View Categories

SURAH AL-QAMAR : AYAT 23-32

\"\"

KISAH TIGA: KAUM THAMUD DERHAKA KEPADA NABI SOLEH, UNTA SEBAGAI UJIAN & MEREKA DIBINASAKAN.

Full video : https://youtu.be/4uGA9TPwsXo

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini adalah kisah nabi-nabi yang ketiga, iaitu Kaum Thamud yang derhaka dan mengetepikan amaran yang diberikan oleh nabi mereka iaitu nabi Soleh a.s.
  2. Allah s.w.t hantar kepada mereka seekor unta yang keluar dari bukit sebagai ujian kepada mereka apabila mereka minta tanda.
  3. Akhirnya unta itu mereka bunuh & binasakan.
  4. Diakhir kisah sekali lagi Allah s.w.t memberi peringatan bahawa Al-Quran itu senang, mudah bagi orang mahu ambil peringatan.
  5. Munasabah ayat: Setelah diceritakan dalam kisah pertama..
    maka datang kisah ketiga iaitu kaum Thamud yang menetang Nabi soleh a.s.
    Mereka mengiringi kejahatan kaum Ad maka Allah nynatakan bahawa mereka juga telah mendustakan peringatan yang dibawa oleh nabi mereka iaitu Nabi Soleh a.s.

Allah s.w.t memulakan setiap kisah nabi ini dengan ayat yang berbeza dan diakhiri dengan peringatan yang sama.

AYAT 23- {(DEMIKIAN JUGA) KAUM THAMUD TELAH MENDUSTAKAN PERINGATAN DAN AMARAN (YANG DISAMPAIKAN OLEH RASUL MEREKA, NABI SOLEH). (AL-QAMAR 54:23)

  1. Demikian juga kaum Thamud telah mendustakan apa yang disampaikan dan peringatan yang dibawa oleh oleh rasul mereka iaitu Nabi Soleh.
  2. Iaitu peringatan tentang azab dan kebinasaan ke atas sesiapa yang ingkar dan derhaka.

AYAT 24- {LALU MEREKA BERKATA: PATUTKAH KITA MENURUT MANUSIA DARI JENIS KITA, LAGI YANG BERSEORANGAN? JIKA DEMIKIAN, SESUNGGUHNYA KITA BERADA DALAM KEADAAN SESAT DAN GILA!} (AL-QAMAR 54:24)

  1. Tetapi mereka tidak peduli akan amaran itu bahkan berterusan menghina dan mengejek nabi Soleh a.s dengan mengatakan:
    i- Nabi Soleh hanya anak Adam, manusia seperti mereka (أَبَشَرٗا). Maka tidak patut mereka ikut dan percaya kepadanya.

ii- Nabi Soleh juga keseorangan dalam dakwahnya (وَٰحِدٗا), tiada pengikut atau kemasyhuran.

  1. Kata Ibnu Asyur rhm. maksudnya ialah:
    i- Seorang manusia biasa dalam masyarakat, tiada pengikut atau pengaruh! Tiada sebab untuk mereka ikut dia!

ii- orang yang pertama membawa ajaran begini, tiada orang lain sebelumnya.

  1. Bahkan jika mereka ikut dia, maka mereka adalah orang yang gila lagi sesat!

AYAT 25- {TIDAKLAH PATUT WAHYU PERINGATAN ITU DITURUNKAN KEPADANYA (PADAHAL ORANG-ORANG YANG LEBIH LAYAK ADA) DI ANTARA KITA. BAHKAN DIALAH SEORANG PENDUSTA, LAGI SOMBONG ANGKUH.} (AL-QAMAR 54:25)

  1. Mereka juga mengatakan nabi Soleh tidak layak untuk menjadi nabi & pemimpin di kalangan mereka! Mereka lebih layak daripada nabi Soleh pada anggapan mereka!
  2. Dia juga seorang yang sombong dan angkuh, kerana mengaku ada wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya. Seolah orang yang syok sendiri { كَذَّابٌ أَشِرٞ }.

AYAT 26- {MEREKA AKAN MENGETAHUI KELAK SIAPAKAH ORANGNYA YANG PENDUSTA, LAGI SOMBONG ANGKUH ITU.} (AL-QAMAR 54:26)

  1. Kelak pada hari Kiamat, mereka akan mengetahui siapakah yang sebenarnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

AYAT 27- {SESUNGGUHNYA KAMI MENGHANTARKAN UNTA BETINA (YANG MENJADI MUKJIZAT) SEBAGAI SATU UJIAN BAGI MEREKA. LALU (KAMI PERINTAHKAN RASUL KAMI): TUNGGULAH (APAKAH YANG MEREKA AKAN LAKUKAN) SERTA BERSABARLAH (TERHADAP TENTANGAN MEREKA). (AL-QAMAR 54:27)

  1. Mereka lalu memanggil nabi Soleh meminta dia tunjukkan tanda jika dia benar! Lalu Nabi Soleh berdoa kepada Allah s.w.t.
  2. Lalu Allah s.w.t kabulkan doa nabi soleh dan menghantar kepada mereka seekor unta betina yang keluar dari bukit, tanpa ibu ayah yang melahirkannya. Satu mukjizat dari Allah s.w.t.
  3. Firman Allah s.w.t:
    i- {Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: \”Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (Al-A\’raaf 7:73)

ii- ayat

  1. Allah s.w.t perintahkan kepada nabi Soleh agar tunggu & lihat apa yang akan mereka lakukan terhadap unta itu serta bersabarlah kerana mereka akan bertambah jahat!
  2. Maksudnya (فِتۡنَةٗ لَّهُمۡ) adalah unta itu akan menjadi ujian kepada mereka!

AYAT 28- {DAN KHABARKANLAH KEPADA MEREKA, BAHAWA SESUNGGUHNYA AIR (TELAGA MEREKA) TERBAHAGI DI ANTARA MEREKA DENGAN UNTA ITU, TIAP-TIAP BAHAGIAN AIR ITU DIHADIRI OLEH YANG BERHAK MENGAMBILNYA (PADA HARI GILIRANNYA).} (AL-QAMAR 54:28)

  1. Allah s.w.t suruh Nabi Soleh khabarkan kepada mereka bahawa unta itu perlukan air minuman yang banyak. Maka perlu berbahagi dua air telaga yang menjadi sumber minuman mereka!
  2. Iaitu sehari air telaga itu khas untuk unta itu, hari selepasnya baru sampai giliran mereka. Mereka perlu buat bekalan untuk dua hari & hanya minum susu unta pada hari giliran unta itu.

AYAT 29- {(MEREKA SELEPAS ITU MERASA BOSAN DENGAN KEADAAN UNTA ITU DAN BERKIRA HENDAK MEMBUNUHNYA), LALU MEREKA MEMANGGIL KAWAN MEREKA (YANG SANGGUP MEMBUNUHNYA), DIA PUN BERTINDAK SAMPAI DAPAT MEMBUNUHNYA.} (AL-QAMAR 54:29)

  1. Mereka berasa bosan dan marah dengan keadaan itu. Lalu bermesyurat untuk membunuh unta itu!
  2. Kata Ibnu Kathir rhm.: Ramai ulama\’ tafsir menamakan ketua pembunuh unta itu sebagai Qudar bin Salif (قدار بن سالف). Orang yang paling jahat & gedebe di kalangan mereka!
  3. Mereka pun menunggu unta di jalan lalu membunuh unta itu!
  4. Firman Allah s.w.t: {Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),} (Asy-Syams 91:12)

AYAT 30- {MAKA PERHATIKANLAH, BAGAIMANA BURUKNYA AZABKU DAN KESAN AMARAN-AMARANKU! (AL-QAMAR 54:30)

  1. Nabi Soleh berasa susah hati & gusar dengan keadaan itu lalu memberi amaran kepada mereka!
  2. Hukuman & azab Allah akan datang maka lihatlah: Bagaimana buruknya azab Allah dan kesan amaran-amaran-Nya!

AYAT 31- {SESUNGGUHNYA KAMI HANTARKAN KEPADA MEREKA SATU PEKIKAN (YANG DAHSYAT), LALU MENJADILAH MEREKA (HANCUR) SEPERTI RANTING-RANTING DAN DAUN-DAUN YANG PECAH HANCUR, YANG DIKUMPULKAN OLEH PEMILIK KANDANG BINATANG TERNAK.} (AL-QAMAR 54:31)

  1. Kali ini Allah s.w.t hantar azab dengan cara pekikan suara yang amat dahsyat. Mereka menjadi hancur lebur seperti ranting & daun kayu yang hancur ranap, yang dijadikan makanan untuk binatang ternakan (كَهَشِيمِ ٱلۡمُحۡتَظِرِ).
  2. Jenis azab ini sesuai untuk mereka yang tinggal di dalam lubang-lubang bukit, jika angin atau hujan tidak memberi kesan kepada mereka. Sekali tempikan suara malaikat akan masuk ke dalam lubang-lubang rumah, ke dalam telinga mereka menjadikan semuanya hancur ranap seperti daun yang lembik!
  3. Firman Allah s.w.t:
    i- {Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.} (Hud 11:67)

ii- {Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.} (Al-Hijr 15:83)
Begitulah biasanya azab itu datang pada waktu pagi, ketika orang sedang bersemangat memulakan kehidupan seharian mereka.

AYAT 32- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK PERINGATAN DAN PENGAJARAN, MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN DAN PELAJARAN (DARIPADANYA)?} (AL-QAMAR 54:32)

  1. Allah akhiri kisah mereka ini dengan peringatan yang sama seperti dua kisah sebelumnya.
  2. Allah permudahkan al-Quran untuk manusia belajar, mengaji & tadabbur serta mengambil peringatan dan pengajaran dari al-Quran ini! Maka siapakah yang mahu ambil peringatan darinya?
  3. Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah kami dari golongan yang mengaji, belajar, bertadabbur & mengambil faedah dari al-Quran.

PENUTUP :

  1. Ayat 23- {(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh)}.- dalam ayat ini disebut kaum Thamud telah mendustakan peringatan, (بِٱلنُّذُرِ).
    Maka timbul persoalan- sedang dalam kisah kaum Ad & kaum Nuh disebut mereka mendustakan rasul, tidak disebut pun peringatan, (بِٱلنُّذُرِ) kenapa, apakah perbezaannya?

JAWAPAN :

Ini kerana sifat kaum kafir itu memang mendustakan rasul-Nya, adab & mazhab mereka mengingkari rasul-rasul. Semuanya satu mazhab saja, mereka mendustakan Nabi Nuh & Hud, cuma apabila dalam kisah ketiga ini baru disebut mereka mendustakan peringatan yang telah diberi.

Juga kerana kaum yang terkemudian yang mendustaan rasul mereka dikira seolah mereka mendustakan rasul yang lepas. Sebagaimana matematik tauhd- tidak percaya sesetangah rasul dikira kufur seolah tidak beriman dengan semua rasul.

Kerana ini apabila datang kisah atau kaum yang ketiga, baru disebut bahawa mereka mendustakan peringatan, bukan hanya rasul! Peringatan melalui kaum yang terdahulu telah datang kepada mereka tetapi mereka tetap mendustakannya!

  1. Ayat 24- {Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan?}- dia hanya seorang manusia seperti kita, yang keseorangan pula tanpa pengaruh & pengikut! Ini adalah pengingkaran kaum Thamud terhadap Nabi Soleh.

Tetapi kata ulama\’ kita kena ingat, manusia itu berbeza-beza, sama dari sudut kemanusiaan tidak semestinya sama dari sudut kelebihan. Para rasul adalah manusia yang dilantik oleh Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan yang amat besar!

Firman Allah s.w.t:
i- {(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:\” Patutkah manusia (yang seperti kami – menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?\” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.} (At-Taghaabun 64:6)

ii- {\”Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.} (Al-Mu\’minuun 23:34)
Mereka salah guna kiasan ini, rasul dari kalangan manusia yang diutus Allah mereka tidak mahu ikut, tetapi mereka sendiri menyembah patung-patung, pokok, batu, kayu itu boleh pula! Ini adalah satu kepincangan yang melampau!

Sama seperti kita hari ini baca & cerita tentang hadis Nabi s.a.w yang sahih & benar, pandangan ulama\’ yang muktabar, tetapi susah juga nak ikut dan buat Sunnah yang sahih.
Tetapi sekali datang pakcik-pakcik yang mengaku ada ajaran tetapi mengarut & sesat- berminat pula!

  1. Ayat 25- {Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.}- ayat in menunjukkan bahawa orang-orang kafir menggunakan kias & kefahaman yang silap.

Dia menyangka sebab-sebab sebagaimana adat kebiasaan itu yang perlu menjadi hakikat! Mereka mahu pilih dan lantik rasul itu siapa yang mereka mahu & pilih! Orang yang berpengaruh dan kaya dari kalangan mereka, pembesar atau ketua!

Perangai orang kafir ini sama tidak berubah sehingga ke zaman kaum Quraisy di Makkah pada masa Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t:
{Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: \”(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?\”} (Az-Zukhruf 43:31) Inilah perangai orang fasiq.
Sedangkan Allah s.w.t akan pilih siapa yang dia mahu, bukan mengikut kehendak atau pandangan mereka!

  1. Ayat 28- {Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).}- mereka bergilir menggunakan air telaga, seghari unta dan sehari mereka!

Kata ulama\’ tafsir, ayat ini menunjukkan kepada dalil bahawa boleh kita membuat pembahagian masa/shift penggiliran dalam berkongsi sesuatu perkara atau manfaat.

Dalam feqah ia diterima, sistem shift atau penggiliran. Bila sudah berbahagi kita kena berlaku adillah, hari kita jangan dia kacau manakala hari atau hak orang jangan kita rempuh.

  1. Ayat 29- {(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.}- mereka memanggil geng mereka lalu berpakat untuk membunuh unta itu, lalu membunuhnya salah seorang dari mereka – yakni dalam ayat ini diguna lafaz mufrad, seorang yang membunuhnya (فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ).

Sedangkan dalam ayat-ayat ini pula dinyatakan bahawa mereka beramai-ramai menyembelih unta tersebut: Firman Allah s.w.t:
i- {Maka mereka pun menyembelih unta itu (فَعَقَرُواْ ٱلنَّاقَةَ), dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: \”Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)\”.} (Al-A\’raaf 7:77)

ii- {(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu (فَعَقَرُوهَا).} (Asy-Syams 91:14)

Kata ulama\’ tadabbur; sebenarnya oleh kerana mereka berpakat ramai-ramai dan walaupun hanya seorang yang menyembelih unta itu, yang lain mungkin hanya membantu menangkap, mengikat unta itu dan lain-lain, tetapi dikira kesemuanya telah bersama membunuh unta itu!

Seperti sekumpulan penyamun atau pencuri- walaupun hanya seorang yang masuk mencuri atau merompak, manakala yang lain hanya tunggu dalam kereta atau tukang pecahkan pintu sahaja, mereka semua dikira satu geng pencuri! Semuanya akan ditangkap dan dihukum!

  1. Ayat 31- {Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.} (Al-Qamar 54:31)-: Allah sebut tentang kebinasaan puak Thamud ini dengan beberapa nama, satu azab tetapi dengan tujuh nama:
    i- satu letusan suara/pekikan yang dahsyat (صَيۡحَةٗ وَٰحِدَةٗ) – ayat kita ini.

ii- suara letusan (ٱلصَّٰعِقَةُ)- {Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.} (Az-Zaariyaat 51:44)

iii- gegaran (ٱلرَّجۡفَةُ)- {Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.} (Al-A\’raaf 7:78)

iv- menghancurkan- {Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.} (An-Naml 27:51)

v- angin tempikan yang melampaui kemampuan manusia untuk menanggungnya (بِٱلطَّاغِيَةِ)-
{Maka (masing-masing menerima azab dunianya) – adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.} (Al-Haaqqah 69:5)

vi- yang membinasakan (فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ)- {(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).} (Asy-Syams 91:14)

vii- satu azab (فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ) – {Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.} (Asy-Syu\’araa\’ 26:158)

Semua ibarat-ibarat ini kembali kepada satu peristiwa saja iaitu azab yang membinasakan kaum Thamud!
Maka mereka semua mati habis dan hancur! Maka kitapun ambillah ingatan & iktibar, jangan ambil risiko menderhakai Allah s.w.t, nanti Allah hantar bala; tiada siapa yang boleh sekat & tolong!

Powered by BetterDocs