View Categories

SURAH AL-MUTAFFIFIN : AYAT 7-17

\"\"

SURATAN AMALAN FUJJAR, SIFAT PENDUSTAAN & MEREKA DIHALANG TENGOK ALLAH.

Full video : https://youtu.be/AB-bOng378c?si=FJ07i2VwIFd1iAN_

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang suratan amalan golongan fujjar {ٱلْفُجَّارِ} orang-orang jahat yang amat buruk.
  2. Akibat sifat pendustaan mereka, mereka akan diazab di neraka serta dihalang dari tengok Allah Azza wa Jalla.

AYAT 7- {TIDAK SEPATUTNYA (MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN YANG SALAH ITU DAN MELALAIKAN HARI AKHIRAT)! SESUNGGUHNYA \”KITAB SURATAN AMAL\” ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU (DIDAFTARKAN) DALAM \”SIJJIIN\”.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:7)

  1. Ayat ini adalah bantahan { كَلَّآ} terhadap perbuatan mereka yang telah disebut dalam ayat lepas iaitu perbuatan khianat dalam timbangan { الْمُطَفِّفِينَ}.
    Tidak sepatutnya mereka melakuan perbuatan buruk & khianat yang sangat dilarang Syara\’ & dibenci Allah & Rasulullah s.a.w.
  2. Akibatnya mereka melupakan hari akhirat kerana mencari habuan dunia.
    Mereka sanggup buat apa saja ini kerana cintakan dunia & habuannya!
  3. Ini kerana akibat balasan bagi mereka ialah suratan amalan mereka akan didaftarkan dalam Sijjin { سِجِّينٍۢ}, bumi yang sempit di dasar sekali.
  4. Apakah Sijjin ini? Kata Ibnul Jauzi rhm. maksudnya { لَفِى سِجِّينٍۢ} ini ada 4 pandangan:
    i- lapisan bumi ketujuh, yang paling sempit sekali.
    ii- surat catatan mereka berada di bawah sekali.
    iii- dalam kerugian.
    iv- dalam tahanan.
  5. Kata ulama\’ mutakhir selepas dikumpulkan pandangan ulama\’ salaf, kesimpulannya: suratan amalan puak jahat ini berada di langit ketujuh, dalam tempat yang sempit, menyatakan kerugian bagi mereka serta amat rendah nilainya sehingga tidak boleh naik ke langit!
  6. Kata Imam Ibnu Kathir rhm.: pendapat yang sahih ialah perkataan sijjin di amabil daripada perkataan penjara yang sempit.
    Ini kerana lagi ke bawah lagi sempit bumi ini.
    Begitu juga sifat manusia lagi bawah tempatnya, lagi rendah kedudukannya dan hina tahapnya!
  7. Kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t daripada golongan yang tidak baik ini. Hidup atas dunia susah- sentiasa khianat & menipu orang, bila mati lagi susah, suratan amalannya berada di sijjin, dibawah lapisan bumi yang ketujuh!
  8. Jika bila dengar semua ini boleh menimbulkan ketakutan & keinsafan, itu tandanya signal hati masih hidup.
    Jika sebaliknya bila dengar relax & tidak terasa apa-apa- boleh terus buat maksiat maka carilah hati kamu, kerana itu tanda hati sudah mati!
  9. Hadis- riwayat al-Bara\’ bin Azib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w menceritakan tentang kisah malaikat-maut apabila mencabut nyawa mukmin dan orang kafir.:
    Di akhir hadis, apabila malaikat nak bawa naik roh jahat, mereka tiba di langit dunia.
    Namun langit itu tidak dibukakan ketika diminta untuk dibukakan baginya.
    Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat, \”Tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka dan mereka tidak akan masuk surga sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum.\” (Al-A\’raf: 40)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi, \”Allah S.W.T berfirman: \”Tulislah kitabnya di dalam penjara (sijjin) di bumi yang bawah.\”
Kemudian rohnya (hamba kafir) dilemparkan malaikat dengan sekali lemparan.\’
[HR Ahmad, Abu Daud, Nasa\’ei, & Ibnu Majah, sahih].

AYAT 8- {DAN APA JALANNYA ENGKAU DAPAT MENGETAHUI: APA DIA \”SIJJIIN\” ITU,} (AL-MUTAFFIFIIN 83:8)

  1. Apakah yang kamu tahu tentang sijjin { سِجِّينٍ} ini? Ini adalah soalah untuk membuka minda dan ambil perhatian- kerana Allah akan memberitahu sesuatu maklumat.
  2. Kata Ibnu Athiyah rhm.: Allah s.w.t tanya soalan ini untuk menunjukkan betapa dahsyat & besarnya isu sijjin ini!

AYAT 8- {DAN APA JALANNYA ENGKAU DAPAT MENGETAHUI: APA DIA \”SIJJIIN\” ITU,} (AL-MUTAFFIFIIN 83:8)

  1. Ia adalah kitab amalan orang jahat. Ia adalah catatan yang tepat jelas lagi nyata { كِتَـٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ}, bagi segala amalan mereka, yang tiada sebarang tambahan & kekurangan.
  2. Rekod & catatan yang jelas tiada siapa yang boleh bantah dan nafikannya!

AYAT 10- {KECELAKAAN BESAR, PADA HARI ITU, BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:10)

  1. Munasabah ayat:
    i- Apabila Allah telah nyatakan bahawa catatan amalan golongan fujjar penuh keburukan & kejahatan yang utamanya adalah syirik kepada Allah s.w.t!

ii- lalu dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan kesan & natijah buruk hasil orang yang mendapat suaratan amalan yang buruk itu!

  1. Maka balasannya celakalah bagi orang yang mendustakan Allah & Rasul-Nya!

AYAT 11- {IAITU MEREKA YANG MENDUSTAKAN HARI PEMBALASAN.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:11)

  1. Mereka juga mendustakan hari Pembalasan! Tidak percaya kepada hari Kiamat, tidak percaya kepada bangkit semula & hisab!

AYAT 12- {DAN TIADA YANG MENDUSTAKANNYA MELAINKAN TIAP-TIAP ORANG YANG MELAMPAUI BATAS (KEBENARAN), LAGI AMAT DERHAKA!} (AL-MUTAFFIFIIN 83:12)

  1. Allah sambung lagi perangai & cara pendustaan mereka:
    i- mereka adalah orang yang melampaui batas yang mendustakan hari Kiamat.

ii- mereka juga melakukan kezaliman kepada sesama manusia.

iii- sangat minat- gila melakukan segala benda haram seperti zina, riba, rasuah, penipuan dan seumpamanya.

iv- serta banyak lagi keburukan yang mereka lakukan!

AYAT 13- { (SEHINGGA) APABILA IA DIBACAKAN KEPADANYA AYAT-AYAT KAMI, IA BERKATA:\” INI IALAH DONGENG ORANG-ORANG DAHULU KALA!\”} (AL-MUTAFFIFIIN 83:13)

  1. Mereka juga apabila dibaca ayat al-Quran, mereka berkata dengan niat mendustakannya: inilah benda khurafat, rekaan & dongeng orang-orang dahulu kala { قَالَ أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ}.
  2. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kata-kata orang kafir yang menggunakan hujjah {dongeng orang-orang dahulu kala- أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ} ini, antaranya firman Allah s.w.t:

i- {Dan mereka berkata lagi: \”Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala {أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ}, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)\”.} (Al-Furqaan 25:5)

ii- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: \”Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?\” Mereka menjawab: \”Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala { أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ}\”.} (Al-Nahl 16:24)

AYAT 14- {SEBENARNYA! (AYAT-AYAT KAMI ITU TIDAK ADA CACATNYA) BAHKAN MATA HATI MEREKA TELAH DISELAPUTI KEKOTORAN (DOSA), DENGAN SEBAB (PERBUATAN KUFUR DAN MAKSIAT) YANG MEREKA KERJAKAN.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:14)

  1. Allah s.w.t bantahnya dengan mengatakan ayat-ayat al-Quran itu sempurna tidak ada cacat celanya! Bukan rekaan manusia!
  2. Yang cacat & rosaknya adalah mata hati mereka yang telah diselaputi dosa maka rosaklah segala perkara!
  3. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah nyatakan bahawa orang kafir kata al-Quran ini adalah dongengan orang dahulu-kala, rekaan & bukan wahyu dari Allah!

ii- maka Allah nyatakan kesan kebodohan itu kembali ke atas diri mereka!
Allah letakkan ke atas hati mereka selaput yang menyebabkan mereka makin jauh daripada menerima kebenaran.
Hasil dari maksiat yang mereka lalukan mereka tidak dapat menilai lagi apa yang baik & buruk!

  1. Ayat ini boleh ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya,
    dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.} (Al-Kahfi 18:57)
  2. Hadis- riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    Sesungguhnya seorang hamba, ketika berbuat dosa, ada titik hitam di hatinya. Ketika dia meninggalkan dosanya, memohon ampun, dan bertaubat, hatinya kembali bersih.
    Dan jika dia kembali (berbuat dosa), titik hitam terus bertambah di hatinya sampai menggunung, dan itulah yang menyelubungi hati (dari cahaya) seperti firman Allah s.w.t ini:
    {Sama sekali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.}\” [HR Ibnu Majah, at-Tirmizi & an-Nasa\’ei].
  3. Kata ulama\’ juga: Jika baju warna putih, walaupun terkena setititik kekotoran akan terus nampak. Tetapi jika baju hitam, kotoran yang berlapis-lapis pun tidak akan nampak.

BEGITULAH JUGA HATI :

i- yang bersih akan mudah nampak jika ada sedikit maksiat & mudah dibersihkan.
ii- tetapi yang diselaputi karat tebal dek dosa & maksiat tidak akan mudah lagi untuk membersihkannya!
Hatinya akan menjadi keras & babil tidak terasa bersalah akan perbuatan dosanya!

Ya Allah lindungilah hati kami dari menjadi keras & hitam dek perbuatan dosa & maksiat!

AYAT 15- {JANGAN LAGI MEREKA BERLAKU DEMIKIAN! (KALAU TIDAK), MEREKA PADA HARI ITU, TETAP TERDINDING DARI (RAHMAT) TUHANNYA.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:15)

  1. Jangan kamu buat dosa & maksiat- nanti kamu akan terhalang daripada melihat Allah Azza wa Jalla. Inilah kesan buruknya!

AYAT 16- {KEMUDIAN, SESUNGGUHNYA MEREKA AKAN MENDERITA BAKARAN NERAKA.} (AL-MUTAFFIFIIN 83:16)

  1. Kemudian kamu akan disiksa menderita dalam azab neraka.
  2. Munasabah ayat:
    i- apabila dinyatakan bahawa mereka tidak akan dapat lihat Allah- ini adalah azab hati yang paling dahsyat & berat!
    Tidak boleh kenal Allah, tidak boleh menyebut nama Allah s.w.t, inilah azab hati!

ii- ayat ini dinyatakan juga azab fizikal yang mereka akan hadapi!

  1. Musibah Banyak Jenis!

Kata ulama\’ tadabbur:

Jangan kita nampak azab itu hanya sebagai azab fizikal saja- tetapi sebenarnya:
i- tidak boleh berzikir, lidah kelu dari menyebut nama Allah- itu azab atau musibah!

ii- kita dengar azan tetapi tidak boleh nak pergi ke masjid tanpa keuzuran- itu suatu musibah!

iii- tidak boleh nak baca al-Quran tanpa keuzuran- itu juga musibah!

Musibah yang besar ialah apabila kita jauh dari Allah, terhalang dari mengingati & mengenal Allah!

Semoga Allah selamatkan kita cari musibah dunia dan akhirat!

  1. Sabun Atau Pewangi!

Mana lebih utama diamalkan antara zikir & istighfar?

Seorang ulama\’, Imam Ibnu al-Qayyim r.h.m pernah bertanya kepada gurunya:
\”Antara tasbih (zikir) dan istighfar, amalan manakah yang lebih afdhal dan lebih memberi manfaat kepada seorang hamba?\”

JAWAB GURUNYA :

\”Lihat kepada keadaan seseorang itu:
i- Jika bajunya sudah bersih maka menggunakan bakhur (pewangi) itu lebih afdhal dan memberi manfaat.

ii- Tetapi jika bajunya kotor, maka pastilah sabun dan air panas lebih sesuai digunakan untuk membersihkannya.\”

Maknanya mesti jamakkan antara dua ibadat ini, tidak boleh diasingkan, mesti seiring dan jangan dianggap remeh.

Untuk bersihkan diri dari dosa dan kesilapan yang dilakukan, adalah dengan istighfar dan taubat kepada Allah s.w.t.

Manakala untuk menghiasinya pula dengan tasbih dan zikir kepada Allah s.w.t. sebagai amal ibadat yang baik.

Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa beristighfar dan mengingati Allah s.w.t dengan menunjukkan contoh teladan melalui amalannya sendiri.

Semoga Allah s.w.t jadikan kita hambanya yang banyak beristighfar dan sentiasa basah lidahnya dengan zikir.
Lihat kuliah penuh tajuk ini di:
https://youtu.be/egIx4Wj9e6A

AYAT 17- {AKHIRNYA DIKATAKAN (KEPADA MEREKA): \”INILAH DIA (AZAB SEKSA) YANG KAMU DUSTAKAN DAHULU.\”} (AL-MUTAFFIFIIN 83:17)

  1. Akhirnya dikatakan kepada para orang kafir yang tidak percaya itu: Inilah azab siksa yang kamu dustakan dulu! Sekarang rasakanlah!
  2. Yakni setelah azab fizikal mereka juga diberi tekanan mental iaitu azab rohani!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 7- {Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya \”kitab suratan amal\” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam \”Sijjiin\”.}

Ayat ini mencela menegur memberi peringatan kepada mereka yang curang dalam sukatan, orang yang lalai & lupa akan kebangkitan semula agar jangan buat perangai buruk.

Ini kerana kitab amalan mereka yang sedemikian akan berada di bawah lapisan bumi, tempat yang paling sempit dan hina sekali!

Seperti yang telah dibincangkan-
i- perkataan fujjar dalam al-Quran & hadis digunakan utama sekali kepada orang kafir yang mendustakan!

ii- tetapi jika ada banyak sifat buruk- seperti musyrikun & fujjar- fujjar ialah sifat fizikal yang jahat seperti merompak mencuri dan lain-lain, bukan Aqidah seperti musyrikun.

  1. Ayat 7- {Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya \”kitab suratan amal\” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam \”Sijjiin\”.}- kitab amal pendusta di dalam sijjin.

Kata ulama\’ tadabbur: Dari ayat ini ulama\’ membuat andaian bahawa neraka itu berada di lapisan bumi yang ketujuh iaitu di dasar bumi.

Sebagaimana dalam hadis al-Bara\’ di atas tadi di mana apabila roh orang jahat tidak dapat lepas untuk naik ke langi, Allah perintahkan ia dicampakkan ke semula ke bawah (bumi).

Jika neraka di langit, pasti malaikat penjaganya akan buka pintu langit untuk dibawa rohnya ke neraka! Tetapi kerana neraka di bumi, roh itu ditendang jatuh ke bawah (bumi) semula.

Ulama\’ tadabbur kata setiap benda bila naik tinggi akan bertambah luas; manakala yang dibawah akan bertambah sempit!

Maka Allah buat dua bandingan:
i- catatan orang baik duduk di atas (عِلِّيُّونَ).
ii- catatan orang jahat akan berada di tempat yang sempit di bawah (سِجِّينٌۭ)!

Semoga dengan tadabbur ini akan menginsafkan kita, hilangkan sifat rakus kita terhadap dunia, selalu fikir & ingatkan mati, bimbangkan hari pembalasan!

Jadikanlah kami dari golongan al-Abrar bukan golongan fujjar!

  1. Ayat 14- {Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.}
    Ulama\’ tadabbur kata: Ayat ini adalah amaran peringatan dari buat dosa.
    Ini kerana dosa akan menjadi penutup karat di atas hati, jika dah banyak akan tertutup terus.

Maka akan terpadam cahaya iman & tidak akan sampai nur petunjuk maka akan terbaliklah; benda benar jadi salah- benda salah akan jadi benar baginya!

Tokoh yang bawa al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w akan dianggap sesat & salah, dilabel diberi pelbagai gelaran & tohmahan!
Manakala yang bawa ajaran yang pelik entah sumber dari mana akan dipuja diangkat!

Hadis Rasulullah s.a.w:
Fitnah itu akan dibawa ke dalam hati manusia seperti orang menganyam tikar-satu demi satu! Mana-mana hati jika menerimanya akan tercalitlah tompok hitam, jika hati bersih dia akan menolaknya! Maka dia tidak akan tahu lagi mana yang betul mana yang salah. [HR at-Tirmizi & an-Nasa\’ei].

Dari ayat ini juga ada 3 jenis azab, mental fizikal semuanya ada:
i- hijab terdinding dari melihat Allah s.w.t
ii- dicampak ke dalam neraka Jahannam
iii- dia akan dicela oleh malaikat!

  1. Ayat 10- {Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan.} & Ayat 11- {Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.}- celakah orang yang mendustakan hari Kiamat.

Inilah punca orang mendustakan hari kebangkitan & hari Kiamat, mereka akan lupa diri & lupa kepada Allah!
Lalu mereka berani untuk langgar segala Syari\’ah Allah s.w.t, berani buat dosa & maksiat, yang betul nampak salah, yang sesat disangka benar!

Begitu juga orang yang beriman tetapi lemah imannya, maka dia tidak akan takut & malu untuk buat maksiat.
Apabila hati telah dicop dengan kekotoran ini mereka akan terbalik yang benar akan dikata salah yang salah dianggap benar!

  1. Ayat 15- {Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.}- pada hari itu mereka terhalang dari Allah.
    Ini kerana ahli neraka itu semasa di atas dunia hati mereka terhalang dari kenal Allah maka di akhirat mereka terhalang pula dari lihat Allah!

Orang yang tidak beriman dan mendustakan serta melanggar segala batas hukum Allah s.w.t akan terhalang daripada rahmat Allah semasa di dunia & terhijab dari melihat Allah di akhirat.

Orang beriman pula ada dua halangan:
i- akan dihalau & dihalang dari berjumpa Rasulullah s.a.w di kolamnya.
Ini adalah ahli bid\’ah yang buat benda mungkar dalam agama, walaupun beriman.

ii- dihalang dari melihat wajah Allah s.w.t di akhirat kelak akibat dosa & maksiat mereka sendiri!

Firman Allah s.w.t:
{Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.} (Yunus 10:26)

Ketika itulah manusia rasa kecilnya nikmat lain kerana nikmat melihat Allah itu amat besar!

Ya Allah jadikanlah kami dan keluarga kami semua termasuk dalam golongan yang dapat melihat Allah Azza wa Jalla di dalam syurga kelak!

Powered by BetterDocs