SABAR DALAM BERDAKWAH, JANGAN JADI MACAM YUNUS & AL-QURAN PERINGATAN KEPADA SEMUA.
Full video : https://youtu.be/nO1neg3zYbA
MUQADDIMAH :
- Ini adalah siri terakhir untuk surah al-Qalam. Dalam siri ini Allah s.w.t mengajar dan mendidik Rasulullah s.a.w agar bersabar dalam menghadapi cabaran, mehnah & penentangan kaumnya dalam berdakwah.
- Ingatan untuk semua pendakwah sepanjang zaman juga agar jangan lari dalam menghadapi ujian dan cabaran, sabar dalam menyampaikan yang benar kepada masyarakat.
- Dalam ayat lepas Allah s.w.t beritahu adakalanya Allah percepatkan hukuman ke atas puak kafir, adakalanya diberikan tempoh dibiarkan mereka panjang umur dan lama perlawanannya. Maka dalam ayat ini Allah s.w.t minta Rasulullah bersabar menghadapi kaumnya yang keras kepala & tidak dengar kata.
- Allah s.w.t juga buat bandingan agar jangan jadi seperti nabi yang ditelan ikan
(كَصَاحِبِ ٱلْحُوتِ)
iaitu Nabi Yunus a.s yang meninggalkan kaumnya. - Allah s.w.t juga menyatakan bahawa al-Quran adalah peringatan kepada semua.
AYAT 48- {MAKA BERSABARLAH (WAHAI MUHAMMAD) MENERIMA HUKUM TUHANMU (MEMBERI TEMPOH KEPADA MEREKA), DAN JANGANLAH ENGKAU BERSIKAP SEPERTI ORANG YANG TELAH DITELAN OLEH IKAN. (INGATLAH KISAHNYA) KETIKA IA BERDOA MERAYU DENGAN KEADAAN SESAK SEBAK TERKURUNG DALAM PERUT IKAN.} (AL-QALAM 68:48)
- Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w agar bersabar menerima apa saja ketetapan Allah s.w.t. Iaitu sabar atas hukum-Nya iaitu sabar Syar\’i dan sabar dalam menunaikan tanggung-jawab.
- Sabar Syar\’i ialah:
i- sabar dalam menyampaikan risalah-Nya dan tunduk patuh dengan sempurna dalam semua arahan Allah s.w.t.
ii- menanggung segala kejahatan & gangguan yang dibuat oleh orang kafir.
- Juga sabar atas ketentuan takdir Allah s.w.t memberi tempoh:
i- jangan marah, kecewa dan sedih walaupun Allah s.w.t tangguhkan tindakan ke atas puak kafir. Ini agar mereka insaf dan menerima Islam ataupun sehingga mereka mati terbunuh dalam peperangan! - Maka inilah dua dimensi sabar yang Allah s.w.t perintahkan ke atas Rasulullah s.a.w. sebagaimana kata ar-Razi rhm. dalam tafsirnya.
- Firman Allah s.w.t juga:
i- {Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.} (Al-Insaan 76:24)
ii- {Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.} (At-Tuur 52:48)
6. Setelah Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk sabar, Allah s.w.t buat bandingan kepada Rasulullah agar jangan jadi seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. Yang lari dari kaumnya yang mendustakannya lalu dia dicampakkan ke dalam laut dan ditelan oleh ikan.
7. Kemudian Allah gambarkan keadaannya dalam perut ikan itu: Dia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. Dia duduk berzikir dan memohon ampun kepada Allah atas nasibnya itu.
8. Kata ulama\’ orang yang ditelan ikan itu ialah Nabi Yunus a.s, boleh lihat firman Allah s.w.t dalam ayat ini dan penjelasannya:
{Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: \”Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri\”.} (Al-Anbiyaa\’ 21:87)
9. Peringatan kepada kita semua para pendakwah, pelajar & penuntu ilmu; sabarlah dalam perjuangan, jangan kerana ada sebahagian yang tidak sependapat dengan kita terus kita lari tinggalkan perjuangan dan bermusuh pula dengan mereka yang pernah jadi teman seperjuangan dulu!
kena ingat boleh jadi pandangan kita tidak betul & pandangan orang lain betul atau boleh jadi sebaliknya!
Maka kita jangan mudah hilang pertimbangan dan sabar, hanya kerana sedikit perselisihan.
AYAT 49- {KALAULAH IA TIDAK DIDATANGI NIKMAT PERTOLONGAN DARI TUHANNYA, NESCAYA TERCAMPAKLAH IA KE TANAH YANG TANDUS (DI TEPI PANTAI) DALAM KEADAAN IA DITEMPELAK (KERANA SALAH SILAPNYA).} (AL-QALAM 68:49)
- Jika Allah s.w.t tidak memberi nikmat pertolongan dan keampunan kepada nabi Yunus nescaya dia akan dicampakkan ke tanah yang tandus (ٱلْعَرَآءِ) atau kata ulama\’ mungkin akan kekal di dalam perut ikan itu dalam keadaan dicela kerana dosanya.
- Kata al-Qurtubi rhm.: Maksudnya (ٱلْعَرَآءِ) ini bumi yang luas, gersang dan kontang, tidak ada bukit atau pokok yang menutupinya.
- Allah s.w.t masih lagi memberi kasih-sayang dan keampunan-Nya kepada nabi Yunus yang tidak lekang mulutnya dari berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t!
- Allah s.w.t campakkannya semula ke bumi yang teduh dan ada penghuni, lalu dia kembali meneruskan dakwahnya.
- Kita pun jika hati & resah tidak tenang berzikirlah seperti Nabi Yunus ini. Zikir Nabi Yunus yang amat masyhur ini:
لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
\”Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.\”
AYAT 50- {SELEPAS ITU TUHANNYA MEMILIHNYA, SERTA MENJADIKAN DIA DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH.} (AL-QALAM 68:50)
- Tetapi kerana keinsafannya dan rahmat Allah, Allah pilih dia menjadi seorang nabi semula dan dia dari golongan orang-orang yang soleh. Walaupun dia tersalah langkah, tetapi dia kembali insaf & bertaubat lalu Allah s.w.t perbetulkannya dan memujinya.
- Hadis Rasulullah s.a.w:
\”Tidak sepatutnya sesiapa berkata aku {انا} lebih baik daripada Nabi Yunus bin Matta a.s.\” [HR Bukhari a.s]. - Ulama\’ membincangkan siapakah saya {انا} yang dimaksudkan dalam hadis ini:
i- ada kata Rasulullah s.a.w sendiri, kerana sifat tawadhuk Baginda s.a.w, Baginda tidak mahu dibandingkan dengan nabi Yunus.
ii- diri kita sendiri, jangan merasakan kita lebih baik daripada Nabi Yunus yang tidak sabar dan lari dari kaumnya. Sedangkan dia telah kembali insaf & disucikan Allah s.w.t yang melantiknya sebagai seorang rasul!
- Ini adalah peringatan kepada kita agar sentiasa bertawadhuk. Lihatlah kepada fakta sejarah dan alam realiti samada dalam politik dan dakwah! Apa yang kita buat biasannya akan melantun balik kepada kita. Jangan celupar dan mudah mengata orang kerana nati dia kan datang balik atas kepala kita!
AYAT 51- {DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU, HAMPIR-HAMPIR MENGGELINCIR DAN MENJATUHKANMU DENGAN PANDANGAN MEREKA (YANG PENUH DENGAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN), SEMASA MEREKA MENDENGAR AL-QURAN SAMBIL BERKATA: \”SEBENARNYA (MUHAMMAD) ITU, SUNGGUH-SUNGGUH ORANG GILA\”.} (AL-QALAM 68:51)
- Orang kafir ini melihat kepada Rasulullah s.a.w dengan pandangan mata jahat yang penuh permusuhan, kebencian dan hasad dengki, seolah boleh tergelincir menjatuhkan Rasulullah s.a.w!
- Ini terjadi kerana mereka sakit hati apabila mendengar Rasulullah s.a.w membaca al-Quran. Mereka amat benci dan takut apabila mendengar al-Quran sehingga mengatakan Rasulullah s.a.w itu sungguh-sungguh orang gila.
- Mereka takut dan tidak suka apabila mendengar al-Quran ini kerana dua sebab:
i- takut al-Quran itu menembusi hati mereka lalu mereka akan menerimanya.
ii- takut bacaan al-Quran itu apabila didengar boleh mempengaruhi anak-anak & keluarga mereka.
Ingat hanya orang kafir & syaitan yang takut kepada al-Quran- maka kita orang beriman jangan sakit hati seperti mereka!
- Tetapi kita kena ingat, kita baca al-Quran untuk dapat pahala bukan untuk buat orang marah & tidak suka.
Pesanan mesra kepada bilal-bilal masjid: Beringat apabila nak pasang al-Quran, jangan terlalu kuat dan tak tentu masa. Kena peka dengan keadaan dan suasana jiran sekeliling masjid, jangan sampai al-Quran menjadi gangguan kepada mereka dengan sebab kita!
AYAT 52- {PADAHAL AL-QURAN ITU TIDAK LAIN HANYALAH PERINGATAN BAGI UMAT MANUSIA SELURUHNYA.} (AL-QALAM 68:52)
- Al-Quran itu adalah satu Kitab yang Allah s.w.t sebagai pedoman & petunjuk untuk umat manusia seluruhnya; sesiapa yang nak selamat ikutlah al-Quran.
- Ia mengandungi hidayah, maklumat dan fakta yang amat jelas, sesiapa yang tidak nampaknya maka mereka adalah orang yang kerugian!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 48- {Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu,}- para ulama\’ mengatakan bahawa kita wajib bersabar dengan apa yang Allah s.w.t tetapkan samada secara Syari\’ah\’i atau Qadari.
Taqdir Allah s.w.t secara umumnya ialah:
i- sabar menghadapi karenah dan penentangan puak kafir.
Hukum sabar Syari\’ah\’i nya ialah:
i- sabar dalam berdakwah
ii- tunduk kepada peraturan Allah s.w.t; buat apa yang disuruh dan tingalkan apa yang dilarang.
Maka kita kena sabar dalam menghadapi cabaran dan ujian, jangan lari kerana ujian itu itu adalah untuk mematangkan kita, untuk menegakkan ajaran agama dan Sunnah Nabi s.a.w pasti ada halangan!
Allah ajar Nabi s.a.w untuk sabar dalam semua urusan dunia & akhirat.
Berdakwahlah dengan lemah-lembut dan kerahkan segala usaha kita buat baik kepada orang dan ingatlah jika berada atas kebenaran, Allah akan permudahkan segala urusan Insya\’Allah!
- Ayat 48- {Dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan.}- lalu Allah s.w.t buat perbandingan dan peringatan kepada Rasulullah s.a.w agar jangan jadi seperti nabi Yunus. Kenapa Nabi Yunus???
Ini kerana nabi Yunus gopoh tidak sabar dalam berdakwah & menghadapi penolakan kaumnya. Sepatutnya dia tidak lari dan teruskan perjuangan.
Tetapi kerana dia lari, maka Alllah s.w.t menghukumnya dengan ditelan ikan dan berada dalam perut ikan yang ada tiga kegelapan: Gelap laut, gelap perut ikan & gelap malam!
Maka Allah s.w.t ajar kepada kita agar jangan jadi macam Nabi yunus dalam bab tidak sabar dalam berdakwah. Jangan mudah koyatk, jangan mudah bakar kelambu atau jambatan. Hadapilah ujian yang kecil itu dengan sabar dan tenang.
- Ayat 48- {Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu}- sebelum ini puak kafir kata Rasulullah s.a.w yang bawa al-Quran itu gila, sedangkan Allah s.w.t telah jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w bukanlan gila, apa yang disampaikannya itu adalah daripada Allah s.w.t.
Maka ayat ini mengajar jika nak berjaya kita kena sabar, Kata ahli tadabbur benda baik itu tidak akan berjaya tanpa taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t!
Syarat nak dapat taufiq dan hidayah MESTi SABAR!
Sabar itu kunci kejayaan! الصبر مفتاح الفرج
- Ayat 49- {Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus}- ayat ini mengajar kepada kita bahawa dalam hidup kita pasti ada fasa atau melalui satu masa stress atau tidak tenang!
Maka bila tak tenang apakah ubatnya?
Nabi Yunus a.s mengajar kepada kita cara untuk menanganinya ialah dengan bertaubat, berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t! Maka perbanyakkanlah zikir Nabi Yunus dalam perut ikan ini:
لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
\”Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.\”
- Ayat 51- {Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),}- ayat ini menunjukkan bahawa penyakit ain (penyakit mata yang tengok dengan dengki & hasad) itu benar!
Hadis Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda: الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: \”Al-\’ain itu adalah haq (benar).\” [HR Bukhari].
Penyakit mata (ain) ini ialah apabila orang tengok dengan dengki & hasad lalu boleh menyebabkan seseorang itu mendapat sakit!
Maka berpadalah dalam menayangkan nikmat, kejayaan dan kebahagiaan kita kepada umum, kerana bukan semua orang suka dengan kebahagian kita!
Kita juga jangan terlalu memuji orang samada ikhlas atau tidak! Ucaplah Masya\’ Allah dan Subhanallah!
Alhamdulillah tamatlah kita surah Al-Qalam ini- semoga kita mendapat manfaat dari kelas tafsir dan tadabbur ini, kurniakan kepada kami perasaan yang baik untuk terus beramal dan berzikir, jauhkan kami daripada sifat buruk yang mengundang kemurkaan-Mu.
Rezekikan kami untuk terus istiqomah dalam menegakkan kebenaran, mengamalkan al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w.