KAFIR KETAWAKAN ORANG MUKMIN, DIAKHIRAT SEBALIKNYA & BALASAN MENGIKUT AMALAN.
Full video : https://youtu.be/wisXs3eNj_g?si=qgIN5WXst6XUkYan
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan bahawa semasa di atas dunia ini orang kafir ketawakan orang mukmin, perli, main-main & khianat (al-istihza\’) dan seumpamanya.
- Tetapi di akhirat kelak keadaan adalah sebaliknya; kafir dalam siksaan manakala orang beriman pula perli & ketawakan mereka!
Tetapi di atas dunia kita tidak diajar untuk perli & main-mainkan orang kafir kerana Islam bukan dibina atas dasar (al-istihza\’).
- Kemudian Allah nyatakan bahawa setiap orang akan diberi balasan mengikut amalan apa yang dia buat atas dunia ini.
Buat baik dapat baik, buat jahat dapatlah balasan buruk- na\’uzubillah! - Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah sifatkan kemuliaan kepada golongan al-Abrar di akhirat selepas Allah nyatakan keburukan puak kafir al-Fujjar yang memerli & khianat kepada mereka di dunia dulu!
ii- maka ayat-ayat ini datang setelah diceritakan tentang keadaan orang beriman yang mendapat nikmat & orang kafir yang mendapat azab.
Ayat ini menjelaskan kenapa mereka diazab- iaitu kerana menghina (al-istihza\’) orang Islam. Siapa yang menghina & mengkhianati orang Islam maka hinalah mereka di akhirat kelak!
AYAT 29- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG DERHAKA, MEREKA SELALU TERTAWAKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:29)
- Orang kafir yang derhaka & jahat {أَجْرَمُوا۟} itu sentiasa mempermainkan, mentertawakan, mencela mencemuh memerli (al-Istihza\’), orang beriman semasa atas dunia ini.
- Maksudnya- orang kafir yang derhaka & jahat {أَجْرَمُوا۟} ini:
i- secara umumnya untuk seluruh orang kafir yang khianat kepada Islam.
ii- tetapi pada zaman Rasulullah s.a.w ia adalah pengkhususan sedikit, iaitu disebut nama beberapa penyangak Quraisy yang sangat jahat iaitu:
Abu Jahal, Al-Walid bin al-Mughirah, Al-Aswad bin Abdi Abi Yaghuth, \’Utbah bin Rabi\’ah, An-Nadhr bin al-Harith dan lain-lain.
Mereka ini akhirnya Allah s.w.t hinakan mereka dengan terbunuh dalam Peperangan Badar pada Tuhan kedua Hijrah dan mayat mereka dicampakkan ke dalam telaga buta di Badar!
Sehingga ke hari ini kejahatan mereka diceritakan kembali, diulang-ulang!
Begitulah lumrah alam, orang yang sombong & khianat kepada orang; Allah akan hinakan mereka di dunia lagi, jika terlepas- jangan lupa perbicaraan akhirat akan menunggu!!
- Itulah perangi kafir yang menghina & khianat kepada orang Islam.
Allah s.w.t nasihat & ajar kepada Rasulullah s.a.w untuk bersabar menghadapi semua cabaran & tentangan ini.
Hidup atas dunia hanya sementara, semua kita akan mati dan pergi bertemu Allah!
Pada hari didedahkan segala rahsia- siapa yang baik maka selamatlah & siapa yang jahat celakalah dia!
Atas dunia ini kita boleh mengaku benar & tidak mengaku bersalah tetapi TIDAK di akhirat kelak!
- Firman Allah s.w.t gambarkan bagaimana istihza\’ puak kafir:
{\”Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: `Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat \’.
\”Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
\”Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya\”.} (Al-Mu\’minuun 23: 109-111) - Catatan ringkas DDAM tentang Madrasah al-Istihza\’ (kumpulan yang memerli Rasulullah s.a.w & para sahabat) boleh dibaca di:
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011_10_02_archive.html
AYAT 30- {DAN APABILA ORANG-ORANG YANG BERIMAN LALU DEKAT MEREKA, MEREKA MENGERLING DAN MEMEJAM CELIKKAN MATA SESAMA SENDIRI (MENCEMUHNYA).} (AL-MUTAFFIFIIN 83:30)
- Antara cara mereka mempermain & perli (al-Istihza\’), orang Islam apabila orang Islam lalu dekat mereka { وَإِذَا مَرُّوا۟}- mereka akan kerling & kenyit mata sesama mereka!
- Tujuan mereka buat semua ini adalah untuk menghina orang Islam!
AYAT 31- {DAN APABILA MEREKA KEMBALI KEPADA KAUM KELUARGANYA, MEREKA KEMBALI DENGAN RIANG GEMBIRA;} (AL-MUTAFFIFIIN 83:31)
- Puak kafir ini apabila kembali kepada keluarga atau geng mereka, dengan gembira mereka menceritakan perbuatan jahat mereka memerli orang Islam!
- Yakni mereka juga gembira & bangga dengan perbuatan itu, lalu bermegah-megah di kalangan mereka!
- Maka berhati-hatilah kita dengan karenah & perangai orang kafir.
Kena ambil kira kepentingan Islam, kita ada prinsip & asas, kita bukan lemah sehingga boleh dipijak & dikhianati.
Islam juga melarang dari menindas dan mezalimi mereka yang tidak agresif menentang Atau mengkhianati orang Islam.
AYAT 32- {DAN APABILA MEREKA MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA BERKATA: \”SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG ITU ADALAH GOLONGAN YANG SESAT!\”} (AL-MUTAFFIFIIN 83:32)
- Mereka juga suka menggelar & melabel orang Islam & orang beriman!
- Apabila melihat orang beriman mereka mengatakan itulah orang yang sesat & rosak akal pemikirannya kerana ikut Islam & tinggalkan agama tok nenek mereka!
- Firman Allah s.w.t:
{Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: \”Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!\” Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: \”Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama\”.} (Al-Ahqaaf 46:11) - Kita kena ikut dalil dalam bab agama & ibadat; bukan ikut & terima yang tok nenek buat & amal sahaja!
Amalan yang sudah dianggap budaya & adab bukan satu amalan agama! - Mereka juga tuduh Rasulullah s.a.w & orang beriman sebagai gila, sesat, ahli sihir atau syair, dongeng orang terdahulu & seumpamanya untuk menjauhkan manusia dari Nabi Muhammad s.a.w!
Tetapi sebaliknya berlaku, makin kuat dakyah mereka makin orang nak kenal Rasulullah s.a.w & ingin tahu tentang ajarannya yang dikatakan sesat!
6. Apabila orang kenal & jumpa Rasulullah s.a.w semakin terserlah kebenarannya, dengan akhlak yang mulia, rupa paras & penampilan yang bersih & kemas, percakapan yang bijak & waras pastilah menarik perhatian orang ramai!
AYAT 33- {PADA HAL MEREKA TIDAK DIUTUS UNTUK MENJAGA SESAT ATAU TIDAKNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU!} (AL-MUTAFFIFIIN 83:33)
- Allah katakan padahal Allah tidak jadikan mereka sebagai wakil kepada orang beriman, iaitu bukan supaya menjaga amalan mereka, mengawal & menjatuhkan hukuman sesat atau benar ke atas orang lain!
- Tugas mereka (orang kafir) yang sepatutnya adalah supaya ikut dakwah Rasulullah s.a.w lalu beriman kepada Allah s.w.t!
- Kita orang beriman jangan ikut perangai orang kafir ini jika nak selamat di dunia & akhirat.
AYAT 34- {MAKA PADA HARI INI, ORANG-ORANG YANG BERIMAN PULA TERTAWAKAN ORANG YANG KAFIR ITU.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:34)
- Sekarang di akhirat sebaliknya akan berlaku! Giliran orang mukmin pula akan ketawakan orang kafir. Mereka pula akan berada di dalam azab yang amat dahsyat!
AYAT 35- {SAMBIL MEREKA BEREHAT DI ATAS PELAMIN-PELAMIN (YANG BERHIAS), SERTA MELIHAT (HAL YANG BERLAKU KEPADA MUSUHNYA).} (AL-MUTAFFIFIIN 83:35)
- Orang beriman itu sambil berehat di atas pelamin dan singgahsana mereka yang indah melihat kepada keadaan yang berlaku di hadapan mereka!
- Ada beberapa pendapat ulama\’ tentang apa yang dilihat {يَنظُرُونَ} oleh ahli syurga ini:
i- mereka lihat wajah Allah yang mulia!
ii- melihat nikmat syurga yang begitu indah & banyak.
iii- ada juga kata mereka lihat kepada kawan-kawan mereka yang berada di dalam neraka!
Ini menyebabkan bertambah nikmat & rasa syukur mereka!
- Timbul persoalan macamana mereka tengok keadaan dalam neraka ini?
Jangan dok fikir pelik lihat sahaja kepada kecanggihan teknologi kita hari ini, kita ada CCTV, skrin dan lain-lain- apakah yang peliknya dengan teknologi dalam syurga yang pasti tak tercapai dek akal kita!
AYAT 36- {(UNTUK MENAMBAHKAN KEGEMBIRAAN MEREKA, MEREKA DITANYA): \”BUKANKAH ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU TELAH DIBALAS AKAN APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN DAHULU?\”} (AL-MUTAFFIFIIN 83:36)
- Ditanya pula kepada mereka soalan, untuk menambahkan lagi kegembiraan, kesyukuran & nikmat ahli syurga.
- Apakah kamu rasa orang-orang yang kafir itu telah dibalas setimpal dengan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?
Cukupkah azab siksaan yang ditimpa ke atas mereka dengan kejahatan & kekufuran mereka dulu??? - Pastilah amat setimpal & adil balasan Allah Azza wa Jalla!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 29- {Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.}- orang kafir, orang jahat, perli dan ketawakan & main-mainkan orang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t gambarkan cara sebahagian orang kafir menindas & menghina orang Islam yang lemah & miskin dengan mengungkit keadaan & keadaan mereka yang miskin & hina!
Demikianlah juga keadaan umat-umat yang terdahulu dengan rasul-rasul mereka!
Begitu juga keadaan para pendakwah yang hendak menegakkan kebenaran & mengajak manusia berpegang dengan al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w yang benar, akan dihina oleh orang-orang sezaman mereka!
Maka para pendakwah kena sedar, sabar, akur dan ketahui bahawa mereka akan dihina oleh orang yang kafir, orang yang tak suka Islam & juga oleh sesama Islam yang tak suka dengan ajaran untuk mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w!
Kita bukan nak tukar atau ubah, cuma mahu kembali kepada asal, kepada apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w!
Nak komen nak kritik, jangan sampai rempuh pagar & pertikai apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w!
- Ayat 29- {Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.}- ayat ini memberi amaran kepada orang yang menghina & perli orang mukmin.
Akhlak orang kafir menghina orang Islam atas dunia ini; tetapi bukan akhlak kita orang mukmin untuk menghina mereka atas dunia ini! Jangan kita terikut dengan perangai dan akhlak mereka yang buruk itu, atas dunia ini sabar & bertabahlah dulu.
Kelak di akhirat Allah s.w.t membenarkan kita untuk menghina & mentertawakan mereka. Walaupun ada sebahagian perbuatan mereka amat pelik & tidak dapat diterima oleh akal manusia yang waras, jangan sesekali kita ketawakan & hinanya!
Apatah lagi sesama orang beriman- jangan sesekali kita menghina &memerli sesama sendiri apabila terdapat khilaf, perbezaan pendapat dan seumpamanya.
- Ayat 32- {Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: \”Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!\”}- ayat ini adalah dalil kepada larangan melabel, buat gelaran buruk dan tuduhan terhadap orang!
Ini adalah kaedah yang diguna-pakai oleh ahli kebatilan, mereka akan buat gelaran & label buruk terhadap orang yang nak bawa kebenaran; supaya orang tidak terima dakwahnya!
Ini semua label jahat yang dibuat dengan tujuan supaya orang jauh & benci dengan pendakwah yang mengajak manusia ke arah al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w!
Sebagaimana kata Imam al-Bukhari rhm.: Sabarlah orang yang mahu ikut Sunnah Nabi s.a.w kerana kamu akan dihina orang, kerana bilangan kamu tidak ramai! Maka sabarlah!
Allah s.w.t telah gambarkan bahawa label-label ini telah digunakan oleh orang kafir, hatta sesama Islam dan sesiapa saja kepada orang yang dia tidak suka!
- Ayat 31- {Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;}-
Ulama\’ kata kaum keluarganya {أَهْلِهِم} di sini boleh membawa makna:
i- ahli keluarganya yang sebenar.
ii- kumpulan atau ahli kelabnya, sesama geng yang sekepala dengan mereka.
Mereka gembira & berbangga apabila boleh perli & khianat orang Islam. - Ayat 34- {Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.}- di akhirat esok orang mukmin akan ketawakan balik orang kafir.
Inilah yang dikatakan balasan adalah mengikut jenis amal! (الجزاء من جنس العمل).
Kamu hina orang di dunia ini maka jumpalah di akhirat kelak- kamu pula akan dihina. Siapa nak hina di akhirat buatlah perangai buruk atas dunia ini!
Kemudian Allah juga sebut bahawa ahli syurga itu duduk melihat kepada nikmat yang mereka dapat dalam syurga, nikmat melihat wajah Allah dan lihat orang kafir yang diazab; itu semua untuk menambahkan kegembiraan mereka
Kemudian Allah s.w.t tambah di akhir ayat:
Ayat 36- {(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): \”Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?\”}- dibalasnya orang kafir dengan apa yang mereka buat!
Balasan yang kamu buat adalah mengikut apa yang kamu buat semasa di dunia dulu!
Kita orang Islam pun begitu juga, maka jika kita tidak mahu balasan buruk janganlah buat perbuatan yang buruk & tidak baik!
Elakkanlah perangai yang buruk & amalan yang sesat yang menjadi kemurkaan Allah s.w.t, tidak perlu kita perli & sindir sesama kita, jika ada yang tak kena tegur dengan baik.
Alhamdulillah kita telah khatam surah al-Mutaffifin ini.
Maka ya Allah berilah kami kefahaman & manfaat dari tadabbur ini- jauhkanlah kami dari akhlak buruk yang menjadi kebencian Allah & Rasul-Nya. Jauh dari perangai buruk yang menjadi sifat orang kafir dan mereka yang busuk hati!
Jadikan kami orang mukmin yang berakhlak mulia, berintegriti dan mendapat keredhaan-Mu.