CELAAN KAFIR TAK PERCAYA ISRA\’ NABI S.A.W, MELIHAT JIBRAIL DI SIDRAH AL-MUNTAHA & TANDA KEAGUNGAN ALLAH YANG BESAR.
Full video : https://youtu.be/9x-f_ytOh_c
MUQADDIMAH :
- Dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t bersumpah dengan bintang (an-Najmi) menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w itu seorang yang benar, bukanlah seperti tuduhan orang kafir Quraisy itu.
- Baginda s.a.w menerima wahyu yang Allah sampaikan melalui malaikat Jibril yang cantik fizikalnya, cerdik & kuat akalnya. Yakni tidak mungkin Jibril itu tersalah atau lupa dalam apa yang dibawanya dari Allah s.w.t.
- Kemudian Rasulullah s.a.w melihat beberapa perkara yang ajaib semasa Isra\’ & Mikraj. Baginda s.a.w juga melihat Jibrail Di Sidrah Al-Muntaha serta tanda-tanda Keagungan Allah s.w.t Yang Besar.
- Tetapi kaum Kafir itu tetap Tak Percaya & mendustakan apa yang Nabi s.a.w sampaikan serta tak percaya bahawa Nabi S.A.W telah Isra\’, maka Allah s.w.t mencela akan perbuatan mereka itu.
AYAT 12- {JIKA DEMIKIAN, PATUTKAH KAMU HENDAK MEMBANTAHNYA MENGENAI APA YANG TELAH DILIHATNYA ITU?} (AN-NAJM 53:12)
- Allah s.w.t marah & cela puak kafir Quraisy; Patutkah kamu terus melawan dan membantah Rasulullah s.a.w tentang apa yang dilihatnya semasa Isra\’ & Mikrajnya?
- Sedangkan Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia sendiri yang bawa Rasulullah s.a.w:
{Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.} (Al-Israa\’ 17:1)
AYAT 13- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA! (NABI MUHAMMAD) TELAH MELIHAT (MALAIKAT JIBRIL, DALAM BENTUK RUPANYA YANG ASAL) SEKALI LAGI,} (AN-NAJM 53:13)
- Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi, yakni inilah kali kedua.
- Rasulullah s.a.w telah meliha melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal pada kali pertama semasa di bumi.
- Seorang ulamak Masruq r.a berkata, \”Aku bertanya kepada UM Aisyah R.A: \”Wahai Ummul-Mukminin, jangan cepat menjawab, dengar dulu soalanku.
Bukankah Allah s.w.t telah berfirman:
{Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.} (At-Takwiir 81:23)
Manakala kali kedua ayat 13 ini.
Apakah yang Rasulullah s.a.w lihat itu?\”
Aisyah R.A menjawab: \”Sesungguhnya akulah umat ini yang pertama bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang soalan ini.
\”Apakah yang tuan lihat wahai Rasulullah s.a.w?\”
Sabdanya: \”Aku telah melihat Malaikat Jibril dan aku tidak tengok rupanya dalam bentuk aslinya kecuali dua kali. Iaitu kali pertama aku di bumi dan malaikat turun dari langit, gelap langit seolah menutupi ufuk.\” (HR Muslim)
Dalam riwayat lain, Aisyah R.A berkata, \”Siapa yang menerangkan bahwa Nabi Muhammad telah melihat Tuhannya, maka sungguh besar bahayanya, tetapi Nabi Muhammad S.A.W telah melihat Malaikat Jibril dalam bentuk aslinya yang seolah menutupi ufuk.\” (HR Bukhari)
- Dari Ibnu Mas\’ud R.A bahwa dia berkata tentang ayat ini, \”Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain.\” (QS. An-Najm: 13). Rasulullah S.A.W bersabda, \”Aku melihat Jibril di Sidratul Muntaha, [HR Ibnu Hibban].
- Apakah maksudnya Sidrah (pokok) al-Muntaha (kemuncak) yang boleh dinaiki, yang sampai kepadanya.
Terdapat beberapa pendapat ulama\’ tafsir:
i- sebuah pokok seperti bidara yang amat besar dan berada di langit ke tujuh.
ii- syurga yang paling tinggi. Kemuncak syurga.
iii- ilmu atau amalan makhluk akan naik setakat itu tidak lebih. Tiada siapa yang tahu apa yang ada selepasnya.
iv-tempat terakhir roh para syuhada\’ naik.
v- ada kata kemuncak yang dari bumi boleh naik ke langit setakat itu serta yang di atas pun boleh turun ke bumi setakat itu.
- Hadis tentang Sidratul Muntaha:
i- dari Abu Hurairah:
Sidratul Muntaha pernah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W saat Isra\’ Mi\’raj, dalam hadis tersebut disebutkan:
ثُمَّ رُفِعَتْ إِلَيَّ سِدْرَةُ الْمُنْتَهَى فَإِذَا نَبْقُهَا مِثْلُ قِلَالِ هَجَرَ وَإِذَا وَرَقُهَا مِثْلُ آذَانِ الْفِيَلَةِ قَالَ هَذِهِ سِدْرَةُ الْمُنْتَهَى وَإِذَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ نَهْرَانِ بَاطِنَانِ وَنَهْرَانِ ظَاهِرَانِ فَقُلْتُ مَا هَذَانِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ أَمَّا الْبَاطِنَانِ فَنَهْرَانِ فِي الْجَنَّةِ وَأَمَّا الظَّاهِرَانِ فَالنِّيلُ وَالْفُرَاتُ
Kemudian Sidratul Muntaha diangkat/dinampakkan kepadaku yang ternyata buahnya seperti tempayan daerah Hajar dengan daunnya laksana telinga-telinga gajah.
Jibril a.s berkata, \”Ini adalah Sidratul Muntahaa.\” Ternyata di dasarnya ada empat sungai, dua sungai batin dan dua sungai zahir\”.
Aku bertanya, \”Apakah ini wahai Jibril?\”
Jibril menjawab, \”Adapun dua sungai batin adalah dua sungai yang berada di syurga, sedangkan dua sungai zahir adalah an-Nail dan Furat\”. [HR Bukhari no. 3887].
ii- Sabda Rasulullah s.a.w:
ثُمَّ انْطَلَقَ بِي جِبْرِيلُ حَتَّى نَأْتِيَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى فَغَشِيَهَا أَلْوَانٌ لَا أَدْرِي مَا هِيَ
\’Kemudian Jibril beranjak pergi bersamaku hingga kami mendatangi Sidrah al-Muntaha, lalu berbagai warna menutupinya hingga aku tidak mengetahui apakah hakikatnya.\’ (HR: Muslim, no.163).
iii- hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, antaranya:
ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ. قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ -صلى الله عليه وسلم-. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ -صلى الله عليه وسلم- مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لاَ يَعُودُونَ إِلَيْهِ
ثُمَّ ذَهَبَ بِى إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلاَلِ – قَالَ – فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِىَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا. فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَىَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَىَّ خَمْسِينَ صَلاَةً فِى كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
Maksudnya: \”Kemudian, kami pun samapi ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya dibukakan.
Kedengaran suara bertanya lagi, \’Siapakah kamu? \’ Jibril menjawabnya, \’Jibril\’.
Jibril ditanya lagi, \’Siapakah bersamamu? \’ Jibril menjawab, \’Muhammad\’.
Jibril ditanya lagi, \’Apakah dia telah diutuskan? \’ Jibril menjawab, \’Ya, dia telah diutuskan\’.
Pintu pun dibukakan kepada kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S. Dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur.
Jibril memberitahu bahawa inilah Baitul Makmur. Setiap hari masuk tujuh puluh ribu malaikat untuk tawaf. Setelah keluar, mereka tidak kembali lagi tawaf kepadanya (Baitul Makmur).
Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan.\”
Baginda bersabda: \”Ketika Baginda menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tiada seorang pun daripada makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya kerana indahnya.
Lalu Allah memberikan wahyu kepadaku dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam.\” [HR Bukhari & Muslim].
- Ada juga yang mengatakannya terletak di langit ketujuh seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas\’ud r.a, beliau berkata:
لَمَّا أُسْرِىَ بِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- انْتُهِىَ بِهِ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَهِىَ فِى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ إِلَيْهَا يَنْتَهِى مَا يُعْرَجُ بِهِ مِنَ الأَرْضِ فَيُقْبَضُ مِنْهَا وَإِلَيْهَا يَنْتَهِى مَا يُهْبَطُ بِهِ مِنْ فَوْقِهَا فَيُقْبَضُ مِنْهَا قَالَ (إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى) قَالَ فَرَاشٌ مِنْ ذَهَبٍ. قَالَ فَأُعْطِىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ثَلاَثًا أُعْطِىَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ وَأُعْطِىَ خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ وَغُفِرَ لِمَنْ لَمْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ مِنْ أُمَّتِهِ شَيْئًا الْمُقْحِمَاتُ.
Maksudnya: \”Ketika Rasulullah S.A.W dijalankan di malam hari, Baginda sampai di Sidratul Muntaha. Tempat ini berada di langit keenam. Sampai ke tempat inilah semua yang naik dari bumi, lalu digenggam dan sampai ke tempat inilah semua yang turun dari atasnya lalu digenggam. Allah SWT berfirman:
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa \”Sidratul Muntaha\” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.)
Beliau berkata: \”Kupu-kupu dari emas (فَرَاشٌ مِنْ ذَهَبٍ).\”
Beliau berkata lagi, \”Lalu Rasulullah S.A.W diberi tiga perkara:
i- Baginda diberi solat lima waktu,
ii- Baginda diberi beberapa ayat penutup surah al-Baqarah
iii- dan diampuni semua dosa besar setiap orang yang tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Allah dari umat beliau.\” [HR Muslim]
- Kebanyakan ulama\’ kata Sidratul-Muntaha terletak di langit ketujuh, bukan keenam. Tempat tersebut merupakan tempat terakhir turunnya sesuatu dari Allah S.W.T. Bagaimana hadis Muslim riwayat Ibnu Mas\’ud tadi?
- Kata Imam an-Nawawi & al-Qurtubi rhm:
Tidak salah dan bercanggah dua hadis ini, ini kerana umbi/asas pokok ini berada di langit keenam tetapi pucuknya pula samapa ke langit ketujuh. - Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak kita, maka berimanlah dengan apa yang Rasulullah s.a.w bawa tentangnya tidak perlu kita korek-korek cari cerita yang tidak ada!
AYAT 14- {DI SISI \”SIDRATUL-MUNTAHA\”;} (AN-NAJM 53:14) &
AYAT 15- {YANG DI SISINYA TERLETAK SYURGA \”JANNATUL-MAKWA\”.} (AN-NAJM 53:15)
- Yakni di Sidratul-Muntaha itu terdapat syurga yang akan menjadi tempat tinggal orang-orang mukmin pada hari Kiamat nanti.
- Ada yang mengatakan roh para syuhada\’ yang mati syahid akan berada di situ.
AYAT 16- {(NABI MUHAMMAD MELIHAT JIBRIL DALAM BENTUK RUPANYA YANG ASAL PADA KALI INI IALAH) SEMASA \”SIDRATUL MUNTAHA\” ITU DILIPUTI OLEH MAKHLUK-MAKHLUK DARI ALAM-ALAM GHAIB, YANG TIDAK TERHINGGA.} (AN-NAJM 53:16)
- Rasulullah s.a.w sekali lagi melihat malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal kali ini! Iaitu kali kedua semasa berada di Sidratul-Muntaha.
- Ianya diliputi dengan makhluk-makhluk dari alam ghaib yang tidak terhingga indah dan berwarna-warni sehingga tidak tercerita bagaiman gambarannya.
- Ada ulama\’ kata ianya diselubungi (مَا يَغۡشَىٰ) dengan kuasa Allah s.w.t yang sangat indah, juga malaikat datang menyelubungi seolah seperti burung datang hingga di atas pokok.
- Sebagaimana hadis di atas tentang keindahannya.
AYAT 17- {PENGLIHATAN (NABI MUHAMMAD) TIDAK BERKISAR DARIPADA MENYAKSIKAN DENGAN TEPAT (AKAN PEMANDANGAN YANG INDAH DI SITU YANG DIIZINKAN MELIHATNYA), DAN TIDAK PULA MELAMPAUI BATAS.} (AN-NAJM 53:17)
- Rasulullah s.a.w tertumpu kepada tempatnya, tidak melihat selain dari apa yang diizinkan kepadanya. Pandangan matanya tidak melilau melihat sehingga melampaui batas.
- Kata ulama\’ tadabbur ayat ini mengajar kepada kita akan adab & akhlak disiplin apabila kita menjadi tamu di rumah orang atau hadir dalam sesuatu majlis.
Jangan tengok sana-sini. Lihat ke depan dan apa yang sepatutnya sahaja.
Inilah akhlak Rasulullah s.a.w yang sempurna dan mulia.
AYAT 18- {DEMI SESUNGGUHNYA, IA TELAH MELIHAT SEBAHAGIAN DARI SEBESAR-BESAR TANDA-TANDA (YANG MEMBUKTIKAN LUASNYA PEMERINTAHAN DAN KEKUASAAN) TUHANNYA.} (AN-NAJM 53:18)
- Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melihat pada malam Isra\’ & Mikraj itu antara keajaiban & kekuasaan kerajan Allah s.w.t, dengan tanda-tanda yang cukup agung & nyata.
- Apakah maksudnya sebesar–besar tanda-tanda {ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ } itu?
Menurut Ibnu al-Jauzi rhm. antaranya ialah:
i- Baginda melihat kilauan kehijaun dari syurga.
ii- melihat malaikat Jibril dalam rupanya yang asli.
iii- melihat tanda-tanda keagungan Allah s.w.t yang begitu besar!
- Banyak lagilah yang Rasulullah s.a.w tengok malam itu, naik ke lapisan langit hingga ke tujuh, jumpa para rasul & anbiya\’ yang telah lalu, juga menerima fardhu solat yang amat besar!
- Beberapa fakta tentang malaikat Jibril a.s. Bila Allah s.w.t menyebut tentang Jibril a.s, Allah s.w.t telah menjelaskan apa yang Rasulullah s.a.w lihat di Sidratul-Muntaha itu ialah malaikat Jibril a.s bukan lihat Allah s.w.t!
i- Allah juga sebut; Telah mengajar kepada Rasulullah s.a.w seorang gurunnya yang kuat iaitu Jibril a.s. Firman Allah s.w.t:
{Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy} (At-Takwiir 81:20)
ii- Allah s.w.t juga puji kejadian Jibril yang elok rupaya.
iii- Allah juga sebut bahawa malaikat berada di langit yang tinggi.
iv- Kemudian Allah gambarkan bahawa Jibril itu sentiasa turun ke bumi untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah s.a.w.
- Tentang bahawa Jibril itu mempunyai kekuatan yang hebat maka ulama\’ pendidikan kata; Guru yang hebat menunjukkan kepada anak murid yang hebat juga!
Kerana itu kita kena cari guru yang pakar & mantap ilmunya, yang boleh mendidik kepada jalan al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w yang benar.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 12- {Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?}- puak kafir datang nak bantah Rasulullah s.a.w. Mendustakan apa yang Rasulullah s.a.w lihat dan dakwaan peristiwa Isra\’ & Mikrajnya.
Rasulullah s.a.w telah melihat tanda-anda kekuasaan Allah yang besar seperti kejadian asal Jibril. Ini menyokong kenyataan UM Aisyah r.a yang mengatakan Baginda s.a.w tidak melihat Allah s.w.t dengan matanya sendiri.
Ini kerana pastilah melihat Allah sendiri itu lebih besar daripada tanda-tanda kebesaran yang yang lain!
Pastilah akan disebut-Nya kerana melihat Allah lebih afdhal diceritakan daripada hanya melihat malaikat Jibril!
Ulama\’ juga buat perbincangan tentang kenapa Allah juga menggunakan: {mengenai apa yang telah dilihatnya itu?- مَا يَرَىٰ }- Allah s.w.t guna kata perbuatan semasa (فعل المضارع- apa yang dilihatnya (bukan kata perbuatan yang lepas (فعل الماضي).
Jawapan: Ini kerana perbuatan semasa bermakna berterusan bukan hanya sekadar benda lepas, apa yang telah dilihatnya. Ini untuk menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak akan lupakannya, apa yang ditengoknya dulu seolah dilihatnya sekarang!
Begitu juga kita yang mendengarnya, seolah sedang berlakku & akan berterusan bukan sebagaimana benda lepas yang biasa.
- Ayat 14- {Di sisi \”Sidratul-Muntaha\”;} – persoalan kenapa Allah sebut & pilih pokok Sidrah (bidara) ini, sedangkan banyak lagi pokok lain yang masyhur?
Jawapan- ada ulama\’ kata kerana ia menyerupai iman yang ada perkataan, amalan & niat dalam hati:
i- pokok itu bayangnya luas- ibarat seperti amalan kita makin banyak makin rimbun & luas bayangnya!
ii- rasanya yang lazat- ini pula ibarat kepada qasad (niat) kita, ia sesuatu yang di dalam hati, sesuatu yang tidak nampak tetapi kita kena rasa dulu baru tahu!
Begitulah kemanisan iman tidak akan dirasa kecuali selepas kita rasainya!
iii- baunya yang harum- ini pula seperti perkataan kita yang keluar dari mulut.
Keluar perkataan molek atau tidak; keluar baik akan disukai, keluar yang buruk akan dibenci! Wallahu a\’lam.
- Ayat 15- {Yang di sisinya terletak Syurga \”Jannatul-Makwa\”.}- iaitu syurga tempat kediaman yang mengumpul segala nikmat (ٱلۡمَأۡوَىٰٓ).
Di sanalah berakhirnya segala angan-angan, hajat kehendak & cita-cita kita!
Ya Allah jadikan kami orang yang layak ke syurga-Mu!
Ayat ini menjadi dalil bahawa syurga itu berada di atas. Lebih tinggi daripada langit ke tujuh.
Ayat ini juga menjadi dalil bahawa syurga itu sudah ada dan siap.
Siapa sangka syurga itu belum ada maka itu satu kefahaman yang silap.
Kita mesti kumpulkan iman & amal soleh untuk sampai ke syurga ini!
- Ayat 17- {Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.}- mata & pandangan Rasulullah s.a.w tidak melilau dan melihat ke tempat yang tidak sepatutnya!
Dia duduk & lihat apa yang Allah s.w.t suruh saja.
Ini menunjukkan kesempurnaan akhlak & adab Rasulullah s.a.w.
Begitulah kita juga apabila menjadi tetamu & masuk ke dalam sesuatu majlis, kita jangan lakukan perbuatan yang tidak dibenarkan, duduk dalam majlis ilmu pun asyik berbual & bising.
Itulah yang cuba dididik oleh Rasulullah s.a.w umatnya.
Jaga adab & akhlak, jangan melampaui batas & melanggar SOP yang ditetapkan.
- Ayat 18- {Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.}- ayat ini menjadai isyarat bahawa tanda-tanda keagungan Allah s.w.t itu berperingkat; ada yang besar, ada yang lebih besar lagi, Tetapi ingat semuanya besar tiada yang kecil walaupun melalui nyamuk dan semut.
Maka Isra\’ & Mikraj itu adalah salah tanda yang amat besar dan di langit Rasulullah s.a.w melihat banyak lagi sebesar-besar tanda-tanda yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan Allah s.w.t.
Dari atas langit Rasulullah s.a.w telah melihat betapa kecilnya bumi & penghuninya, maka Baginda tidak gentar lagi menghadapi mereka yang menentangnya selama ini!
Semoga Allah s.w.t mengurniakan kepada kita untuk bertadabbur & melihat tanda-tanda keagungan & kebesaran Allah s.w.t, supaya dapat menguat dan memantapkan lagi iman kita.