PENDUSTA TERHADAP ALLAH, NAK PADAM CAHAYA ISLAM & ISLAM AKAN MENANG.
Full video : https://youtu.be/pmOMoNq_AOo
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t memberi amaran keras kepada para pendusta yang mereka-reka cerita terhadap Allah s.w.t. Inilah orang yang paling zalim atas dunia ini.
- Mereka buat tuduhan kepada Allah ini kerana cuba untuk memadam cahaya Islam dari tersebar di atas muka bumi ini.
- Kemudian Allah beri jaminan bahawa Islam akan tetap berkembang & menang walaupun dibenci oleh orang kafir dan musyrikin.
AYAT 7- {DAN TIDAK ADA YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG MENGADA-ADAKAN PERKARA DUSTA TERHADAP ALLAH, SEDANG IA DIAJAK KEPADA MEMELUK ISLAM; DAN (INGATLAH), ALLAH TIDAK MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM.} (AS-SAFF 61:7)
- Tiada orang yang lebih zalim selain dari mereka yang apabila diajak kepada Islam dia menolaknya dan berbuat dusta kepada Allah s.w.t & Rasul-Nya pula!
- Mereka yang didakwah kepada Islam ini samada ahli Kitab Taurat atau Injil; jawapan mereka tetap sama seperti jawapan mereka yang menolak dakwah Isa a.s dulu juga!
- Kata Ibnu Jarir rhm.: Antara tuduhan jahat yang mereka lemparkan kepada Rasulullah s.a.w ialah: tukang sihir, penyair, orang gila dan seumpamanya!
- Kata al-Qurtubi rhm.: Mereka ini tetap kufur dan ingkar walaupun selepas melihat mukjizat dan keajaiban sebagai bukti dalil yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!
- Allah s.w.t juga berfirman tentang perbuatan mereka ini yang membuat tuduhan kepada Allah s.w.t:
{Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?} (Al-\’Ankabuut 29:68) - Maka kita sebagai orang yang beriman; jangan turut bergembira dan mengucap tahniah tanpa keperluan atas perayaan mereka, kumpulan yang mendakwa Tuhan ada anak!
Ada keperluan; seperti anak yang memeluk Islam masih ada ibu bapa yang kafir lalu mengucapkan kepada mereka untuk melembutkan hati mereka.
- Firman Allah s.w.t:
{Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, –
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.} (Maryam 19: 89-92) - Kita mengakui dan beriman bahawa Nabi Isa a.s itu adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, bukan anak tuhan seperti yang didakwa golongan itu!
Maka kita berhati-hatilah dengan perangkap syaitan yang datang dari pelbagai sudut dan dimensi! - Allah memberi ancaman bahawa Dia tidak akan memberi taufik petunjuk, hidayah kepada jalan yang benar bagi mereka yang berbuat dusta kepada Allah dan Rasul-Nya!
- Tetapi jika mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Allah s.w.t akan menerima taubat mereka dan memberi hidayah kepada mereka untuk berada di atas jalan yang benar.
AYAT 8- {MEREKA SENTIASA BERUSAHA HENDAK MEMADAMKAN CAHAYA ALLAH (AGAMA ISLAM) DENGAN MULUT MEREKA, SEDANG ALLAH TETAP MENYEMPURNAKAN CAHAYANYA, SEKALIPUN ORANG-ORANG KAFIR TIDAK SUKA (AKAN YANG DEMIKIAN).} (AS-SAFF 61:8)
- Golongan kafir ini akan sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Islam dengan mulut mereka yakni perkataan dan perbuatan. Mereka cuba menghalang Islam dari berkembang dan tersebar.
- Kata Ibnu Kathir rhm.: Mereka cuba menolak kebenaran dengan perkara yang batil. Bandingan orang yang mahu memadamkan cahaya Allah atau cahaya Islam ini adalah seperti orang yang cuba memadamkan cahaya matahari dengan meniup dengan mulutnya! Ini adalah satu perbuatan yang sia-sia dan mustahil untuk berjaya!
- Ini kerana Allah s.w.t telah memberi jaminan-Nya akan kemenangan agama ini. Islam akan sampai dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia, selagi ada manusia, selagi ada bulan bintang; walaupun dibenci oleh orang kafir!
AYAT 9- {DIA LAH YANG TELAH MENGUTUS RASULNYA (MUHAMMAD S.A.W) DENGAN MEMBAWA HIDAYAH PETUNJUK DAN AGAMA YANG BENAR (AGAMA ISLAM), SUPAYA IA MEMENANGKANNYA DAN MENINGGIKANNYA ATAS SEGALA AGAMA YANG LAIN, WALAUPUN ORANG-ORANG MUSYRIK TIDAK MENYUKAINYA.} (AS-SAFF 61:9)
- Allah menyatakan bahawa Dia telah mengutuskan Rasul-Nya Muhammad s.a.w dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar iaitu agama Islam.
- Rasulullah s.a.w membawa:
i- Petunjuk (ٱلْهُدَىٰ) iaitu: Ilmu yang bermanfaat. Yang Mengandungi iman dan aqidah yang benar terhadap Allah s.w.t dan mengetahui hukum-hakam Allah.
ii- Agama yang benar (وَدِينِ ٱلْحَقِّ) pula ialah: agama yang mengandungi amalan soleh di dunia & Akhirat.
- Tujuannya ialah kerana Allah s.w.t mahu memenangkan dan meninggikan agama Islam ini atas segala agama yang lain!
- Ini kerana Allah s.w.t telah berjanji akan memberi pertolongan kepada Islam agar menang samada melalui:
i- senjata iaitu berperang dengan orang kafir.
Umat Islam hari ini mungkin lemah dari segi fizikal & senjatanya sekarang.
ii- dalam hujjah dan perdebatan yang benar! Alhamdulillah sepanjang zaman akan lahir para ulama\’ dan pendebat Islam yang fasih dan petah berdebat dengan pakar agama lain dan selalunya hujjah mereka yang benar dan mantap menjadi satu dakwah kepada non-muslim untuk menerima Islam.
- Kata Ibnu Jarir rhm. maksudnya ialah: Allah s.w.t akan memberi kemenangan kepada Islam atas musuh-musuhnya dengan silih berganti.
Kita dapat lihat dan ambil iktibar dari sejarah Islam bagaimana Islam awalnya lemah kemudian berkembang maju dan pernah memerintah 1/3 dunia dulu, kemudian jatuh kembali sekarang!
Apabila Nabi Isa a.s turun ke dunia Islam akan berkembang kembali dan semua mencapai kemenangan atas dunia ini. Dia akan patahkan semua salib dan membunuh babi-babi. Agama menjadi satu iaitu hanya Islam yang ada ketika itu.
Kemudian Islam akan lemah kembali dan hilang terus atas dunia ini. Ini kerana Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila tiada lagi manusia yang kenal Islam.
- Hadis- dari UM Aisyah r.a bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Malam dan siang tidak akan hilang sehingga Lata dan Uzza disembah.\”
Aisyah berkata, \”Wahai Rasulullah, saya menyangka apabila Allah S.W.T menurunkan ayat ini (as-Saff-9):
{Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama kebenaran agar da memenangkannya atas semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya,}
Maka ia telah sempurna (yakni berakhirlah kesyirikan).\”
Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Perkara itu akan terjadi sesuai dengan kehendak Allah, kemudian Allah mengembuskan angin yang sejuk, lalu matilah semua orang-orang yang dalam hatinya ada keimanan seberat biji sawi pun. Dan tinggallah orang-orang yang tidak memiliki kebaikan (iman). Mereka lalu kembali kepada agama nenek moyang meraka.\” [HR Muslim]. - Hadis- Allah s.w.t kecilkan bumi ini:
عن ثوبان، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: \” إن الله زوى لي الأرض، فرأيت مشارقها ومغاربها، وإن أمتي سيبلغ ملكها ما زوي لي منها،….
Dari Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Sesungguhnya Allah mempaparkan belahan bumi untukku, maka saya pun melihat timur dan baratnya, dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan mencapai apa yang telah dipaparkan untukku dari belahan bumi itu…\”. [HR Muslim].
- Hadis tentang kelebihan bersabar: daripada Khabbab bin al-Art r.a yang sudah tidak tahan diseksa oleh musyrikin Makkah.
Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah S.A.W ketika Baginda S.A.W beralaskan sehelai kain berteduh di sisi Ka\’bah.
Kami berkata: Tidakkah Baginda S.A.W memohon pertolongan kepada kami?
Tidakkah Baginda S.A.W berdoa kepada kami?. Lalu Baginda S.A.W bersabda:
قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ
Maksudnya: \”Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.
Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua.
Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam).
Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San\’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah S.W.T dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)\”.
[Riwayat al-Bukhari (6943)]
- Allah s.w.t tutup ayat ini dengan berfirman bahawa kemenangan Islam ini akan berlaku {walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.}
- Dalam ayat 8 sebelum ini Allah sebut: {sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).}
Ini menunjukkan kedua golongan ini tidak akan senang dengan kemenangan dan kejayaan Islam dan umat Islam. Semua kafir akan bersatu dan mempunyai niat jahat yang sama terhadap Islam. Maka kita pun JANGAN turut suka dan bersekongkol menyokong mereka!
- Allah s.w.t pelbagaikan sebutan agar kita nampak ciri-cirinya dan sedar bahawa walaupun kafir itu nampak baik dan tidak nampak menentang mereka tetapi tidak akan suka akan kemenangan Islam.
- Satu lagi ialah golongan munafiq yang berpura dan menyamar sebagai Islam secara zahirnya. Sehinggakan mereka dapat memporak-perandakan kesatuan umat Islam dari dalam, sebagai musuh dalam selimut!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 7- {Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.} – dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa orang yang paing zalim mereka yang berbuat dusta terhadap Allah.
Tetapi ia seolah bertentangan dengan ayat- ayat lain dalam firman Allah s.w.t ini:
i- {Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?} (Al-Baqarah 2:114)
ii- {Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.} (Al-Kahfi 18:57)
JAWAPAN :
Tiga kezaliman dalam tiga ayat ini tidak bercanggah. Semuanya adalah satu kezaliman tetapi mereka berbeza kategori dan jenis kezaliman. Setiap kumpulan ada kezaliman kategori yang tersendiri:
i- kategori pertama surah as-Saff; zalim dari segi aqidah.
ii- jenis kedua surah al-Baqarah- zalim dari segi amali- sekat atau halang orang dari ikut Islam & Rasulullah s.a.w.
iii- orang yang tidak dengar kata- iaitu lari apabila diajak atau didakwah kepada Islam.
Maka jelaslah tidak bercanggah, ketiganya adalah zalim mengikut kategori masing-masing.
Ayat ini menunjukkan bahawa kezaliman yang paling berat ialah terhadap diri sendiri iaitu zalim dengan syirik kepada Allah s.w.t! Allah tidak akan beri keampunan kepada orang yang syirik.
- Ayat 7- {Dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.} – ayat ini menunjukkan satu amaran keras daripada melakukan kezaliman.
Ia samada:
i- zalim kepada diri sendiri dengan kufir, syirik atau berbuat maksiat.
ii- atau zalim kepada orang lain.
Maka zalim seseorang itu makin jauh dia dari Allah s.w.t dan hidayah-Nya. Sesiapa yang meninggalkan kezaliman Allah s.w.t akan memberinya hidayah!
Kata ulama\’ tentang kelebihan tadabbur:
Sesiapa yang tadabbur al-Quran dengan niat untuk mencari hidayah, petunjuk dari Allah Azza wa Jalla, maka Allah s.w.t akan cerahkan hatinya, lapangkan dadanya dan buka mindanya untuk mendapat hidayah Allah s.w.t!
- Ayat 8- {Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka,}- tidak mungkin akan berjaya orang yang cuba memadamkan cahaya agama Allah ini. Seperti kata Ibnu Kathir tadi, tidak mungkin dan mustahil untuk seseorang menghapuskan agama Allah atas dunia ini!
Kemudian Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia akan menyempurnakan agama-NYA.
{ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ}.
Timbul persoalan; apakah agama Islam yang ada itu belum sempurna yakni ada kekurangan sehingga Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia akan sempurnakannya?
Jawapan:
Penyempurnaan itu berlaku mengikut kesan kepada kekurangan yang berlaku.
Contoh:
Sesetengah negara itu (seperti Jepun atau Eropah) malap agama Islamnya kerana penduduknya tidak mengenal Islam dan amat sedikit yang beriman.
Kita juga tidak perlu pergi jauh, tengok saja negara-negara jiran kita seperti Thailand, berapa peratus penduduknya yang Islam.
Manakala Indonesia walaupun ramai Islam tetapi aqidah dan amalan mereka amat rapuh dan lemah. Inilah maksudnya kekurangan yang akan disempurnakan Allah, bukan agama Islam itu tidak sempurna.
Maka Allah akan beri sokongan dan menyampaikan cahaya Islam ke situ dengan memberi sokongan dan dokongan kepada para pendakwah untuk menyeru dan berdakwah kepada Islam.
Islam akan sempurna dan naik apabila tiba masanya suatu hari nanti!
Cahaya Islam akan kembali bersinar naik dengan sempurnanya.
- Ayat 9- {Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam),} Allah s.w.t sebut dua perkara dalam ayat ini.
Iaitu dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ini mengandungi dua asas:
i- petunjuk (ٱلْهُدَىٰ) itu ialah ilmu yang bermanfaat, betul sebagai yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
ii- agama yang benar (وَدِينِ ٱلْحَقِّ) iaitu amal soleh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w!
Cara hidup dan beragama yang benar, bukan YANG direka-reka dan bukan amal yang benar dari Rasulullah s.a.w dan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t! (متابعة الرسول).
Perjalanan agama ini tidak akan diterima dan nak betul mesti ada dua:
i- ikhlas kerana Allah s.w.t
ii- ikut ajaran Rasulullah s.a.w.
- Ayat 9- {Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam),- agama ini tidak akan sempurna perjalanan kecuali manusia ikut dua asas ini-:
i- petunjuk iaitu ilmu yang diterima dari Allah s.w.t maka kita akan tahu yang benar.
ii- serta dengan agama yang benar iaitu amal soleh atau ibadat yang betul; ikut Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih dan warid dari Baginda s.a.w.
Ulama\’ ahli Sunnah mengatakan agama kita ini jelas, kita dilarang untuk mereka-reka sendiri ibadat, sesiapa yang membuat rekaan bid\’ah maka akan terolak ibadatnya.
Ambillah agama ini sebagaimana yang ditafsir digariskan oleh ulama\’ salafus-soleh dan ulama\’ muktabar selepas mereka, itulah perjalanan agama yang benar dan mantap. Cukuplah apa yang kita belajar, tidak perlu kita koyak & goyah.
SEBAGAI PENUTUP :
Sempena tarikh ini yang didakwa oleh golongan kafir hari kelahiran Nabi Isa sebagai anak tuhan, maka kita sebagai pengikut Nabi s.a.w berhati-hatilah agar jangan kita jangan turut bergembira dengan mereka.
Kerana Allah s.w.t telah berfirman dalam ayat di atas tadi bagaimana langit dan bumi hampir terbelah kerana murkanya dengan dakwaan itu!
Mahukan kita ikut bergembira dengan mereka? Ini satu tuduhan yang sangat jahat terhadap Allah s.w.t!
Manusia pun jika kita tuduh anak orang lain sebagai anaknya pun akan marah!
Inikan pula menuduh Allah s.w.t yang Maha Agung dan Maha Kaya sebagai ada anak!
Inilah perjalanan agama kita, jangan kita goyah, ikut terseleweng atas nama toleransi dan sebagainya!