SEMUA PERKARA BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH, TUGAS RASUL TABLIGH & SENTIASALAH BERTAWAKKAL.
Full video : https://youtu.be/m6v4c_esMZ8
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menegaskan bahawa semua perkara yang berlaku atas dunia ini adalah dengan taqdir ketetapan Allah s.w.t, yang baik atau buruk.
- Kita sebagai orang beriman wajib percaya & yakin sepenuhnya maka Allah akan membimbing hati kita untuk redha & sabar.
- Kemudian Allah perintahkan agar kita taat kepada Rasul-Nya kerana tugas rasul adalah tabligh iaitu menyampaikan semua perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
- Allah juga memerintahkan kita agar sentiasalah bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam segala urusan kita.
- Munasabah ayat:
Ayat ini berkait dengan ayat sebelumnya, di mana Allah perintahkan kepada kita untuk beriman kepada Allah & Rasul-nya (Ayat-8).
ii- Kemudian dalam ayat ini Allah nyatakan jika kamu beriman, maka kamu kena beriman dengan qadha\’ & qadar Allah s.w.t. iaitu ketentuan & ketetapan yang Allah buat. Semua perkara yang baik atau tidak, tidak akan berlaku tanpa izin dan kehendak-Nya.
AYAT 11- {TIDAK ADA KESUSAHAN (ATAU BALA BENCANA) YANG MENIMPA (SESEORANG) MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH; DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN MEMIMPIN HATINYA (UNTUK MENERIMA APA YANG TELAH BERLAKU ITU DENGAN TENANG DAN SABAR); DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AT-TAGHAABUN 64:11)
- Allah nyatakan tidak ada bala atau kesusahan yang menimpa seseorang manusia kecuali dengan izin & ketentuan Allah s.w.t! Semua yang berlaku dengan izin & kehendak Allah Azza wa Jalla, dengan qadha\’ & Qadar-Nya.
- Firman Allah s.w.t:
{Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.} (Al-Hadiid 57:23) - Sesiapa yang benar-benar beriman kepada Allah, dia sedar, tahu & akur bahawa semua perkara yang menimpanya adalah dengan ketentuan, dari Allah s.w.t. Maka Allah akan memimpin hatinya untuk menerima taqdir itu dengan redha & sabar.
- Hatinya akan tenang & tidak akan keluh kesah kepada Allah atas apa yang menimpanya. Yang penting kembalikan segalanya kepada Allah s.w.t, jangan terlampau kecewa jika ditimpa ujian & jangan terlampau gembira bila mendapat nikmat. Sabar dan menerima semuanya dengan baik.
- Firman Allah s.w.t:
{Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: \”Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.\”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.} (Al-Baqarah 2: 155-157) - Hadis – Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: \”Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan juga baginya.\” [HR Muslim]
Inilah dua sifat yang besar: syukur & sabar. - Allah pesan lagi, kamu jangan bimbang; ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yang berlaku. Semua yang berlaku dengan izin & ketetapan Allah; yang baik & nikmat kita syukur, yang buruk kita sabar.
- Ada dari kalangan orang musyrik & orang munafiq yang cuba memperdayakan orang-orang yang kurang berfikir dengan berkata:
Jika Muhammad s.a.w & sahabatnya itu berada di atas jalan yang benar, tentu mereka tidak akan berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka dan mengalami kesusahan. - Lalu Allah s.w.t menolak anggapan mereka dengan menegaskan bahawa tidak ada bala bencana yang berlaku kecuali dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan membimbing hatinya untuk menerima setiap sesuatu yang ditentukan Allah dengan tenang dan redha.
- Tentang ujian ada dua persimpangan:
i- bagi orang yang baik- Allah uji untuk mengangkat darjatnya jika dia sabar. Jangan kita kata kenapa Allah tidak sayang kepada orang yang baik & kena musibah juga.
ii- untuk orang yang lagha & leka Allah bagi ujian agar sedar dan kembali semula kepada Allah.
Bagi orang kafir supaya mereka berfikir dan nampak jalan kebenaran.
AYAT 12- {DAN TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH SERTA TAATLAH KEPADA RASULULLAH; MAKA KALAU KAMU BERPALING (ENGGAN TAAT, KAMULAH YANG AKAN MENDERITA BALASANNYA YANG BURUK), KERANA SESUNGGUHNYA KEWAJIPAN RASUL KAMI HANYALAH MENYAMPAIKAN (PERINTAH-PERINTAH) DENGAN JELAS NYATA.} (AT-TAGHAABUN 64:12)
- MUNASABAH AYAT: Dalam ayat yang sebelum ini Allah s.w.t minta kita sabar ketika ditimpa musibah, jangan mudah koyak terus menganggap kita tidak betul &menyalahkan diri. Itu semua adalah ketentuan & taqdir Allah s.w.t.
ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t mengajar untuk meraih pahala yang berterusan setelah melalui ujian, jangan lagi sibuk dengan ujian tetapi buatlah ibadat ikut perintah yang Allah suruh & ikut yang Rasulullah s.a.w ajar.
Jangan reka ibadat sendiri, ingatlah semua yang bercanggah dengan Sunnah akan tertolak.
- maka Allah perintahkan dalam ayat ini agar taat kepada Allah & kepada Rasulullah s.a.w dengan mengikuti segala arahan dan menjauhkan diri meninggalkan semua perkara yang dilarangn oleh Allah & Rasulullah s.a.w.
- Inilah perintah Allah, taat, buat & akur.
- Sekiranya kamu berpaling, tidak ikut arahan Allah & Rasulullah; kamulah yang akan menderita & kerugian, bukan Rasulullah.
- Kerana kewajipan Rasul hanya menyampaikan apa yang diperintahkan Allah kepadanya. Agama ini ialah ikut apa yang diperintah Allah & Rasul bukan apa yang kita reka.
- Begitu juga para pendakwah dan penuntut ilmu selepas rasul- Allah tidak akan tanya berapa ramai pengikut kamu; tetapi yang akan ditanya adakah kamu berdakwah & menyampaikan apa yang kamu tahu?
- Semoga kita menjadi umat Rasulullah s.a.w yang taat dan mengikut ajarannya yang benar, bukan mereka yang dihalau dari tepi kolamnya kerana mengubah dan mereka-reka ajaran & amalan agama selepasnya!
AYAT 13- {ALLAH, TIADA TUHAN MELAINKAN DIA; DAN DENGAN YANG DEMIKIAN, KEPADA ALLAH JUALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN WAJIB BERSERAH DIRI.} (AT-TAGHAABUN 64:13)
- Allah tiada yang berhak disembah, dipuja, dipuji diminta pertolongan melainkan Dia.
Inilah maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah. - Makna & huraian ini penting kerana puak kafir akan mendakwa mereka juga ada Tuhan lain. Kita nafikan terus bahawa tuhan lain itu semuanya hanya rekaan di perbuat daripada batu kayu, berkelip mata pun tidak apatah lagi berkuasa memberi manfaat atau mudharat.
- Allah s.w.t tiada Tuhan yang berhak disembah dipuja & dipuji melainkan Dia yang Esa. JUGA kepada Allah jua-lah orang beriman wajib bertawakkal bergantung diri & hati, serahkan segala urusan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Bukan serah kepada makhluk atau jin syaitan.
- Bila kita serahkan urusan kepada Allah, Insya\’ Allah Allah akan jaga kita di dunia & Akhirat. Walaupun kita diuji di atas dunia ini, pahalanya jika kita sabar adalah amat besar!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 11- {Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah;}- ulama\’ tadabbur kata ayat ini dipakai kepada semua jenis musibah yang menimpa.
Samada musibah yang menimpa ke atas diri, keluarga, harta, kawan-kawan dan semuanya, ia berlaku dengan izin dan kehendak Allah s.w.t! Kita tidak boleh lari dari taqdir Allah.
Dalam masa yang sama- apabila kita percaya kepada taqdir Allah & bertawakkal kepada-Nya tetapi kita juga WAJIB berusaha berikhtiar, mencari sebab untuk jaga keselamatan dan mencapai apa yang dikehendaki.
Ketika menerima musibah; kita orang beriman kena sedar bahawa setiap benda yang berlaku dengan taqdir Allah dan kita kena sabar kerana Allah s.w.t akan beri pahala tanpa had (umlimited) bagi orang yang sabar.
Firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira\”.} (Az-Zumar 39:10)
Lagi tinggi kesabaran lagi tinggi pahala, tanpa hisab.
Sabar itu datang apabila kita kaji keadaan kita & keadaan orang lain yang tidak sama dengan kita.
- Ayat 11- {Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);}- kita belajar ilmu qada\’ & qadar ini sangat besar manfaatnya.
Salah satu ilmu yang kita kena hadam, beriman dengan qada\’ qadar; baru kita sedar insaf, kita nak begini tapi bila lain yang Allah kehendaki-Nya; maka ia akan berlaku mengikut apa yang Allah kehendaki!
Kemudian kita kena fikir bahawa tentu ada hikmah & sebabnya kenapa apa yang kita nak tak dapat, kenapa Allah tidak penuhinya? Maka kita yakinlah bahawa ada hikmah disebaliknya, ada kebaikan lain yang Allah simpan dan anak beri untuk kita!
Kita kena sabar dan redha jika Allah tidak beri apa yang kita minta & doakan, yakinlah dengan taqdir Allah. Maka Dia akan beri kepada hati kita kesabaran, pimpin hati kita untuk redha & tenang.
Kata ulama\’: Tujuan ayat ini Allah s.w.t mahu kita bersabar jangan mudah koyak & jangan salahkan & marahkan Allah! Kita kena ajar diri kita untuk menerima taqdir Allah supaya kita tidak kecewa dengan apa yang hilang daripada kita.
Firman Allah s.w.t:
{(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.} (Al-Hadiid 57:23)
Ulama\’ Islam meletakkan bahawa; Orang yang dapat menerima taqdir Allah s.w.t hatinya akan tenang, Allah akan pimpin hatinya untuk sabar & redha.
Perbuatan ini; sabar & redha bukanlah senang untuk dilakukan. Untuk mencapainya kita wajib ikut apa yang Allah perintahkan dalam ayat seterusnya ini. Ayat ini berkait antara satu sama lain!
- Ayat 12- {Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah;}- ulama\’ tadabbur kata wajib taat kepada Allah & taat kepada Rasulullah s.a.w.
Ayat ini memberi amaran keras bahawa jangan ada sesiapa yang mengingkari Allah & Rasulullah s.a.w.
Ulama\’ usul kata: Taat kepada Allah adalah MUTLAQ (sepenuhnya), kepada Rasulullah s.a.w juga mutlaq! Kerana itu Allah ulang balik- {Taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah}.
Dalam kaedah bahasa Arab, pengulangan sebutan arahan perbuatan (taatlah) menunjukkan kepada mutlaq juga.
Manakala taat kepada makhluk bersyarat!
Taat kepada makhluk walaupun pemimpin selagi dia tidak menyuruh kepada kemungkaran dan menyalahi perintah& larangan Allah & Rasulullah kita ikut.
Jika dia suruh buat maksiat kepada Allah & Rasul jangan ikut walau siapa diapun jika menyalahi SOP Syariah!
Yang baik kita sokong yang tak baik kita tak ikut atau lawan, tetapi bukan bererti lawan dengan senjata atau bangun memberontak!
- Ayat 12- {Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah;}- kata ulama\’ ini menunjukkan bahawa al-Quran & Hadis Rasulullah s.a.w adalah paksi kepada hukum agama ini. Hadis adalah sumber hukum juga kerana Rasulullah s.a.w itu mempunya autoriti tersendiri selepas kepada Allah s.w.t yang Allah anugerahkan kepada Baginda s.a.w.
Bersama huraian dan penjelasan ulama\’ dalam menghuraikannya, iaitu ulama\’ yang muktabar & terpilih. Kerana kita tidak akan faham al-Quran & Hadis tanpa huraian mereka.
Cuma kita kena pilih dan pastikan ulama\’ yang kita nak ikut itu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bahawa ummat (kurun) yang terbaik adalah dari kalangan sahabatnya kemudian yang selepasnya.
Kita hari ini bersandar kepada ulama\’ semasa yang menafsir dan menghuraikan mengikut keadaan zaman dan teknologi kita hari ini, tetapi asas dan paksi kepada tafsir agama ini terletak pada ulama\’ salafus-soleh kerana mereka merupakan kurun yang terbaik daripada kalangan ummat ini.
Ayat ini menjelaskan kepada kita asal kepada perjalanan agama ini berpaksikam kepada al-Quran & Sunnah dan ditafsirkan oleh para ulama\’ salafus-soleh. Inilah yang asalnya yang Nabi s.a.w puji mereka itu!
Yang terbaik adalah:
i- al-Quran ditafsir oleh al-Quran.
ii- al-Quran ditafsir oleh hadis.
iii- al-Quran ditafsir oleh para ulama\’ salafus-soleh.
Kemudian Allah sebut ar-Risalah (Kerasulan)- inilah sifat yang tertinggi bagi seorang manusia itu ialah apabila dia dilantik sebagai Rasul bagi Allah untuk berinteraksi dengan makhluk dan menyampaikan kepada umat masing-masing. Kemudian Allah hantar malaikat Jibril untuk berinteraksi dengan rasul itu pula.
- Ayat 13- {Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.}- kita orang yang beriman wajib bertawakkal, bergantung hati kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t bawa ayat arahan khas memerintahkan hal ini!
Tetapi ingat- tawakkal tidak menafikan usaha, wajib berikhtiar & berusaha dulu untuk mencapainya kemudian bertawakkallah kepada Allah s.w.t! Mengambil sebab itu antara langkah tawakkal.
Rasulullah s.a.w apabila ingin berperang, Baginda merancang strategi, berbincang dengan para sahabat, memakai baju & topi besi sebagai langkah keselamatan. Sedangkan Baginda s.a.w adalah orang yang paling tinggi tawakkalnya kepada Allah s.w.t!
Tahap tawakkal itu mengikut iman seseorang, jika imannya mantap makin tinggi tawakkalnya! Pergantungan hati yang tinggi kepada Allah menunjukkan keimanan yang mantap & teguh.
Apabila sebut tentang tawakkal Rasulullah s.a.w suruh kita tengok kepada burung, yang keluar pagi-pagi dengan bekas yang kosong, petangnya pulang penuh dengan makanan untuk anak-anaknya.
INGAT tawakkal tidak menafikan USAHA dan mengambil sebab , ia adalah pergantungan hati kit akpd Allah Azza wa Jalla.