KEADAAN MANUSIA KETIKA NAZAK, KESIMPULAN 3 KATEGORI MANUSIA & BERTASBIHLAH MEMBERSIHKAN ALLAH.
Full video : https://youtu.be/Jf5rXfz0VSE
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah ini adalah siri yang ke-9 dan yang terakhir bagi surah al-Waqiah ini.
- Dalam siri ini Allah s.w.t sebut tentang keadaan manusia ketika nazak, saat kedatangan malaikat mautk untuk mengambil nyawa. Kita manusia tidak nampak malaikat ini walaupun berada di sebelah orang yang nak mati itu.
- Allah s.w.t sebut kembali tentang kesimpulan 3 kategori manusia yang terbahagi pada hari Kiamat kelak.
- Allah nyatakan apabila melihat syurga & neraka, keyakinan manusia itu sudah sampai ke kemuncaknya (حق اليقين).
- Kemudian Allah s.w.t memerintahkan agar bertasbihlah membersihkan Allah dari segala kekurangan & kelemahan.
- Munasabah ayat: Apabila Allah s.w.t membantah fahaman puak kafir yang mebantah kebangkitan semula serta takjub dengan pegangan salah mereka yang mengaitkan semua benda kepada selain daripada Allah s.w.t serta mendustakan segala kisah-kisah yang disampaikan dengan mengatakan dongeng orang yang terdahulu.
Maka dibawa ayat ini iaitu tentang kematian yang tidak boleh diubah dan tidak boleh lari darinya.
AYAT 83- {MAKA ALANGKAH ELOKNYA KALAU SEMASA (ROH SESEORANG DARI KAMU YANG HAMPIR MATI) SAMPAI KE KERONGKONGNYA,} (AL-WAAQI\’AH 56:83)
- Apabila nyawa seseorang itu sudah sampai ke halkumnya, iaitu hampir mati dan keluar rohnya.
- Saat nazak ini dipanggil dalam bahasa Arabnya (ساعة الاحتضار), saat kehadiran malaikat maut.
AYAT 84- {SEDANG KAMU PADA MASA ITU (BERADA DI SEKELILINGNYA) MENYAKSIKAN KEADAANNYA,} (AL-WAAQI\’AH 56:84)
- Sedangkan pada waktu itu penuh disekelilingnya orang yang hadir menyaksikannya (تَنظُرُونَ), tetapi mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk membantunya.
AYAT 85- {DAN KAMI LEBIH DEKAT KEPADANYA DARIPADA KAMU, TETAPI KAMU TIDAK MELIHAT,} (AL-WAAQI\’AH 56:85)
- Walaupun kamu berada di sekelilingnya (si mati) tetapi kami iaitu Malaikat itu lebih hampir dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihatnya (تُبْصِرُونَ).
- Maksudnya (وَنَحْنُ أَقْرَبُ) kami lebih dekat ialah Malaikat maut dan para malaikat yang mengiringinya, yang Allah s.w.t hantar untuk mengambil nyawa orang yang nak mati.
AYAT 86- {MAKA BUKANKAH ELOK KALAU KAMU ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKUASAI (DAN TIDAK TUNDUK KEPADA KEKUASAAN KAMI),} (AL-WAAQI\’AH 56:86)
- Maka Allah s.w.t cabar pula orang yang tidak menerima & percaya kepada Islam dan tidak tunduk kepada kekuasaan Allah s.w.t.
- Yakni mereka tidak percaya kepada mati & kebangkitan semula.
AYAT 87- {KAMU KEMBALIKAN ROH ITU (KEPADA KEADAAN SEBELUMNYA) JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BENAR?} (AL-WAAQI\’AH 56:87)
- Yakni jika kamu orang yang benar & hebat, supaya mereka bantu orang yang sedang nazak itu dan kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya
AYAT 88- {KESUDAHANNYA: JIKA IA (YANG MATI ITU) DARI ORANG-ORANG \”MUQARRABIIN\”,} (AL-WAAQI\’AH 56:88)
- Munasabah: Setelah Allah s.w.t menerangkan tentang orang yang hampir mati maka bermula dalam ayat ini terangkan pula keadaan yang telah mati.
- Dimulakan dengan cerita kesudahan orang yang tinggi darjatnya, dekat dengan Allah Azza wa Jalla (ٱلْمُقَرَّبِونَ).
AYAT 89- {MAKA (IA AKAN BEROLEH) REHAT KESENANGAN, DAN RAHMAT KESEGARAN, SERTA SYURGA KENIKMATAN.} (AL-WAAQI\’AH 56:89)
- Mereka para ini akan mendapat tiga nikmat yang disebut di sini:
i- rehat kesenangan (فَرَوْحٌۭ),
ii- dan rahmat kesegaran (وَرَيْحَانٌۭ),
iii- serta Syurga kenikmatan (وَرَيْحَانٌۭ وَجَنَّتُ نَعِيمٍۢ). - Golongan (ٱلْمُقَرَّبِونَ) ini ialah mereka yang beriman yang melakukan segala kewajipan dengan sempurna serta banyak melakukan perkara sunat, perkara haram ditinggalkan semuanya, yang makruh dan harus juga dijauhkan kerana takut tersalah, lalai dan lagha.
- Hadis Rasulullah s.a.w: Baginda mensifatkan orang yang mati sebagai al-mustarih (si mati yang beriman; berehat dari kesusahan dunia menuju kepada kasih sayang Allah) & al-Mustaroh pula (orang lain rehat dari keburukannya jika dia seorang yang tidak baik). [HR Bukhari].
- Hadis al-Bara\’ bin Azib r.a- yang panjang:
ثُمَّ قَالَ: \”إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنَ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنَ الْآخِرَةِ، نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنَ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ، كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الشَّمْسُ، مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ،……
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin, bila telah meninggalkan dunia dan pergi menuju akhirat, maka turunlah rombongan malaikat dari langit dengan wajah yang putih, seakan wajah mereka adalah matahari…. Sehingga akhir. \” [HR. Ahmad (4/2876, 295, 296) dan Abu Daud kitab Sunnah bab pertanyaan di alam kubur dan siksanya (4753)].
Yakni hamba yang beriman apabila nak mati datang kepadanya malaikat yang indah untuk mencabut nyawa. Iaitu semasa di dunia lagi mereka mendapat rehat & rahmat.
- Hadis roh orang mukmin dalam burung syurga:
Baginda S.A.W bersabda:
\”Sesungguhnya roh-roh para syuhada\’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di \’Arash. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh oranng yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu.
Kemudian Tuhan melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: \”Apakah kalian inginkan sesuatu?\”.
Mereka menjawab: \”Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?\” Tuhan mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu.
Mereka berkata, \”Wahai Tuhan kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, maka mereka ditinggalkan\”. [HR Muslim (1887)]
AYAT 90- {DAN JIKA IA DARI PUAK KANAN,} (AL-WAAQI\’AH 56:90)
- Juga kumpulan dari puak kanan (أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ) mereka ini golongan kedua selepas (ٱلْمُقَرَّبِونَ).
- Iaitu mereka yang beriman & melakukan ketaatan tetapi ada juga terlibat dengan dosa-dosa kecil dan kesalahan yang tidak dapat dielakkan.
AYAT 91- {MAKA (AKAN DIKATAKAN KEPADANYA):\” SELAMAT SEJAHTERA KEPADAMU, (KERANA ENGKAU) DARI PUAK KANAN\”.} (AL-WAAQI\’AH 56:91)
- Setelah melihat mereka para malaikat menyambut dan mengucapkan salam kepada mereka.
- Selamatlah kamu dari azab neraka dan bergembiralah dengan balasan nikmat yang akan Allah s.w.t anugerahkan kepada kamu.
AYAT 92- {DAN JIKA IA DARI (PUAK KIRI) YANG MENDUSTAKAN (RASULNYA), LAGI SESAT,} (AL-WAAQI\’AH 56:92)
- Tetapi jika mayat itu mereka yang mendustakan {ٱلْمُكَذِّبِينَ} Allah s.w.t dan rasul-Nya serta sesat dari jalan-Nya; iaitu dari puak kiri (أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ).
AYAT 93- {MAKA SAMBUTAN YANG DISEDIAKAN BAGINYA ADALAH DARI AIR PANAS YANG MENGGELEGAK,} (AL-WAAQI\’AH 56:93)
- Disediakan bagi mereka air panas yang menggelegak.
- Kisah ini seperti yang disebutkan di dalam hadis Al-Bara\’ yang panjang tadi, bahawa malaikat maut itu apabila datang kepada orang kafir untuk mencabut nyawanya pada saat orang kafir sedang menjelang ajalnya (sakaratul maut), maka malaikat maut datang kepadanya dalam rupa yang sangat mengerikan. lalu berkata, \”Keluarlah wahai jiwa yang jahat. Untuk masuk ke dalam api yang panas, air yang mendidih dan naungan yang membakar\”.
Tercerai-berailah rohnya ke dalam seluruh tubuhnya (bersembunyi), maka malaikat maut mengeluarkan dari jasadnya secara kasar dan paksa sebagaimana mengeluarkan besi pemanggang dari kain kapas yang basah (sebagaimana mengeluarkan kain dari onak duri), sehingga rohnya keluar bersama otot dan urat sarafnya.
Kerana itulah Allah s.w.t memberitahukan bahawa para malaikat itu berkata kepada mereka, \”Rasakanlah azab yang membakar.\” [HR. Ahmad (4/2876, 295, 296) dan Abu Daud kitab Sunnah bab pertanyaan di alam kubur dan siksanya (4753)].
AYAT 94- {SERTA BAKARAN API NERAKA.} (AL-WAAQI\’AH 56:94)
- Mereka akan juga akan diazab dalam bakaran api neraka yang amat dahsyat siksaannya!
AYAT 95- {SESUNGGUHNYA (SEGALA YANG DISEBUTKAN) ITU ADALAH KEBENARAN YANG DIYAKINI.} (AL-WAAQI\’AH 56:95)
- Rasulullah s.a.w telah diberi dengan darjat keyakinan yang hakiki (حَقُّ ٱلْيَقِينِ)
AYAT 96- {OLEH ITU, BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR.} (AL-WAAQI\’AH 56:96)
- Rasulullah s.a.w telah diberi darjat yang yakin, maka Allah s.w.t memerintahkanya untuk bertasbih mensucikan Allah s.w.t daripada segala kekurangan.
سبحان ربي العظيم
(Maha Suci Allah Yang Maha Agung). - Ayat ini mengajar kita agar berpaling dari segala pegangan yang dipegang oleh puak kafir dan pencinta dunia, kita pergi & berpalinglah kepada akhirat, beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t & ajaklah manusia ke jalan Allah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 83- {Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,}- ketika ini sudah hampir sekali dengan maut.
Kata ulama\’ tafsir roh itu naik dari bawah sehingga ke halkum. Tempat pertama yang mati ialah kakinya.
Ketika itu putuslah hubungan kita dengan dunia, ada orang yang tahu dan dapat beri isyarat atau tanda bahawa dia akan mati, ada orang yang tidak nampak & tidak tahu, ada yang nampak tetapi sudah tidak boleh nak beritahu.
Orang yang keluar nyawanya nampak ia keluar sedikit demi sedikit, ada yang mampu mengucap sehingga ke akhir ada yang tidak.
Kita berdoa agar kita mati dalam husnul-khatimah dan mampu menyebut nama Allah sehingga ke saat terakhir.
Maka perbanyakkanlah menyebut nama Allah dari sekarang lagi!
- Ayat 84- {Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,}- yakni orang lain sekelilling yang menyaksikan (تَنظُرُونَ) keadaan orang yang nazak, tetapi mereka tidak nampak malaikat yang sedang mengambil nyawanya itu.
Mereka ada di situ dan melihat dengan mata tetapi tidak nampak (لَّا تُبْصِرُونَ) apa yang berlaku di kalangan malaikat atau tak nampak roh itu.
Ini supaya tidak ada orang yang menyangka bahawa dia boleh nampak dengan mata hati benda-benda hakikat yang batin atau perkara-perkara yang berkait dengan roh.
Ini kerana apabila orang kafir datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang roh, Allah suruhnya menjawab:
{Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: \”Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja\”.} [Al-Isra\’: ayat 85].
Apa yang kita tahu hanya apabila ada roh, orang itu hidup, apabila tiada roh, matilah ia.
Macam malaikat juga, kita tahu bahawa dia ada cuma kita tidak boleh nampaknya.
- Ayat 86- {Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),} & Ayat 87- {Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?}- jika kamu rasa kamu orang yang mampu dan berkuasa untuk keluar dari kekuasaan Allah s.w.t, tolak balik, masukkan kembali roh itu ke dalam jasadnya!
Ayat ini Allah s.w.t cabar mereka supaya berfikir dan menyedari bahawa orang kafir kena akui bahawa dia tiada kuasa dan berada di bawah kuasa Allah s.w.t.
Tetapi mereka yang keras kepala tetap ingkar dan mendustainya!
- Ayat 88- {Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang \” Muqarrabiin \”,} & Ayat 89- {Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.}- ayat ini menjadi dalil bahawa roh itu walaupun sudah berpisah dari badan, ia akan tetap menerima & merasai nikmat atau azab, bergantung kepada amalannya.
Kata Ibnul Qayyim rhm. dalam kitabnya \’Ar-Ruh\’:
Roh kita itu berbeza mengikut amalan; ada yang terletak di tempat yang tinggi (عِلِّيِّينَ) iaitu roh para anbiya\’ dan rasul, ada roh yang berada dalam burung hijau, berterbangan di dalam syurga, iaitu roh para syuhada\’.
Ada yang mati syahid tetapi rohnya tidak naik ke tingkat tinggi kerana ia masih ada hutang! Sehingga kesnya selesai baru boleh masuk ke dalam syurga.
Ada roh yang di dalam bekas seperti pembakar panas, ada yang berenang dalam sungai darah iaitu orang yang makan riba!
Roh orang yang baik akan mendapat tiga nikmat yang lengkap ini:
i- rehat kesenangan (رَوْحٌۭ), perasaan gembiranya.
ii- dan rahmat kesegaran (وَرَيْحَانٌۭ), makanan dia.
iii- serta Syurga kenikmatan (وَجَنَّتُ نَعِيمٍۢ) sebagai tempat tinggalnya.
- Ayat 95- {Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.}- ini adalah kebenaran yang tidak dapat disangkal dan dipertikai lagi! Ia diyakini sepenuhnya.
Martabat yakin (ٱلْيَقِينِ) ini ada tiga:
i- maklumat & ilmu, sesuatu yang kita tahu dan percaya dengan yakin (علم ٱلْيَقِينِ)- ilmu yang kita yakin dengannya hasil dari maklumat yang kita terima. Seperti kita yakin bahawa syurga & neraka itu ada.
ii- apabila kita lihat dengan mata sendiri ia naik kepada (عين ٱلْيَقِينِ) iaitu menyaksikan sendiri dengan keyakinan. Bila kita lihat syurga dekat nak mati.
iii- apabila kita dapat rasa sungguh apa yang kita lihat itu maka ia adalah hakikat yang benar (حَقُّ ٱلْيَقِينِ) iaitu apabila kita sudah masuk ke dalam syurga.
Surah ini ditutup dengan arahan Allah s.w.t supaya bertasbih kepada-Nya sebagaimana perbincangan kita sebelum ini.
Alhamdulillah tamatlah surah al-Waqiah ini, semoga Allah s.w.t memberkati apa yang kita pelajari & tadabbur.
Ya Allah jadikan kami, keluarga kami dan seluruh sahabat & pelajar kami agar termasuk ke dalam golongan yang Engkau redhai iaitu golongan al-Muqarrabun atau ashabul-Yamin, bukan golongan yang celaka & rugi!
Jadikanlah kami orang yang mencintai al-Quran dan beramal dengannya, dan matikanlah kami dalam husnul-khatimah!