View Categories

SURAH AR-RAHMAN : MUQADDIMAH

\"\"

TAFSIR SURAH AR-RAHMAN (01) AYAT [00-00]; MUQADDIMAH DAN INTISATI SURAH, KELEBIHAN DAN MUNASABAH & MAKNA AR-RAHMAN.

Full video : https://youtu.be/idJkyDCISiQ

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini, Rabu 29 Rabi\’ul Awwal 1444H bersamaan 26hb Oktober 2022 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Ar-Rahman – سورة الرحمن.
  2. Surah Ar-Rahman adalah surah ke-55 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Qamar, dalam juz ke 27, mengandungi 78 ayat yang pendek-pendek. Termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل) surah yang pendek-pendek.
  3. Tentang turun di mana surah ini terdapat beberapa pandangan:
    i- Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman surah ini dikatakan surah Madaniyyah yakni sursh yang turun di Madinah.

ii- Tetapi majoriti para ulama\’ Sahabat & Tabi\’in sepakat (ijma\’ ulama\’) mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

Dalil mereka:-
a) hadis riwayat dari Urwah bin az-Zubair r.a. katanya;
\”Orang yang mula-mula membaca al-Quran (secara terbuka) di Makkah setelah Rasulullah s.a.w ialah Abdullah ibnu Mas\’ud r.a.
Pada suatu hari para sahabat Rasulullah s.a.w berkumpul, kata mereka, \”Demi Allah, orang-orang Quraisy belum lagi mendengar sedikit pun al-Quran ini dibaca dengan suara keras di hadapan mereka.
Nah, siapa di antara kita yang bersedia memperdengarkannya kepada mereka?\”
Maka jawab Ibnu Mas\’ud, \”Saya.\”
Kata mereka, \”Kami khuatir akan keselamatan dirimu! Yang kami inginkan ialah seorang laki-laki yang mempunyai kerabat yang akan mempertahankannya dari orang-orang Quraisy jika mereka bermaksud jahat.\”

\”Biarkanlah saya!\” kata Ibnu Mas\’ud pula, \”Allah pasti membela.\”
Maka datanglah Ibnu Mas\’ud kepada kaum Quraisy di waktu dhuha, yakni ketika mereka sedang berada di balai pertemuannya (Nadi-Kelab).

Lalu dia bangun berdiri dekat maqam Ibrahim dan membaca:
{ ٱلرَّحۡمَٰنُ ١ عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ 7 خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ… sehingga akhir.}

Para Quraisy datang memerhatikannya sambil bertanya sesama mereka, \”Apa yang dibaca oleh anak si Ummu \’Abdin itu? Sungguh, yang dibacanya itu ialah yang dibaca oleh Muhammad!\”

Mereka mendatangi dan memukulnya, sedang Ibnu Mas\’ud meneruskan bacaannya sehingga yang dikehendaki Allah.
Setelah itu dengan muka dan tubuh yang cedera dia kembali kepada para sahabat.
Kata mereka, \”Inilah yang kami khuatirkan terhadap dirimu.\”
Kata Ibnu Ma\’sud, \”Sekarang ini tak ada yang lebih mudah bagiku dari menghadapi musuh-musuh Allah itu! Dan seandainya tuan-tuan menghendaki, saya akan mendatangi mereka lagi dan berbuat hal yang sama esok hari!\” [Kisah ini banyak disebut oleh ramai ulama\’ Sirah].

b) Dalil kedua: Hadis- Rasulullah s.a.w membacanya semasa solat subuh di Wadi Nakhlah- 40km dari Makkah. Iaitu dalam perjalanan sekembali ke Makkah dari Taif selepas berdakwah. Beberapa jin yang melaluinya berhenti mendengar dan mereka pun beriman. [Al-Qurtubi dan lain-lain al-Muffassirin].

c) hadis ketiga- Nabi s.a.w berjumpa dengan para sahabat dan Baginda membaca & mengajarkan kepada mereka surah ar-Rahman dari awal hingga akhir & para sahabat diam tekun mendengarnya.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah membaca surah ini pada malam perjumpaan dengan para jin, respon mereka lebih baik daripada kamu.
Apabila aku baca ayat:
{\”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?- فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ\”}

Maka jin yang hadir itu langsung menjawabnya dengan kalimah:
{\”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.\”}
[Kisah riwayat Imam at-Tirmizi tetapi dikatakan hadis yang gharib- ganjil dari sudut sanadnya. Beberapa ulama\’ lain pula seperti az-Zahabi kata hadis dhaif. Tetapi pentahqiq kitab at-Tirmizi yang mutakhir kata ia adalah hasan sanadnya]. Wallahu a\’lam.

iii- Tetapi ada juga sebahagian ulama\’ yang mengatakan ia adalah Makkiyyah kecuali satu ayatnya turun di Madinah iaitu ayat ke-39 adalah Madaniyyah.

iv- Ada juga pandangan yang mengatakan sebahagiannya turunnya di Makkah, manakala sebahagian ayatnya turun di Madinah.

  1. Sebagaimana kata al-Qurtubi rhm.: Ijma\’ ulama\’ mengatakan سورة الرحمن – Surah Ar-Rahman adalah Makkiyyah keseluruhannya.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Ar-Rahman – سورة الرحمن
    a- yang bererti ((Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya) kerana pada awal surah Allah s.w.t telah menyebut perkataan ini {ٱلرَّحۡمَٰنُ } pada ayat pertama lagi.

b- Ini untuk menegaskan bahawa:
-Dia adalah Tuhan Yang amat Pemurah serta melimpah-limpah nikmat-Nya,
-yang mengajarkan al-Quran sebagai nikmat yang tidak ada tolok bandingnya

  • serta Dia-lah yang menciptakan manusia dan membolehkan mereka berkata-kata dengan petahnya untuk memberi & menerima kenyataan.

ii- dinamakan juga sebagai surah \’Arus {عروس} iaitu pengantin al-Quran.
[Ia diambil dari hadis riwayat Ali r.a yang diangkat kepada Rasulullah s.a.w riwayat Baihaqi. Tetapi ia dinilai dhaif oleh Imam Sayuti kerana sanadnya lemah.]

MAKNA AR-RAHMAN {ٱلرَّحۡمَٰنُ} YANG PENUH RAHMAT :

  1. Ar-Rahman ialah satu nama Allah yang menunjukkan kepada amat besarnya rahmat Allah. Allah s.w.t Raja Yang Agung, Yang Maha Berkuasa, kudrat-Nya tiada yang terhalang. Maka dalam surah ini.
  2. Ia lebih luas skopnya daripada ar-Rahim ({ٱلرَّحِيمِ}- Yang Mengasihani):
    i- Ar-Rahman maknanya ialah yang memberi rahmat kepada semua makhluk, manusia jin haiwan, yang beriman atau kufur, yang taat atau yang derhaka kaki maksiat, semuanya mendapat rahmat Allah.

ii- manakala ar-Rahim {ٱلرَّحِيمِ} adalah nikmat yang lebih halus & khas kepada orang mukmin sahaja.
Inilah pendapat Imam at-Tobari rhm.

iii- ada juga yang kata ar-Rahman ialah nikmat di dunia manakala ar-Rahim nikmat di Akhirat pula. Wallahu a\’lam.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Menggambarkan kekuasaan Allah s.w.t yang mencipta seluruh alam yang terbentang luas serta Yang memberi nikmat yang tidak terhingga kepada sekelian makhluk-Nya. Setiap kali habis cerita Allah s.w.t menerangkan jenis nikmat yang diberikannya itu disertakan cabaran kepada manusia & jin.
    Akan dibawa ayat ini: {فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ }-
  2. Kemudian ditegaskan bahawa semua yang ada di bumi ini akan binasa kecuali yang akan kekal Zat Allah s.w.t yang mempunyai kebesaran & kemuliaan.
  3. Ditegaskan sekali lagi bahawa sekelian makhluk di langit dan bumi akan sentiasa berhajat dan memohonnya kepada-Nya. Setiap masa Dia dalam mencipta & mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya. Tidak ada sesiapa yang dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah, untuk menegakan hakikat ini Allah s.w.t mencabar mereka:

{Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!} (Ar-Rahmaan 55:33)

4. Setelah menggambarkan alam akhirat serta balasan yang disediakan untuk orang yang beriman & beramal soleh dan balasan azab untuk yang kufur ingkar, maka surah ini diakhiri dengan menegaskan kesucian nama Allah s.w.t, Tuhan Yang mempunyai Kesucian & Kemulian {ذِي ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ}.

OBJEKTIF/ MAQASID SURAH TAFSIR MUHARRAR :

  1. Surah Ar-Rahman memperingatkan tentang keagungan Allah s.w.t serta untuk menjelaskan satu sudut nikmat-nikmat-Nya di dunia juga di akhirat.
  2. Serta mengingkari siapa yang melakukan perbuatan yang tidak membawa kepada syukur kepada Allah Azza wa Jalla. Allah bagi nikmat banyak dia ambil, tetapi dia tidak syukur maka inilah orang yang kufur, yang akan rugi dunia & akhirat.

TAJUK-TAJUK SURAH :

  1. Dimulai dengan memuji Allah s.w.t dan anugerah yang Allah berikan kepada kita dengan mengajar al-Quran.
  2. Menyatakan tentang salah satu daripada tanda kekuasaan Allah s.w.t & nikmat-nikmat-Nya yang banyak ke atas makhluk-Nya.
  3. Memperingatkan bahawa semua benda atas dunia ini akan binasa. Yang akan kekal abadi hanya Zat Allah Yang Esa & Maha Agung.
  4. Allah cabar dalam surah ini, jin & manusia; jika tidak mahu ikut perintah Allah maka keluar dari bumi & langit milik Allah s.w.t ini!
  5. Menerangkan tentang keadaan huru-hara pada hari Kiamat & buruknya akhir kesudahan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t & eloknya kesudahan orang mukmin. Allah juga sifatkan beberapa sudut daripada nikmat yang dianugerahkan kepada ahli syurga.
  6. Allah s.w.t tutup surah ini dengan mengagungkan Allah Azza wa Jalla & memuji-Nya.
  7. Kesimpulan kepada isi kandungan surah ini sebagaimana kata ar-Ras\’ani (الرىسعني) rhm., ada beberapa isu semuanya:
    i- Allah ceritakan tentang nikmat-Nya
    ii- amaran azab siksa bagi orang yang derhaka.
    iii- suatu penyataan tentang kekuasaan Allah s.w.t yang cukup besar.
    iv- keagungan Allah s.w.t yang sangat jelas.
    Semua ini adalah nikmat yang besar.

Contohnya: kerana apabila kita mahu jatuh atau terhumban ke dalam lubang yang kita tidak tahu ada, tiba-tiba ada seseorang yang menarik menyelamatkan kita. Pasti kita akan ingat sampai bila-bila, berasa amat terhutang budi & berterima kasih atas nikmat keselamatan ini! Ini baru pertolongan sesama manusia.

Apatah lagi nikmat Allah s.w.t yang amat besar ke atas kita, menganugerahkan kita hidup atas dunia, Allah beri kita makan & minum, Allah beri kita keluarga, Allah beri nikmat-nikmat yang begitu banyak, apakah kita masih lagi masih lagi berdegil, mahu mendustakan dan tidak mahu bersyukur kepada Allah s.w.t????

MUNASABAH SURAH AR-RAHMAN سورة الرحمن – DENGAN SURAH AL-QAMAR – سورة القمر SEBELUMNYA :

Terserlah dari beberapa sudut:

  1. Surah Ar-Rahman ini menjelaskan secara terperinci apa yang ada disebut pada akhir Surah Al-Qamar:
    i- balasan orang yang bertaqwa:
    {Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
    Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.} (Al-Qamar 54: 54-55)

Allah juga telah nyatakan secara umum sifat-sifat hari Kiamat yang begitu huru-hara dan azab yang begitu dahsyat bagi orang yang jahat.

ii- maka dalam Surah Ar-Rahman adalah penjelasan yang terperinci & detail secara tertib tentang apa yang telah disebut secara umum dalam al-Qamar iaitu tentang sifat hari Kiamat, sifat syurga & neraka.
Ya Allah jadikan kami dari golongan ahli syurga-Mu.

  1. Allah s.w.t telah sebut dalam Surah Al-Qamar yang lepas beberapa kategori bala/bencana yang telah menimpa kaum terdahulu; Nuh-banjir- Ad angin kencang, kaum Soleh- suara nyaring, kaum Lut – diterbalikkan bumi manakala Firaun ditenggelamkan dalam Laut Qalzum.

ii- maka dalam Surah Ar-Rahman ini Allah s.w.t sebut jenis nikmat-nikmat anugerah dari sudut keagamaan, dunianya, pada diri kita sendiri, di langit dan lain-lain, semuanya itu anugerah yang Allah beri kepada kita.

iii- dalam surah yang lepas Allah nyatakan keagungan & kehebatan kuasa-Nya, anugerah mukjizat bulan terbelah kepada Rasulullah s.a.w. maka dalam surah ini Allah s.w.t mulakan dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah {Ar-Rahman الرحمن , Maha Rahmat & penuh kasih sayang, diturunkan al-Quran sebagai kitab Hidayah, kitab bimbingan yang dapat menyelamatkan kamu di dunia & akhirat.
Ya Allah jadikanlah kami dari golongan ahli Quran.

  1. Allah s.w.t sebut sifat-sifat-Nya dalam kedua surah ini:
    i- Dalam Surah Al-Qamar- Allah s.w.t dua sifat-Nya:
    a- raja yang agung pemerintahan-Nya { مَلِيكٖ }
    b- yang Maha Kuasa kudrat-Nya {مُّقۡتَدِرِۭ }, tiada yang dapat menghalang.
    Iaitu Maha gagah perkasa dan bengis bagi orang yang kufur & ingkar kepada-Nya.

ii-Maka dalam Surah Ar-Rahman pula Allah sebutkan sifat-nya dari sudut yang lain iaitu:
a- Yang Maha Kasihan { ٱلرَّحۡمَٰنُ} belas bagi seluruh makhluk-Nya.
b- Yang Maha kasih sayang {ٱلرَّحِيمِ} bagi orang yang beriman & mutaqqain.

Insya\’ Allah kita mulakan bacaan & tafsiran ayat yang pertama dalam siri yang akan datang esok.

Powered by BetterDocs