HIKMAH BILANGAN MALAIKAT 19, UJIAN BAGI KAFIR DAN GOLONGAN HATI SAKIT & BILANGAN TENTERA ALLAH.
Full video : https://youtu.be/niFLH5o3b5k?si=KpbVY3bpijkgccAa
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah nyatakan hikmah kenapa Dia sebut bilangan malaikat penjaga neraka sebanyak 19.
- Ini adalah ujian bagi puak kafir dan golongan hati sakit, kerana ia akan menyebabkan orang kafir dapat isu dan topik untuk memerli dan mempermainkannya!
- Bilangan tentera Allah tiada siapa yang tahu, hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya!
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t sebut bilangan malaikat sebanyak 19. Kemudian tidak dijelaskan secara terperinci. Bilangan ini dikira sangat kecil oleh puak penentang Islam maka bertambah kafirlah mereka!
Apakah hikmahnya?
ii- maka dalam ayat 13 ini Allah s.w.t nyatakan sebab & hikmahnya!
AYAT 31- {DAN (KETAHUILAH BAHAWA HIKMAT) KAMI TIDAK MENJADIKAN PENGAWAL-PENGAWAL NERAKA ITU MELAINKAN (DARI KALANGAN) MALAIKAT, (KERANA MEREKALAH SEKUAT-KUAT DAN SEBENAR-BENAR MAKHLUK YANG MENJALANKAN PERINTAH KAMI);
- Allah s.w.t menjelaskan hikmah kenapa Dia tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan dari kalangan malaikat, bukan makhluk lain!
- Kata ibnu Kathir rhm.: Ayat ini mahu menolak permainan puak kafir Quraisy yang memberi respon apabila disebut bilangan malaikat 19 ini!
Abu Jahal telah berkata dengan sombong dan perliannya: Wahai kaum Quraisy, siapakah di antara kamu yang mampu setiap 10 orang kamu untuk menolak seorang malaikat? Yakni jika kita 200 orang cukuplah untuk melawan malaikat ini, pasti kita akan menang!
- Lalu Allah s.w.t jawab dengan ayat ini:
Ini kerana malaikat itu fizikalnya besar & tenaganya kuat, tiada siapa yang dapat melawan atau mengalahkan mereka. - Bualan karut orang yang suka jadi ketua: Masuk neraka pun tak apa asal boleh jadi ketua! Wal-\’yazubillah!
AYAT 31- {DAN (HIKMAT) KAMI TIDAK MENERANGKAN BILANGAN MEREKA MELAINKAN DENGAN SATU BILANGAN YANG MENYEBABKAN KESESATAN DAN KESENGSARAAN ORANG-ORANG KAFIR ITU, SUPAYA ORANG-ORANG YANG DIBERI KITAB (YAHUDI DAN NASRANI) BOLEH PERCAYA DENGAN YAKIN (AKAN KEBENARAN AL-QURAN), DAN SUPAYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERTAMBAH IMANNYA; DAN JUGA SUPAYA ORANG-ORANG YANG DIBERI KITAB DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU TIDAK RAGU-RAGU (TENTANG KEBENARAN KETERANGAN ITU)
- Juga Allah terangkan hikmah kenapa tidak disebut bilangan sebenar malaikat yang ada kecuali satu bilangan yang disebut itu (19) sebagai satu batu ujian bagi pihak kafir itu!
- Iaitu ujian fitnah yang menyebabkan mereka memerli dan mempermainkan kenyataan Rasulullah s.a.w. Mereka mengatakan mana cukup bilangan itu yang amat kecil ini berbanding dengan manusia & jin yang ramai dalam neraka?
Ternyata kenyataan yang melucukan bagi mereka! - Kata az-Zajjaj rhm.: Puak kafir kata puak mereka setiap 10 orang dapat mengalahkan setiap satu malaikat!
- Hikmah kedua juga: Untuk memberi keyakinan kepada ahli Kitab iaitu pengikut Taurat & Injil yakin bahawa al-Quran itu benar & bahawa Muhammad itu Rasulullah s.a.w. Kerana ia bertepatan dengan fakta yang ada dalam kitab mereka yang menyebut bahawa bilangan malaikat ialah 19.
Jadi jelas apa yang disebut dalam al-Quran sudah ada disebut dalam kitab Taurat & Injil yang mereka ada sebelum ini! Hanya mereka yang buat keras kepala & tak reti bahasa!
- Kata Ibnu Asyur rhm.:
i- Yahudi telah sampai kepada mereka bahawa al-Quran ini sama dengan apa yang ada dalam kitab Taurah. Yahudi ini selalu juga ke Makkah untuk berniaga, kaum Quraisy Makkah juga biasa bertemu mereka di Yathrib (Madinah) dan Khaibar.
ii- Lalu mereka Quraisy akan bertanya kepada yahudi ini: Bahawa kami dengar dari Muhammad bahawa bilangan mereka adalah 19. Apakah benar?
Mereka mahu yahudi ini menjawab: Tiada, bukan begitu dalam kitab kami! Itu hanya rekaan Muhammad!
iii- Tetapi yahudi hanya senyap tidak mahu beritahu bahawa ia sudah ada dalam kitab mereka! Mereka menyembunyikan fakta kerana tidak mahu membenarkan Rasulullah s.a.w & Quraisy akan lari dari mereka!
ini adalah satu kajahatan apabila kita tidak mahu mengakui akan kebenaran bahkan cuba menyembunyikannya pula!
6. Hikmah ke-3: Juga supaya orang yang beriman makin kuat imannya! Makin mantap & kuat iman mereka kerana al-Quran itu benar dan tepat maklumatnya!
7. Hikmah ke 4: Juga supaya orang-orang yang diberi Kitab (yahudi & Nasrani) dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu tentang kebenaran keterangan itu. Iaitu apabila mereka tahu & mengaku bahawa apa yang al-Quran bawa adalah sama dengan kitab-kitab sebelum ini. Jadi mereka tidak akan syak & ragu lagi tentang apa yang Allah s.w.t sebut.
AYAT 31- {DAN (SEBALIKNYA) SUPAYA ORANG-ORANG (MUNAFIK) YANG ADA PENYAKIT (RAGU-RAGU) DALAM HATINYA DAN ORANG-ORANG KAFIR BERKATA: \”APAKAH YANG DI MAKSUDKAN OLEH ALLAH DENGAN MENYEBUTKAN BILANGAN GANJIL INI?\”}
- Hikmah ke 5: Supaya orang munafiq & orang yang ada sifat nifaq; iaitu yang ada syak wasangka, penyakit keraguan dalam hatinya bertambah keraguan dan kegoyahan mereka!
- Mereka berkata: Apakah maksudnya Allah sebut dan buat contoh {بِهَـٰذَا مَثَلًۭا} dengan sebut bilangan ganjil ini???
- Kata ulama\’ tafsir: Angka 19 ini adalah satu bilangan yang ganjil, maka mereka menyangka ada makna lain yang Allah mahu, dia buat contoh sahaja {مَثَلًۭا}.
- Juga persoalan siapakah yang Allah sebutkan sebagai: {supaya orang-orang yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang kafir} apakah bezanya dua ini, dan siapakah orang yang syak & ragu itu (فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ)}- apakah ada orang munafiq di Makkah?
i- kata ulama\’; golongan munafiq tiada di Makkah kerana mereka hanya terzahir di Madinah apabila Islam telah kuat dan memerintah.
Kerana di Makkah orang takut, siapa yang menzahirkan Islam akan disiksa ditindas oleh Abu Jahal & gengnya!
ii- maka kata ulama\’ ayat ini memberi khabar ghaib bahawa satu golongan iaitu kaum munafiq akan muncul nanti dalam Islam.
iii- ada juga yang kata bukan munafiq; tetapi mereka adalah golongan yahudi yang syak & ragu-ragu dalam hatinya. Ini kerana kitab Taurat telah diubah oleh para pendeta mereka sebelum ini; jadi mereka ragu-ragu apakah bilangan 19 ini ada disebut dalam Kitab mereka sebenarnya!
5. Kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Asyur rhm.:
Orang yang ada penyakit dalam hatinya ini ialah mereka yang buruk niatnya terhadap al-Quran.
Betapa mereka asyik memikirkan { إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ } sepanjang masa untuk membuat tuduhan & tohmahan kepada al-Quran.
Mereka ialah orang kafir yang ada penyakit dalam hatinya! Mereka ragu-ragu mahu Islam atau tidak!!
6. Contoh beberapa orang ketua Quraisy seperti Al-Akhnas ibn Syuraiq al-Thaqafi (الأخنس بن شريق الثقفي) dan al-Walid bin Mughirah al-Makhzumi (الوليد بن المغيرة المخزومي) yang pergi berjuma Nabi s.a.w secara berdepan lalu Rasulullah s.a.w bacakan ayat al-Quran kepada mereka, lalu mereka tersandar terduduk mendengarnya!
7. Lalu ulama\’ kata mereka yang syak & ragu adalah ketua-ketua Quraisy yang pernah berdepan dengan Rasulullah s.a.w dan mendengar bacaan al-Quran- mula terkesan dan goyah pemikiran mereka, tetapi malangnya kerana tiada nasib baik, perasaan jahiliyah masih kuat lagi menyebabkan mereka tidak berani meninggalkannya lalu meneruskan agenda kufur & syirik yang ada dalam diri mereka!
8. Maka kesimpulannya: Jelaslah di sini bahawa: {orang yang syak & ragu itu (فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ)}- bukan orang munafiq tetapi kaum kafir tulen Makkah yang mula ragu & memikirkan tentang Islam.
AYAT 31- {DEMIKIANLAH ALLAH MENYESATKAN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (MENURUT UNDANG-UNDANG PERATURANNYA), DAN MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (MENURUT UNDANG-UNDANG PERATURANNYA);}
- Sebagaimana mana Allah s.w.t menjadikan puak kafir bertambah sesat dengan menyebut bilangan angka ini, orang mukmin menerimanya dengan penuh keyakinan; dengan al-Quran ini juga ada orang yang beriman & ada yang kafir!
- Orang yang diberi hidayah oleh Allah akan mengikut kebenaran manakala orang yang keras kepala akan terus lawan al-Quran & Allah s.w.t mempunyai hikmah yang cukup mantap!
Kita berdoalah tidak mahu sesat & agar Allah s.w.t anugerahkan kepada kita pemikiran yang baik!
- Allah s.w.t pernah buat bandingan seumpama ini dalam firman-Nya:
{Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: \”Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?\” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;} (Al-Baqarah 2:26) - Allah s.w.t buat bandingan dengan NYAMUK, binatang yang kecil dan tidak signifikan bagi setangah orang.
Apabila Allah buat bandingan tentang nyamuk ini maka terdapat ramai yang mendapat hidayat dan ramai juga yang bertambah sesat kerananya!
AYAT 31- {DAN TIADA YANG MENGETAHUI TENTERA TUHANMU MELAINKAN DIA LAH SAHAJA.}
- Munasabah ayat: Apabila Allah s.w.t sebut bilangan 19, ini ia menjadi isu bagi pihak kafir! Isu untuk mereka berhujjah & melawan Islam.
- Sedangkan hakikatnya tiada siapa yang mengetahui bilangan sebenar tentera Allah yang ada, melainkan Dia. Betapa ramai atau banyaknya tentera Allah yang terdiri daripada malaikat dan lain-lain hanya Allah yang tahu.
- Maka apabila kita dengar Allah s.w.t sebut kita terima sajalah, 19 atau berapa sekali pun. Yang 19 ini adalah ketua-ketua malaikat yang jaga neraka, yang ada sebenarnya terlalu ramai & tidak diketahui.
AYAT 31- {DAN (INGATLAH, SEGALA YANG DITERANGKAN BERKENAAN DENGAN) NERAKA ITU TIDAK LAIN HANYALAH MENJADI PERINGATAN BAGI MANUSIA.}
- Semua yang Allah bawa ini, apa yang diceritakan adalah sebagai satu peringatan buat manusia supaya mengambil pengajaran & iktibar; jangan sekali-kali menyalahi hukum Tuhan, Allah Azza wa Jalla.
- Dalam bab perkara ghaib ini banyaklah yang perlu kita pelajari untuk memahami hukum Tuhan!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 31- {Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat,]- hikmah utama kerana Allah menjadikan malaikat sebagai penjaga neraka ialah:
i- supaya penjaga neraka bukan dari kalangan bangsa makhluk yang diazab iaitu jin dan manusia! Apabila malaikat ia tiada simpati kerana bukan makhluk sejenis!
Berbeza dengan Rasul- Allah s.w.t utuskan manusia yang sesama jenis. Ini kerana manusia sesama manusia akan ada perasaan simpati dan belas kasihan.
ii- malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada Allah, ketaatan mereka amat kuat terhadap Allah Azza wa Jalla.
iii- kerana kekuatan malaikat lebih kuat daripada kekuatan jin dan manusia. Mereka menjalankan tugasan khas yang Allah perintahkan untuk mereka!
- Ayat 31- {Dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran),}- supaya ahli Kitab lagi mantap kepercayaannya.
Persoalan; Apakah kesannya ke atas ahli Kitab?
JAWAPAN :
Bilangan malaikat ini sudah ada disebut dalam kitab Taurat & Injil mereka, lalu apabila mereka dengar dari al-Quran maka menunjukkan al-Quran adalah benar dari Allah s.w.t.
ii- kitab Taurat & Injil telah diseleweng oleh pendeta mereka yang terpesong. Jadi ahli Kitab yang beriman pernah membaca bilangan penjaga neraka adalah 19, tetapi kerana Kitab mereka telah diubah & seleweng mereka tidak pasti & ragu apakah bilanga itu benar?
Jadi apabila al-Quran datang membawa berita yang sama, mereka pun boleh percaya & yakin kembali dengan kebenarannya.
iii- Rasulullah s.a.w tahu apabila Baginda menyebut bilangan ini, ia akan menjadi bahan ketawa & mainan puak kafir Quraisy.
Tetapi dalam masa yang sama mereka juga akan pergi rujuk kepada yahudi di Madinah. Jadi apabila yahudi itu dengar, samada itu akan menjadikan mereka jujur dan beriman atau bertambah penyelewengan mereka!
- Ayat 31- {dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya;}- orang beriman bertambah mantap imannya!
i- Dari ayat ini menunjukkan bahawa wajib bagi orang mukmin apabila mendengar apa yang disebut dalam al-Quran- wajib percaya & tunduk akur beriman dengan apa yang diberitahu walaupun kita tidak tahu apakan hikmahnya lagi!
Ayat ini menunjukkan keyakikan beriman dalam agama. Kita wajib yakin dan percaya kepada Allah s.w.t!
ii- ayat ini juga menunjukkan bahawa iman kita boleh bertambah & berkurangan!
Apabila kita belajar, tambah ilmu agama, berzikir, banyakkan ibadat seperti solat puasa atau haji, buat kebaikan dan seumpamanya; maka iman akan bertambah!
Tetapi jika terjebak dengan mungkar & perkara buruk, imannya akan turun dan berkurangan dan lemah.
Maka kita kena sentiasa berdoa kepada Allah dan berusaha melakukan perkara & ibadat yang dapat memantapkan iman kita!
- Ayat 31- {Dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya}- orang yang ada penyakit dalam hatinya!
Sebagaimana perbahasan kita di atas tadi: Ayat ini menunjukkan bahawa mereka adalah orang kafir asli bukan munafiq kerana di Makkah belum timbul lagi golongan ini kerana Islam masih belum kuat. Munafiq hanya muncul di Madinah apabila Islam & kaum muslimin telah kuat!
Kata ulama\’: Penyakit hati adalah sama seperti penyakit badan fizikal juga. Ia perlu diubati dengan cara & penawarnya! Cari al-Quran & cari Sunnah Nabi s.a.w.
Penyakit hati ini ada dua:
i- penyakit syubhat- keraguan terhadap Allah & syak tentang agama, boleh membawa kepada kafir.
ii- penyakit syahwat- suka kepada maksiat seperti zina, riba, arak dan lain-lain.
Ia diubati dengan ikut Sunnah Nabi s.a.w, melakukan ketaatan dan tinggalkan benda haram!
Kata para ulama\’: Harta itu adalah penyakit ummat ini, manakala tabibnya adalah para ulama\’.
Maka jika para ulama\’ juga terjebak dengan harta benda yang tidak tahu halal haram atau syubhatnya, maka bagaimana umat diubati
Ini juga termasuk dalam penyakit syhawat!
- Ayat 31- {Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.}- hanya Allah yang tahu tentang tenteranya.
Ayat ini tidak sepatutnya bagi orang mukmin untuk memandang kecil kepada apa yang disebut oleh Allah s.w.t walaupun makhluk atau bilangannya kecil! Bagaimana Allah s.w.t telah mengalahkan manusia yang angkuh dengan makhluk yang kecil!
Ingatlah sejarah dalam al-Quran:-
i- Nyamuk pernah mengalahkan Raja Namrud pada zaman Nabi Ibrahim a.s
ii- Allah juga hantar kutu, katak & belalang sebagai serangan kepada Firaun dan kaumnya!
pada zaman kita ini pun macam-macam, ada nyamuk yang bawa penyakit, semut merah, kuman-kuman virus dan seumpamanya.
Perumpamaan ini menjadikan orang yang beriman mebesarkan perkara ini dengan bertambah mantap keimanannya manakala orang yang ada penyakit dalam hatinya akan mengecil-ngecil dan meperlekehkan perumpamaan ini.
Tentera Allah itu ada bermacam-macam: nyamuk, kutu, belalang dan lain-lain binatang, angin, hujan dan lain-lain.
Manakala yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah tentera dari kalangan malaikat yang menjaga neraka!
Kuasa Allah mengatasi segalanya, maka jangan kita angkuh & sombong! Kebanyakan manusia ini besar kepala bukan besar jiwa!
Kerana itu suka memandangn rendah kepada perkara & bilangan yang kecil!