SETIAP ORANG TERGADAI DENGAN AMALANNYA, SEBAB KAFIR KE NERAKA & TIADA SYAFAAT BAGI MEREKA.
Full video : https://youtu.be/iIKlxda-Jig?si=kTcWHDRLkzB4JPUZ
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan bahawa setiap orang tergadai dengan amalannya sendiri semasa di dunia dulu.
- Jika kamu buat baik ia untuk dirimu sendiri & jika kamu buat jahat ia akan naik atas kepala kamu sendiri juga! Maka pilihlah kamu nak jadi orang baik atau orang yang tidak baik!
- Orang kafir ditanya apakah sebab mereka ke neraka. Dalam ayat-ayat ini dinyatakan empat sebabnya.
- Allah juga menafikan di sini, bahawa tiada syafaat bagi orang kafir dari pemberi Syafaat. Ini kerana mereka telah melanggar sebab (SOP) untuk mendapat syafa\’at. Kita memohon kepada Allah s.w.t agar jangan terhalang dari Syafaat seperti mereka ini.
- Ini menunjukkan jelasnya keadilan Allah s.w.t, setiap manusia itu menerima pembalasan dengan adilnnya, orang kafir masuk neraka kerana ada sebabnya bukan saja-saja!
AYAT 38- {TIAP-TIAP DIRI TERIKAT, TIDAK TERLEPAS DARIPADA (BALASAN BURUK BAGI AMAL JAHAT) YANG DIKERJAKANNYA,} (AL-MUDDATHTHIR 74:38)
- Setiap manusia terikat dengan amal perbuatannya sendiri semasa di dunia dulu.
- Mereka ini terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amal jahat yang dikerjakannya, iaitu azab neraka.
Jika dia syirik maka akan kekal di dalam neraka.
Tetapi bagi orang beriman, ahli maksiat yang ada iman dalam hatinya akan ada tempoh azabnya & akan berakhir! - Kata Syeikh al-Mawardi rhm., perkataan terikat {رَهِينَةٌ } ini ada tiga pandangan:
i- setiap orang terikat dengan amalannya untuk Allah hisab balik. Kecuali golongan Ashabul-Yamin ini: iaitu anak kecil orang muslimin yang mati kecil. Kerana mereka belum baligh & tiada dosa lagi.
ii- setiap ahli neraka terikat dalam neraka kecuali Ashabul-Yamin iaitu orang Mukmin yang baik yang menerima kitab mereka dengan tangan kanan.
iii- setiap orang akan terikat dengan hisabnya kecuali Ashabul-Yamin. Iaitu mereka yang mendapat hisab yang ringan (حسابا يسيرا) atau tanpa hisab lansung!
- Kita memohon kepada Allah s.w.t agar kita dapat masuk syurga dengan hisab yang ringan (حسابا يسيرا) atau tanpa hisab lansung!
Ini kerana ditanya atau disoal oleh malaikat itu sudah satu azab!
AYAT 39- {KECUALI PUAK KANAN,} (AL-MUDDATHTHIR 74:39)
- Kecuali puak kanan (Ashabul-Yamin) yang disebut di atas tadi antaranya!
- Kecuali orang Mukmin yang menerima kitab suratan mereka dengan tangan kanan. Mereka tidak akan masuk apatah lagi terikat dengan neraka!
- Ya Allah jadikanlah kami dari golongan puak kanan (Ashabul-Yamin).
- Firman Allah s.w.t:
{Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
\”Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!\”
Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan,
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya),} (Al-Haaqqah 69:22)
AYAT 40- {(MEREKA DITEMPATKAN) DI DALAM SYURGA (YANG PENUH NIKMAT), MEREKA BERTANYA-TANYA,} (AL-MUDDATHTHIR 74:40)
- Mereka ditempatkan di dalam syurga yang tinggi darjatnya lagi penuh nikmat!
- Mereka juga saling bertanya antara satu sama lain.
AYAT 41- {TENTANG (TEMPAT TINGGAL) ORANG-ORANG YANG BERSALAH,} (AL-MUDDATHTHIR 74:41)
- Tentang keadaan orang-orang kafir yang bersalah & berdosa, di manakah mereka ditempatkan sekarang!
AYAT 42- {(SETELAH MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERSALAH ITU, MEREKA BERKATA): \”APAKAH YANG MENYEBABKAN KAMU MASUK KE DALAM (NERAKA) SAQAR?\”} (AL-MUDDATHTHIR 74:42)
- Ada pendapat kedua yang mengatakan:
Ahli syurga bertanya terus kepada penduduk ahli neraka sendiri:
{\”Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?\”}
AYAT 43- {ORANG-ORANG YANG BERSALAH ITU MENJAWAB: \”KAMI TIDAK TERMASUK DALAM KUMPULAN ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG;} (AL-MUDDATHTHIR 74:43)
- Lalu ahli neraka menjawab dan memberi sebab mereka diazab:
i- mereka atas dunia dulu tidak solat, bukan terdiri (ٱلْمُصَلِّينَ) atau
ii- solat tetapi hanya solat munafiq, bukan ikhlas kerana Allah tetapi dengan malas (كسالى) dan hanya untuk menunjukkan kepada manusia lain!
AYAT 44- {\”DAN KAMI TIDAK PERNAH MEMBERI MAKAN ORANG-ORANG MISKIN;} (AL-MUDDATHTHIR 74:44)
- Sebab kedua: Mereka juga tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; kerana bakhil kedekut sayangkan harta.
- Ini samada zakat yang wajib atau sedekah yang sunat, semua tidak dikeluarkan daripada hak harta mereka!
- Kata Ibnu Kathir: Yakni kami tidak menyembah Tuhan kami juga tidak berbuat baik dengan makhluk sejenis.
- Wajib kita baik dengan dua-dua dimensi:
i- baik dengan Allah dengan melakukan perintah & tinggalkan larangan-Nya.
ii- baik sesama makhluk, tidak zalim atau ambil hak orang tanpa hak dan seumpamanya!
AYAT 45- {\”DAN KAMI DAHULU SELALU MENGAMBIL BAHAGIAN MEMPERKATAKAN PERKARA YANG SALAH, BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MEMPERKATAKANNYA;} (AL-MUDDATHTHIR 74:45)
- Sebab ketiga: mereka dulu juga bersama mengambil bahagain bersama orang-orang yang memperkatakan benda salah atau penegak kebatilan!
- Iaitu ahli maksiat yang bercakap benda batil seperti mengutuk, mengata orang, mengata undang-undang Syari\’ah, mengeji ahli agama dan seumpamanya; kita duduk bersama mereka, tidak lari & tidak menegurnya, bersama mereka dalam majlis atau kumpulan itu!
- Allah kata jika kita tidak lari keluar, maka seolah kita bersama penyokong mereka! Jika hari ini yang paling banyaknya ialah group whatsapp dan seumpamanya.
Walaupun untuk orang kafir tetapi jika sesama mereka dok mengumpat mngata, sama berdosa juga!
AYAT 46- {\”DAN KAMI SENTIASA MENDUSTAKAN HARI PEMBALASAN,} (AL-MUDDATHTHIR 74:46)
- Sebab keempat: mereka di atas dunia dulu juga mendustakan hari Pembalasan. Mereka tidak percaya adanya syurga, neraka, mati hidup semula, pengadilan & pembalasan.
- Walaupun ini untuk orang kafir; Tetapi kita orang Islam pun kena muhasabah, ambil pengajaran supaya tidak terjebal dengan perkara yang sama.
AYAT 47- {\”SEHINGGALAH KAMI DIDATANGI OLEH PERKARA YANG TETAP DIYAKINI\”.} (AL-MUDDATHTHIR 74:47)
- Sehinggalah tiba hari kematian yang membawa keyakinan kepada mereka, kerana mereka telah nampak malaikat maut datang untuk mencabut nyawa mereka!
- Tetapi malangnya pada saat itu pintu taubat telah tertutup apabila tibanya sakaratul-maut!
- Kita berdoa semoga Husnul-Khatimah menjadi milik kita, maka sentiasalah basahkan lidah kita dengan zikir menyebut nama Allah bukan menyebut nama orang sebagai persiapan.
AYAT 48- {MAKA TIDAK AKAN BERGUNA KEPADA MEREKA SEBARANG SYAFAAT PERTOLONGAN (KALAULAH DITAKDIRKAN ADA) SESIAPA YANG BOLEH MEMBERIKAN SYAFAAT ITU.} (AL-MUDDATHTHIR 74:48)
- Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafa\’at pertolongan. Jika ada orang boleh memberi pertolongan nama mereka tidak terdapat dalam senarainya.
- Ada beberapa kategori orang yang diberi kuasa syafa\’at untuk bantu orang, iaitu dari kalangan: malaikat, para nabi, para syuhada\’ dan para solihin.
Tetapi orang yang kafir derhaka kepada Allah mereka tidak dibenarkan untuk dibantu. Ada orang yang layak menerima syafa\’at dan ada yang tidak layak. - Firman Allah s.w.t:
{Dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azab-Nya.} (Al-Anbiyaa\’ 21:28)
Yakni Allah redha kepada pemberi syafa\’at & kepada penerima syafa\’at. - Antara syafa\’at itu ialah:
i- Syafa\’at al-Uzma iaitu syafa\’at dari Rasulullah s.a.w minta nak selesaikan masalah umat di hadapan lah s.w.t pada hari Kiamat.
ii- Syafa\’at Rasulullah juga mengeluarkan orang dari neraka untuk masuk ke dalam syurga.
iii- Syafa\’at Rasulullah juga untuk penghuni syurga untuk naik tahap yang lebih tinggi.
iv- Syafa\’at Rasulullah juga untuk mengurangkan azab orang yang berada dalam neraka!
v- Syafaat Rasulullah s.a.w juga boleh diberikan kepada orang berima yang masuk neraka kemudian apabila habis tempoh hukumannya akan dikeluarkan dari neraka untuk dimasukkan ke dalam syurga.
Dan lain-lain lagi jenis syafa\’at.
Boleh lihat kuliah penuh tentang syafa\’at : https://www.youtube.com/watch?v=JLhzIlD-TOw
- Syafaat ini juga boleh diberi oleh sesiapa yang dikehendaki Alllah s.w.t, seperti orang yang soleh kepada kawannya.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 38- {Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya}- setiap orang terikat dengan amalannya kecuali Ashabul-Yamin yang menerima suratan kitab dengan tangan kanan akan di bawa ke syurga.
Maknanya setiap orang menanggung dosa-dosanya sendiri & dapat pahala ikut amalan masing-masing.
Dalam Islam; Tiada orang yang menanggung dosa orang lain kecuali dosa BERSEBAB!
Adapun Ashabul-Yamin tadi- mereka telah ikat nafsu mereka yang buruk semasa di atas dunia ini, maka mereka bebas dan selamat di Akhirat kelak.
Manakala sebaliknya, sesiapa yang bebaskan dan ikut nafsunya atas dunia akan terikat dengan hukuman di akhirat kelak- wal-\’iyazubillah.
- Ayat 40- {(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,}- dalam ayat ini dikatakan ahli syurga tertanya-tanya tentang orang kafir yang masuk neraka!
Persoalan: kenapa dalam ayat ini, lain yang dinyatakan seolah kontra:
{Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);} (Ar-Rahmaan 55:39)
JAWAPAN :
i- Tidak ditanya soalan itu semata-mata untuk tanya khabar secara santai; tetapi soalan berbentuk celaan & cemuhan agar mereka rasa berat lagi tekanan & berat hukuman itu!
ii- Ada ulama\’ kata- Hari Kiamat itu panjang & banyak tempat, mungkin ada tempat yang ditanya ada tempat yang tidak ditanya!
- Ayat 43- {Orang-orang yang bersalah itu menjawab: \”Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;}
Ayat 44- {\”Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;}
Ayat 45- {\”Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;}
Ayat 46- {\”Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,}- ahli neraka itu memberikan empat sebab mereka masuk neraka.
IAITU :
i- Tidak solat,
ii- Tidak beri zakat/sedekah kepada orang miskin,
iii- Terlibat dalam membincangkan perkara batil
iv- Dan tidak beriman dengan hari Akhirat.
Tetapi bukan kerana ada keempat-empat perbuatan dosa ini, jika hanya satu pun mereka tetap akan diazab, jika tak solat tapi tak buat benda lain, tetap kena azab!
Cuma jika ada keempat-empat sifat ini bertambah besar sebab untuk mereka diazab! Yakni setiap mereka ada kategori kesalahan masing-masing.
- Dari empat ayat di atas juga- menunjukkan bahawa orang yang tidak solat dan tidak memberi makan fakir miskin, tidak keluar zakat & bercakap merendahkan agama; menjadi sebab seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka.
Maka ayat ini juga menunjukkan kepentingan orang miskin, yang dikembarkan hukuman tentang mereka bersama dengan orang tidak solat!
Orang bakhil ini juga tidak mengeluarkan hak hartanya yang wajib iaitu samada:
i- Tidak mengeluarkan zakat.
ii- Tidak memberi nafkah kepada anak dan isteri, yang menjadi tanggung-jawabnya.
Apatah lagi keluarkan yang sunat seperti sedekah.
- Ayat 48- {Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.}- semua orang yang soleh akan dapat memberi syafa\’at kepada orang lain seperti anak yang hafaz al-Quran untuk ibu bapa mereka dengan izin Allah s.w.t!
Tetapi tidak berguna lagi kepada orang kafir, tiada siapa yang dapat menolong & memberi syafa\’at kepada mereka!
Antara golongan yang dapat memberi syafa\’at ialah- malaikat, para nabi, para syuhada\’, para solihin.
Dikatakan orang mukmin akan mencari kawan baiknya di dalam syurga, jika tidak ada akan dicari hatta ke dalam neraka juga!
Kerana itu kata ulama\’: berdampinglah dengan orang-orang soleh semoga mereka dapat memberi syafa\’at kepada kamu di akhirat kelak jika kamu tersalah langkah!