LARANGAN WALA\’ KEPADA KAFIR, KALAU MEREKA KUAT AKAN HENTAM KAMU & KELUARGA TAK BOLEH BANTU HARI KIAMAT.
Full video : https://youtu.be/W3Xltr2wDOg
MUQADDIMAH :
- Allah s.w.t mulakan surah ini dengan menyatakan larangan wala\’ (memberi kesetiaan dan kasih sayang) kepada orang kafir, kerana kafir itu ketika mereka lemah mungkin mereka baik tetapi kalau mereka kuat akan hentam kamu orang Islam.
- Juga kerana ada orang yang membela dan taat kepada kafir ini kerana mereka itu keluarga mereka. Lalu Allah s.w.t menyatakan bahawa kaum keluarga dan kerabat yang kafir tidak membantu pada hari kiamat kelak.
- Munasabah ayat: Dari Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a: bahawa Rasulullah s.a.w menghantar dia bersama lagi dua orang lagi sahabat iaitu Az-Zubir dan al-Miqdad bin al-Aswad r.anhum, dengan bersabda:
\”Pergilah kamu ke kebun \”Raudhah Khakh\”. Di sana kamu akan bertemu dengan seorang perempuan yang membawa surat. Ambillah surat itu dan bawalah kepadaku.\”
Berangkatlah mereka bertiga hingga sampai ke tempat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Di sana mereka bertemu dengan seorang wanita yang naik unta.
Mereka berkata: \”Berikan surat itu kepada kami.\”
Ia menjawab: \”Saya tidak membawa surat.\”
Mereka berkata: \”Sekiranya engkau tidak menyerahkannya, kami akan menelanjangi engkau.\” (untuk mengugutnya).
Dengan susah payah ia pun mengeluarkan surat itu dari sanggul rambutnya.
Kemudian mereka membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah diperiksa ternyata surat itu dari seorang sahabat yang bernama Hatib bin Abi Balta\’ah yang ditujukan kepada orang-orang musyrikin di Makkah, yang isinya memberitahukan kepada mereka beberapa perintah Nabi s.a.w.
Akhirnya Hatib dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. Setelah berada di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda bertanya kepada Hatib:
\”Apakah ini wahai Hatib ?\” sambil menunjukkan surat itu.
Hatib menjawab dengan ketakutan:
\”Jangan tergesa-gesa (menghukum aku), ya Rasulullah. Aku mempunya teman dari golongan Quraisy, akan tetapi aku sendiri bukan termasuk golongan mereka. Sahabat-sahabat Muhajirin yang ada sekarang, banyak mempunyai kerabat yang boleh menjaga keluarga dan harta bendanya di Makkah.
Sedang aku sendiri tidak mempunyai kerabat seperti mereka. Kerananya aku mahu buat jasa kepada mereka supaya mereka menjaga keluargaku yang lemah dan harta bendaku. Aku berbuat demikian bukan kerana kufur atau murtad dari agama dan bukan pula kerana redha akan kekufuran mereka.\”
Rasulullah s.a.w bersabda: \”Dia mengatakan yang sebenarnya.\”
Sayyidina Umar r.a lalu berkata: \”Izinkan aku memenggal leher orang munafik ini ya Rasulullah.\”
Rasulullah s.a.w menjawab: \”Dia telah menyertai perang Badar dan engkau tidak tahu bahawa Allah telah mengetahui selok belok perang Badar itu.
Allah s.w.t telah berfirman: Wahai ahli (tentera) Perang Badar, berbuatlah sekehendak kamu, kerana sesungguhnya Aku telah mengampuni kamu semua.
Ayat ini (al-Mumtahanah: 1-4) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang melarang kaum Mukminin memberikan berita dan rahsia kepada kaum kafir kerana rasa cinta kepada mereka. [HR Bukhari & Muslim].
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 1- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU MENGAMBIL MUSUHKU DAN MUSUH KAMU MENJADI TEMAN RAPAT, DENGAN CARA KAMU SAMPAIKAN KEPADA MEREKA (BERITA-BERITA RAHSIA ORANG-ORANG MUKMIN) DENGAN SEBAB HUBUNGAN BAIK DAN KASIH MESRA YANG ADA DI ANTARA KAMU DENGAN MEREKA, SEDANG MEREKA TELAH KUFUR INGKAR TERHADAP KEBENARAN (ISLAM) YANG SAMPAI KEPADA KAMU; MEREKA PULA TELAH MENGELUARKAN RASULULLAH (S.A.W) DAN JUGA MENGELUARKAN KAMU (DARI TANAH SUCI MAKKAH) DISEBABKAN KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH TUHAN KAMU. (JANGANLAH KAMU BERBUAT DEMIKIAN) JIKA BETUL KAMU KELUAR UNTUK BERJIHAD PADA JALANKU DAN UNTUK MENCARI KEREDAANKU. (TIDAK ADA SEBARANG FAEDAHNYA) KAMU MENGADAKAN HUBUNGAN KASIH MESRA DENGAN MEREKA SECARA RAHSIA, SEDANG AKU AMAT MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU RAHSIAKAN DAN APA YANG KAMU ZAHIRKAN. DAN (INGATLAH), SESIAPA DI ANTARA KAMU YANG MELAKUKAN PERKARA YANG DEMIKIAN, MAKA SESUNGGUHNYA TELAH SESATLAH IA DARI JALAN YANG BETUL.} (AL-MUMTAHANAH 60:1)
- Allah s.w.t menyeru kepada orang beriman agar jangan mengambil musuh Allah dan musuh orang Islam sebagai pembantu, teman rapat dan wala\’.
- Jangan cepat berkasih sayang kepada mereka sehingga sanggup memecahkan rahsia-rahsia orang-orang mukmin dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka.
- Allah s.w.t memanggil orang kafir itu sebagai musuh Allah dan musuh orang Islam. Supaya kita terasa betapa buruknya perbuatan itu dan Allah sangat melarangnya.
- Orang beriman kena bertindak mengikut keimanan kepada Allah s.w.t, jangan bertindak ikut nafsu!
- Kata al-Alusi rhm.: Yang sahihnya semua perkara yang nampak membesarkan orang kafir, cenderung kepada mereka dan orang Islam mengikat taat persetiaan terhadap mereka adalah dilarang. Lebih-lebih lagi orang lemah hati, apabila mereka kagum dan puji puak kafir mereka akan berlebihan dan taksub!
- Firman Allah s.w.t juga:
i- {Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.} (A-li\’Imraan 3:28)
ii- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.} (Al-Maaidah 5:51)
- Sedangkan puak kafir ini kufur ingkar dengan ajaran Islam dan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w! Bukan setakat menolak bahkan mereka menentang segala hukum Allah dan dakwah Rasulullah s.a.w.
- Ayat ini khas kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat:
i- Mereka juga telah mengusir keluar Rasulullah s.a.w dan juga mengeluarkan kamu dari Tanah Suci Makkah disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu.
ii- Jika betul kamu keluar berjihad di jalan Allah dan keluar berhijrah kerana Allah; maka jangan buat apa yang Allah s.w.t larang ini!
- Kamu jangan sangka apa yang kamu buat baik kepada mereka itu akan membawa manfaat kepada Islam! Berbuat baik kepada orang kafir walaupun kaum kerabat sendiri tidak akan membawa faedah dan manfaat lansung di akhirat kelak!
- Allah s.w.t juga nyatakan sekalipun kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, Allah tetap amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan.
- Sekali Allah s.w.t memberi amaran bahawa sesiapa di antara orang beriman yang melakukan perbuatan tersebut, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang betul.
AYAT 2- {JIKA MEREKA DAPAT MENGUASAI KAMU, NESCAYA MEREKA MENJADI MUSUH YANG MEMBAHAYAKAN KAMU, DAN MEREKA AKAN MEMBEBASKAN TANGAN MEREKA DAN LIDAH MEREKA TERHADAP KAMU DENGAN KEJAHATAN, SERTA MEREKA SUKA KALAULAH KAMU JUGA MENJADI KAFIR (SEPERTI MEREKA).} (AL-MUMTAHANAH 60:2)
- Allah s.w.t bawa sebab kenapa diberi larangan kepada orang mukmin dari berbaik dengan orang kafir ini!
- Allah peringatkan bahawa jika mereka telah berjaya menguasai orang Islam atau negara orang Islam, pasti mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan agama kamu!
- Ini kerana memang ada sebahagian kafir itu sangat agresif dan aktif berdakyah kepada agama mereka dan terang-terangan manentang Islam!
- Firman Allah s.w.t juga:
{Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): \”Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar\”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.} (Al-Baqarah 2:120) - Mereka kemudian akan menggunakan kekerasan ke atas kamu samada dengan tangan (kekuasaan fizikal) seperti perang atau membunuh. Juga dengan lidah iaitu mencaci dan menghina kamu!
Perang ini lihat kepada zaman dan keadaan, jika tidak dengan senjata, mungkin dengan dakyah perang saraf dan lain-lain. - Ini kerana golongan kafir pastilah suka dan amat mahu agar kamu murtad keluar dari Islam dan menjadi kafir seperti mereka juga!
- Umat Islam jika tinggal agamanya tiada lagi kemuliaannya, sebagaimana kata Sayyidina Umar r.a: Kita ini satu kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan sebab Islam!
Jika kamu tinggalkan Islam jangan harap kamu akan tetap mulia!
AYAT 3- {KAUM KERABAT KAMU DAN ANAK-ANAK KAMU (YANG TIDAK MENURUT KAMU BERIMAN) TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH KEPADA KAMU PADA HARI KIAMAT; ALLAH AKAN MEMISAHKAN DI ANTARA KAMU SEMUA (PADA HARI ITU). DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA MELIHAT SEGALA YANG KAMU KERJAKAN.} (AL-MUMTAHANAH 60:3)
- Munasabah ayat ini: Kaum keluarga dan kaum kerabat tidak dapat menolong dan memberi apa-apa pertolongan dan manfaat pada hari Kiamat.
- Maka jangan sebab anak-beranak dan kaum kerabat kita sanggup melakukan maksiat kepada Allah s.w.t!
Didiklah anak-anak kita supaya beriman dan taat kepada perintah Allah Azza wa Jalla. - Ini kerana pada hari Kiamat Allah akan pisahkan antara kamu semuanya jika ada yang tidak beriman kepada Allah s.w.t!
Dalam ayat lepas Allah telah nyatakan bahawa orang beriman bersama keluarganya di dalam syurga. Semoga kita semua disatukan di dalam syurga yang penuh nikmat.
- Dan ingatlah Allah s.w.t amat Melihat dan Mengetahui setiap benda yang kamu buat, tiada yang tersembunyi darinya yang zahir atau batin. Kita sebagai orang beriman kita tahu bahawa kita di bawah perhatian dan pengawasan Allah s.w.t sentiasa.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 1- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,}- ayat ini menunjukkan larangan keras daripada berwala\’kan kepada orang kafir dan berkasih sayang & mengambil mereka sebagai teman rapat kerana perbuatan ini menafikan keimanan.
Surah ini khas dan asal larangan dari berwala\’kan orang kafir, dengan Allah s.w.t sebutnya sebanyak dua kali pada awal & akhir surah al-Muntahanah. Dicantumkan ayat ini untuk menunjukkan satu larangan dan amaran yang keras!
- Ayat 1- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,}- timbul persoalan jika kita ambil musuh Allah sebagai wali & teman rapat, bagaimana? Kerana musuh menafikan mahabbah (kasih-sayang).
JAWAPAN :
Kena lihat kepada jenis permusuhan. Allah sebut di sini mereka itu musuh Allah dan sekaligus musuh kamu juga! Mereka menentang Islam; kamu mesti terasa dan jangan ambil ringan dan mudah perkara ini! Kamu kena faham mereka itu musuh Islam kerana mereka tidak taat kepada Allah & Rasul-Nya!
Maka kita kena berhati-hati, jangan kata dia baik dengan kita dia hanya tentang Islam di tempat lain atau pada masa dulu.
Jika benar dia telah insaf dan tinggalkan perbuatan itu; maka dia kena iklanlah!
Yakni setiap yang menentang Allah itu adalah musuh Islam! Maka dari sudut kasih sayang itu kena berhati-hati, kita boleh berkawan tetapi jangan sampai berkasih sayang dan memberi ketaatan (wala\’)!
Firman Allah s.w.t tentang makna musuh ini:
{Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (At-Taghaabun 64:14)
Dalam kes ini, anak-isteri boleh menjadi musuh kepada kamu jika mereka tidak taat dan menentang arahan Allah! Walaupun adakalanya dia baik dengan kita, tetapi kerana dia musuh Allah, kita boleh berkawan TETAPI tidak boleh berkasih-sayang dengan mereka!
- Ayat 1- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,}- Allah sebut dua kali musuh Allah & musuh kamu! Kenapa?
JAWAPAN :
Kerana Allah s.w.t mahu kita terasa dan mempunyai pendirian yang jelas bahawa:
SEMUA musuh Allah dan musuh Rasulullah s.a.w itu adalah musuh kita sebagai orang beriman!
Sebagai orang beriman, kita mesti sedar dan tersentap hati kita bahawa semua golongan yang menentang Allah & Rasul-Nya, yang menentang Islam, yang menolak al-Quran & Sunnah; adalah musuh kita juga!
Kita kena ada integriti dan kesedaran bahawa mereka adalah musuh walaupun mereka sahabat bergelak ketawa dan minum teh sekali dengan kita! Kita kena ada sensitiviti, satu perasaan halus, setiap orang yang menetang Islam kita tidak boleh wala\’ kepadanya.
Antara tanda cinta kepada Rasulullah s.a.w ialah: Kita wajib sayang orang yang Nabi sayang dan benci kepada orang yang Nabi s.a.w benci dan memusuhinya!
- Ayat 2- {Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu,}- ayat ini untuk menyedarkan kepada kita akan bahayanya perbuatan ini bila mereka dapat berkuasa dan mempunyai kedudukan, mereka gunakannya untuk menindas menekan dan mencaci orang Islam.
Ayat ini keras kerana masalah berwala\’kan kepada orang kafir ini adalah satu masalah yang amat besar yang perlu disedari dan diambil berat oleh semua orang Islam. Jangan sampai tergadai prinsip keislaman kita!
Berpegang kepada al-Quran dan Sunnah adalah sumber kekuatan kita orang Islam, bukan sumber perpecahan!
Perbezaan aqidah saja tidak menjadi musuh, tetapi sikap mereka yang menentang Islam dan membencinya itu yang menjadi sebab permusuhan!
- Ayat 3- {Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat;}- tiada faedah jika kamu berkasih-sayang dan berwala\’kan kepada keluarga kamu yang kafir! Kerana mereka tidak akan dapat menolong kamu di akhirat kelak dan kamu akan terpisah!
Ayat ini menjelaskan dengan sejelasnya bahawa ikatan agama adalah ikatan yang paling mantap dan tidak akan putus sehingga ke akhirat. Ikatan kerabat dan kekeluargaan hanya setakat di dunia, pada hari Kiamat kamu akan terpisah antara puak kafir & orang yang beriman jika tidak sama-sama beriman!
Ayat ini mengajar dan memberi peringatan kepada kita; jangan sebab anak, jangan sebab isteri, sebab kaum keluarga dan jangan sebab siapa-siapa kita sanggup menjadi penentang Islam. Jangan semata-mata sayang kepada keluarga, kita abai dan tinggalkan undang-undang & hukum Allah s.w.t!
Ingatlah anak dan kaum kerabat di dunia ini hanya sementara, hanya memberi manfaat jika mereka beriman.
Jika tidak pada hari Kiamat nanti akan terpisah!
Khilaf kita dengan orang kafir ini bukan setakat di dunia bahkan membawa kepada perpisahan di akhirat juga!