View Categories

SURAH AN-NAJMI : AYAT 1-11

\"\"

ALLAH BERSUMPAH DENGAN NAJMI AKAN KEBENARAN NABI S.A.W & SIFAT JIBRAIL YANG KUAT.

Full video : https://youtu.be/ROqe416hjz0

MUQADDIMAH :

  1. Ini adalah siri kedua yang bermula dengan terjemahan ayat 1 sehingga 11.
  2. Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t menyatakan sumpah dengan najmi (bintang) tentang kebenaran dakwah Nabi s.a.w. Apa yang dibawanya adalah wahyu dari Allah s.w.t bukan sesuatu yang direka atau diciptanya sendiri.
  3. Kemudian Allah s.w.t memperkenalkan sifat malaikat Jibril a.s yang mempunyai kekuatan yang gagah & kuat akalnya.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 1- {DEMI BINTANG SEMASA IA MENJUNAM,} (AN-NAJM 53:1)

  1. Allah s.w.t bersumpah dengan nama bintang apabila ia jatuh.
  2. Tentang makna \’Najmi\’ ada 5 pendapat ulama\’ tentangnya:
    i- bintang Surayya- berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.a.

ii- bintang yang menjadi pelontar kepada syaitan yang curi naik ke langit untuk mencari rahsia.
iii- Al-Quran yang turun berperingkat.
iv- semua bintang di langit.
v- ada yang kata bintang itu ialah bintang Zuhrah.

  1. Ulama\’ simpulkan bahawa Allah s.w.t bersumpah dengan bintang yang ada di atas langit, yang mana satu wallahu a\’lam.

AYAT 2- {RAKAN KAMU (NABI MUHAMMAD YANG KAMU TUDUH DENGAN BERBAGAI TUDUHAN ITU), TIDAKLAH IA MENYELEWENG (DARI JALAN YANG BENAR), DAN IA PULA TIDAK SESAT (DENGAN KEPERCAYAAN YANG SALAH).} (AN-NAJM 53:2)

  1. Tujuan Allah s.w.t bersumpah adalah untuk menafikan bahawa Rasulullah s.a.w yang kaum kafir tuduh dengan berbagai tuduhan itu:
    i- tidaklah ia menyeleweng dari jalan yang benar,

ii- dan ia pula tidak sesat dengan kepercayaan yang salah.

AYAT 3- {DAN IA TIDAK MEMPERKATAKAN (SESUATU YANG BERHUBUNG DENGAN AGAMA ISLAM) MENURUT KEMAHUAN DAN PENDAPATNYA SENDIRI.} (AN-NAJM 53:3)

  1. Apa yang Rasulullah s.a.w bawa dan ucapkan dari segi agama & dakwahnya itu bukan menurut kemahuan atau pendapatnya sendiri. Yakni bukan rekaan dan ciptaanya.

AYAT 4- {SEGALA YANG DIPERKATAKANNYA ITU (SAMA ADA AL-QURAN ATAU HADIS) TIDAK LAIN HANYALAH WAHYU YANG DIWAHYUKAN KEPADANYA.} (AN-NAJM 53:4)

  1. Bahkan semua ucapannya merupakan wahyu dari Allah s.w.t!
  2. Rasulullah s.a.w menerimanya melalui perantaraan Jibril a.s lalu menyampaikannya tanpa sebarang tambahan atau pengurangan!

AYAT 5- {WAHYU ITU (DISAMPAIKAN DAN) DIAJARKAN KEPADANYA OLEH (MALAIKAT JIBRIL) YANG AMAT KUAT GAGAH,} (AN-NAJM 53:5)

  1. Malaikat yang membawakan wahyu dari Allah itu pula adalah malaikat jibril yang amat kuat gagah fizikalnya!
  2. Allah s.w.t perkenalkan sifat malaikat Jibril ini kepada kita.

AYAT 6- {LAGI YANG MEMPUNYAI KEBIJAKSANAAN; KEMUDIAN IA MEMPERLIHATKAN DIRINYA (KEPADA NABI MUHAMMAD) DENGAN RUPANYA ASAL,} (AN-NAJM 53:6)

  1. Jibril ini bukan saja gagah & kuat fizikalnya, tetapi juga mempunyai kebijaksanaan (ذُو مِرَّةٖ). Elok kejadiannya zahir & batin, gambaran kitapun; cantik seperti malaikat!
  2. Kata al-Mawardi bagi (ذُو مِرَّةٖ) ini ada 5 makna:
    i- elok rupanya
    ii- tidak perlukan bantuan yang lain.
    iii- punya kekuatan
    iii- punya kesihatan
    v- cerdik lagi bijak!
  3. Malaikat Jibril ini pernah memperlihatkan rupanya yang asli kepada Rasulullah s.a.w.

AYAT 7- {SEDANG IA BERADA DI ARAH YANG TINGGI (DI LANGIT);} (AN-NAJM 53:7)

  1. Ketika itu ia sedang berada tinggi di langit.
  2. Dalam sejarah, Rasulullah s.a.w pernah melihat rupa malaikat Jibril yang asli sebanyak dua kali. Iaitu:
    i- ketika malaikat di langit & Rasulullah s.a.w berada di bumi di bawahnya, dizahirkan rupanya yang asli di langit.

ii- ketika peristiwa Mikraj, Baginda melihatnya di Sidratul-Muntaha.
dalam siri akan datang ayatnya.

AYAT 8- {KEMUDIAN IA MENDEKATKAN DIRINYA (KEPADA NABI MUHAMMAD), LALU IA BERJUNTAI SEDIKIT DEMI SEDIKIT,} (AN-NAJM 53:8)

  1. Dari langit yang tinggi, Jibril turun ke bawah sedikit demi sedikit mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan wahyu dari Allah s.w.t.
  2. Ulama\’ tafsir berbeza pendapat dalam maksud {lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit}
    i- kata jumhur ayat ini tentang cerita Jibril a.s yang turun mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w ketika di Gua Hira\’.

ii- Kata Ibnu Kathir rhm., Nabi s.a.w lihat Jibril ini bukan ketika Mikraj, tetapi ketika berada di bumi, Jibril tunjukkan rupanya yang asal kepada Baginda s.a.w yang mempunyai 600 sayap.

Kemudian Rasulullah s.a.w melihatnya sekali lagi di Sidratul-Muntaha ketika Mikraj.

  1. Adakalanya Jibrail datang dengan rupa manusia.
    Hadis dari Ibnu \’Umar r.a:
    كَانَ جِبْرَائِيْلُ يَأْتِيْ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فِيْ صُوْرَةِ دِحْيَةَ الْكَلْبِيِّ.
    Malaikat Jibril a.s mendatangi Nabi s.a.w dalam rupa Dihyah al-Kalbi. [HR An-Nasae\’i].

AYAT 9- {SEHINGGA MENJADILAH JARAK (DI ANTARANYA DENGAN NABI MUHAMMAD) SEKADAR DUA HUJUNG BUSARAN PANAH, ATAU LEBIH DEKAT LAGI;} (AN-NAJM 53:9)

  1. Jaraknya amat dekat dengan Rasulullah s.a.w iaitu lebih kurang dua busur panah atau lebih dekat lagi!
  2. Riwayat dari Abu Ishak rhm.- Aku bertanya kepada Zir bin Hubaisy, seorang ulama\’ tentang makna ayat ini, lalu kata Zair:
    Ibnu Mas\’ud r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat Jibril yang mempunyai 600 sayap! [HR Bukahri & Muslim].

AYAT 10- {LALU ALLAH WAHYUKAN KEPADA HAMBANYA (MUHAMMAD, DENGAN PERANTARAAN MALAIKAT JIBRIL) APA YANG TELAH DIWAHYUKAN-NYA.} (AN-NAJM 53:10)

  1. Allah nyatakan sekali lagi bahawa Dia menyampaikan wahyu kepada Rasulullah s.a.w dengan perantaraan malaikat Jibril yang menerima wahyu itu dulu!
  2. Hanya ketika menerima perintah solat Rasulullah s.a.w menerimnnya sendiri dari Allah s.w.t tanpa perantaraan malaikat Jibril. Ini kerana ia adalah satu perintah yang amat besar serta Allah s.w.t mahu berkata-kata dengan Rasulullah s.a.w sendiri.

AYAT 11- {HATI (NABI MUHAMMAD) TIDAK MENDUSTAKAN APA YANG DILIHATNYA.} (AN-NAJM 53:11)

  1. Sesungguhnya hati Rasulullah s.a.w tidak dusta {كَذَبَ} dengan apa yang dilihatnya!
    Yakni dia terima, membenarkan dan yakin dengan apa yang dia lihat dengan matanya.
  2. Atau jika dibaca dengan sabdu {كَذَّبَ} maksudnya Rasulullah tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
  3. Kata Ibnu Kathir rhm. tentang maksud {apa yang dilihatnya.} ada beberapa pendapat ulama\’:
    i- tengok Jibril a.s
    ii- tengok Allah s.w.t tetapi hanya dengan mata hatinya!

Kata Ibnu Kathir ini tiada riwayat yang sahih dari para sahabat r.anhum tentang pendapat bahawa Rasulullah s.a.w melihat Allah s.w.t dengan matanya!

  1. Kata ulama\’ tafsir: riwayat yang sahih dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w melihat Allah s.w.t dengan mata hatinya sebanyak 2 kali.
  2. UM Aisyah mengingkari pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w melihat Allah s.w.t dengan mata kepalanya secara fizikal!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 1- {Demi bintang semasa ia menjunam,} (An-Najm 53:1)

Ayat 2- {Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).}

Ayat 3- {Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.}- melalui ayat ini Allah s.w.t bersumpah dengan bintang bahawa Rasulullah s.a.w itu benar.

Kata ulama\’ ini adalah satu munasabah yang amat pelik.
Kenapa Allah s.w.t bersumpah dengan bintang?

Jawapan: Ini kerana bintang itu adalah perhiasan yang indah di langgit!
Manakala wahyu & Rasulullah s.a.w sendiri itu pula seumpama perhiasan yang indah untuk bumi pula!
Jika tiada wahyu yang menjadi pembimbing maka kita seolah langit yang gelap tanpa bintang!

  1. Ayat 2- {Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).}- dari ayat ini Allah s.w.t nafikan dari Rasulullah s.a.w dua perkara iaitu:
    i- nafi Baginda sesat
    ii- bertindak ikut hawa nafsu.

Bahkan Allah jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w itu menerima wahyu dari Allah s.w.t!
Hadis: Hendaklah kamu ikut sunnahku Ikut & Khalifah Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin selepas aku\” [Hadis Irbadh riwayat Abu Daud]

Ini kerana orang cerdik lawan yang bodoh manakala yang sesat lawannya yang dapat hidayah dari Rasulullah s.a.w & dari Allah s.w.t!

  1. Ayat 10- {Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukan-Nya.}- Allah s.w.t jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w menerima wahyu dari Allah s.w.t!
    Baginda tidak bercakap kecuali wahyu (arahan yang diterima) dari Allah s.w.t.

Ayat ini sekaligus menafikan tuduhan jahat yang mengatakan ini syair, Nabi adalah ahli sihir, yang buat sendiri ajaran dan lain-lain.
Kerana itu Allah s.w.t tidak izinkan Rasulullah s.a.w untuk membaca dan menulis.
Ini juga untuk menolak ruang tuduhan & fitnah dari puak kafir!

Maka ini menunjukkan Mikraj Nabi s.a.w yang berlaku ke atasnya adalah dengan ruh & jasad. Ini kerana Allah kata Dia wahyukan kepada Rasulullah s.a.w. \”hamba-Nya\” ini menunjukkan seorang hamba yang berjasad dan ruh, bukan hanya dengan ruh melalui mimpi sahaja.

  1. Ayat 3- {Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.}- ulama\’ kata ini menunjukkan bahawa kita kena ikut al-Quran & ikut Sunnah Nabi s.a.w.

Mereka yang anti hadis tidak mahu terima hadis, hanya mahu terima al-Quran kerana ia dari Allah manakala hadis katanya dari Nabi s.a.w!
Sedangkan Alllah s.w.t sendiri sudah mengatakan Nabi s.a.w tidak bercakap mengikut hawa nafsunya bahkan ia adalah wahyu dari Allah s.w.t.
Hadis adalah wahyu dalam kategorinya yang tersendiri!

Maka kita ahli Sunnah mengatakan bahawa al-Quran & Sunnah itu adalah satu sumber, yang perlu kita terima kedua-duanya!
Cuma pastilah al-Quran lebih tinggi dari segi susunannya, hadis yang kedua selepasnya.

Jika tak mahu terima hadis maka dia telah mendustakan Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Baginda bercakap ikut hawa nafsu!

Sama bahaya golongan tolak hadis & para penyebar hadis palsu! Lagi bahaya!

Ayat ini mengatakan bahawa kita boleh percaya apa yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w kerana Allah sendiri yang gambarkan bahawa dia adalah seorang yang hebat, elok rupanya & bijak akalnya!

  1. Ayat 5- {Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah,}- Allah s.w.t sifatkan malaikat Jibril itu sebagai malaikat yang gagah fizikalnya serta mempunyai kekuatan jiwa juga! Allah s.w.t sendiri yang megajarnya! Yakni guru yang menyampaikan wahyu kepada Rasulullah s.a.w adalah bukan makhluk yang biasa-biasa!

Malaikat yang Allah hantar untuk mengajar Nabi s.a.w atau perantara yang membawa wahyu bersifat \”Syadidul Quwa\” yang kuat dan bijak.
Maka ia menunjukkan bahawa:
i- apabila dipuji gurunya, pastilah anak muridnya terpuji juga!

ii- ayat ini menolak pandangan bahawa apa yang Rasulullah s.a.w bawa hanya dongeng rekaan. Apa yang dia bawa telah diajar oleh malaikat yang bijak & elok!

iii- ayat ini mengatakan bahawa kita boleh percaya apa yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w kerana Allah sendiri yang sifatkan bahawa dia adalah seorang yang hebat, elok rupanya & bijak akalnya!

Kerana itu jika kita nak belajar ilmu;
Kena cari guru yang hebat!
Seorang yang alim dan pakar dalam ilmunya!

Bukan yang dia sendiri tidak belajar & mengaji; cuma dakwa & mengaku dapat ilmu ladunni- Allah buka hijab kepadanya dapat ilmu tanpa perlu menuntut ilmu!

Jika jumpa yang begini jangan aniayai anak-anak kita dengan hantar belajar kepadanya!
Carilah guru yang mursyid & ulama\’ yang mu\’tabar dalam ilmunya ajarannya berdasarkan quran dan sunnah serta huraian ulamak yang muktabar.

Powered by BetterDocs