View Categories

SURAH AL-MULK : AYAT 20-22

\"\"

ALLAH TEMPELAK PUAK KAFIR YANG TERPEDAYA, INGAT REZEKI DARI BERHALA & BANDINGAN KAFIR YANG BERJALAN ATAS KEPALA.

Full video : https://youtu.be/r_j44ZmtB14

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t Allah tempelak puak kafir yang terpedaya dengan sembahan mereka yang salah maklumat, menyembah berhala selain daripada Allah s.w.t.
  2. Allah tanya apakah mereka ingat rezeki yang mereka dapat adalah dari berhala yang mereka sembah dan apakah berhala itu dapat menyekat azab dari Allah?
  3. Allah buat bandingan orang kafir yang berjalan terbalik, muka ke bawah kaki di atas; dengan orang yang benar, yang berjalan secara biasa dengan jalan yang lurus.
  4. Allah s.w.t sebut kelebihan tentang pentingnya menjaga apa yang diperintahkan Allah, jangan buat yang dimurkai-Nya, mencari keredhaan dan kelebihan yang diberikan oleh Azza wa Jalla bukan selain dari-Nya.
  5. Munasabah ayat:
    i- oleh kerana puak kafir tidak mahu beriman, mengingkari ajaran tauhid walaupun telah jelas di hadapan mata mereka, berani seolah-olah mereka ada kekuatan tentera yang dapat menyekat azab Allah ke atas mereka!

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t tempelak, tanya balik; apakah kamu ada kekuatan, tentera yang dapat menolak azab yang akan diturunkan oleh Allah ar-Rahman!

AYAT 20- {BAHKAN SIAPA DIA YANG MENJADI TENTERA BAGI KAMU, YANG AKAN MENOLONG KAMU SELAIN DARI ALLAH YANG MAHA PEMURAH? (SEBENARNYA) ORANG-ORANG YANG KAFIR TIDAK LAIN HANYALAH BERADA DALAM KEADAAN TERPEDAYA.} (AL-MULK 67:20)

  1. Allah s.w.t bertanya kepada puak kafir secara tempelak; apakah kamu ada kekuatan, penolong atau bala tentera yang dapat menyekat azab dari Allah ar-Rahman ke atas kamu??
  2. Dalam ayat ini Allah s.w.t sekali lagi menyebut nama & sifat-Nya sebagai ar-Rahman { ٱلرَّحْمَـٰنِ}!
    Ini kerana puak kafir ingkar dan anti akan nama { ٱلرَّحْمَـٰنِ}, lalu Allah s.w.t ulang balik sebut nama ini.
  3. Sesungguhnya puak kafir ini mereka terpedaya dalam perasaan & fahaman yang karut & cukup dahsyat; menyangka berhala dan patung sembahan mereka adalah pendamping, orang yang dekat atau ada kuasa untuk menolong menyekat & menghalang mereka daripada azab Allah s.w.t!
  4. Jawapannya; pastilah TIDAK ada sama sekali, mereka hanya tenggelam & terpedaya dalam perasaan & sangnkaan batil mereka!

AYAT 21- {ATAU SIAPA DIA YANG DAPAT MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU JIKA ALLAH MENAHAN REZEKINYA? (TIDAK ADA SESIAPAPUN), BAHKAN MEREKA (YANG MUSYRIK ITU) KEKAL TERUS DALAM KEADAAN SOMBONG ANGKUH SERTA MELARIKAN DIRI (DARI KEBENARAN).} (AL-MULK 67:21)

  1. Allah s.w.t bertanya lagi: Siapakah akan dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?
  2. Jawapannya: Tidak ada sesiapapun yang dapat memberinya jika Allah tarik rezeki kamu itu! tetapi ini tidak memberi kesan kepada mereka bahkan mereka berkekalan dalam keadaan sombong angkuh & berpaling daripada kebenaran.
  3. Munasabah ayat:
    i- Allah s.w.t telah menyatakan besarnya rahmat Allah s.w.t dengan memberi kemudahan dan pertolongan kepada makhluk-makhluk ini untuk mereka kekal berada di atas muka bumi ini.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut perkara yang boleh membantu mereka untuk kekal iaitu dengan mendapat rezeki dari Allah s.w.t! Jika Allah menahannya maka siapakah yang dapat memberinya kepada mereka? Pastilah tidak ada sama-sekali!

Hadis- nilai dunia di sisi Allah s.w.t :
Dari Sahl bin Sa\’id r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِراً مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

\”Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir.\” [HR Tirmidzi #2320]

TETAPI SEBALIKNYA, ATAS DUNIA SEKARANG INI KEBANYAKAN ORANG KAFIR YANG MENDAPAT LEBIH BAJET DARIPADA ORANG ISLAM.

  1. Maka orang kafir ini tetap berterusan dalam kesesatan, mereka tidak undur balik, segala dakwah dan nasihat tidak memberi kesan kepada jiwa mereka, mereka terus dengan kesombongan, takabbur & taghut mereka!
  2. Digambarkan juga keadaan mereka dalam firman Allah s.w.t:
    {Dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.} (Al-Israa\’ 17:60)
  3. Begitulah nasib dan rezeki manusia, ada yang sekali dengar al-Quran terus terbuka hati menerima hidayah, insaf & kembali kepada Allah; tetapi ada jug yang walaupun berkali-kali mendengar al-Quran dan segala nasihat tetapi tetap lawan & tidak mahu menerima kebenaran.

AYAT 22- {MAKA ADAKAH ORANG YANG BERJALAN (MELALUI JALAN YANG TIDAK BETUL, YANG MENYEBABKAN DIA SELALU JATUH) TERSUNGKUR DI ATAS MUKANYA: BOLEH MENDAPAT HIDAYAH – ATAU ORANG YANG BERJALAN TEGAK BETUL, MELALUI JALAN YANG LURUS RATA?} (AL-MULK 67:22)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t memberi perbandingan antara orang musyrik yang menurut jalan yang salah, dengan orang beriman yang mendapat hidayah petunjuk dan menurut jalan yang lurus! Adakah sama?????
  2. Jawapannya pastilah TIDAK sama sama-sekali! Tak akan sama jalan Islam atas dasar tauhid dengan jalan kafir & munafiq; tidak akan sama.
  3. Allah s.w.t buat perbandingan dan analogi ini supaya kita orang yang beriman ini berfikir, juga agar orang kafir buka minda dan berfikir; apakah sama orang yang berjalan dengan kaki atas jalan yang lurus dengan orang yang berjalan terbalik/sonsang atas jalan yang bengkang-bengkok??
  4. Kata Ibnu Asyur rhm.: Allah buat bandingan ini tentang orang kafir & orang mukmin atau tentang dua orang lelaki; kafir & mukmin sebagaimana yang disepakati oleh ulama\’ tafsir yang mengatakan sedemikian!
  5. Begitulah ada orang yang berjalan terbalik (يَمْشِى مُكِبًّا) tidak nampak kanan kirinya, pastilah ia akan jatuh ke dalam gaung atau lubang!
    Iaitu ibarat orang yang ikut nafsunya, sonsang dan tidak lurus. Manakala orang yang betul pasti akan selamat Insya\’ Allah!
  6. Kita orang yang beriman jangan main-main dengan jalan al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w, kerana inilah tanda batu jalan atau petunjuk (GPS) yang akan menyampaikan kepada Allah & membawa kita ke syurga nanti Insya\’ Allah!
  7. Panduannya ialah ikut Sunnah- jangan reka. Orang yang betul-betul sayang kepada Allah & Rasulullah s.a.w pasti akan taat dan patuh kepada ajaran & perintahnya, bukan hanya dakwa cinta tetapi ikut dan buat amalan orang lain!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 20- {Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?}- dalam ayat ini Allah bertanya adakah sesiapa yang menjadi tentera bagi kamu yang dapat menyekat azab Allah.
    Dalam Ayat 21- {Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?}- Allah s.w.t tanya lagi siapa yang dapat beri kamu rezeki jika Allah menahannya?

Para ulama\’ bawa satu persoalan kenapa Allah s.w.t kumpul antara dua pertanyaan ini iaitu tentang pertolongan & tentang rezeki?

JAWAPANNYA :

i- ini kerana seorang hamba itu terdesak & perlu kepada orang lain untuk membantunya dalam menyekat & menghalang musuh-musuhnya daripada menyakitinya.

ii- kemudian selepas selamat dari musuh, dia juga perlu kepada rezeki. Jika aman negara, hebat keadaan & rezeki kena ada juga seiring. Maka mesti seseorang itu perlu kepada penolong & perlu kepada rezeki.

iii- Maka Allah s.w.t mahu menyatakan bahawa yang betul-betul dapat memberi rezeki & pertolongan kepada makhluk-Nya hanya Allah s.w.t – Dia-lah Pemberi Rezeki (الرزاق) & Mempunyai Kekuasaan Yang kuat (ذو القوة المتين), dapat memberi rezeki, mampu memberi manfaat & menolak kemudharatan.
Inilah hikmah & rahsia disebut kedua ini bersama sekaligus.

  1. Ayat 20- {Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?}- ini jelas menunjukkan bahawa sesama makhluk tidak dapat memberi manfaat & mudharat kepada orang lain, tidak boleh beri rezeki atau menyekatnya, tidak boleh memberi petunjuk atau menyesatkan.

Bahkan Allah-lah yang memberi manfaat & mudharat kepada manusia. Tiada siapa yang boleh menghalang atau menolaknya. Allah sajalah pemilik segala rezeki, manfaat dan mudharat, semuanya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.

Kerana itu Allah bawa dua ayat ini untuk kita tadabbur & berfikir hanya Allah s.w.t yang berkusa & layak memberi pertolongan dan memberi rezeki kepada sesiapa sajapun.

FIRMAN ALLAH S.W.T :

{Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.} (Yunus 10:107)

  1. Ayat 22- {Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}- kata ulama\’ tadabbur, Allah buat bandingan orang kafir sifat & perjalanan mereka kepada Allah adalah seperti orang yang terbalik; kaki di atas & kepala di bawah.

Ini kerana mereka telah humbankan pemikiran dan akal mereka ikut nafsu semata-mata. Orang ikut nafsu adalah orang yang terbalik hidupnya. Mereka tidak tau apa, tidak baca & tidak hirau akan al-Quran, hadis Nabi pun mereka tidak hirau; apa yang dia dengar semuanya tidak penting, dia ikut nafsu saja.

Maka orang yang tenggelam dalam nafsunya di dunia tetapi tidak dapat dikesan, di akhirat kelak Allah akan zahirkan kesongsangan terbalik fitrahnya dengan terbaliknya dia berjalan.

Sebaliknya bagi orang yang beriman yang jaga nafsu & syahwatnya, ikut ajaran dan perintah Allah s.w.t maka dia akan berjalan elok & betul di akhirat kelak.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman & bertaqwa, ikut jalan benar di dunia maka betul & selamatlah di akhirat.

  1. Ayat 22- {Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}- kata ulama\’ antara kaedah yang banyak disebut dalam al-Quran apabila menceritakan tentang isu-isu yang besar Allah s.w.t akan bawa kaedah secara berlawanan, positif vs negatif- baik vs buruk, Syirik vs Tauhid, iman vs kufur, orang jalan betul vs jalan terbalik.

KAEDAH :

ذكر الأوصاف في المقابلات يغني عن التصريح في المفاضلات إذا كان الفرق معلوما

Yakni apabila Allah s.w.t sebut bandingan sifat-sifat yang berlawan, walaupun tidak disebut secara direct & terperinci, tetapi cukuplah untuk berfikir jika perbezaan adalah ketara. Cukup bagi bagi orang yang berakal untuk memahaminya & mengambil iktibar pengajaran.

Contoh orang beriman berjalan lurus, orang kafir berjalan terbalik & orang ini orang baik, orang ini orang jahat!
Inilah antara gaya bahasa & balaghah al-Quran yang digunakan oleh Allah s.w.t!

  1. Ayat 22- {Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}

Orang kafir dan sifat kufur itu sendiri hakikatnya sudah terbalik dan mundur!
Terbalik kaki atas kepala di bawah!
Yakni iktiqad, kepercayaan dan amalan mereka dari segi aqidah adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan akal manusia yang salim (waras), tidak logik dan bertentangan dengan fitrah & tabiat manusia yang normal.

Banyaklah contoh-contohnya seperti menghias & menyembah lembu dan lain-lain haiwan, lelaki atau wanita dilarang daripada berkahwin, seks bebas seperti haiwan, songsang dan seumpamanya!

Serta ajaran sesat yang mengambil kesempatan atas orang yang lemah dan eksploitasi wanita!

Adapun orang Islam sentiasa maju ke depan untuk mencari perkara manfaat di dunia & lebih-lebih bagi manfaat di akhirat kelak!

Powered by BetterDocs