IKUTI NABI IBRAHIM A.S BANTERAS SYIRIK, MENYERU KEPADA TAUHID & UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.
Full video : https://youtu.be/lUrKfkpgW8g
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t perintahkan kepada kita supaya mengikut jejak langkah dakwah Nabi Ibrahim a.s yang daripada awal lagi kerjanya membanteras syirik dan menyeru kepada tauhid.
- Orang pertama yang didakwah adalah keluarganya sendiri iaitu bermula dari bapanya- {Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.} (Maryam 19:43)
- Maka sesiapa yang betul-betul beriman ikutlah dakwah tauhid Nabi Ibrahim a.s ini yang kemudian disambung oleh cucunya Nabi kita Muhammad s.a.w!
- Semua ini kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah.
- Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t jelaskan bahawa adalah satu kesalahan yang besar bagi orang yang beriman untuk mengambil orang kafir sebagai teman rapat dan ikutan kerana ia akan membawa keburukan dan kesesatan dari jalan yang benar.
ii- dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan tentang nabi Ibrahim a.s yang berlepas diri dari orang kafir yang terdiri dari kaum keluarganya sendiri, bapanya dan kaum kerabat lain!
Dia juga telah berlepas diri dari segala bentuk sembahan yang lain selain dari Allah s.w.t! Inilah dakwah tauhid yang jelas dan patut menjadi ikutan kita!
AYAT 4- {SESUNGGUHNYA ADALAH BAGI KAMU PADA BAWAAN NABI IBRAHIM (A.S) DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA – CONTOH IKUTAN YANG BAIK, SEMASA MEREKA BERKATA KEPADA KAUMNYA (YANG KUFUR INGKAR): \”SESUNGGUHNYA KAMI BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU DAN DARIPADA APA YANG KAMU SEMBAH YANG LAIN DARI ALLAH; KAMI KUFUR INGKARKAN (SEGALA PENYEMBAHAN) KAMU DAN (DENGAN INI) NYATALAH PERASAAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN DI ANTARA KAMI DENGAN KAMU SELAMA-LAMANYA, SEHINGGA KAMU MENYEMBAH ALLAH SEMATA-MATA\”, TETAPI JANGANLAH DICONTOHI PERKATAAN NABI IBRAHIM KEPADA BAPANYA (KATANYA): \”AKU AKAN MEMOHON KEPADA TUHANKU MENGAMPUN DOSAMU, DAN AKU TIDAK BERKUASA MENAHAN (AZAB SEKSA) DARI ALLAH SEDIKIT JUAPUN DARIPADA MENIMPAMU\”. (BERDOALAH WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA NABI IBRAHIM DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA BERDOA KETIKA MEREKA MEMUSUHI KAUMNYA YANG KAFIR, DENGAN BERKATA): \”WAHAI TUHAN KAMI! KEPADA ENGKAULAH SAHAJA KAMI BERSERAH DIRI, DAN KEPADA ENGKAULAH KAMI RUJUK BERTAUBAT, SERTA KEPADA ENGKAULAH JUA TEMPAT KEMBALI!} (AL-MUMTAHANAH 60:4)
- Dalam ayat ini Allah nyatakan contoh dakwah yang patut menjadi ikutan orang mukmin ialah dakwah tauhid Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berlepas diri dengan bapa dan kaum keluarganya yang kufur.
- Ikutlah Nabi Ibrahim dan pengikutnya yang bersamanya; iaitu isterinya Sarah dan anak saudaranya Nabi Lut a.s serta beberapa orang pengikut yang sedikit.
Waktu ini Ibrahim belum ada anak lagi. - Nabi Ibrahim juga mengisytiharkan bahawa dia telah berlepas diri dari mereka yang syirik dan berhala-berhala yang mereka sembah!
Pada zaman Nabi Ibrahim ini berhala sangat terkenal dengan ketua pengukirnya ialah seorang yang bernama Azar- ada ahli tafsir yang mengatakan Azar ini adalah bapa atau bapa saudara nabi Ibrahim sendiri. Iaitu seorang yang amat dekat dan rapat dengannya!
4, Firman Allah s.w.t:
{Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: \”Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah –
\”Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku\”.
Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).} (Az-Zukhruf 43: 26-28)
- Perisytiharan dari Nabi Ibrahim a.s:
i- bebaskan diri dari segala bentuk syirik.
ii- kami mengingkari dan menentang segala penyembahan kamu.
iii- nyatalah kebencian dan permusuhan antara kami & kamu selamanya!
Sehinggalah- kamu menyembah Allah s.w.t semata-mata. - Tetapi jangan dicontohi kata-kata atau doa nabi Ibrahim kepada bapanya ini; di mana dia berdoa dan memohon keampunan kepada bapanya!
Ini hanya pada peringkat awal kerana Ibrahim tidak tahu bapanya akan kekal kafir!
Selepas Allah melarangnya dia tidak lagi berdoa kepada bapanya!
Yakni ayat ini adalah larangan daripada berdoa kepada orang kafir. Doa untuk dia masuk Islam dan diberi hidayah boleh!
- Lagi larangan kepada Rasulullah dan orang beriman daripada berdoa kepada orang kafir- firman Allah s.w.t:
{Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.} (At-Taubah 9: 113-114) - Ini kerana ada sebahagian orang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w yang telah berdoa keampunan untuk ibu bapa & kaum kerabat mereka yang telah mati dalam kekufuran, kerana ikut nabi Ibrahim yang berdoa kepada bapanya. Maka Allah s.w.t turunkan ayat dari surah at-Taubah ini, menegaskan bahawa tidak boleh berdoa dan beristighfar kepada orang kafir. Nabi Ibrahim juga telah` berlepas diri selepas itu.
- Selepas itu nabi Ibrahim berkata kepada bapanya, selepas Allah larang dari minta ampun; walaupun dia seorang Nabi dia tidak dapat lagi menolong bapanya dari hukum & azab Alah s.w.t jika bapanya tetap kekal kufur!
- Kemudian nabi Ibrahim & pengikutnya terus berdoa semasa berhadapan dengan golongan kafir lagi:
{رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ}
\”Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!\”
Ini satu doa yang boleh kita baca.
AYAT 5- {\”WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN PENDIRIAN DAN KEYAKINAN KAMI TERPESONG KERANA PENINDASAN ORANG-ORANG KAFIR, DAN AMPUNKANLAH DOSA KAMI WAHAI TUHAN KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAULAH SAHAJA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA\”.} (AL-MUMTAHANAH 60:5)
- Ini adalah doa nabi Ibrahim yang elok lagi:
{رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةًۭ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَٱغْفِرْ لَنَا رَبَّنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ} - Yakni jangan jadikan orang kafir itu fitnah { فِتْنَةًۭ } ke atas kita iaitu: jangan biarkan kita terpesong kerana penindasan mereka dan agar jangan mereka menguasai jiwa kita!
Bukan fitnah membuat tuduhan seperti dalam bahasa Melayu. Fitnah dalam al-Quran adalah bermaksud satu ujian!
AYAT 6- {DEMI SESUNGGUHNYA! ADALAH BAGI KAMU PADA BAWAAN NABI IBRAHIM DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA ITU CONTOH IKUTAN YANG BAIK, IAITU BAGI ORANG YANG SENTIASA MENGHARAPKAN KEREDAAN ALLAH DAN (BALASAN BAIK) HARI AKHIRAT. DAN SESIAPA YANG BERPALING DARIPADA MENCONTOHI MEREKA, (MAKA PADAHNYA AKAN MENIMPA DIRINYA SENDIRI), KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH DIA LAH YANG MAHA KAYA, LAGI MAHA TERPUJI.} (AL-MUMTAHANAH 60:6)
- Sekali Allah s.w.t ulang bahawa Nabi Ibrahim & orang yang beriman bersamanya adalah satu contoh dakwah yang terbaik!
- Ia patut menjadi ikutan dan memberi faedah yang baik bagi orang yang beriman dan mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t!
Orang yang patuh dan taat akan dapat pahala dan keredhaan Allah s.w.t! - Kemudian Allah s.w.t beri amaran bagi sesiapa yang tidak mahu ikut, degil dan keras kepala juga, maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri, akan berada di dalam kemurkaan Allah s.w.t selamanya.
- Tetapi semua ini tidak memberi apa-apa kesan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji tidak memerlukan.
- Sama seperti firman Allah s.w.t ini:
{Dan Nabi Musa berkata: \”Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.} (Ibrahim 14:8) - Allah s.w.t itu Maha Kaya, jika semua manusia kufur tidak memberi kesan kepada-Nya; tetapi Allah ajak kita untuk diberi pahala dan balasan nikmat bukan untuk menguatkan kuasa Allah s.w.t!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 4- {Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik,}- ayat ini Allah s.w.t beri amaran kepada semua Islam samada pemimpin atau rakyat agar jangan ikut dan memberi wala\’ kepada orang kafir walaupun mereka dari kalangan kaum keluarga sendiri!
Sebelum ini dalam ayat yang lepas larangan dari berbaik dengan munafiq & yahudi ahli kitab, kemudian kepada orang kafir secara umum, akhirnya larangan ini pula kepada kafir terdekat iaitu jangan wala\’ kepada kafir walaupun kaum kerabat yang terdekat!
Ayat ini juga menunjukkan wajib kita ikut dakwah Nabi Ibrahim.
Maka kata ulama\’ Usul ayat ini menjadi dalil bahawa Syariah perundangan orang dahulu menjadi Syariah kita selagi tidak bercanggah dengan Syariah kita ini.
Seperti dakwah tauhid, banteras syirik dalam keluarga, masyarakat & negara, semuanya sama dan kena ikut.
Jika bercanggah ia batal dan kena ikut Syariah Nabi Muhammad s.a.w!
- Ayat 4- \”Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata\”} – Ayat ini mengisbatkan ada permusuhan (العداوة) dan ada kasih-sayang (الولاية) dalam dakwah mesti ada dua ini.
Ini kerana dalam dakwah Rasulullah s.a.w. dan semua dakwah para nabi lain; adalah untuk menyembah Allah s.w.t dan jauhkan diri dari taghut!
Iaitu permusuhan kepada syirik, berlepas diri dari semua yang menentang Islam dan wajib ikut dan berwala\’ kepada orang mukmin- ini adalah asas agama!
Semua musuh Allah, musuh Nabi & musuh Islam wajib kita jadikan musuh dan berlepas diri dari mereka!
Manakala semua orang yang beriman adalah bersaudara! Jangan sebaliknya; memusuhi dan membenci sesama mukmin pula!
- Ayat 4- {Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik,—— { kecuali إِلَّا} tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya):}-
Ulama\’ tadabbur, al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi dalil akan kelebihan Nabi kita Muhammad s.a.w ke atas nabi Ibrahim dan semua para rasul & nabi lain.
Ini kerana arahan dari Allah untuk ikut & taat kepada perintah & ajaran Rasulullah s.a.w adalah menyeluruh, kesemuanya sekali samada wajib atau sunat.
{Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).} (Al-Hasy-r 59:7)
Manakala untuk Nabi Ibrahim ada pengecualian, ada doanya yang tidak boleh diikut dan beramal!
Untuk bacaan tentang kelebihan Rasulullah s.a.w ini boleh baca buku terjemahan Dr Abu Anas Madani:
https://dartaibah.com/?page_id=179…
- Ayat 4- {.. tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya):}- nabi Ibrahim berdoa kepada ayahnya kerana dia tidak tahu ayahnya akan kafir selamanya sehingga mati!
Selepas Allah s.w.t melarang dan menyatakan ayahnya tidak akan beriman, nabi Ibrahim tidak lagi berdoa untuknya dan berlepas diri darinya.
Kata ulama\’: Nabi Ibrahim berdoa kepada ayah sehingga dia mati dan selepas tahu ayahnya meninggal dalam kekufuran dia tidak lagi berdoa kepadanya.
Ada juga yang kata sebelum ayahnya mati lagi iaitu selepas dia mendapat wahyu dari Allah menyatakan hal ini!
Kita yang tidak ada wahyu ini jangan mudah-mudah mengkafirkan orang & terlampau memuliakan sehingga taksub!
Maka kata ulama\’ tadabbur: Kita pun beginilah jika kita tidak tahu & sangka seseorang itu Islam & baik; boleh kita doakannya.
Tetapi apabila kita tahu kedudukannya ternyata ajarannya sesat dan bercanggah dengan Syari\’at Islam, hendaklah kita berlepas diri dan jangan pertahankan ajara-ajaran yang pelik dan tidak ikut Sunnah Nabi s.a.w. Kita sebagai ahli Sunnah dan pengikut Nabi s.a.w tinggalkan & berlepas dirilah!
Tetapi untuk berdoa kepada kawan kita yang kafir agar dia diberi hidayah untuk masuk Islam itu tidak salah! Bahkan berdoalah banyak-banyak!
- Ayat 6- {Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat.}- orang yang akan nikmat beriman dan manfaat dari ajaran Nabi ini ialah orang yang beriman dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t.
Kita berdoa agar Allah berikan iman yang mantap supaya kita dapat beramal mengikut ajaran Allah s.w.t!
Allah kata lagi: Ayat 6- {Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.}- dalil bahawa sesiapa yang ingkar dan kufur serta buat maksiat, semua mudharat itu atas dirinya sendiri! Dia yang akan kena azab dan masuk neraka! Ianya tidak akan memberi apa-kesan kepada Allah s.w.t samada manfaat adat mudharat!
Hadis qudsi- Allah s.w.t berfirman:
Wahai hamba-Ku, jika semua makhluk atas dunia ini yang dulu yang sekarang, yang baik yang jahat bersatu melawan Aku, tidak akan kurang sedikitpun Kerajaan-ku. [HR Muslim].
Maka jika kita nak selamat ikutlah ajaran Allah, kita akan selamat di dunia & akhirat Insya\’ Allah!