BUMI MENJADI BEKAS MANUSIA, ADA BUKIT DAN AIR & AMARAN BAGI PENDERHAKA.
Full video : https://youtu.be/F9JJ4wsJDkM?si=_TxaetPVFm9acmc4
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah nyatakan bahawa bumi menjadi bekas manusia, tempat manusia yang hidup & simpanan yang mati.
- Antara nikmat Allah s.w.t yang amat besar kepada manusia ialah bukit dan air.
- Serta amaran kecelakaan bagi penderhaka yang mendustakan nikmat-nikmat Allah s.w.t ini!
- Munasabah ayat:
a- Dalam siri yang lepas bermula ayat 20-
i-Allah s.w.t nyatakan awal kejadian manusia, yang dicipta dari air yang hina. Yang menunjukkan akan kekuasaan Allah s.w.t.
ii- Kemudian Allah nyatakan kehidupan manusia akan berakhir samada dengan kiamat individu (kematian) atau Kiamat yang besar iaitu kemusnahan dunia ini.
Kita akan hidup di alam barzakh/kubur itu samada tempat rehat bagi orang mukmin (taman syurga) atau seolah lubang neraka (tempat azab) bagi orang yang kufur & derhaka!
ii- Yakni berapa lama tempoh kamu berada dalam perut ibumu kemudian berapa lama pula kamu hidup di atas muka bumi.
b- Lalu datanglah ayat kita hari ini yang menyatakan bumi sebagai tempat menampung atau menyimpan manusia samada yang hidup atau yang sudah mati!
AYAT 25- {BUKANKAH KAMI TELAH MENJADIKAN BUMI (SEBAGAI TEMPAT) PENAMPUNG DAN PENGHIMPUN (PENDUDUKNYA)?} (AL-MURSALAAT 77:25)
- Bumi ini menjadi tempat menampung
{ٱلْأَرْضَ كِفَاتًا}
yakni sebagai bekas menyimpan atau menudung sesuatu. - Atas bumi juga tempat kita berkumpul- samada yang hidup atau mati.
AYAT 26- {YANG HIDUP DAN YANG MATI?} (AL-MURSALAAT 77:26)
- Bumi menyimpan dua-dua jenis manusia samada:
i- yang hidup berkumpul di atasnya
ii- yang mati disimpan dalam perutnya. - Kata Syeikh as-Sa\’adi rhm.:
Bumi sebagai simpanan atau gedung:
i- yang hidup atasnya.
ii- yang mati di dalamnya. - Sebagaimana negeri-negeri, rumah-rumah, gedung, istana tempat kediaman itu menjadi rahmat dari Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya, maka kubur itu juga menjadi rahmat bagi manusia yang mati.
- Yakni jika yang mati itu:
i- orang beriman dia akan berehat di dalam kubur, berehat dari taklif (tanggung-jawab) dunia.
Tempat simpanan tubuh-tubuh mereka daripada dimakan oleh binantang buas.
Kerana itu kubur mesti mempunyai kedalaman yang selamat.
ii- manakala jika orang yang tidak baik, orang lain berehat dari kejahatannya!
AYAT 27- {DAN KAMI TELAH JADIKAN DI BUMI: GUNUNG-GANANG YANG MENETAPNYA, YANG TINGGI MENJULANG; DAN KAMI TELAH MEMBERI MINUM KEPADA KAMU AIR YANG TAWAR LAGI MEMUASKAN DAHAGA?} (AL-MURSALAAT 77:27)
- Allah jadikan di atas muka bumi ini gunung-ganang yang tinggi menjulang sebagai pasak bumi yang teguh tetap tidak bergerak!
- Kata Ibnu Kathir rhm.; Allah jadikan bukit yang besar sebagai pengimbang bumi agar bumi tidak bergoncang.
Sekarang ini manusia sendiri yang menggondolkan bukit bukau dengan tangan-tangan mereka.
- Kata al-Biqa\’i rhm.- Jika tiada bukit bumi akan bergegar seperti apabila terjadi gempa bumi sekarang!
- Antara benda ajaib bagi bumi ini, pengimbang atau pasaknya berada di atas; berbeza dengan sauh kapal yang berada di bawahnya, iaitu di dalam air!
- Firman Allah s.w.t:
{Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.} (An-Naazi\’aat 79:33) - Allah juga menyebut bahawa Dia telah memberi minum kepada manusia air yang tawar lagi memuaskan dahaga
Punca air tawar kita ini daripada bukit. Bukit seolah tangki bagi air hujan yang turun dari langit, yang kemudiannya mengalirkan ke lembah-lembah dan penempatan manusia. - Firman Allah s.w.t:
{Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,} (Al-Furqaan 25:48) - Yakni dari ayat ini Allah s.w.t nyatakan akan nikmat-Nya; kita hidup atas muka bumi ini, ada bukit sebagai pasaknya, dari bukit juga keluar air yang bersih sebagai sumber kehidupan manusia.
Alhamdulillah. - kerana itu ulama\’ membuat bandingan:
Hati orang mukmin dengan zikir adalah seperti ikan dengan air;
Jika ikan tidak dapat hidup tanpa iar, hati akan mati tanpa zikir!
AYAT 28- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (NIKMAT-NIKMAT PEMBERIAN KAMI)!} (AL-MURSALAAT 77:28)
- Kecelakaan besarlah bagi orang mendustakan nikmat-nikmat Allah s.w.t!
- Ini ada celaan { وَيْلٌۭ} yang keempat, dalam isu atau cerita tentang nikmat yang Allah beri kepada kita dari bumi, bukit & air!
Ya Allah jadikanlah kami dari golongan hamba-Mu yang bersyukur!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 25- {Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?} & Ayat 26- {Yang hidup dan yang mati?}
Allah mulakan dalam ayat yang menunjukkan kekuasaan & kekuatan Allah dengan menyebut BUMI dulu, ini kerana bumi adalah unsur yang paling dekat dengan kita. Jika langit ia jauh dari kita.
Kita sekarang ini hidup menumpang di atas bumi dan selepas mati akan ditanam ke dalam perutnya pula!
Allah s.w.t ulang dua ayat ini tanpa ada sambungan {و-dan} seolah ia adalah dua isu yang berbeza untuk menunjukkan besarnya perkara itu! Ia juga untuk mencela orang yang mendustakan nikmat Allah s.w.t itu!
Kita sekarang hidup pergi mari atas bumi tapi tidak lama kita akan dimasukkan ke dalam perut bumi pula!
Kerana itu Allah s.w.t peringatkan kepada kita agar jangan sombong, jangan takabbur kita tidak hidup lama atas bumi ini!
Bumi ini juga simpan manusia yang hidup dan yang mati { أَحْيَآءًۭ وَأَمْوَٰتًۭا}.
Allah sebut perkataan ini { أَحْيَآءًۭ وَأَمْوَٰتًۭا} secara umum (nakirah) untuk beritahu manusia yang hidup atas bumi ini supaya jangan sombong nanti kamu juga akan masuk ke dalam bumi.
DUNIA INI ADA DUA GEDUNG :
i- harta dunia akhirnya akan masuk ke dalam tong sampah.
ii- manakala gedung manusia yakni tempat simpan manusia ialah di dalam kubur!
- Ayat 25- {Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?} & Ayat 26- {Yang hidup dan yang mati?}- ulama\’ feqah buat dalil dari ayat ini bahawa pencuri kain kafan (النباش- Nabbasy) hukumnya ialah potong tangan juga, seolah mencuri harta orang hidup dari rumahnya!
Ini kerana kubur bagi si mati adalah seolah rumah bagi orang yang hidup!
Jadi si pencuri telah menceroboh masuk ke dalam rumah si mayat dan mencurinya!
Allahu al-Musta\’an manusia dari dulu sehhingga hari ini sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang, tidak takut apa saja.
- Ayat 25- {Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?} & Ayat 26- {Yang hidup dan yang mati?}
Kata ulama\’ ayat ini menunjukkan wajibnya kita tanam mayat itu sehingga selamat dan terlindung daripada dikacau haiwan dan tidak keluar baunya! Ini kerana manusia itu walaupun selepas mati ada kemuliaannya!
Mengebumikan Jenazah ini fardhu kifayah! Jika tiada siapa yang tolong kebumi mayat maka berdosa satu negeri.
Allah s.w.t telah memberi nikmat kepada hamba-Nya dengan menjadikan bumi itu sebagai tempat simpanan mayat!
Maka wajiblah kita mengebumikan orang mati dalam bumi!
- Ayat 25- {Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?} & Ayat 26- {Yang hidup dan yang mati?}
Kata ulama\’ tadabbur: dalam ayat ini Allah s.w.t bawa tiga tanda sebagai bukti-bukti bahawa manusia akan dibangkitkan semula;
i- umat terdahulu telah pupus. Kesemua mereka telah berada di dalam tanah! Tidak kamu lihat mereka yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t?
ii- asal kejadian manusia daripada air mani. Iaitu puncanya dari tanah.
iii- semua manusia yang mati akan dikembalikan (ditanam) di dalam bumi!
Tiga dalil ini untuk membatalkan kepercayaan orang kafir yang mengatakan bahawa mustahil berlakunya kebangkitan semula manusia!
- Ayat 27- {Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?}- Allah jadikan bukit yang begitu kukuh dan air yang bersih sebagai nikmat yang besar kepada manusia!
Persoalan:
Kena disebut dua perkara ini secara bersama: Bukit & Air sebagai satu nikmat yang sinonim??
Jawapan:
Kerana sebagai satu hikmah air yang berada di atas, turun dari bukit iaitu tempat yang tinggi maka ia turun ke bawah. Kerana itu orang buat tangki air tinggi untuk memudahkan air sampai turun ke bawah!
Jika air hanya berada di bawah bagaimana ia akan naik ke atas secara semulajadi? Pasti kena ada usaha dan alat yang khas untuk menaikkannya! Jika air sudah berada di atas, ia akan mengalir turun dengan senang & semulajadinya!
Bukit & air sebagai satu sumber kehidupan manusia; air yang disampaikan ke pelusuk bumi yang rendah melalui bukit yang tinggi!