View Categories

SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 105-122

\"\"

KISAH NABI NUH BERSAMA KAUMNYA, SIFAT DAN TUGAS PARA RASUL & KEBINASAAN KAUM NUH DAN KESELAMATAN GOLONGAN MUKMIN.

Full video : https://youtu.be/W_PTO3c6ECs

MUQADDIMAH :

  1. Alhmdulillah dalam siri-siri yang lepas selesai kisah tentang Nabi Musa a.s dan Ibrahim al-Khalil a.s.
  2. Dalam siri ini kita masuk pula tentang kisah Nabi Nuh a.s bermula dari ayat 105-122.
  3. Semua kisah dalam al-Quran adalah untuk menjadi pengajaran dan iktibar seluruh manusia, juga untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w yang mendapat ancaman dan tentangan hebat dari kaumnya yang musyrik dan mendustakannya.
  4. Munasabah susunan kisah ini bermula dari Nabi Musa a.s kemudian balik semula ke Makkah kerana pengikutnya yang ramai di Madinah. Kemudian balik semula ke Makkah dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. Tamatnya kisah Nabi Ibrahim pergi kepada kisah Nuh a.s.
  5. Ini kerana Nabi Nuh a.s. dikira sebagai bapa kedua bagi manusia selepas Adam a.s, selepas berlakunya taufan, banjir besar yang menenggelamkan manusia yang kafir seluruhnya. Dia juga adalah rasul pertama yang diutus oleh Allah untuk penduduk bumi setelah mereka mula syirik menyembah berhala dan seumpamanya.
  6. Maka Allah s.w.t. mengutus Nuh a.s. sebagai rasul yang mencegah mereka dari hal tersebut dan sebagai pemberi peringatan terhadap azab-Nya yang keras.
  7. Kisah Nabi Nuh dalam surah ini tidak banyak, hanya pelengkap kepada kisahnya yang sudah ada sebelum ini dalam surah al-A\’raf dan surah Hud.

AYAT 105- {(DEMIKIAN JUGA) KAUM NABI NUH TELAH MENDUSTAKAN RASUL-RASUL (YANG DIUTUS KEPADA MEREKA.)} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:105)

  1. Allah s.w.t membawakan kisah kaum Nuh yang telah mendustakan rasul mereka iaitu Nabi Nuh a.s yang telah diutus kepada mereka.
  2. Kaum Nuh disebut mendustakan para rasul الْمُرْسَلِينَ (plural- rasul-rasul) kerana walaupun hanya mendustakan seorang rasul bererti mendustakan semua rasul. Seruan mereka semua sama, iaitu mengajak kepada tauhid dan menjauhi syirik.
  3. Matematik iman- tolak seorang rasul bermakna tolak semua rasul. Tolak salah satu rukun iman bererti menolak semuanya, yakni tidak beriman lansung juga.
  4. Kenapa kaumnya disebut di sini Kaum Nuh? Kerana dengan makna ummat atau Jemaah yang banyak. قَوْمُ نُوحٍ

AYAT 106- {KETIKA SAUDARA MEREKA – NABI NUH, BERKATA KEPADA MEREKA: \” HENDAKNYA KAMU MEMATUHI SURUHAN ALLAH DAN MENJAUHI LARANGANNYA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:106)

  1. Nabi Nuh berdakwah dan menyeru mereka agar beriman dan bertaqwa kepada Allah. Patuhilah perintah-Nya, iaitu menyembah hanya kepadaNya saja.
  2. Jauhilah laranganNya, iaitu dengan meninggalkan sembahan selainNya yang selama ini mereka sembah.

AYAT 107- {\”SESUNGGUHNYA AKU INI IALAH RASUL YANG AMANAH, (YANG DIUTUS OLEH ALLAH) KEPADA KAMU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:107)

  1. Nabi Nuh memperkenalkan dirinya sebagai seorang rasul yang membawa amanah Allah s.w.t, yang diutus Allah khas kepada mereka.

AYAT 108- {\” OLEH ITU, TAKUTILAH KAMU AKAN (KEMURKAAN) ALLAH, DAN TAATLAH KEPADAKU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:108)

  1. Maka untuk mengelakkan kemurkaan Allah, terima dan ikutilah ajaran yang dibawanya.

AYAT 109- {\”DAN AKU TIDAK MEMINTA KEPADA KAMU SEBARANG UPAH MENGENAI APA YANG AKU SAMPAIKAN (DARI TUHANKU); BALASANKU HANYALAH TERSERAH KEPADA ALLAH TUHAN SEKAMU ALAM.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:109)

  1. Nabi Nuh a.s juga menerangkan bahawa dia berdakwah semata-mata kerana Allah. Dia tidak meminta dari mereka upah untuk apa yang disampaikannya kepada mereka.
  2. Balasannya hanya dserahkan di sisi Allah s.w.t.

AYAT 110- {\”MAKA DENGAN YANG DEMIKIAN, TAKUTILAH KAMU AKAN (KEMURKAAN) ALLAH, DAN TAATLAH KEPADAKU\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:110)

  1. Nabi Nuh a.s ulang sekali lagi ayat ini: Maka untuk mengelakkan kemurkaan Allah, terima dan ikutilah ajaran yang dibawanya.
  2. Ayat ini diulang kerana kerana dia berdakwah lama dan banyak kali, bukan ta\’kid (menguatkan) kepada ayat lepas, tetapi ta\’sis (asas) kepada cerita baru.

Ayat 111- {Mereka menjawab: \”Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?\”} (Asy-Syu\’araa\’ 26:111)

  1. Kaumnya berkata dengan sombong adakah patut kami (yang mulia ini) mengikut kamu seorang yang berpangkat rendah dan hina pekerjaannya?

AYAT 112- {NABI NUH BERKATA: \”DAN APALAH ADA KAITANNYA PENGETAHUANKU DENGAN (PANGKAT DAN) PEKERJAAN MEREKA?} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:112)

  1. Nabi Nuh marah dan bertanya apa kaitan pangkat kedudukan mereka dengan ilmu dan dakwah yang dibawanya? Dakwahnya adalah dari Allah s.w.t!

AYAT 113- {\”SEBENARNYA HITUNGAN AMAL MEREKA HANYA TERSERAH KEPADA TUHANKU; KALAULAH KAMU MENYEDARI DAN MEMAHAMINYA (KAMU TIDAK BERKATA DEMIKIAN).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:113)

  1. Nabi Nuh a.s berkata jika mereka faham mereka tidak akan sombong dan berkata begitu.
  2. Hadis Nabi s.a.w bahawa Baginda hanya diperintahkan untuk berdakwah kepada manusia untuk beriman, dan hisab amalan mereka- serahkannya kepada Allah s.w.t. [HR Bukhari].

AYAT 114- {\”DAN AKU TIDAK AKAN MENGHALAU ORANG-ORANG YANG BERIMAN (DARIPADA BERCAMPUR-GAUL DENGANKU).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:114)

  1. Kaumnya memberi cadangan agar Nuh a.s menghalau dulu pengikutnya yang hina dan dhaif itu, barulah mereka yang kaya itu akan ikutnya.
  2. Tetapi Nabi Nuh a.s bertegas, sekali-kali dia tidak akan menghalau pengikutnya yang telah beriman dari sisinya.

AYAT 115- {\”AKU INI HANYALAH SEORANG RASUL PEMBERI AMARAN YANG JELAS NYATA (KEPADA SEMUA – TIDAK KIRA HINA MULIA)\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:115)

  1. Nabi Nuh juga menegaskan bahawa dia hanyalah seorang rasul yang diutuskan untuk datang membawa amaran dan peringatan untuk semua, tidak kira orang kaya atau miskin, mulia atau hina!

AYAT 116- {MEREKA (MENGUGUT DENGAN) BERKATA: \”JIKA ENGKAU TIDAK MAHU BERHENTI (DARIPADA MENYIARKAN AGAMAMU ITU) WAHAI NUH, SUDAH TENTU ENGKAU AKAN MENJADI DARI ORANG-ORANG YANG DIREJAM!\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:116)

  1. Apabila Nabi Nuh bertegas, mereka pun berkeras dan mengugut sekiranya dia tidak berhenti dari dakwahnya, mereka akan merejamnya sehingga mati!
  2. Ketika ini Nabi Nuh a.s sudah dapat merasakan mereka ini sudah tidak akan beriman lagi, sudah banyak ratus tahun dia berdakwah, lalu Nabi Nuh a.s pun berdoa kepada Allah s.w.t.

AYAT 117- {NABI NUH BERDOA DENGAN BERKATA: \”WAHAI TUHANKU! SESUNGGUHNYA KAUMKU TELAH MENDUSTAKAN DAKU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:117)

  1. Nabi Nuh a.s mengadu kepada Allah s.w.t. tentang kaumnya yang telah mendustakannya tidak menerima dakwahnya.

AYAT 118- {\”OLEH ITU, HUKUMKANLAH ANTARAKU DENGAN MEREKA, DENGAN HUKUMAN TEGAS (YANG MENEGAKKAN YANG BENAR DAN MELENYAPKAN YANG SALAH), SERTA SELAMATKANLAH DAKU DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG BERSAMA-SAMA DENGANKU\” (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:118)

  1. Maka Nabi Nuh a.s meminta agar Allah s.w.t memberi keputusan antaranya dengan kaumnya dengan hukuman tegas- iaitu (فَتْحًا) yang menegakkan yang benar dan menghapuskan yang salah.
  2. Juga agar Allah s.w.t menyelamatkan dia dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya.

AYAT 119- {MAKA KAMI SELAMATKAN DIA DAN ORANG-ORANG YANG BERSAMA-SAMA DENGANNYA DALAM BAHTERA YANG PENUH SARAT (DENGAN BERBAGAI MAKHLUK).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:119)

  1. Lalu Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Nuh a.s dan semua yang bersama menaiki bahteranya, pengikutnya, segala barang muatan serta setiap pasang jenis binatang.
  2. Dikatakan pengikut Nabi Nuh tidak sampai pun 100 orang bilangannya.
  3. Dibawa setiap pasang binatang untuk meneruskan bakanya yang akan musnah dek banjir itu juga.

AYAT 120- {KEMUDIAN DARIPADA ITU, KAMI TENGGELAMKAN GOLONGAN (KAFIR) YANG TINGGAL (TIDAK TURUT BERSAMA DALAM BAHTERA).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:120)

  1. Lalu Allah s.w.t musnahkan kesemuanya orang kafir yang tidak beriman itu. Satu bala yang menyeluruh استئصال.
  2. Perkara ini tidak berlaku kepada umat Nabi Muhammad s.a.w, tidak ada umatnya yang dimusnahkan secara menyeluruh.

AYAT 121- {SESUNGGUHNYA PADA PERISTIWA YANG DEMIKIAN, TERDAPAT SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN ALLAH); DAN DALAM PADA ITU, KEBANYAKAN MEREKA TIDAK JUGA MAHU BERIMAN.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:121)

  1. Dalam peristiwa itu menunjukkan tanda kekuasaan Allah s.w.t, iaitu tandanya ialah banjir besar yang menenggelamkan seluruh orang kafir itu.
  2. Tetapi seperti biasa, masih ramai manusia yang tidak mengambil pengajaran dan beriman kepada Allah s.w.t.

AYAT 122- {DAN SESUNGGUHNYA TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD), DIA-LAH SAHAJA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:122)

  1. Allah s.w.t tutup kisah Nabi Nuh ini dengan ayat ini, sebagaimana episod kisah nabi-nabi lain dalam surah ini.
  2. Dia-lah sahaja Yang Maha Kuasa, yakni berkuasa dan mampu bila-bila masa saja untuk menurunkan tindakan dan hukuman azab yang segera ke atas mereka yang kufur dan ingkar.
  3. Tetapi Dia juga Yang lagi Maha mengasihani untuk menangguhkan azab itu kepada suatu tempoh yang dikehendaki-Nya, mudah-mudahan mereka bertaubat dan beriman, lalu selamatlah dunia dan akhirat. Banyak sejarah-sejarah telah membuktikannya, musuh semalam telah menjadi sahabat yang setia.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 109 – Nabi Nuh a.s kata dia tidak meminta upah dari mereka. Ini dalil kepada para pendakwah untuk memperbetulkan niat berdakwah semata-mata kerana Allah bukan untuk habuan dunia yang berlebihan, pengikut yang taksub atau sebab lain.
  2. Nabi Nuh juga kata dia hanya mengharapkan pahala dari Allah s.w.t. Maka ini menunjukkan jika kita buat amal ibadat dengan niat untuk mendapatkan pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t, adalah tidak salah.
    Maka jangan menggoreng masyarakat dengan hadis-hadis palsu. Islam tidak dibina dengan rekaan dan niat baik semata, ia adalah berdasarkan fakta yang dibawa daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.
  3. Ayat 111 menunjukkan kaum Nabi Nuh sombong dan menghina orang yang miskin. Maka harus diberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tiada kasta atau pangkat kedudukan dalam Islam. Dakwah dan agama Islam untuk semua manusia; miskin atau kaya, kuat atau lemah. Tetapi hakikatnya pengikut awal para rasul terdiri dari mereka yang miskin dan lemah.
  4. Sepatutnya orang beriman untuk berkasih-sayang sesama mukmin tanpa mengira pangkat dan harta. Iman hanya diukur dengan ketqwaan kepada Allah s.w.t.
  5. Jika seseorang itu kaya dan tinggi kedudukannya, hendaklah dia sentiasa tawadhuk dan jangan menyombong diri.
  6. Kaum Nuh disebut mendustakan para rasul الْمُرْسَلِينَ (plural- rasul-rasul) kerana mendustakan seorang rasul bererti mendustakan semua rasul. Seruan mereka semua sama, iaitu mengajak kepada tauhid dan menjauhi syirik.
  7. Dalam ayat 106- Allah s.w.t sebut Nabi Nuh sebagai saudara kaumnya. Ini kerana mereka adalah dari keturunan nasab yang sama, bukan orang lain.
  8. Nabi Nuh ulang dua kali ayat ini: {Takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah}. Sebagai memberi peringatan bahawa dakwahnya adalah dakwah tauhid, bukan mahukan apa-apa kedudukan.
  9. Ayat 111- Menunjukkan bahawa orang yang kaya dan tinggi kedudukannya sukar untuk tunduk menjadi orang yang beriman. Manakala orang miskin itu lebih mudah menerima dakwah. Begitu juga berbanding antara para pemuda dan orang tua, orang muda lebih terbuka dalam menerima dakwah. Ini terbukti juga pada zaman Rasulullah s.a.w. dimana mereka yang lemah dan kaum hamba yang terlebih dahulu menerima Islam di Makkah. Manakala di Madinah terdapat pula ahli Suffah (mereka yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal, hanya menungggu arahan jihad dan berguru dengan Rasulullah s.a.w) yang duduk di tepi masjid.
  10. Ayat 119 – Allah s.w.t berfirman bahawa Dia selamatkan Nuh a.s dan semua yang bersamanya, yakni semua binatang-binatang dan penumpang yang ada di atas bahteranya.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs