View Categories

SURAH AL-MUJADILAH : AYAT 1-4

\"\"

KISAH KHAULAH MENGADU HAL SUAMINYA, HUKUM ZIHAR & KAFFARAHNYA.

Full video : https://youtu.be/kzprMJ48obo

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang kisah Khaulah mengadu hal suaminya yang telah melakukan zihar terhadapnya.
  2. Lalu Allah s.w.t jelaskan tentang hukum zihar yang batil dan munkar ini.
  3. Serta kaffarahnya iaitu cara untuk keluar dari kemelut zihar ini supaya mereka berdua tidak perlu bercerai.
  4. Sabab nuzul ayat ini: Hadis.
    Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Al-A\’masy, dari Tamim ibni Salamah, dari Urwah, dari UM Aisyah r.a, disebutkan bahawa dia pernah berkata:

\”Alhamdulillah, Maha suci Tuhan Yang pendengaran-Nya meliputi segala sesuatu, sesungguhnya telah datang Khaulah binti Tha\’labah berjumpa Rasulullah s.a.w membuat pengaduan, tetapi sebahagiannya suara pembicaraan tidak dapat kudengar, iaitu ketika dia mengadukan perihal suaminya kepada Rasulullah s.a.w.

Dia mengatakan, \’Wahai Rasulullah, suamiku telah makan hartaku dan menghabiskan masa mudaku, serta kubentangkan perutku untuknya, hingga manakala usiaku telah tua dan aku tidak dapat beranak lagi, tiba-tiba dia melakukan zihar terhadapku. Ya Allah, aku mengadu kepada Engkau masalah yang menimpaku ini.\”

Sayyidah Aisyah r.a. melanjutkan kisahnya, bahawa sebelum Khaulah keluar pulang, Jibril turun dengan membawa ayat ini, iaitu: {Sungguh, Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan aduan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya.} (Al-Mujadilah: 1) [HR Bukhari].

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 1- {SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENDENGAR (DAN MEMPERKENAN) ADUAN PEREMPUAN YANG BERSOAL JAWAB DENGANMU (WAHAI MUHAMMAD) MENGENAI SUAMINYA, SAMBIL IA BERDOA MERAYU KEPADA ALLAH (MENGENAI PERKARA YANG MENYUSAHKANNYA), SEDANG ALLAH SEDIA MENDENGAR PERBINCANGAN KAMU BERDUA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MELIHAT.} (AL-MUJAADALAH 58:1)

  1. Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia mendengar pengaduan seorang perempuan iaitu kepada Rasulullah s.a.w.
  2. Ibnu Kathir rhm. kata perempuan itu ialah: Khaulah binti Tha\’labah, atau Khaulah binti Malik bin Tha\’labah bahkan ada yang kata namanya Khuwailah.
  3. Dia datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya yang telah menziharnya. Tentang makna zihar telah diterangkan dalam siri yang lepas dengan ayatnya dari surah al-Ahzab, ayat 4. [Nota 1432 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman]
  4. Perkara zihar ialah seorang suami berkata kepada isterinya: Haram aku sentuhmu (bersetubuh denganmu) sebagaimana haramnya dengan ibuku.
  5. Khaulah ini datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w kerana dia tidak mahu tercerai dari suaminya. Ini kerana mengikut adat jahiliyyah zihar ini adalah talaq, maka dia ingin kepastian apakah dalam Islam hukumnya sama.
  6. Dia mengadu kepada Rasulullah s.a.w sambil dia merayu kepada Allah Azza wa Jalla tentang perkara yang menyusahkannya ini!
    Ya Allah aku ini miskin, jika ditinggalkan suamiku aku akan berseorangan, serta aku ada anak-anak, jika aku jaga tiada nafkah, jika suamiku ambil anak-anak dia tak pandai menjaga mereka!
  7. Begitulah para sahabat yang mulia, mereka dapat mengadu masalah secara lansung kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu masalah direct kepada Allah s.w.t.

Bukan seperti kita hari ini yang menjadikan manusia dan media sosial sebagai tempat mengadu dan melepas perasaan!
Habis satu dunia akan tahu jika dia ada masalah dengan suaminya!

8. Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia mendengar apa yang dirintihkan Khaulah itu dan perbincanganya dengan Rasulullah s.a.w.

9. Ini kerana Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. Iaitu sempurna lagi meliputi Pendengaran Allah s.w.t kerana itu Dia boleh mendengar dan melihat semua perkara yang berlaku.

AYAT 2- {ORANG-ORANG YANG \”ZIHARKAN\” ISTERINYA DARI KALANGAN KAMU (ADALAH ORANG-ORANG YANG BERSALAH, KERANA) ISTERI-ISTERI MEREKA BUKANLAH IBU-IBU MEREKA. IBU-IBU MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MELAHIRKAN MEREKA. DAN SESUNGGUHNYA MEREKA (DENGAN MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) MEMPERKATAKAN SUATU PERKARA YANG MUNGKAR DAN DUSTA. DAN (INGATLAH), SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PEMAAF, LAGI MAHA PENGAMPUN.} (AL-MUJAADALAH 58:2)

  1. Allah nyatakan orang yang melakukan zihar adalah orang yang bersalah dan telah melakukan perbuatan munkar.
  2. Munasabah ayat: dalam ayat sebelum ini Allah telah nyatakan bahawa: {Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.} Maka dalam ayat ini dinyatakan apa yang Allah dengar dan lihat itu!
    Pengaduan Khaulah itu serta solusi penyelesaiannya.
  3. Ayat ini mejelaskan: Orang yang haramkan isterinya dengan membandingkan mereka seperti ibu mereka adalah tidak benar. Isteri-isteri mereka itu bukanlah ibu-ibu mereka. Seorang ibu itu adalah perempuan yang melahirkan mereka.
  4. Kata ulama\’ jika seorang lelaki memanggil atau mengatakan isterinya dengan ibunya, sambil meniatkan zihar, maka akan terjadilah zihar.

Kerana itu tidak digalakkan antara suami isteri saling memanggil dengan panggilan seperti panggilan seorang anak- seperti umi, abah, papa, mama dan seumpamanya.
Walaupun tidak jatuh hukum zihar kerana tidak berniatnya tetapi tidak elok dan jangan buat kebiasaan.

  1. Lafaz zihar yang masyhur di kalangan jahiliyyah adalah: Kamu ini ke atas diriku adalah seperti belakang ibuku (أنت علي كظهر أمي).
    Tetapi kata ulama\’ jika umpamakan dengan mana-mana anggota ibupun seperti tangan dan lain-lain akan jatuh zihar jika ada niat.
  2. Allah menekankan bahawa sesungguhnya mereka yang melakukan demikian telah memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Satu perbuatan yang jahat tiada dalam amalan Islam bahkan amalan jahiliyyah serta perkataan yang bukan di alam nyata yakni berlawan dengan hakikat.
  3. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun { لَعَفُوٌّ غَفُورٌۭ}.
  4. Kata Ibnu Kathir rhm. maksudnya Allah Pemaaf & Pengampun ini ialah:
    i- Allah maafkan apa yang terjadi pada zaman jahiliyyah.
    ii- juga Allah ampunkan orang yang tersalah cakap atau buat kesalahan tanpa sengaja.
  5. Maksud dua sifat ini juga ada sedikit perbezaan:
    i- Allah Maha Pemaaf { لَعَفُوٌّ} yakni Allah maafkan hamba-hamba-Nya yang meninggalkan perintah-Nya dan membuat maksiat walaupun Dia mampu untuk menghukum mereka!

ii- Allah Maha Pengampun {غَفُورٌ} pula maknannya Allah sembunyikan kesalahan itu dan ampunkan dosanya!
Kita mohon kepada Allah kedua-duanya kerana kita amat memerlukan keduanya!

AYAT 3- {DAN ORANG-ORANG YANG \”ZIHARKAN\” ISTERINYA, KEMUDIAN MEREKA BERBALIK DARI APA YANG MEREKA UCAPKAN (BAHAWA ISTERINYA ITU HARAM KEPADANYA), MAKA HENDAKLAH (SUAMI ITU) MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA SEBELUM MEREKA BERDUA (SUAMI ISTERI) BERCAMPUR. DENGAN HUKUM YANG DEMIKIAN, KAMU DIBERI PENGAJARAN (SUPAYA JANGAN MENDEKATI PERKARA YANG MUNGKAR ITU). DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA MENDALAM PENGETAHUANNYA AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.} (AL-MUJAADALAH 58:3)

  1. Seorang suami yang telah melakukan perbuatan zihar ini, tetapi tiba-tiba dia menyesal dan mahu tarik balik perbuatannya itu.
  2. Ulama\’ menafsirkan maksud { ثُمَّ يَعُودُونَ}- {kemudian mereka berbalik } ini kepada beberapa makna:
    i- dia, si suami mahu bersetubuh semula dengan isterinya.
    ii- dia melakukan terus perbuatan tersebut.
    iii- dia tidak menceraikan isterinya, masih pegang, tidak mahu berpisah.
    Ijma; ulama\’ bahawa zihar itu menjadi sah dengan satu kalimah sahaja tak perlu ulang!
  3. Tetapi dia tidak boleh kembali semula kepada isterinya sebelum membayar kaffarah (denda) dulu sebagai peringatan dan pengajaran. Agar tidak melakukan perbuatan mungkar yang tiada dalam Syari\’at Allah s.w.t!
  4. Ingatlah Allah itu Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan!
  5. Kaffarah zihar ialah:
    Pertama: Memerdekakan seorang hamba.

AYAT 4- {KEMUDIAN, SESIAPA YANG TIDAK DAPAT (MEMERDEKAKAN HAMBA), MAKA HENDAKLAH IA BERPUASA DUA BULAN BERTURUT-TURUT SEBELUM MEREKA (SUAMI ISTERI) ITU BERCAMPUR. AKHIRNYA SESIAPA YANG TIDAK SANGGUP BERPUASA, MAKA HENDAKLAH IA MEMBERI MAKAN ENAM PULUH ORANG MISKIN. DITETAPKAN HUKUM ITU UNTUK MEMBUKTIKAN IMAN KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA (DENGAN MEMATUHI PERINTAHNYA SERTA MENJAUHI ADAT JAHILIYAH). DAN ITULAH BATAS-BATAS HUKUM ALLAH; DAN BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR DISEDIAKAN AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-MUJAADALAH 58:4)

  1. Sesiapa yang tidak mampu untuk memerdekakan seorang hamba:
    Maka denda keduanya ialah berpuasa dua bulan berturut-turut. Tanpa terputus walaupun sehari jika tidak kena mula bilang balik, tanpa sebab darurat.
  2. Pilihan ketiga ialah memberi makan kepada enam puluh orang miskin.
  3. Yakni Allah s.w.t bagi tiga pilihan bagi orang yang melakukan zihar. Jika tak mampu yang pertama, tukar kepada yang kedua, jika tidak mampu juga lalu buat yang ketiga.
  4. Allah nyatakan bahawa hukum kaffarah ini disyari\’atkan ke atas kamu supaya kamu beriman kepada Allah & Rasul-Nya serta jauhilah adat jahiliyyah yang buruk ini!
  5. Dan itulah batas-batas hukum Allah; yakni apabila kamu tahu hukum & sempadan Allah, jangan sekali-kali kamu melampaui dan melanggarnya.
  6. Serta Allah nyatakan lagi sebagai amaran dan peringatan:
    i- bagi orang yang melanggar hukum Allah, iaitu dia beriman tetapi melanggar hukum Allah dan
    ii- orang-orang yang kafir,
    Keduanya akan disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan}- kata ulama\’: Ayat ini mengajar bahawa apabila kita sudah tiada tempat mengadu kepada makhluk maka hendaklah kita kembali mengadu kepada Allah s.w.t!
    Maka Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah yang menyusahkan kamu itu.

Kita hari ini banyak mengadu kepada makhluk sehingga terlupa untuk mengadu kepada Allah! Maka menjadi kewajipan kita kembali kepada Allah!

Kisah dari Thumamah bin Haznin, Khalifah Umar r.a ditahan kaldainya oleh Khaulah r.a:
Pada suatu hari di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a, beliau sedang berjalan bersama orang ramai dengan menunggang kaldainya. Tiba-tiba seorang wanita tua menahannya dalam waktu yang lama, wanita tua tersebut lalu menasihatinya, seraya berkata:

يَا عُمَرَ قَدْ كُنْتَ تُدْعَى عُمَيْرًا، ثُمَّ قِيلَ لَكَ عُمَرُ، ثُمَّ قِيلَ لَكَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ، فَاتَّقِ اللَّهَ يَا عُمَرَ، فَإِنَّهُ مَنْ أَيْقَنَ بِالْمَوْتِ خَافَ الْفَوْتَ، وَمَنْ أَيْقَنَ بِالْحِسَابِ خَافَ الْعَذَابَ، وَهُوَ وَاقِفٌ يَسْمَعُ كَلَامَهَا، فَقِيلَ لَهُ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَتَقِفُ لِهَذِهِ الْعَجُوزِ هَذَا الْوُقُوفَ؟ فَقَالَ: وَاللَّهِ لَوْ حَبَسَتْنِي مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ إِلَى آخِرِهِ لَا زِلْتُ إِلَّا لِلصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، أَتَدْرُونَ من هذه العجوز؟ هي خولة بِنْتُ ثَعْلَبَةَ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَهَا مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتٍ، أَيَسْمَعُ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَوْلَهَا وَلَا يَسْمَعُهُ عُمَرُ؟

\”Wahai Umar dahulu engkau dipanggil Umair (Umar yang kecil), kemudian engkau dipanggil Umar (ketika dewasa) dan sekarang engkau dipanggil dengan sebutan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah wahai Umar!

Sesungguhnya sesiapa yang yakin akan kematian maka dia akan bimbang jika terlepas dari kesempatan yang baik, dan sesiapa yang yakin dengan hisab maka dia akan takut dengan azab\”.

Lalu Umar berhenti mendengar nasihat wanita tersebut buat beberapa lama, (sehingga orang ramai hairan dengan perbuatan Umar) lalu mereka bertanya kepadanya:
\”Wahai Amirul Mu\’minin kenapakah engkau berdiri lama mendengar wanita tua ini?\”

Umar menjawab: \”Demi Allah, seandainya wanita ini menahan aku dari pagi sehingga malam aku akan tetap menunggu bersamanya kecuali hanya untuk solat lima waktu saja. Apakah kamu tahu siapa wanita ini?

Dia adalah Khaulah binti Tha\’labah, Allah telah mendengar ucapannya dari atas langit ketujuh. Sedangkan Allah mendengar perkataannya, takkan Umar tidak mahu mendengar perkataannya?\” [Tafsir Al-Qurthubi 17/269-270].

Ayat ini memberi amaran agar kita berhati-hati dalam percakapan kita, jangan keluarkan perkataan yang Allah benci kerana Allah s.w.t Maha Mendengar. Ingatlah kata-kata kita didengar oleh Allah dan malaikat!

  1. Ayat 1- {Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan}- Ayat yang menunjukkan kasih sayang Allah S.W.T pada hamba Nya.

Ayat ini mengajar kepada para wanita jika ada masalah atau sesuatu isu dalam rumah tangga atau apa saja, jangan mendiamkan diri dan menghadapi saja kezaliman itu!
Lebih-lebih lagi jika didera oleh suami secara fizikal atau mental.

Wajib laporkan kepada pihak yang berkuasa, jangan biarkan diri kita dizalimi dan dikhianati. Wanita mesti bertanggung-jawab atas keselamatan dan pertahanan dirinya, wajib lapor atau minta pertolongan!

  1. Ayat 2- {Orang-orang yang \”ziharkan\” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka.}- ayat ini menunjukkan bahawa:
    i- seorang isteri tidak boleh menziharkan suaminya. Hanya suami yang boleh melakukan zihar.
    ii- hukum ini tidak termasuk ke atas orang kafir. Zihar juga hanya untuk isteri yang Islam.
    iii- hanya untuk yang sudah berkahwin! Yang belum kahwin tidak sah!
  2. {Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.} –
    i- ayat ini {Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.} datang selepas ayat:
    {Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta} iaitu yang menunjukkan bahawa zihar itu adalah sesuatu yang munkar & dusta iaitu tidak benar!

ii- maksudnya kerana mereka berdosa; maka Allah suruh mereka bertaubat- maka ayat ini adalah seruan dan galakan untuk bertaubat!

  1. Ayat 4- {Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.}- inilah hukum Allah s.w.t, sesiapa yang beriman dia akan ikut sesiapa yang tidak beriman tidak akakn ikut!

Kata ulama\’; Allah s.w.t jadikan berpuasa sebagai ganti kepada memerdekakan seorang hamba dalam 3 keadaan:
i- orang yang tersalah membunuh orang lain (قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَـًۭٔا). Hukumnya merdekana seorang hamba, tetapi jika tidak mampu hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut.

Firman Allah s.w.t:
{Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar \”diah\” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar \”diah\” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} (An-Nisaa\’ 4:92)

ii- orang yang menziharkan isterinya kemudian dia nak kembali bersama isterinya (rujuk semula atau melakukan persetubuhan) maka dia kena merdekakan seorang hamba. tetapi jika tidak mampu kena puasa dua bulan berturut-turut sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Ayat 4- {Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.}

iii- orang yang kena kaffarah kerana langar sumpah. Hukumnya dia kena merdekakan seorang hamba, tetapi jika tidak mampu kena puasa selama tiga hari sebagaimana firman Allah s.w.t:

{Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.} (Al-Maaidah 5:89)

Persoalan kenapa Allah jadikan hukum kesalahan-kesalahan ini dengan merdekaan seorang hamba kemudian diganti dengan puasa? Seolah jauh atau tidak selari dua hukuman ini?

JAWAPAN :

Jika kamu tidak mampu untuk memerdeka, membebaskan seorang manusia lain, maka bebaskan diri kamu dari nafsu kamu sendiri, iaitu jinakkan nafsu kamu samada nafsu ammarah dan nafsu seks dengan berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

Allahu Akbar, Maha Bijak Allah s.w.t Pencipta segala makhluk.

Powered by BetterDocs