View Categories

Surah Al-Nahl : Ayat 65-69

\"\"

Live Pagi Ahad 02 Rajab 1442H-14/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (11) Ayat [65-69];
– Keajaiban Kejadian Susu Haiwan.
– Arak dibuat dari kurma dan anggur.
– Keajaiban Alam Lebah, Madunya Adalah Penawar.
Full video:
https://fb.watch/3LwkvGAeYJ/

Intro:
Empat perkara yang menjadi usul utama ayat al-Quran ialah:
1. Uluhiyyah – Ketuhanan dan kekuasaan Allah s.w.t.
2. An-Nubuwwah – Kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
3. Kebangkitan semula manusia pada hari Kiamat.
4. Penetapan Qada’ & Qadar, takdir Allah s.w.t.

*Ayat 65. {Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).}

Pengajaran ayat 65:
1. Yakni dengan air hujan dapat menumbuhkan tanam-tanaman dibumi sesudah bumi itu kering kontang,
2. Sebelum ini ayat 64 menyebut bahawa penurunan al-Quran untuk membimbing manusia dalam agama.
3. Al-Quran turun untuk menghidupkan hati yang mati manakala air hujan menghidupkan bumi yang kering.
4. Maka sesiapa yang beriman dan belajar maka hiduplah hatinya. Ini tanda bukti kebijaksanaan Allah bagi kaum yang mendengar dan memahami peringatan ini (ada telinga dan guna akal).

*Ayat 66: {Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.}

Pengajaran ayat 66- Kelebihan susu:
1. Susu banyak memberi khasiat dan manfaat kepada manusia sejak dari lahir lagi.
2. Susu keluar dari antara tempat najis dan darah.. tetapi masya Allah telah berubah warnanya menjadi putih bersih.
3. Rasanya sedap dan mudah minum, tidak lekat.
4. Ada hadis khas tentang kisah Nabi saw dan susu, serta doa yang dibaca oleh Baginda.
Doa khas untuk minum susu, bukan untuk makanan dan minuman lain.
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
(Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya). [HR Ahmad].

*Ayat 67- {Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.}

Penjelasan ayat 67-
1. Dari hujan keluar tumbuhan2 seperti kurma dan anggur .(sebut dua jenis buah ni kerana sinonim dengan bangsa Arab pada masa itu.
2. (sakara- mksudnya minuman haram yang memabukkan yang diperah dari dua jenis buah ini- ini perbuatan org Arab sblm Islam, maka ia telah diharamkan dlm Isalam.
3. Tetapi asal buah2an itu sendiri adalah halal dan menjadi satu nikmat utk manusia.
* dari nikmat binatang kepada nikmat tumbuhan).

*Ayat 68- {Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: \”Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.}

Penjelasan ayat 68:
1. Dalam ayat ini kita jumpa nama lebah yang menjadi nama surah ini.
2. Maksud wahyu disini Allah bagi ilham untuk lebah.
3. Kata ulama\’ ini menunjukkan madu yang paling baik adalah madu dari gunung, kemudian dari atas pokok2 kayu dan dari bangunan/sarang yang didirikan oleh manusia.
3. Lebah satu binatang yang istimewa dan unik. Sarangnya (beehive) berbentuk hexagonically (segi 6)

*Ayat 69: { Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu\”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.}

Penjelasan Ayat 69:
1. Allah s.w.t perintahkan kepada lebah untuk bunga dan buah2an yang disukainya.
2. Kemudian ikutlah peraturan yang Allah telah tetapkan.
3. Kemudian akan keluar madu daripada perut lebah ini yang berlainan warna dan rasanya. Masya Allah ini terbukti, ada madu yang pahit, manis, cair pekat, kuning coklat dan pelbagai lagi.
4. Madu adalah penawar (ubat) bagi manusia. Terbukti juga pada hari ini. Ada hadis Nabi s.a.w menyuruh seorang sahabat yang sakit perut untuk minum madu, tetapi ada caranya bukan minum terus menjadi ubat, begitu juga habbatus-sauda’.
Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi S.A.W: \”Kesembuhan itu ada pada tiga perkara, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan memanaskan besi dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” [HR Al-Bukhari].

Allah s.w.t tidak sebut tentang penawar شفاء kecuali kepada dua perkara ini:
1. Al-Quran – sebagai penawar untuk hati manusia.
2. Madu – sebagai penawar untuk penyakit luaran manusia .

Penutup:
Antara ciri-ciri kebesaran Allah s.w.t ditunjukkan dalam ayat-ayat ini ialah nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada manusia:
1. Nikmat pertama dalam siri ini Air, punca segala nikmat, yang berasal dari atas. Air menghidupkan bumi yang kering danmenumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
2. Haiwan makan tumbuhan ini, proses makanannya dan dari perutnya keluar susu yang menjadi minuman kepada manusia.
3. Dari hujan keluar tumbuhan2 seperti kurma dan anggur .(disebut dua jenis buah ini kerana ia sinonim dengan bangsa Arab pada masa itu.)
(sakara- maksudnya minuman haram yang memabukkan yang diperah dari dua jenis buah ini- tetapi asal buah itu sendiri adalah halal).
* dari nikmat binatang kepada nikmat tumbuhan).

4. Keistimewaan sejenis haiwan yang bernama lebah:
a- mendapat ilham dari Allah s.w.t untuk membuat rumahnya,
b- disuruh makan yang baik-baik apa yang disukainya.
c- diajar untuk hidup menurut peraturan yang Allah telah tetapkan.
d- darinya keluar madu yang bermacam jenis serta menjadi penawar kepada manusia.

Alhamdulillah.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Ahad, 14 Feb 2021.

Powered by BetterDocs