AYAT 18- {IA MENGAMPUNKAN BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (MENURUT ATURAN SERTA HUKUM SYARIATNYA), DEMIKIAN JUGA IA MENYEKSA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA. DAN (INGATLAH) BAGI ALLAH JUALAH KUASA PEMERINTAHAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA, DAN KEPADA ALLAH JUALAH TEMPAT KEMBALI”} (AL-MAAIDAH 5:18)
- Allah menyatakan bahawa Dia maha Berkuasa untuk:
i- Dia akan mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya mengikut peraturan hukum Syara’.
ii- Dan Dia juga akan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Tidak ada sesiapa yang akan dapat hak keistimewaan jika mereka derhaka!
- Allah menutup ayat ini dengan mengingatkan manusia bahawa:
i- Bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,
ii- Dan kepada Allah jualah tempat kembali kita semua.
- Maka beringatlah apa yang kita nak bawa apabila kita kembali kepada Allah nanti!
Surat amalan kita yang akan dibentangkan nanti; kitalah penulisnya!
AYAT 19- {WAHAI AHLI KITAB! SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU RASUL KAMI (MUHAMMAD, SAW) YANG MENERANGKAN KEPADA KAMU (AKAN SYARIAT ISLAM) KETIKA TERPUTUSNYA (KEDATANGAN) RASUL-RASUL (YANG DIUTUS), SUPAYA KAMU TIDAK (BERDALIH) DENGAN BERKATA (PADA HARI KIAMAT): “TIDAK DATANG KEPADA KAMI SEORANG (RASUL) PUN PEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN JUGA PEMBAWA AMARAN (YANG MENGINGATKAN KAMI)”. KERANA SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU SEORANG (RASUL) PEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN JUGA PEMBAWA AMARAN. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-MAAIDAH 5:19)
- Allah menyeru ahli kitab sekali lagi menyatakan bahawa telah datang kepada mereka Rasul kami {رَسُولُنَا} iaitu Nabi Muhammad SAWsebagai cahaya penerang menyuluh ke arah kebaikan.
- Rasulullah SAW ini tugasnya ialah menerangkan kepada mereka akan syariat Islam ketika terputusnya kedatangan Rasul-rasul yang diutus.
- Yakni zaman terputus rasul, selepas Nabi Isa AS diangkat ke langit tidak ada nabi & rasul yang diutus sehingga hampir 600 tahun barulah Nabi Muhammad SAW dibangkitkan.
Pada waktu ini hanya ada beberapa orang ahli kitab yang teguh berpegang dengan ajaran kitab Taurat & Injil serta ramai juga yang menyeleweng!
Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan Sunnah nabi SAW bukan yang hanya duduk bernaung di bawah NGO-NGO yang mereka tubuhkan itu!
- Hadis Nabi SAW: عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ قَالُوا كَيْفَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ مِنْ عَلَّاتٍ وَأُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى وَدِينُهُمْ وَاحِدٌ فَلَيْسَ بَيْنَنَا نَبِيٌّ.
Dari Hammam bin Munabbih dia berkata : “Inilah yang telah di ceritakan oleh Abu Hurairah kepada kami dari Rasulullah SAW, kemudian dia menyebutkan beberapa Hadis yang di antaranya; Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku lebih berhak atas diri Isa Ibn Maryam dari semua manusia di dunia dan di akhirat.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana hal itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Para Nabi adalah satu ayah (Adam), ibu mereka berbeza-beza namun agama mereka satu, dan antara aku dengan Isa tidak ada seorang pun Nabi (lain).” [HR Muslim].
Jelas Rasulullah SAW menafikan kewujudan mana-mana nabi lain pun selepas Isa & sebelumnya.
- Allah SWT tidak akan sesekali mengazab sesuatu kaum itu sebelum diutuskan seorang rasul kepada mereka!
Maka orang kafir tidak dapat berdalih dengan mendakwa pada hari kiamat bahawa tidak datang kepada mereka seorang Rasul pun sebagai pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran yang mengingatkan mereka juga!
- Sedangkan sudah jelas sesungguhnya Allah telah hantar, telah datang kepada mereka seorang rasul pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran.
- Ingatlah bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu- Allah tahu semua perkataan, perbuatan & amalan kamu. Maka jangan dok cari hujjah yang pelik-pelik & tidak benar!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 19- {Wahai Ahli Kitab!..}-
Dalam ayat ini Allah SWT menyeru ahli kitab & memanggil mereka dengan sifat mereka itu!
Inilah uslub apabila kita nak berinteraksi dengan sesiapa pun, kita kena panggil mereka dengan sifat & jawatan yang mereka bertanggungjawab dengannya.
Bila kita nak suruh orang buat kerja kena panggil dengan jawatan yang diberikan kepadanya.
Jangan panggil tak kena pada tempatnya.
Kata ulama’ : Kerana itulah apabila Allah SWT mahu memberi sesuatu perintah Dia akan menyeru {Wahai orang yang beriman..} ini kerana hanya orang yang beriman akan mendengar kata & perintah!
Orang lain & kafir tidak akan dengar dari awal lagi!
Faedah memanggil mereka dengan jawatan atau sifatnya yang sebenar:
i- Mudah untuk cela & tegurnya jika mereka membuat kesalahan & langgar peraturan!
ii- Untuk menggalakkan mereka beramal dengan sifat yang ada padanya itu!
Contoh orang yang dipanggil haji:
Supaya mereka malu dan sentiasa jaga title haji mereka itu dengan jaga perangai & menjauhkan sifat yang boleh memalukannya!
Nak jaga haji mabrur supaya tidak rosak.
- Ayat 17- {Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam)}-
Allah kata; mereka bahawasanya dialah Tuhan, seolah tiada Tuhan lain melainkan dia Isa bagi mereka.
Allah guna dhomir yang memisahkan antara perkataan tetapi juga sebagai penyambung (kata ganti nama yang terpisah) tetapi kemudian bersambung untuk menguatkan ayat itu.
Faedahnya untuk:
i- Kita kurung (hadkan) perkataan itu kepada orang itu sahaja, hanya dia Tuhan.
ii- Untuk menguatkan, hanya dia Tuhan, tiada orang lain.
iii- Untuk membezakan antara sifat & khabar. Kemudian Allah juga sebut dalam ayat ini Isa ibnu Maryam, menunjukkan boleh kita nisbahkan/binkan seseorang yang tiada ada bapa kepada ibunya.
Tetapi di negara kita digunakan; bin Abdullah bagi anak yang tiada bapa, yang ibu bapanya tak berkahwin untuk menutup aib mereka.
- Ayat 17- {kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?”}-
Allah tanya mereka siapa yang boleh selamatkan Isa & ibunya jika Allah binasakan mereka?
Ayat ini satu pukulan yang besar ke atas puak nasrani!
Kerana tidak mungkin seorang Tuhan itu lemah begitu tidak mampu nak buat apa untuk selamatkan dirinya sendiri.
Jika nak tolak hujjah ketika berlaku perbahasan kita boleh gunakan dalil naqli & dalil aqli supaya orang boleh faham.
- Ayat 18- {Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali”}-
Allah menyatakan kekuasaan-Nya dengan megatakan bahawa dia Pemilik langit & bumi serta segala yang ada di antara keduanya.
Bumi & langit saja sudah cukup besar dan luas kekuasaan tetapi antaranya, tengah-tengah itu ada lagi makhluk ciptaan Allah yang lain!
Betapa besar & luasnya pentadbiran & kekuasaan Allah SWT!
Dua ayat ini berbeza cara penutupnya sedangkan ia adalah cerita bagi Allah (وَلِلَّهِ) keduanya:
i- Ayat 17- {Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.}-
Ayat ini untuk membatalkan hujjah nasrani. Lalu Allah kata : Aku yang berkuasa Allah berkuasa atas sesuatu, bukan Isa, maka kamu kamu sedar & kaba!
ii- Ayat 18- {Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali”}-
Dalam ayat ini yahudi & nasrani kata mereka anak Tuhan yang disayangi maka Allah nak tolak dakwaan mereka ini!
Lalu supaya kamu sedar, ingatlah kepada Allah jua kamu akan kembali, maka cukuplah buat perkara sesat & karut!
- Ayat 19- {Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad SAW) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam)}-
Allah tegaskan telah datang kepada kamu Rasul Kami untuk membawa keterangan & penjelasan yang jelas.
Ayat ini untuk mendirikan hujjah ke atas ummat ini bahawa Rasulullah SAW telah datang dari Allah, dibangkitkan sebagai utusan dari Allah SWT. Allah sandarkan rasul itu ke atas diri-Nya sendiri {رَسُولُنَا}.
Jangan lagi kamu cari & ikut segala ajaran, fahaman & teori yang karut apa saja kerana telah datang Rasul Aku, bukan manusia biasa tetapi utusan Allah!
Kerja Rasul itu menerangkan kepada manusia akan syariat Islam serta sebagai rasul pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran.
Bagi orang Arab mereka dengar al-Quran mereka boleh faham, bagi yang bukan faham bahasa Arab; kita boleh lihat & gunakan terjemahan al-Quran dan hadis yang telah banyak dibuat oleh para ulama’ & pakar yang boleh dipercayai!
Rasulullah SAW di hantar setelah terputus rasul kepada manusia buat beberapa lama selepas Nb Isa & Baginda adalah rasul yang terakhir, tiada lagi selepasnya nabi & rasul yang diutus Allah!
Semoga cinta kita kepada Nabi adalah cinta hakiki, bukan cinta yang bermusim, cinta kita nak kenal Rasulullah SAW untuk kita ikut ajaran & Sunnahnya!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.