MUQADDIMAH INTISARI SURAH, MUNASABAH & ALLAH BERSUMPAH DENGAN MATAHARI, BULAN & KEPENTINGAN MEMBERSIHKAN JIWA.
Full video : https://youtu.be/gw7wJK-JGl8?si=Ab2gNAgdUd_HSgU8
MUQADDIMAH SURAH :
- Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini, Selasa 24 Zulqa\’dah 1444H bersamaan 13hb Jun 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Asy-Syams – سورة الشمس.
- Surah Asy-Syams – سورة الشمس adalah surah ke-91 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang keempat-belas dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Balad – سورة البلد. Mengandungi 15 ayat yang pendek.
- Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
NAMA SURAH :
- Dinamakan surah ini sebagai:
i- Surah Asy-Syams – سورة الشمس yang bermakna {Matahari} kerana pada awal surah & ayat-ayat berikutnya Allah s.w.t bersumpah dengan matahari dan makhluk-makhluk yang lain:
Bahawa sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah bersih dengan iman dan amal kebajikan.
Dan hampalah orang yang menjadikan dirinya yang asalnya bersih atas fitrah itu, susut & terbenam kebersihannya dengan sebab kotoran maksiat & kemungkaran.
- Surah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
i- surah Wasy-Syams { وَٱلشَّمْسِ}
ii- penuh ayat pertama: { وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا} - Dalil nama & kelebihan surah Asy-Syams – سورة الشمس ini hadis tentang kisah Mu\’az yang membaca surah yang panjang dalam solat Isya bersama penduduk kampungnya yang merasa kepenatan kerana mereka telah bekerja kuat pada siangnya!
Lalu sahabat mengadu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w menasihatinya dan menganjurkan membaca beberapa surah yang sederhana panjangnya, antara yang disebut namanya ialah surah Asy-Syams – سورة الشمس. [HR Bukhari & Muslim].
Yakni para imam mesti tengok keadaan dan suasana makmum serta masa.
INTISARI KANDUNGANNYA :
- Menegaskan tentang perihal manusia yang telah diciptakan Allah s.w.t serta menyempurnakan kejadiannya.
Serta mengilhamkan kepadanya, memperkenalkan kepadanya jalan yang membawanya kepada kebaikan & kejahatan.
Maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk memilih & bertanggung-jawab atas pilihannya!
- Jika dia memilih jalan yang membawa kepada kebaikan iaitu beriman & bertaqwa; maka selamatlah dia di dunia & akhirat.
Jika sebaliknya maka buruklah akibatnya. - Sebagai contoh diceritakan perihal kaum Nabi Soleh iaitu kaum Ad yang memilih jalan yang membawa mereka kepada kejahatan lalu mereka menderhaka kepada Allah & rasul-Nya.
- Maka akibatnya mereka dibinasakan dengan azab sehingga hancur-lebur dan Allah s.w.t tidak hiraukan mereka itu kerana itu adalah balasan yang adil.
MAQASID/OBJEKTIF SURAH :
- Antara objektifnya yang terpenting ialah galakan untuk melakukan ketaatan & amaran supaya menjauhkan diri daripada maksiat.
- Amaran kepada puak kafir musyrik bahawa mereka akan ditimpa azab sebagaimana yang ditimpakan ke atas orang terdahulu dari mereka!
ISU PENTING DALAM SURAH :
- Allah s.w.t memulakan surah ini dengan bersumpah dengan makhluk-Nya yang besar iaitu matahari!
Ini menunjukkan indahnya penciptaan makhluk oleh Allah s.w.t! - Allah sebut tentang nafsu manusia & tingkatannya dalam memilih jalan yang betul & petunjuk atau sebaliknya memilih jalan yang salah & sesat!
- Allah nyatakan eloknya orang yang memebrsihkan dirinya dari noda & maksiat serta sifat yang keji.
Serta betapa buruknya akhir kesudahan orang yang menurut hawa nafsu dalam dunia ini. - Allah s.w.t sebut tentang kebinasaan kaum Thamud & memberi pengajaran kepada puak kafir; jika kamu tidak mahu menjadi binasa seperti mereka ,jangan buat perangai begitu!
MUNASABAH SURAH ASY-SYAMS DENGAN SURAH AL-BALAD- سورة البلد SEBELUMNYA :
Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Balad – سورة البلد:
- Di akhir surah al-Balad Allah s.w.t memperkenalkan tentang penerima surat tangan kanan {أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَة} & tangan kiri {أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ}.
ii- maka dalam surah ini Allah s.w.t nyatakan siapakah golongan ini:
a- golongan kanan ialah yang orang membersihkan dirinya dari kekotoran syirik & maksiat.
b- golongan kiri ialah mereka yang merosakkan dirinya dengan sifat mazmumah seperti syirik, dosa & maksiat!
- Dalam surah al-Balad Allah sebut tentang ke mana hala tuju orang kafir di akhirat; iaitu neraka.
ii- dalam surah ini juga pada akhirnya Allah s.w.t nyatakan bahawa kafir akan dibinasakan di dunia lagi sebelum mereka dibinasakan pula dengan azab di akhirat!
Inilah kaitan antara dua surah ini.
Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَة} orang yang menerima suratan dengan tangan kakan lalu layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 1- {DEMI MATAHARI DAN CAHAYANYA YANG TERANG-BENDERANG;} (ASY-SYAMS 91:1)
- Allah s.w.t bersumpah dengan matahari DAN dengan cahayanya yang terang-benderang!
AYAT 3- {DAN BULAN APABILA IA MENGIRINGINYA;} (ASY-SYAMS 91:2)
- Kemudian Allah bersumpah dengan bulan yang mengiringinya.
Bulan ini tiada cahayanya sendiri, ia hanya mengiringi & menumpang cahaya matahari yang meneranginya. - Munasabah ayat:
i- apabila Allah s.w.t sebut tanda-tanda kekuasaan-Nya pada siang hari- pasti akan diikuti dengan tanda-tanda kekuasaan-Nya pada malam hari juga.
Allah tidak akan biarkan tanda ini begitu saja, ini supaya jelas nampak kepada manusia dalil kekuasaan-Nya!
AYAT 3- {DAN SIANG APABILA IA MEMPERLIHATKANNYA DENGAN JELAS NYATA;} (ASY-SYAMS 91:3)
- Allah s.w.t bersumpah yang keempat iaitu dengan siang apabila ia jelas nyata cerahnya!
- Setelah disebut matahari; Allah s.w.t bersumpah dengan siang kerana tidak mungkin ada siang tanpa ada matahari- sepertimana tidak mungkin hidup tubuh badan (jasmani) tanpa adanya jiwa (nafas) dan tanpa akal!
AYAT 4- {DAN MALAM APABILA IA MENYELUBUNGINYA (DENGAN GELAP- GELITA),} (ASY-SYAMS 91:4)
- Kiamat dengan malam apabila kegelapan menyelubunginya!
- Setelah siang ia diikuti dengan malam kerana manusia tidak akan dapat hidup dengan siang sahaja tanpa malam untuk berehat & melindunginya!
AYAT 5- {DEMI LANGIT DAN YANG MEMBINANYA (DALAM BENTUK YANG KUAT KUKUH – YANG MELAMBANGKAN KEKUASAANNYA);} (ASY-SYAMS 91:5)
- Setelah sebut siang & malam, Allah bersumpah pula dengan langit yang terbina kukuh!
- Langit ini adalah sebagai asas tempat kepada bulan & matahari yang telah disebut!
- Firman Allah s.w.t:
{Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya);} (Al-Baqarah 2:22)
AYAT 6- {SERTA BUMI DAN YANG MENGHAMPARKANNYA (UNTUK KEMUDAHAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA);} (ASY-SYAMS 91:6)
- Allah bersumpah dengan bumi pula, yang terhampar luas dari segenap sudutnya yang luas.
- Selepas disebut langit mesti diiringi dengan bumi pula, inilah pasangannya dan uslub al-Quran yang tersusun & indah.
Apabila disebut yang di atas disebut pula yang di bawah, lengkap dalilnya!
AYAT 7- {DEMI DIRI MANUSIA DAN YANG MENYEMPURNAKAN KEJADIANNYA (DENGAN KELENGKAPAN YANG SESUAI DENGAN KEADAANNYA);} (ASY-SYAMS 91:7)
- Allah bersumpah dengan semua jiwa & diri manusia yang bernyawa.
Ada kata maksudnya Nabi Adam a.s. tetapi lebih kuat pendapat yang mengatakan ia adalam umum untuk semua jiwa.
- Allah s.w.t telah menciptanya serta perelokkan keadaan rupa-bentuk fizikalnya & dilengkapkan pula dengan akal!
AYAT 8- {SERTA MENGILHAMKANNYA (UNTUK MENGENAL) JALAN YANG MEMBAWANYA KEPADA KEJAHATAN, DAN YANG MEMBAWANYA KEPADA BERTAQWA;} (ASY-SYAMS 91:8)
- Allah s.w.t beri manusia akal untuk berfikir, supaya manusia dapat menimbang & membuat pilihan sendiri!
- Yakni Allah s.w.t perkenalkan kepada manusia dua jalan untuk dipilihnya, kamu ada akal dan ada otak maka pilihlah mana yang kamu mahu! Ini adalah peringatan dari Allah s.w.t!
AYAT 9- {SESUNGGUHNYA BERJAYALAH ORANG YANG MENJADIKAN DIRINYA – YANG SEDIA BERSIH – BERTAMBAH-TAMBAH BERSIH (DENGAN IMAN DAN AMAL KEBAJIKAN),} (ASY-SYAMS 91:9)
- Allah beri dua jalan tetapi kamu jangan salah pilih jalan!
Jalan yang baik & betulnya ialah orang telah membersihkan jiwanya, memurnikan daripada syirik & kufur dari segala maksiat & sifat yang buruk.
Serta menyuburkannya dengan iman & ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh & akhlak mulia yang terpuji! - Semoga kita menjadi manusia yang memilih jalan yang benar, jalan kebaikan, yang sentiasa membersihkan jiwa, memperbaiki dirinya dan menyelamatkannya daripada sifat-sifat yang buruk!
AYAT 10- {DAN SESUNGGUHNYA HAMPALAH ORANG YANG MENJADIKAN DIRINYA – YANG SEDIA BERSIH – ITU SUSUT DAN TERBENAM KEBERSIHANNYA (DENGAN SEBAB KEKOTORAN MAKSIAT).} (ASY-SYAMS 91:10)
- Pada akhir surah Allah katakan bahawa celaka & rugilah orang yang telah menghinakan dirinya dengan berlaku kufur, melakukan maksiat & mungkar, perangai buruk serta dosa-dosa yang banyak terhadap Allah Azza wa Jalla.
- Demikianlah Allah s.w.t telah bersumpah dengan makhluk-makhluk yang dipilih-Nya, apa saja yang dia mahu.
Manakala kita makhluk-Nya tidak boleh bersumpah dengan yang lain selain daripada dengan nama Allah s.w.t & sifa-sifat-Nya yang mulia!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 1- {Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;}- sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam beberapa siri surah sebelum ini bahawa Allah bebas bersumpah dengan apa saja dari kalangan makhluk-Nya yang dikehendaki-Nya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya.
ii- Tetapi kita manusia hanya boleh bersumpah dengan nama Allah s.w.t & sifat-Nya yang Maha Agung & mulia.
Apabila Allah s.w.t bersumpah dengan makhluk yang dipilih-Nya ini menjadi dalil kepada besarnya makhluk itu, perlu kita perhatikan kepada dalil yang menunjukkan kepada keagungan, keEsaan dan kesempurnaan ciptaan Allah s.w.t itu.
Yakni apabila Allah besumpah kita kena celik mata, buka telinga, kena ambil perhatian dan perhatikan baik-baik bukan hanya sekadar lalu & lihat. Kena ambil perhatian & peringatan.
Allah bersumpah dengan 8 perkara dalam surah ini, dengan tertib makhluk yang di atas, di bawah, yang jauh & yang dekat, siang & malam; juga yang paling hampir dengan kita iaitu diri kita sendiri, yang kita kena perhati & fikirkannya!
- Ayat 3- {Dan bulan apabila ia mengiringinya;}- demi bulan apabila ia mengiringi matahari.
Ayat ini memberi isyarat bahawa bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri. Bulan mengambil cahayanya dari matahari yakni dari pantulannya sahaja. Yakni apabila matahari memancarkan cahayanya ke bumi, pantulan cahayanya mengenai kepada bulan. Bulan itu sendiri tidak bercahaya.
Ini termasuk dalam keajaiban mukjizat al-Quran- ilmu sains yang ada dalam al-Quran! Allah s.w.t ajar kepada kita tentang perjalanan dan keistimewaan tiga perkara ini yang perlu kita perhatikan.
Kenapa Allah s.w.t tekankannya tiga perkara ini; langit, bumi & diri kita serta mengulang-ulangnya selalu?
Jawapan: Ini kerana untuk mencari dalil terhadap benda yang kita tidak nampak kita mesti buktikannya dengan benda yang dapat dilihat (boleh nampak).
{ الاستدلال على الغائب لا يمكن الا بالشاهد}
Untuk kita manusia mencari bukti terhadap Allah yang kita tidak nampak; maka kita buktikannya dengan benda yang boleh dilihat seperti kejadian alam yang paling tinggi iaitu langit, alam yang paling rendah iaitu bumi serta yang paling hampir iaitu lihat kepada kejadian manusia itu sendiri.
Kerana itu Allah s.w.t sebut-bawa tanda & bukti melalui tiga perkara ini; atas, bawah & diri kita! Tidak perlu pergi jauh lagi!
- Ayat 7- {Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);}- Allah s.w.t cipta manusia kemudian lengkapkannya dengan alat untuk menerima maklumat iaitu akal untuk memilih samada yang baik atau yang buruk!
Telah dipasang juga dalam diri manusia ini dua nafsu:
i- nafsu al-Mutmainnah- yang baik & sukakan kebaikan
ii- nafsu ammarah bis-su\’- yang buruk & mengajak kepada keburukan.
Dua nafsu ini akan saling berlawan; jika nafsu yang baik menang maka kita akan jadi baik, jika nafsu buruk menang kita akan jadi jahat!
Untuk menolong kita memilih Allah juga telah pasang akal kepada manusia.
Tidak cukup dengan akal; Allah s.w.t utuskan rasul-rasul untuk membimbing manusia ke arah kebenaran.
Kita umat Muhammad- Allah beri wahyu kepada kita melalui Rasulullah s.a.w, Allah beri lorong melalui Nabi s.a.w yang ajar kita al-Quran, ajar Sunnah, ajar ilmu tentang berfikir- maka kita kena berfikir mencari dalil & bukti bahawa Allah s.w.t yang Maha Esa & Berkuasa.
Maka jangan main-main, jangan rasa ikut aku- bebas untuk melakukan apa saja!
Kita ini dibawah kuasa Allah s.w.t, kita tidak boleh lari & kena ikut Syari\’ah yang Allah letakkan ke atas kita kewajipannya!
- Ayat 9- {Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),}- bertuahlah dan bahagialah orang yang telah membersihkan dirinya!
Maksud manusia membersihkan dirinya ada dua kategori:
i- Bersihkan jiwa kita dengan perbuatan & amalan yang baik.
Orang yang melakukan perkara baik dengan perbuatan & amalan untuk bersihkan dirinya!
Yakni taat beribadah kepada Allah; inilah cara yang terpuji dan dimaksudkan oleh ayat ini!
ii- Bersihkan diri dengan perkataan iaitu kita puji diri kita sendiri!
Ini adalah perbuatan yang Allah s.w.t larang sebagaimana dalam firman-Nya:
{Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia-lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.} (An-Najm 53:32)
Kata cerdik-pandai: Suatu perkara yang tak baik untuk kita sebut walaupun betul adalah seseorang itu memuji dirinya sendiri!
Orang yang suka puji diri & kagum dengan dengan dirinya sendiri adalah sifat yang tidak baik- sama seperti burung merak.
Allah larang kita dari puji diri sendiri dengan firman-Nya ini:
{ فَلَا تُزَكُّوٓا۟ أَنفُسَكُمْ} –
maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa).
Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.} (An-Najm 53:32 – }
Macamana pula dengan ayat ini yang Allah menyuruh kita membersihkan diri sendiri?
Ayat ini tidak bercanggah, apabila kita melakukan amal yang baik maka bersihlah diri kita daripada kemungkaran, bersih jiwa dari kekotoran batin.
Yang tidak baik & Allah s.w.t larang di sini ialah kita puji diri sendiri iaitu seperti masuk bakul angkat sendiri.
Pandangan AAM- janganlah kita membuat gelaran & istilah panggilan yang melampau kepada seseorang apatah lagi jika kita sendiri yang meletakkannya.
Jika orang beri & letak- kita nilailah, jika sesuai & berpatutan tidak mengapa tetapi jika tidak munasabah & melampau; kena larang & elak.
- Ayat 9- {Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),} & Ayat 10- {Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).}-
i- mulia & bahagialah manusia yang dapat membersihkan dirinya dengan perkataan, perbuatan & jiwanya dengan ibadah.
Bukan bersihkan diri dengan gilap bodinya!
ii- rugilah orang yang mengotori jiwanya dengan perkara yang tidak baik
Ulama\’ tadabbur kata: Nafsu & diri kita adalah amanah yang Allah beri untuk kita jaga betul-betul & selamatkannya daripada api neraka!
Maka jangan buat maksiat kerana ia akan binasakan diri kita lebih-lebih lagi berbohong!
Maksiat akan menghinakan diri seseorang dan mengotori jiwanya sebagaimana seseorang mengotori kakinya dengan berjalan ke arah perkara yang tidak baik maka akan kotorlah benda-benda lain juga!
Iaitu maksiat akan melahirkan maksiat juga! Kebajikan akan melahirkan kebaikan.
Boleh baca buku tasauf membersihkan jiwa susunan AAA-
Dunia Bukan Syurga:
https://dartaibah.com/?page_id=179…
Insya\’ Allah kita akan sambung dalam siri akan datang sehingga tamat surah!