View Categories

SURAH AL-MUTAFFIFIN : AYAT 18-28

\"\"

SURATAN AMALAN AL-ABRAR, NIKMAT YANG DISEDIAKAN & SEGERALAH MELAKUKAN KEBAIKAN.

Full video : https://youtu.be/__QZKoUlaHM?si=IqZ6pggRl44zYXh3

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang suratan amalan al-Abrar { ٱلْأَبْرَا}, orang yang baik yang berada di illyin (tempat yang tinggi- عِلِّيِّينَ) berlawanan dengan kitab golongan fujjar yang diceritakan dalam siri yang lepas.
  2. Allah senaraikan beberapa nikmat yang disediakan bagi golongan al-Abrar- yang terbesarnya ialah nikmat melihat memandang kepada wajah Allah s.w.t!
  3. Kemudian Allah s.w.t menyeu manusia supaya berlumba-lumba & bersegeralah dalam melakukan kebaikan & kebajikan.
  4. Munasabah ayat:
    i- Dalam siri yang lepas Allah telah nyatakan bahawa kitab orang fujjar yang berada di sijjin { سِجِّينٍ}; di lapisan bumi yang paling bawah, yang sempit!

ii- dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang kitab golongan yang sebaliknya iaitu mereka yang beruntung dan bahagia iaitu golongan al-abrar yang kitab mereka berada di iliyyin {عِلِّيِّين}!

Ya Allah jadikan kami dari golongan al-Abrar yang kitab catatanya berada di iliyyin!
Yang melayakkan kami ke Syurga-Mu!

AYAT 18- {INGATLAH WAHAI MANUSIA! SESUNGGUHNYA \”KITAB SURATAN AMAL\” ORANG-ORANG YANG BERBAKTI (DENGAN TAAT DAN AMAL KEBAJIKAN), ADALAH (DIDAFTARKAN) DALAM\” ILLIYIIN\”.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:18)

  1. Allah peringatkan manusia yang mengingkari & dusta kebangkitan semula itu, bahawa pembohongan & maklumat mereka itu dusta & salah!
  2. Sebenarnya \”kitab suratan amal\” golongan al-Abrar iaitu orang-orang yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan, adalah didaftarkan dalam\” Illiyiin\”.
  3. Apakah makna iliyyin ini {عِلِّيِّينَ}?
    Ada beberapa pendapat:
    i- kata Muqatil- ia adalah di kaki Arasy.

ii- tempat yang paling tinggi.

iiii- di langit ketujuh, di bawah Arasy.

iv- tempat catatan amalan orang-orang yang baik yang ditulis oleh malaikat untuk orang yang soleh- iaitu di atas.

  1. Kata Ibnu Jarir rhm. kesimpulannya:
    i- Iliyyin ini {عِلِّيِّينَ} di tempat yang atas, di atas daripada langit, boleh jadi di langit ketujuh, sehingga ke Sidratul-Muntaha atau sehingga ke kaki Arasy.

ii- Tiada riwayat yang sahih dari Rasulullah s.a.w tentang di manakah Iliyyin ini!
Maka yang benarnya kita sebut sebagaimana yang Allah s.w.t sebut dalam al-Quran iaitu tempat yang paling tinggi di langit, di mananya wallahu a\’lam.

Kita serah benda-benda ghaib kepada Allah s.w.t dan kita ambil melalui jalan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!

  1. Hadis al-Bara\’ yang panjang tentang malaikat cabut nyawa manusia yang baik & buruk.
    Hari ini kita ambil kisah tentang roh yang baik!
    Dari Al-Bara bin Azib, ia menceritakan:
    \”Kami sedang mengurus jenazah di Baqi al-Gharqad. Lalu Rasulullah S.A.W mendatangi kami. Baginda duduk dan kami pun duduk di sekitar. Di atas kepala kami hinggap seekor burung.

Kemudian Baginda menghadap ke arah jenazah itu dan berdoa, \”Aku berlindung kepada Allah S.W.T dari azab kubur.\”
Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, \”Sesungguhnya, seorang hamba (mukmin) jika akan menuju ke akhirat dan meninggalkan dunia, para malaikat turun kepadanya dan cahaya muka mereka seperti sinar matahari. Mereka duduk di sampingnya sejauh mata memandang.

Kemudian malaikat pencabut nyawa itu datang dan duduk di dekat kepalanya (hamba mukmin) seraya berkata, \”Wahai jiwa yang baik, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya!\”

Maka roh itu keluar bagaikan aliran cucuran air dari mulut karung kulit. Setelah keluar rohnya, setiap malaikat maut mengambilnya.
Jika telah diambil, para malaikat lainnya tidak membiarkan di tangannya (malaikat maut) sejenak saja, bergegas mereka ambil dan diletakkan di kafan.

Dari jenazah, tercium semerbak aroma misik (kasturi) paling wangi yang ada di bumi. Lalu para malaikat membawa roh itu naik.
Mereka melewati sekumpulan malaikat. Sekumpulan malaikat itu berucap, \”Betapa harumnya roh ini!\”

Para malaikat pembawa roh itu berkata, \”Ini adalah fulan bin fulan.\”
Mereka menyebutnya dengan nama terbaik seperti biasa manusia menyebut namanya di dunia hingga mereka tiba di langit dunia.
(kerana itu pilihlah nama yang baik-baik untuk anak).

Mereka meminta agar langit itu dibuka. Maka langit itu dibukakan baginya. Ia (roh hamba mukmin) diantarkan dari satu langit ke langit berikutnya hingga tiba di langit tempat bersemayam Allah S.W.T.

Allah S.W.T kemudian berfirman, \”Tulislah kitab hamba-Ku di Illiiyyin {عِلِّيِّينَ} dan kembalikan ia ke dunia. Sesungguhnya, Aku menciptakan mereka dari tanah, di dalam tanah pula Aku akan mengembalikan mereka, dan dari tanah pula Aku akan mengeluarkan mereka.\”

Maka roh mukmin itu dikembalikan ke jasadnya. [HR Ahmad dan lain-lain].

AYAT 19- {DAN APA JALANNYA ENGKAU DAPAT MENGETAHUI, APA DIA \”ILLIYIIN\” ITU?} (AL-MUTAFFIFIIN 83:19)

  1. Tahukah kamu apakah itu iliyyin ini {عِلِّيِّينَ}?
  2. Apabila pertanyaan di mulai dengan
    { وَمَآ أَدْرَىٰكَ}
    Allah akan jawab & jelaskannya!

AYAT 20- {IALAH (TEMPAT SIMPANAN) KITAB CATITAN YANG JELAS NYATA,} (AL-MUTAFFIFIIN 83:20)

  1. Ia adalah tempat simpanan kitab yang jelas lagi nyata lengkap catatannya {كِتَـٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ}.
  2. Kitab catatan amalan orang baik (ٱلْأَبْرَارِ) yang sangat jelas, malaikat tidak mengurangi atau menambahi catatannya!
    Kitab itu kita sendirilah yang menulisnya dengan amalan kita!

AYAT 21- {YANG DISAKSIKAN OLEH SEKUMPULAN MALAIKAT, YANG DIDAMPINGKAN TUHAN DI SISINYA.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:21)

  1. Catatan itu disaksikan oleh sekumpulan malaikat yang dekat dengan Allah!
  2. Sebagaimana perjanjian yang besar & penting atas dunia ini disaksikan oleh para pembesar & VIP, begitulah kitab catatan al-Abrar, malaikat yang mulia, yang tinggi kedudukannya menjadi saksi!

AYAT 22- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERBAKTI (DENGAN TAAT DAN AMAL KEBAJIKAN), TETAP BERADA DI DALAM SYURGA YANG PENUH NIKMAT:} (AL-MUTAFFIFIIN 83:22)

  1. Mereka al-Abrar ini berada di dalam Syurga yang penuh nikmat!
  2. Dalam surah ini Allah s.w.t sebut 3 nikmat yang mereka dapat di dalam syurga.

AYAT 23- {MEREKA BEREHAT DI ATAS PELAMIN-PELAMIN (YANG BERHIAS), SAMBIL MELIHAT (SEGALA KEINDAHAN DAN KEMULIAAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MEREKA DI SITU).} (AL-MUTAFFIFIIN 83:23)

  1. Nikmat pertama: mereka bersandar di atas tempat rehat mereka yang indah, katil takhta atau singgahsana yang indah sambil melihat nikmat syurga yang indah & banyak.
  2. Apa yang mereka lihat itu?
    Ada beberapa riwayat:
    i- mereka lihat wajah Allah yang mulia!

ii- melihat nikmat syurga yang begitu indah & banyak.

iii- ada juga kata mereka lihat kepada kawan-kawan mereka yang berada di dalam neraka!
Ini menyebabkan bertambah nikmat & rasa syukur mereka!

AYAT 24- {ENGKAU DAPAT MELIHAT PADA MUKA MEREKA: CAHAYA NIKMAT YANG MEREKA PEROLEHI.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:24)

  1. Nikmat kedua; jelas terpancar & terserlah pada wajah mereka cahaya keindahan hasil nikmat yang mereka perolehi.
  2. Bila Allah s.w.t nyatakan nikmat yang mereka perolehi- Allah suruh lihat kepada wajah mereka yang terzahir darinya keindahan & kegembiraan dengan nikmat yang mereka dapat!

AYAT 25- {MEREKA DIBERI MINUM DARI SATU MINUMAN YANG TERMETERAI BEKASNYA,} (AL-MUTAFFIFIIN 83:25)

  1. Nikmat yang ketiga: mereka diberi minuman yang masih tertutup termeterai (sealed).

AYAT 26- {METERAINYA KASTURI; – DAN UNTUK (MEMPEROLEHI NIKMAT KESENANGAN) ITU HENDAKNYA BERLUMBA-LUMBA MEREKA YANG INGIN MEREBUT KELEBIHAN DAN KESENANGAN;} (AL-MUTAFFIFIIN 83:26)

  1. Iaitu dimeteri dengan wangian kasturi yang amat harum!
  2. Munasabah ayat:
    i- apabila Allah sebut antara nikmat dalam syurga; persekitaran yang indah, wajah yang berseri, maka tidak lengkap jika tidak ada makanan & minuman.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t sebut tentang minuman. Makanan pastilah datang bersamanya.

  1. Kata al-Mawardi rhm. apakah maksudnya { خِتَـٰمُهُۥ مِسْكٌۭ}- penutupnya kasturi itu?
    i- ada kata baunya yang wangi.

ii- akhir urusan orang mukmin itu seperti kasturi harumnya.

iii- bau minuman itu seperti kasturi.

iv- penutupnya dari kasturi!
Yakni kasturi adalah bahan utamanya.

  1. Untuk melayakkan kita mendapat semua nikmat syurga yang indah ini: kita kena berusaha beramal soleh & melakukan ibadat. Bahkan Allah s.w.t kata: kamu hendaklah berlumba untuk merebut kelebihan & kesenangan ini!
  2. Iaitu berlumba dalam berbuat kebaikan & ketaatan kepada Allah s.w.t!
    Dalam bab ibadat (akhirat) kita kena lihat kepada orang yang lebih tinggi- iaitu lebih rajin & kuat daripada kita.

Manakala dalam bab dunia & harta kita kena lihat kepada orang yang lebih kurang atau di bawah daripada kita!

AYAT 27- {DAN CAMPURAN MINUMAN ITU ADALAH DARI \”TASNIM\”:} (AL-MUTAFFIFIIN 83:27)

  1. Minumannya yang lazat tadi di campur pula dengan air dari Tasnim.
    Apakah Tasnim ini?

AYAT 28- {LAITU MATAIR YANG DIMINUM DARIPADANYA OLEH ORANG-ORANG YANG DI DAMPINGKAN (TUHAN DI SISINYA).} (AL-MUTAFFIFIIN 83:28)

  1. Tasnim ini ialah matair yang mengalir dalam syurga, yang tertinggi dan jernih.
  2. Matair ini menjadi minuman bagi { ٱلْمُقَرَّبُونَ} orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t! Yakni tanpa campuran, air yang pure & asli.

Manakala minuman al-Abrar tadi dicampurkan air dari Tasnim dengan minuman yang lain.

  1. Al-Abrar jika lawan al-Fujjar maksudnya semua orang mukmin yang baik.
    Tetapi jika digandingakan dengan Muqarrabun, ia berada di tahap yang kedua selepasnya.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 18- {Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya \”kitab suratan amal\” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam\” Illiyiin\”.}- sesungguhnya kitab amalan al-Abrar berada di iliyyin.

Sekali lagi dijelaskan bahawa lafaz Abrar ini membawa dua maksud:
i- – jika ia datang sendirian maka lawannya adalah al-Fujjar (orang jahat) secara keseluruhannya.
Iaitu semua orang mukmin yang baik, termasuk semualah orang yang terdahulu yang terkemudian, al-Muqarrabun, as-siddiqun, orang yang lemah atau tidak kuat ibadat.

ii- Tetapi jika digandingakan dengan Muqarrabun, ia berada di tahap yang kedua selepasnya.

Penduduk syurga itu ada kumpulan :
i- al-muqarrabun as-sabiqun- orang yang dekat dengan Allah & yang awal- yang bersegera mencari keampunan Allah s.w.t.

ii- al-Abrar- orang yang baik yang menerima suratan amalan dengan tangan kanannya!

Kita memohon untuk menjadi ahli syurga yang terpilih, tidak kira dari mana golongan pun, tetapi kita kena minta juga berusaha untuk menjadi golongan al-Muqorrabun.

  1. Ayat 20- {Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,} & Ayat 21- {Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.}-

Dari ayat ini ulama\’ mengatakan bahawa syurga itu berada di tempat yang tinggi & tulisan catatan itu satu hakikat- bukan khayalan, ia adalah sesuatu yang bertulis & termaktub sungguh, yakni ditulis oleh malaikat!

Kemudian Allah nyatakan ia disaksikan oleh malaikat yang mulia, para nabi dan lain-lain pembesar yang mulia di langit.

Tetapi kitab al-Fujjar Allah tidak nyatakan ada persaksian. Ini kerana sesuatu yang buruk tidak perlu disaksikan cukuplah ia hanya dicatat & dicampakkan ke dalam neraka! Wal-\’iyazu billah.
Kita minta perlindungan dengan Allah dari perkara-perkara yang tidak baik!

  1. Ayat 18- {Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya \”kitab suratan amal\” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam\” Illiyiin\”.}- Allah katakan kitab catatan orang Abrar berada di Iliyyin, kemudian Allah s.w.t sebut beberapa nikmat yang besar.

Maka para ulama\’ mengatakan untuk menjadi golongan al-Abrar hati kena suci; tidak ada sifat dendam, nak berkelahi dengan orang & buang segala sifat tidak baik.
Jika hati tidak suci maka tidak layak untuk mendapat gelaran al-Abrar apatah lagi golongan al-Muqorrabun!

Kecuali orang yang datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera!

Sentiasalah baca doa ini supaya kita akan bertemu dengan Allah dengan hati yang sejahtera:

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ \”

\”Wahai Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan.
Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.\”

Jika hati sejahtera, badan kita juga akan selamat & sihat!

Ayat ini juga menjadi dalil tidak salah kita beramal soleh dengan niat untuk mendapatkan syurga!
Allah sendiri yang suruh kita berdoa begitu- kita ikut Allah & Rasul- bukan mereka yang menyeleweng dari jalannya!

  1. Ayat 26- {Dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;}- kita hendaklah berlumba-lumba dalam buat kebaikan dan amal ibadat!
    Kena berebut untuk memperbanyakkan amalan kebaikan.

Kata para ulama\’: Tidak sunat & tidak dipuji sama sekali untuk kita utamakan orang lain dalam bab ibadat & kepentingan akhirat!

i- Tidak digalakkan, tidak sunat, dipuji untuk melebihkan orang lain dalam IBADAT.
لا يستحب الإيثار بالقربات

Bahkan hendaklah kita berlumba/berlawan (bermunafasah- فَلْيَتَنَافَسِ).

*Contoh dalam bab saf depan dalam solat Jemaah- tidak baik kita berikan kepada orang lain & tidak mahu naik sendiri.
Ini kerana seolah kita memperkecilkan pahala yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w!

Perbuatan ini tidak dipuji sama sekali kerana dalam bab akhirat- pahala Allah itu maha luas & tidak terbatas!
Tidak kata bila kita ambil pahala, orang lain tidak akan dapat lagi pahala itu!
Bahkan kita digalakkan berlumba-lumba mendapatkannya!

ii- Tetapi dalam bab dunia- menggutamakan orang lain dipuji & digalakkan; seperti makan minum dan seumpamanya.

Ini kerana bab dunia ini sempit dan terbatas. Mungkin jika kita ambil dulu akan habis & tidak cukup untuk orang lain!

Seperti beri giliran kepada orang yang lemah dalam beratur untuk membayar atau mengambil sesuatu, beri tempat duduk atas bas, beri parking dekat dan seumpamanya.

  1. Ayat 27- {Dan campuran minuman itu adalah dari \”Tasnim\”:} &
    Ayat 28- {laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).}- Minuman orang Abrar dan Muqarrobun berbeza. Yang Abrar bercampur dengan Tasnim manakala bagi Muqarrobun- minuman yang asli tidak bercampur!

Ini kerana balasan adalah mengikut amalan yang dilakukan- (الجزاء من جنس العمل).

i- orang Muqarrobun tidak pernah buat maksiat! Solid semasa atas dunia dulu hanya buat ibadat & ketaatan kepada Allah s.w.t.
Maka minuman mereka pun asli & tidak bercampur.

ii- manakala al-Abrar- juga orang beriman yang baik & kuat buat amal ibadat tetapi ada juga kekurangannya- contoh walaupun kuat solat & baca al-Quran; tetapi tidak tutup aurat sempurna, masih ambil riba, mulut masih menyakiti orang dan seumpamanya.

Yakni bercampur-campur ada ibadat ada maksiat, maka minumannya juga berkurangan, ada campuran. Balasan itu mengikut jenis amal- makin bersih hati seseorang makin tinggi darjatnya!

Maka ingatlah; Maksiat & ibadat jangan dicampur jika kita mahu menjadi orang yang dekat dengan Allah iaitu golongan al-Muqorrabun!

Powered by BetterDocs