MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, MUNASABAH DAN FADHILATNYA & ALLAH PUJI ZAT-NYA YANG MULIA.
Full video : https://youtu.be/-EUgL2HZRmU
MUQADDIMAH SURAH :
- Alhamdulillah pada pagi ini, Khamis 4 Rajab 1444H bersamaan 26 hb Januari 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Mulk – سورة الملك.
- Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian dalam tafsir al-Quran & tadabburnya. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita ke syurga-Nya.
- Surah Al-Mulk adalah surah ke-67 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah At-Tahrim – سورة التحريم – surah yang pertama dalam juz ke 29, mengandungi 30 ayat.
- Ramai ulama\’ tafsir secara ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
NAMA SURAH :
- Dinamakan surah ini sebagai: Surah At-Mulk – سورة الملك yang bermakna {Kuasa Pemerintahan} kerana pada awal surah iaitu ayat pertama Allah s.w.t sebut {ٱلْمُلْكُ}. Allah s.w.t menegaskan kekuasaan-Nya yang mutlak tiada sesiapa boleh cabar, halang dan sekat. Dia Yang menguasai pemerintahan di dunia atau akhirat.
- Namanya yang disebut dalam beberapa hadis yang sahih adalah:
i- al-Mulk {ٱلْمُلْكُ}, berdasarkan hadis Ibnu Mas\’ud:
\”Akan selamat di akhirat kelak kerana dia berdiri dan membaca surah al-Mulk.\” [HR al-Hakim].
ii- surah Tabarak {تَبَـٰرَكَ}- daripada Ibnu Mas\’ud r,a juga, sabda Rasulullah s.a.w:
سُورَةُ تَبَارَكَ هِيَ الْمَانِعَةُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ
\”Surah Tabarak adalah penghalang daripada azab kubur.\” [HR at-Tabarani].
iii- surah Tabarakallazi biyadihil Mulk
{تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلْمُلْكُ}-
berdasarkan hadis Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
\”Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.\” [HR Abu Daud, Ahmad, at-Tirmizi].
INTISARI KANDUNGANNYA :
- Menegasakan bahawa Allah s.w.t telah mentaqdirkan adanya mati & hidup makhluk-Nya untuk menzahirkan dan menguji siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Serta alam yang diciptanya dengan rapi tanpa sebarang kecacatannya.
- Serta digambarkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari Kiamat, serta balasan buruk yang sangat menggerunkan yang disediakan bagi orang-orang yang kufur ingkar. Sebaliknya orang yang takut melanggar hukum Allah walaupun mereka tidak dilihat orang ramai serta mereka tidak pernah lihat azab Allah (yakni betul-betul beriman & takut kepada Allah) maka mereka beroleh keampunan dan pahala yang amat besar!
- Maka lakukanlah perbuatan kamu ditempat yang tersembunyi atau nyata, tuturilah percakapan kamu secara rahsia atau terang; sama sahaja semuanya bagi Allah s.w.t kerana Allah amat mengetahui segala isi hati yang terkandung dalam dada, apatah lagi yang terkeluar melalui perbuatan atau perkataan.
- Setelah diterangkan berbagai jenis nikmat-nikmat-Nya yang telah dilimpahkan kepada makhluk-Nya, lalu diperintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk menegaskan bahawa Allah jualah yang mencipta kamu daripada tiada kepada ada, mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk bersyukur tetapi amatlah sedikit daripada kamu yang bersyukur!
MAQASID/OBJEKTIF SURAH :
- Antara objektifnya ialah menyatakan betapa agung dan besarnya kuasa (qudrat) Allah s.w.t, serta sempurnanya milik Allah s.w.t yang menunjukkan kekuasaan Allah yang Esa yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, Dialah sahaja yang melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Tidak perlu kepada pembantu dan penolong!
ISU PENTING DALAM SURAH :
- Memperkenalkan keagungan Allah s.w.t dan ketunggalan Allah s.w.t dalam kerajaan-Nya dan kuasa Allah s.w.t dalam semua perkara.
- Allah nak nyatakan hikmah kenapa dijadikan mati & hidup, ada dunia & akhirat.
- Allah nyatakan sebahagian daripada perkara yang jelas menunjukkan kepada kudrat Allah dan ketunggalan-Nya dalam mencipta alam atas (langit) dengan begitu teliti dan rapi. Kita tidak pernah dengar lagi bulan atau matahari dan lain-lain bintang berlanggar sesama mereka.
- Allah nyatakan betapa buruknya akibat untuk orang kafir dan apa yang Allah sediakan bagi mereka azab yang begitu dahsayat. Kemudian Allah nyatakan pula betapa eloknya balasan untuk orang mukmin dengan nikmat disediakan untuk mereka.
- Menerangkan tentang betapa luasnya ilmu Allah s.w.t., tidak ada perkara yang tersembunyi bagi Allah, samada dibuat secara terangan atau rahsia (tersembunyi), malam atau sian,g dalam laut atau darat, sama saja ilmu Allah s.w.t.
- Allah s.w.t peringatkan kepada kita akan anugerah penciptaan bumi ini. Allah jadikannya sesuai untuk didiami manusia, Allah perintahkan kepada manusia untuk berjalan bergerak di atas muka bumi ini, berusaha mencari rezeki, mengambil manfaat sebanyaknya daripada apa yang disediakan oleh Allah sebagai bekalan hidup di dunia & bekalan menuju kepada Allah di Akhirat kelak juga!
- Peringatan dan amaran bahawa tindakan yang Allah s.w.t akan ambil ke atas orang kafir & derhaka amat dahsyat sebagaimana yang telah Allah s.w.t tunjukkan kepada kita beberapa golongan yang telah dibinasakan-Nya.
- Allah s.w.t jemput kita supaya berfikir, tengok dan perhati kepada gerakan burung di udara bagaimana mereka tebang dengan buka tutup sayapnya. Mereka juga mengembara beribu kilometer tanpa ada apa-apa alat bantuan selain daripada kuasa Allah s.w.t!
Bagaimana Allah s.w.t beri rezeki kepada mereka serta bermacam lagi keajaibannya. - Allah s.w.t buat bandingan tentang; orang yang beriman & orang yang kafir, orang yang benar & orang yang batil!
- Allah cela dan keji puak kafir kerana mereka kufur akan nikmat Allah serta mereka memandang rendah dan memperlekehkan akan janji azab yang Allah letakkan ke atas mereka.
Maka Allah perintahkan Rasulullah s.a.w agar memperingatkan mereka kepada nikmat Allah serta menjawab sebarang kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan kafir!
Inilah 10 point utama yang patut kita baca, pelajari fahami dan tadabbur untuk menjentik hati kita, bukan sekadar baca surah al-Mulk ini untuk selamat daripada azab kubur sahaja!
MUNASABAH SURAH AL-MULK – سورة الملك DENGAN SURAH AT-TAHRIM – سورة التحريم SEBELUMNYA :
- Hubung-kait surah ini dengan Surah At-Tahrim secara umumnya:
i- surah al-Mulk menguatkan lagi apa yang terkandung dalam surah at-Tahrim yang telah menyatakan tentang kuasa Allah Azza wa Jalla.
Serta sokongan Allah terhadap Rasul-Nya s.a.w dalam konspirasi dan rancangan tidak elok yang dibuat oleh beberapa orang wanita pada saat itu.
ii- Dalam surah Al-Mulk ini Allah s.w.t nyatakan secara umumnya Allah s.w.t memiliki langit dan bumi serta seluruh isi kandungannya.
Maka jangan cuba kacau Rasulullah s.a.w kerana Baginda berada di bawah kekuasaan, jagaan, inayah, sokongan dan pertolongan Allah s.w.t!
- Hubung-kait al-Mulk dengan Surah At-Tahrim secara khususnya:
i- Pada akhir Surah At-Tahrim Allah sebut dua perbandingan contoh tentang dua kategori wanita iaitu: wanita kafir di bawah semua yang beriman dan nabi serta wanita beriman yang duduk di bawah manusia yang paling kafir pada zaman itu iaitu Firaun. Kemudian di bawa kisah Maryam yang tiada suami tetapi ada anak.
ii- dalam surah al-Mulk ini Allah memperingatkan tentang ilmu Allah yang meliputi segala perkara, susun atur dan pentadbirannya serta penciptaan-Nya yang begitu ajaib dan pelik.
a. Maka kufurnya dua orang wanita isteri nabi itu menunjukkan hidup dengan orang soleh belum tentu kamu akan menjadi orang baik! Maka para ustaz jangan sedap hati, berhati-hatilah apakah anak isteri kita berpegang dengan ajaran Sunnah yang kita bawa?
b. Berimannya isteri Firaun menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah s.w.t!
Kuasa Allah mengatasi segalanya walaupun Firaun itu sangat kufur dan zalim.
c- Demikian juga tentang Sayyidah Maryam yang imannya tidak goyah walaupun menghadapi satu ujian yang amat besar, beliau terus menjaga anaknya dan beriman dengan ajaran yang dibawa oleh anaknya Isa a.s. Menjadi ibu kepada Nabi walaupun tidak mempunyai seorang suami.
- Apabila kamu mendengar cerita tentang tiga wanita ini maka, yakinlah bahawa segala kuasa atas dunia ini di tangan Allah
{بِيَدِهِ ٱلْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌ}-
Dia berkuasa di atas segala sesuatu, dia boleh pilih menjadikan siapa yang beriman, siapa yang kufur dan siapa yang mendapat anak walaupun tiada suami, siapa tiada anak walaupun ada empat orang isteri!
Inilah kuasa Allah Azza wa Jalla yang tidak dapat dipertikai dan dilawan.
FADHILAT SURAH :
Kelebihan-kelebihan inilah yang paling disukai oleh masyarakat kita, semuanya diterima yang sahih atau tidak.
Maka kita nak ajar masyarakat agar pilih dan tapislah untuk beramal dengan ajaran yang benar dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih agar amalan yang kita buat adalah amalan yang jelas dan nyata!
- Dari Ibnu Mas\’ud r.a: dia berkata
وعن ابن مسعود ـ رضي الله عنه ـ قال: يؤتى الرجل في قبره فتؤتى رجلاه فتقول رجلاه: ليس لكم على ما قبلي سبيل، كان يقوم يقرأ بي سورة الملك، ثم يؤتى من قبل صدره ـ أو قال: بطنه ـ فيقول: ليس لكم على ما قبلي سبيل، كان يقرأ بي سورة الملك، ثم يؤتى رأسه فيقول: ليس لكم على ما قبلي سبيل، كان يقرأ بي سورة الملك. قال: فهي المانعة تمنع من عذاب القبر، وهي في التوراة: سورة الملك ـ من قرأها في ليلة فقد أكثر وأطيب. أخرجه الحاكم وقال: صحيح الإسناد ـ ووافقه الذهبي.
\”Ketika seseorang di dalam kuburnya malaikat datang untuk azab, mula-mula di sebelah kakinya, maka kedua kakinya berkata:
Kamu jangan datang sebelah aku ini kerana tuan aku ini ia dahulu membaca surat al Mulk.
Lalu malaikat pergi sebelum dadanya atau perutnya- ia juga berkata:
Kamu jangan datang sebelah aku ini kerana tuan aku ini ia dahulu membaca surat al Mulk, dalam dadanya ada seorangh al-Mulk.
Lalu malaikat datang sebelah kepalanya, dan kepala pula berkata: Kamu jangan datang sebelah aku ini kerana tuan aku ini ia dahulu membaca surat al Mulk
Dia berkata: Maka, ia (surah al-Mulk) adalah pelindung/penjaga (المانعة), dan di dalam Taurat juga surat al Mulk, barang siapa yang membacanya pada setiap malam hari, maka ia telah melakukan memperbanyakkan pahala dan panjang langkahnya\”. [HR at-Tabarani & al-Hakim].
- Hadis riwayat dari Ibnu Mas\’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya surah al-Mulk adalah pelindung/penghalang (المانعة) dari azab kubur. [Ibnu Hibban mengatakan sanadnyna Hasan]. - Hadis daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.\” [HR At-Tirmizi]. - Bilakah nak bacanya?
Ini hadis khas menunjukkan bilakah Rasulullah s.a.w membacanya:
Diriwayatkan oleh Jabir r.a: \”Bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah S.A.W tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.\” [HR Ahmad, Tirmizi]. - Maka kata ulama\’ maknanya:
i- Sebelum tidur pastilah malam selepas isya, tiada riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w membacanya selepas maghrib atau terus selepas solat isya.
Boleh aje nak baca tetapi ini darjat yang paling rendah seperti solat witir terus selepas solat isya\’.
ii- bahkan mungkin sudah berada di tempat perbaringan atau tempat tidurnya.
iii- jangan jadikan satu agenda tetap setiap malam, baca ramai-ramai di masjid atau dimana-mana selepas solat isya terus, inilah fenomena hari ini yang kurang tepat.
iv- jika kita berkehendak pasti boleh pilih yang afdhal iaitu lakukan sebagai salah satu amalan sebelum kita tidur, berwuduk baca al-Mulk dan semua doa & zikir sebelum tidur yang diajar oleh Rasulullah s.a.w! Baca dan tadabburnya.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 1- {MAHA BERKAT (SERTA MAHA TINGGILAH KELEBIHAN) TUHAN YANG MENGUASAI PEMERINTAHAN (DUNIA DAN AKHIRAT); DAN MEMANGLAH IA MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU;} (AL-MULK 67:1)
- Permulaan surah al-Mulk ini menunjukkan kepada keagungan Allah s.w.t serta banyaknya keberkatan yang Allah berikan kepada kita melalui penciptaan alam ini dan di tangan Allah s.w.t yang Maha Agung kuasa mutlaq!
- Hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
يد الله ملأى لا يغيضها نفقة، سحاء الليل والنهار. وقال: أرأيتم ما أنفق منذ خلق السماوات والأرض، فإنه لم يغض ما في يده. قال: عرشه على الماء، وبيده الأخرى الميزان، يخفض ويرفع.
Tangan Allah s.w.t itu penuh dengan kekuasaan, rahmat dan segala kemuliaan-Nya. Tidak akan berkurangan nafkah (belanjawan-Nya) walaupun Allah s.w.t curahkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tak kira siang atau malam.
Baginda bersabda lagi: Kamu lihatlah berapa banyak yang Allah telah nafkahkan untuk makhluk-Nya sejak dari penciptaan langit & bumi lagi (samada yang mukmin atau yang kafir, manusia atau haiwan semuanya). Tetapi tidak kurang segala rezeki & kuasa yang ada di dalam tangan-Nya.
Baginda bersabda lagi: Arasy Allah s.w.t asalnya di atas air, di tangan-Nya adalah mizan (neraca keadilan), Dia pilih siapa yang Dia nak angkat dan siapa yang Dia nak turunkan! [HR Bukhari & Muslim].
- Allah juga Yang Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dia mentadbir dan melakukan segala perkara dengan teratur, tiada siapa dapat menghalang dan melemahkan-Nya.
PENUTUP & FAEDAH :
- Kita akan lihat Allah s.w.t akan tunjukkkan zahir akan keagungan dan kekuasaan-Nya dalam siri yang akan datang, Insya\’ Allah