JADILAH PEMBELA AGAMA ALLAH S.W.T SEPERTI HAWARIYYIN & ORANG BERIMAN MENDAPAT KEMENANGAN.
Full video : https://youtu.be/7ESkF8x_nrE
MUQADDIMAH :
- Ini adalah siri yang kelima & yang terakhir bagi surah as-Saff ini. Kita akan bincangkan satu ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke-14.
- Dalam siri ini Allah s.w.t menyeru kepada hamba-hamba-Nya supaya menjadi pembela (ansar) agama Allah s.w.t sepertimana para Hawariyyun (ٱلْحَوَارِيُّونَ) iaitu pengikut dan teman rapat Nabi Isa a.s yang setia.
- Kemudian Allah s.w.t memberi satu janji yang benar bahawa orang beriman akan mendapat kemenangan ke atas musuh-musuhnya jika mereka ikhlas berjuang kepada Allah s.w.t.
- Dalam siri yang lepas Allah s.w.t tawarkan satu perniagaan yang menguntungkan iaitu berniaga dengan Allah tetapi syaratnyna ialah WAJIB IKHLAS!
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t galakkan kempen besar-besaran untuk berjihad fi-sabilillah dan letakkan perasaan cinta rindu kita untuk untuk melakukan perniagaan dengan Allah s.w.t.
Allah juga telah berjanji dengan janji yang besar bahawa sesiapa yang berjihad dan berperang, mereka akan diberi khabar gembira tentang kemenangan-kemenangan di dunia dan syurga di Akhirat.
Maka pasti sekali jiwa-jiwa orang beriman merindui janji kemenangan di dunia dan balasan syurga ini!
ii- Tetapi Allah s.w.t telah nyatakan bahawa syarat utamanya untuk berniaga dengan Allah wajib ikhlas, jika tidak akan sia-sia sebagaimana kisah tiga orang dalam hadis Rasulullah s.a.w sebelum ini, yang mana mereka dipanggil awal di Akhirat nanti (pembaca al-Quran, pemberi sedekah dan mujahid) tetapi mereka hilang pahalanya kerana tidak ikhlas dan Allah s.w.t mencemuh mereka!
iii- maka dalam ayat ini Allah menyeru orang beriman agar menjadi pembela, penolong agama Allah s.w.t!
Bagaimana caranya- kita lihat dalam ayatnya di bawah.
- Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan orang yang ikhlas, walaupun mulut tidak mengucapkannya tetapi biarlah hati sentiasa ikhlas!
AYAT 14- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JADIKANLAH DIRI KAMU PEMBELA-PEMBELA (AGAMA) ALLAH SEBAGAIMANA (KEADAAN PENYOKONG-PENYOKONG) NABI ISA IBNI MARYAM (KETIKA IA) BERKATA KEPADA PENYOKONG-PENYOKONGNYA ITU: \”SIAPAKAH PENOLONG-PENOLONGKU (DALAM PERJALANANKU) KEPADA ALLAH (DENGAN MENEGAKKAN AGAMANYA)?\” MEREKA MENJAWAB: \”KAMILAH PEMBELA-PEMBELA (AGAMA) ALLAH!\” (SETELAH NABI ISA TIDAK BERADA DI ANTARA MEREKA) MAKA SEPUAK DARI KAUM BANI ISRAIL BERIMAN, DAN SEPUAK LAGI (TETAP) KAFIR. LALU KAMI BERIKAN PERTOLONGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN UNTUK MENGALAHKAN MUSUHNYA, MAKA MENJADILAH MEREKA ORANG-ORANG YANG MENANG.} (AS-SAFF 61:14)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru kepada orang yang beriman untuk menjadi pembela dan penolong agama Allah s.w.t { كُونُوٓا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ}!
- Kita tolong agama Allah s.w.t dengan:
i- perkataan kita- berdakwah menyampaikan yang hak. Jihad dengan ilmu dan hujjah yang benar!
ii- perbuatan kita – jihad secara fizikal atau jika ada kuasa amar ma\’ruf dan nahi mungkar.
iii- kita sendiri menyahut seruan agama dengan beriman, beribadat & beramal soleh sebagaimanaa yang diperintah Allah s.w.t. yakni dengan iktikad dan perbuatan kita.
Bukan sekadar slogan yang dilaung atau poster yang digantung; tetapi amalan yang kita buat!
- Menolong Rasulullah s.a.w ialah:
i- menyahut seruan dakwahnya.
ii- belajar & mengamalkan segala ajaran dan Sunnahnya.
iii- mengajar dan menyebarkan Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih. - Kata Ibnu Asyur rhm. maksudnya arahan membela agama Allah di sini ialah:
i- kita beriman dengan agama-Nya.
ii- tetap istiqomah beramal dengan perintah Allah s.w.t & ajaran Sunnah Rasulullah s.a.w.
iii- kita sabar atas perjuangan ini dan penentangan dari orang kafir. - Allah buat bandingan siapa yang sanggup menjadi pembela agama ini sebagaimana para pengikut setia Nabi Isa a.s yang digelar al-hawariyyun, yang menyahut seruan Nabi Isa a.s untuk membantunya.
- Apakah maksud hawariyyun (ٱلْحَوَارِيُّونَ) ini:
Sahabat setia yang membela, menyokong dan mendokong agama dan dakwah Nabi Isa a.s. - Ia boleh dibaca dua-dua Hawariyyun/Hawariyyin (الْحَوَارِيِّـۧنَ/ ٱلْحَوَارِيُّونَ) mengikut kedudukannya dalam ayat, mengikut kaedah nahu bahasa Arab.
- Selepas Nabi Isa a.s bertanya kepada pengikutnya siapa yang mahu membantu dan membelanya dalam menegakkan agama Allah ini. Lalu mereka yang setia dan benar-benar ikhlas ini terus sanggup dan bangun untuk membela mendokong perjuangan Nabi Isa a.s.
- Sebagaimana kata pendakwah: Kita ini lemah apabila berseorangan tetapi akan kuat jika bersatu dan ada sokongan dan dokongan dari para sahabat dan pengikut!
Jika seorang kita tidak akan dapat berdakwah, perlu ada penyokong yang setia, mereka yang pakar dalam bidang masing-masing sesuai dengan peredaran zaman untuk membantu dalam gerakan dakwah ini dan menegakkan Sunnah Rasulullah s.a.w. - Firman Allah s.w.t:
{Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): \”Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!\” Mereka menjawab: \”Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)\”} (Al-Maaidah 5:111) - Hadis riwayat Jarir bin Abdullah r.a: Pada hari Rasulullah s.a.w & muslimin dikepung oleh tentera Ahzab di Madinah.
Rasulullah bertanya siapa yang sanggup keluar untuk pergi menyiasat keadaan musuh, dan hanya az-Zubir yang menyahut seruan Baginda s.a.w walaupun selepas dua kali Baginda bertanya.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّ لِكُلِّ نَبِىٍّ حَوَارِيًّا ، وَحَوَارِىَّ الزُّبَيْرُ
\”Setiap Nabi itu mempunyai seorang Hawariyyun (penolong yang setia). Penolongku adalah Az-Zubair.\” [HR Bukhari & Muslim]. - Hadis – riwayat dari Abdullah bin Mas\’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Tidak ada mana-mana nabi yang dibangkitkan oleh Allah s.w.t sebelum aku kecuali akan ada di kalangan mereka al-hawariyyun (pengikut setia) dan sahabat yang patuh.\” [HR ** - Apakah tanda dan ciri-ciri pengikut setia, hawariyyun para Nabi ini:
i- berpegang dengan Sunnahnya. Ikut ajaran setiap nabi masing-masing.
ii- ikut arahan yang diberinya dan tinggalkan larangannya.
Apa yang Rasulullah s.a.w tinggalkan kepada kita sudah lengkap dan sempurna tidak perlu kita ubah, tambah atau tukarkanya lagi. - Selepas para hawariyyun ini akan ada sekumpulan yang
menentang para Nabi pula, mereka kata tetapi tidak buat, mereka buat apa yang tidak diperintahkan, apabila diajak ikut Sunnah tidak minat! - Hadis sabda Rasulullah s.a.w:
\”Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.\” [HR Muslim]. - Selepas Nabi Isa a.s bertanya dan mereka hawariyyun ini menyatakan kesanggupan mereka untuk taat setia dan bersama membantu dalam dakwah nabi Isa atas apa yang Allah s.w.t utuskan atas kebenaran.
- Kata Ibnu Kathir rhm.: Lalu Nabi Isa a.s hantar hawariyyun yang faham Sunnahnya ini untuk pergi dakwah ke Syam di kalangan israil dan yunani yang ada di situ.
- Selepas ketiadaan Nabi Isa.
- Kata Ibnu Kathir rhm.: Apabila Nabi Isa menyampaikan Risalah Allah ini dia disokong oleh hawariyyun, maka ada sebahagian bani Israil yang beriman dan ada yang tidak beriman dan terus sesat.
- Mereka yang sesat ini terbahagi kepada dua:
i- golongan yang tidak beriman dengan Isa bahkan menuduh membuat fitnah jahat bahawa Isa dan ibunya sebagai anak yang tidak sah. Inilah golongan yahudi yang dilaknat.
ii- golongan yang melampau memuja melebihi kenabaian dan menganggap nabi Isa a.s adalah anak tuhan- kita jangan sekali bergembira seolah menyokong mereka ini!
21. Kita orang muslim beriman bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang manusia biasa, hamba Allah yang dilantik menjadi nabi & rasul untuk umatnya. Isa bukan anak Tuhan juga bukan anak zina!
22. Selepas Nabi Isa tiada diangkat ke langit, pengikut setia Nabi Isa ini kekal berdakwah dan beramal dengan Kitab Injil yang ada di tangan mereka. Lalu Allah s.w.t beri kemenangan kepada mereka ke atas musuh-musuh mereka!
Kata Ibnu Atiyah rhm.: Ini adalah selepas Nabi Isa diangkat ke langit dan sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w.
23. Apabila Rasulullah s.a.w diutuskan, pastilah ia adalah untuk pengikut Baginda dan ahli Kitab yang tidak menyeleweng ini beriman pula Baginda s.a.w. Maka kemenangan yang Allah s.w.t berikan adalah kepada orang Islam umat nabi Muhammad yang beriman kepada Allah & Rasulullah s.a.w!
24. Ahli kitab yang menyeleweng mereka telah merubah kitab yang asal. Ajaran dan tafsirannya adalah mengikut hawa-nafsu mereka!
25. Kita hari ini yang ada kitab al-Quran & Hadis-hadis Nabi s.a.w di tangan kita hendaklah berpegang dengan dua sumber yang utama ini dengan mengikut tafsir & huraian hadis oleh ulama\’ yang muktabar lebih-lebih lagi ulama\’ salafus-soleh yang telah berusaha memahamkan umat ini.
Jangan tafsir Quran & hadis sendiri kerana kita tiada kemampuan dan kepakaran. Kemudian datang ulama\’ semasa samada dalam bidang tafsir & hadis mereka telah mengumpulkan semuanya untuk kemudahan kita.
26. Zaman kita ini hadis telah dikumpulkan & di masukkan sebahagian besarnya dalam applikasi tertentu untuk mempermudahkan kita memeriksa dan menyemak sesuatu hadis. Mengikut teknologi yang sesuai dengan zaman ini.
Antaranya untuk semak Hadis- boleh baca di sini: https://semakhadis.com/
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 14- {Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah}- kata ulama\’ ayat ini menjadi hujjah & dalil yang jelas bahawa wajibnya kita beramal dengan amar ma\’ruf & nahi mungkar.
Tidak syak lagi untuk untuk menegak agama ialah dengan melakukan kebaikan.
Apabila kita bekerja untuk membela agama Allah maka Allah s.w.t akan menolong kita. Membela agama Allah adalah apabila melihat perkara mungkar dalam keluarga, masyarakat dan negara kita; wajib kita tegah dan tegur semampu kuasa dan kudrat kita!
Bukan hanya lihat sahaja sehingga seolah ia menjadi satu normalisasi dalam masyarakat!
Siapa yang menentang agama ini wajib kita menentangnya. Inilah ciri-cirinya orang yang membela agama Allah, menegakkan agama Allah walaupun ditentang dan dihalang itulah Ansarullah.
Jadikanlah kami sesama orang yang membela agamamu dan menyebarkan Sunnah Nabi-Mu s.a.w.
- Bagaimanakah caranya untuk kita membela agama Allah ini?
Sebagaimana kata ulama\’ dalam tafsir tadi; membela agama Allah ialah dengan:
i- menegakkan ajarannya!
ii-belajar Kitab Allah & Sunnah Nabi s.a.w,, beramal dengannya dan sebarkannya kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, dengan ahli keluarga yang dekat, sahabat handai serta perkenakalkan Islam ini kepada non muslim yang kita kenal! Buatlah setakat kemampuan yang kita ada. - Siapakah al-Ansariyyun- pembela agama Allah (أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ) ini?
Ulama\’ mengatakan dalam ayat ini disebut al- hawariyyun ini asalnya ialah gelaran untuk orang yang betul-betul ikhlas membela, menyokong dan membantu Nabi Isa a.s.
Kemudian ia adalah umum penyokong dan pembela bagi semua Rasul- orang yang membela agama Allah dan Sunnah Rasulullah maka ia adalah hawariyyun.
Sepertimana dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa az-Zubir a.s adalah penolong atau hawariyyunnya.
Marilah kita menjadi hawariyyun Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan Sunnahnya, pembela dan penyebarnya walaupun akan mendapat tentangan, akan dituduh dan dilabelkan.
Begitulah mahal harganya untuk menyebarkan Sunnah kepada masyarakat. tetapi jangan sampai membawa mudharat.
- Ayat 14- {(Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir.}- begitulah manusia dalam dunia ini pasti ada pertembungan dan perpecahan.
Umat Nabi Isa ada yang menerima dakwahnya lalu beriman ada juga yang tetap kafir tidak beriman dengannya.
Mereka yang ikut ini pula ada yang betul seperti para hawaryyun dan ada yang sesat dan melampau.
Yang sesat ini pula terbahagi dua sebagaimana yang kita baca dalam surah al-Fatihah:
i- Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ)- iaitu puak yahudi yang melampau menuduh Nabi Isa sebagai anak tak sah taraf (anak zina).
ii- Dan bukan jalan orang yang sesat (وَلَا الضَّالِّينَ) ;- mereka yang ghuluw terlampau taksub pula kepada Nabi Isa iaitu puak Nasrani yang mendakwa Isa adalah anak Tuhan!
Manakala aqidah kita adalah ikut ajaran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, beriman kepada Nabi Isa a.s dengan tidak melampau atau terlalu taksub. Kita beriman bahawa Isa a.s adalah hambanya yang dilantik menjadi nabi & rasul-Nya. Dia sekarang diangkat ke langit dan akan diturunkan apabila tiba saatnya dekat Kiamat nanti.
- Ayat 14- {Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.} – ayat ini memberi khabar gembira kepada orang beriman dengan janji pertolongan dan sokongan dari Allah.
Tetapi dengan syarat selagi kamu membela kebenaran agama dan Sunnah ini serta bersatu pada atas Kitab dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Juga ikhlas beriman dan beramal kepada Allah s.w.t, jangan berpecah dan berkelahi sesama sendiri barulah kamu beroleh kemenangan ke tas musuh-musuh Islam.
Pertolongan dan bantuan Allah yang penuh bagi orang yang imannya sempurna.
Jika imannya kurang, kuranglah bantuan.
Inilah pertolonga yang bersyarat; Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu dan tetapkan pendirian kamu.
Alhamdulillah tamatlah kita surah as-Saff ini semoga mendapat manfaat, pengajaran dan iktibar yang sepatutnya sebagai pedoman hidup kita dunia & Akhirat.