ALLAH S.W.T TURUNKAN AYAT UNTUK IKTIBAR, ALLAH MENERANGI CAHAYA LANGIT DAN BUMI & KELEBIHAN ZAITUN SYAM.
Full video : https://youtu.be/Irrv60nwCQs
MUQADDIMAH :
- Antara nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita ialah peluang untuk membaca, mengkaji, mentadabbur dan memahami al-Quran yang mulia, yang diturunkan sebagai hidayah petunjuk kepada manusia. Ia sebagai kitab asas dan induk Syariah agama Islam.
- Penjelasannya pula ialah melalui hadis Rasulullah s.a.w dan memahami melalui istinbat (pengeluaran hukum dan pengajaran) yang dibuat oleh para ulama\’ .
- Jika tidak belajar dan tadabbur, kita hanya akan dapat satu bahagian sahaja daripada al-Quran iaitu bab tilawah (bacaannya) sahaja.
- Empat tahap beramal dengan Al-Quran; beriman dengannya, membaca, memahami dan mengamalkannya. Semoga kita etrmasuk dalam alul-Quran, insya\’ Allah.
AYAT 34- {DAN SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADA KAMU, AYAT-AYAT KETERANGAN YANG MENJELASKAN (HUKUM-HUKUM SURUH DAN TEGAH), DAN CONTOH TAULADAN (MENGENAI KISAH-KISAH DAN BERITA) ORANG-ORANG YANG TELAH LALU SEBELUM KAMU, SERTA NASIHAT PENGAJARAN BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERTAQWA.} (AN-NUUR 24:34)
- Peranan ayat-ayat al-Quran yang Allah s.w.t turunkan:
i- keterangan yang menjelaskan hukum-hukum perintah dan larangan,
ii- contoh tauladan mengenai kisah-kisah dan berita orang-orang yang telah lalu sebelum ini.
iii- serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. - Dalam isu i- keterangan yang menjelaskan hukum-hukum perintah dan larangan:
a- Beberapa ayat dalam surah an-Nur sebelum ini yang menjelaskan tentang hukum kekeluargaan, masyarakat dan rumahtangga. Hukum Qazaf dan Li\’an.
b. Perintah Allah s.w.t untuk menjauhkan segala perbuatan keji (fahisyah) serta pintu-pintu ke arahnya. Seperti menjaga maruah dan aurat, larangan ikhtilat dan lainnya.
c. Semua ayatnya jelas dan terperinci, bermula dari asasnya tauhid kepada Allah s.w.t, maka segala kebaikan yang lain akan lahir. Syaratnya wajib beriman kepada Allah s.w.t.
d. Al-Quran juga menyatakan yang haq dan membatalkan yang batil. Bermula dari rasul pertama yang diutus selepas Nabi Adam a.s iaitu Nuh a.s.
e. Ia juga menjelaskan hukuman-hakam. - Dalam bab- ii: Contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum ini:
a- bermula dari kisah Nabi Adam a.s dan lain-lain nabi serta umat mereka yang terdahulu..
b- betapa sejarah membuktikan hidup manusia ini silih berganti, ada naik dan turun ada senang dan susah.
c- manakala kisah-kisah kaum nabi terdahulu banyak diceritakan sebagai pengajaran.
d- Kisah Nabi Yusuf dan Sayyidah Maryam yang kena tuduh dari umat terdahulu.
e- Manakala bagi ummat Nabi Muhammad s.a.w adalah kisah UM Aisyah r.a. yang dituduh juga, telah dirakamkan dengan terperinci dan indah dalam al-Quran. - Dalam isu – iii: nasihat pengajaran bagi orang-orang yang mahu bertaqwa:
a- Janji baik untuk keimanan dan ketaatan; balasan yang penuh nikmat.
b- ancaman untuk kekufuran, ingkar dan batil, tungulah akibat balasannya.
c- yakni ada galakan dan ancaman.
d- maka orang yang bertqwa ambillah jalan yang baik, menjauhi segala larangan dan menunaikan segala suruhan. - Firman Allah s.w.t tentang sifat al-Quran lagi: {(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.} (Saad 38:29)
- Semua ini menunjukkan keistimewaan sifat Allah s.w.t yang Maha Sempurna.
- Diturunkan kitab dan dihantarna rasul-rasul untuk memandu dan memberi bimbingan kepada manusia dari hidup yang terumbang-ambing tanpa panduan.
AYAT 35- {ALLAH YANG MENERANGI LANGIT DAN BUMI. BANDINGAN NUR HIDAYAH PETUNJUK ALLAH (KITAB SUCI AL-QURAN) ADALAH SEBAGAI SEBUAH \”MISYKAAT\” YANG BERISI SEBUAH LAMPU; LAMPU ITU DALAM GELUK KACA (QANDIL), GELUK KACA ITU PULA (JERNIH TERANG) LAKSANA BINTANG YANG BERSINAR CEMERLANG; LAMPU ITU DINYALAKAN DENGAN MINYAK DARI POKOK YANG BANYAK MANFAATNYA, (IAITU) POKOK ZAITUN YANG BUKAN SAHAJA DISINARI MATAHARI SEMASA NAIKNYA DAN BUKAN SAHAJA SEMASA TURUNNYA (TETAPI IA SENTIASA TERDEDAH KEPADA MATAHARI); HAMPIR-HAMPIR MINYAKNYA ITU – DENGAN SENDIRINYA – MEMANCARKAN CAHAYA BERSINAR (KERANA JERNIHNYA) WALAUPUN IA TIDAK DISENTUH API; (SINARAN NUR HIDAYAH YANG DEMIKIAN BANDINGANNYA ADALAH SINARAN YANG BERGANDA-GANDA): CAHAYA BERLAPIS CAHAYA. ALLAH MEMIMPIN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (MENURUT UNDANG-UNDANG DAN PERATURANNYA) KEPADA NUR HIDAYAHNYA ITU; DAN ALLAH MENGEMUKAKAN BERBAGAI-BAGAI MISAL PERBANDINGAN UNTUK UMAT MANUSIA; DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AN-NUUR 24:35)
- Ayat ini: {Allah yang menerangi langit dan bumi.} Antara ayat/dalil bukti yang manusia boleh lihat dengan mata fizikal. Untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
- Selepas menyebut tentang pandangan mata dan dijelaskan hukum tentang menjaga pandangan mata. Allah s.w.t bawa pula ayat ini- {Allah yang menerangi langit dan bumi}, yang memberi petunjuk kepada hamba-Nya yang dikehendaki, yang berada di langit dan di bumi, Allah sebagai nur cahaya menerangi hamba-nya, al-Quran juga sebagai cahaya petunjuk, rasul s.a.w juga sebagai cahaya petunjuk untuk manusia serta Syariat Allah s.w.t juga cahaya yang menerangi manusia.
Inilah yang dikatakan munasabah- kesinambungan antara ayat. - Maka kita hendaklah mengikut cahaya petunjuk ini supaya hidup kita selamat dan berada di atas landasan yang benar.
- Hadis – Doa Nabi s.a.w pada suatu malam: [HR Bukhari]. Doa ini ada dalam Kitab Perisai Muslim- bab Doa Iftitah Solat- (Permulaan Solat):
اللهم لَكَ الحَمْدُ أنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ و الأرْضِ وَ مَنْ فِيهِنَّ، وَ لَكَ الحَمْدُ أنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَ الأرْضِ وَ مَنْ فِيهِنَّ، [وَ لَكَ الحَمْدُ أنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَ الأرْضِ وَ مَنْ فِيهِنَّ] ، [وَ لَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَ الأرْضِ وَ مَنْ فِيهِنَّ][وَ لَكَ الحَمْدُ أنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَ الأرْضِ][وَ لَكَ الحَمْدُ][أنْتَ الحَقُّ، وَ وَعْدُكَ الحَقُّ، وَ قَولُكَ الحَقُّ، وَ لِقَاؤُكَ الحَقُّ، وَ الجَنَّةُ حَقٌّ، وَ النَّارُ حَقٌّ، وَ النَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَ مُحَمَّدٌﷺ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ][اللهم لَكَ أسْلَمْتُ، وَ عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَ بِكَ آمَنْتُ، وَ إلَيْكَ أنَبْتُ، وَ بِكَ خَاصَمْتُ، وَ إلَيْكَ حَاكَمْتُ. فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، و أخَّرْتُ، وَ مَا أسْرَرْتُ، وَ مَا أعْلَنْتُ][أنْتَ المُقَدِّمُ، وَ أنْتَ المُؤَخِّرُ لَا إله إلَّا أنْتَ][أنْتَ إلَهِي لَا إله إلَّا أنْتَ].
Ya Allah, bagiMu segala kepujian Engkaulah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah yang mengurusi langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah yang mengurusi langit dan bumi serta segala yang ada didalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya. Bagi Engkau kepujian, kepunyaan Engkau kerajaan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah penguasa langit dan bumi. Bagi Engkau kepujian, Engkau Yang Maha Benar. J anji engkau adalah benar, percakapan Engkau adalah benar, pertemuan denganMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, N abi-nabi adalah benar, Nabi Muhammad ﷺ adalah benar dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku bertawakal, denganMu aku beriman, kepadaMu aku bertaubat, dengan pertolonganMu aku berhujjah dan ke arah Engkau aku membuat keputusan. Ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku zahirkan. Engkaulah yang terawal dan yang terakhir, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.\” [HR Al-Bukhari].
- Hadis Abdullah bin Amru r.a – Allah s.w.t mencipta makhluk dalam gelap kemudian diberi petunjuk dan cahaya dengan nur-Nya. {HR At-Tirmizi].
- Allah membuat bandingan pula dengan ayat ini- {Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah \”misykaat\” yang berisi sebuah lampu;…}
i- Nurihi- {نُورِهِ} bermaksud hidayah Allah atau cahaya-Nya yang menunjukkan kepada-Nya, iaitu cahaya iman dan Al Qur\’an yang menyinarai hati orang yang beriman- seperti misykat yang di dalamnya ada misbah.
ii- Misykat-{مِشْكَاةٍ} bermaksud suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai ke sebelahnya. Biasanya digunakan untuk tempat lampu, lentera, pelita atau barang-barang lain.
iii- Misbah- – {مِصْبَاحٌ} bermaksud lampu atau pelita kaca besar yang menyala atau cahaya yang ada dalam lampu itu. Jernih kaca itu menjadikanya bersinar.
iv- Ia pula cerah bersinar seperti bintang \”durrah\’ yang bersinar. {دُرِّيٌّ}
v- Minya pelita itu pula menggunakan minyak zaitun yang diberkati, pokoknya sentiasa mendapat cahaya matahari. Para ulama\’ kata untuk ayat ini pokok zaitun yang tumbuh di bumi Syam yang diberkati. Kerana zaitun terbaik ialah zaitu Syam, di mana terkenal sebagai bumi para anbiya\’. {زَيْتُونَةٍ}
vi- Minyak itu pula sangat jernih seolah ia sendiri yang bersinar dan nyala. Jika tiada api pun sudah bercahaya.
vii- Allah membuat bandingan cahaya ini dengan lampu yang ada yang boleh kita tengok sebagai sesuatu yang digambarkan. - Firman Allah s.w.t: {Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya} [Az-Zumar: 22].
- Maka kita berusahalah supaya mendapat cahaya Allah ini untuk menerangi dada kita.
- Tadabbur: kenapa Allah s.w.t sebut: Ia pula cerah bersinar seperti bintang \”durrah\’ {دُرِّيٌّ} yang bersinar? Kenapa tidak seperti matahari atau bulan?
- Ulama\’ menafsirkan kerana cahaya bintang sentiasa ada dan bersinar, manakala matahari dan bulan kadang-kadang ada gerhana yang menghilangkan cahayanya.
- Hadis Huzaifah ibnu al-Yaman r.a. Ujian diletakkan ke atas hati manusia seperti satu anyaman tikar, hati yang buruk akan menjadi gelap, hati yang baik akan menolaknya dan sentiasa jernih…. [HR Muslim].
- Kerana itu Allah buat bandingan cahaya di dalam kaca yang jernih {الزُّجَاجَةُ } Sebagai bandingan kepada hati manusia, jika hati yang suci dan baik akan dapat menerima cahaya kemudian memancarkannya balik.
- Inilah maksud firman Allah: {cahaya berlapis cahaya- نُورٌ عَلَى نُورٍ } Demikianlah hati orang mukmin bercahaya dengan cahaya fitrah pada asalnya, kemudian datang cahaya iman dari Allah s.w.t, yang menerima wahyu al-Quran pula bercahaya, inilah cahaya di atas cahaya.
- Ayat ini pula Allah menyatakan bahawa Dia memberikan cahaya nur hidayah-Nya ini kepada sesiapa yang dikehendak-i-Nya, menurut undang-undang dan peraturan-Nya.
- Sebagai contoh pengajaran dan peringatan, Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia berfikir dan faham.
- Dan semuanya ini di bawah ilmu kekuasaan Allah s.w.t dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu, siapa yang dapat hidayat atau tidak, dan segalanya.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Seorang ulama\’, ar-Rasy\’ani membuat perbandingan:
i- Lubang di dinding itu hati manusia,
ii- kaca pelita itu dada,
iii- api dan cahaya itu iman dan al-Quran,
iv- minyak dari pokok yang diberkati, yakni ikhlas.
v- Bukan timur dan barat itu maknanya fokus dan tetap keimanan kepada Allah s.w.t yang Esa. - Demikianlah orang mukmin itu dijaga dan dikawal daripada terfitnah keimanannya.
- Keimanan yang benar itu ialah apabila diuji sabar, diberi hidayat dan nikmat dia syukur, menjalankan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang, maka dia akan bercakap dan beramal dengan kebenaran.
- Hidayah itu ada dua jenis:-
i- Hidayah Irsyad – هداية الإرشاد menyampaikan dakwah dan bimbingan, mengajak manusia tauhid kepada Allah s.w.t. Ia adalah tugas manusia iaitu para nabi dan rasul dahulu dan sehingga kepada kepada kita para pendakwah hari ini, sepanjang zaman untuk berdakwah mengajak manusia ke arah hidayah ini.
ii. Hidayah Taufik – هداية التوفيق hidayah untuk menerima atau tidak petunjuk itu pula adalah milik Allah s.w.t semata-mata untuk memberinya. Kita tidak mampu untuk menentukannya.
Wallahu a\’lam.