View Categories

SURAH AT-TAHRIM : AYAT 8-9

\"\"

GALAKAN TAUBAT NASUHA, BESAR FADHILATNYA & ARAHAN JIHAD KAFIR DAN MUNAFIQ.

Full video : https://youtu.be/69v1YRMZcw0

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t memberi arahan dan galakan supaya bertaubat dengan Taubat Nasuha.
  2. Ini kerana amat besar fadhilatnya. Allah akan ampunkam segala dosa dan dibalas dengan balasan syurga yang penuh nikmat.
  3. Kemudian dalam ayat seterusnya arahan untuk berjihad melawan kafir tulen dan kafir tersembunyi iaitu golongan munafiq.
  4. Inilah arahan Allah s.w.t kepada kita yang mesti kita akur dan patuh.
  5. Munasabah ayat ini dengan ayat yang lepas:
    i- Allah s.w.t telah mengingatkan setiap orang mukmin untuk menjaga diri & keluarga daripada api neraka. Ini kerana taubat selepas daripada waktunya tidak akan diterima.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t ajarkan kepada orang beriman supaya sentiasa bertaubat kerana dengan bertaubat kamu akan selamat!

AYAT 8- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH DENGAN \” TAUBAT NASUHA\”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI, PADA HARI ALLAH TIDAK AKAN MENGHINAKAN NABI DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSAMA-SAMA DENGANNYA; CAHAYA (IMAN DAN AMAL SOLEH) MEREKA, BERGERAK CEPAT DI HADAPAN MEREKA DAN DI SEBELAH KANAN MEREKA (SEMASA MEREKA BERJALAN); MEREKA BERKATA (KETIKA ORANG-ORANG MUNAFIK MERABA-RABA DALAM GELAP-GELITA): \”WAHAI TUHAN KAMI! SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI CAHAYA KAMI, DAN LIMPAHKANLAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU\”.} (AT-TAHRIM 66:8)

  1. Allah s.w.t menyeru orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, minta ampun minta diampunkan dosa kamu dengan Taubat Nasuha iaitu taubat yang ikhlas kerana Allah s.w.t menyesali dosa-dosa yang lepas!
  2. Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada segala dosa-dosa kamu, dengan penuh ikhlas dengan niat yang baik untuk bertaubat serta meninggalkan semua dosa yang lalu, menyesalinya serta berazam dengan bersungguh-sungguh untuk tidak akan mengulanginya balik.
  3. Ibnu Kathir rhm. berkata: Syarat bertaubat untuk menjadi taubat nasuha mesti memenuhi empat kriteria yang digariskan oleh para ulama\’ ini.
    i- meninggalkan segala dosa yang lepas.
    ii- menyesali dengan sepenuh hati.
    iii- berazam bersungguh dia tidak akan buat lagi dosa itu pada masa akan datang.
    iv- jika ada terlibat dengan hak orang kena kembalikan dan meminta maaf!
  4. Kata Ibnul Qayyim rhm. pula, taubat Nasuha itu juga mestilah:
    i- hati betul-betul ikhlas mahu bertaubat,
    ii- ikhlas dari hati sendiri bukan terpaksa atau kerana dipaksa.
    iii- bertaubat merangkumi semua dosa, bukan pilih-pilih dosa tertentu sahaja.
    Taubat daripada dosa yang memang nampak juga daripada dosa yang tidak nampak seperti riba.
  5. Dengan bertaubat itu pasti Tuhanmu akan:
    i- menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu yang telah lalu
    ii- dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, yakni yang penuh nikmat.
  6. Iaitu pada hari Akhirat di mana Allah s.w.t akan memuliakan dan tidak akan mengazabkan Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya.
  7. Ulama\’ membincangkan pula siapakah orang-orang yang beriman bersama-sama dengan Nabi s.a.w itu?
    i- Al-Biqa\’i kata: mereka adalah para sahabat r.anhum.

ii- ada yang kata para isteri dan keluarga Rasulullah s.a.w.

iii- ada kata semua orang yang beriman dengan Rasulullah s.a.w pada masa itu juga yang mengikut ajaran Nabi s.a.w selepas itu sehinggalah kepada kita hari ini Insya\’ Allah.
Maka jika nak selamat maka beriman dan ikutlah ajaran Nabi s.a.w.

8. Pada hari Kiamat ada tempat yang cerah ada tempat yang gelap, terutamanya ketika mahu melintasi titian Sirat, keadaannya amat gelap gelita dan mengerikan!

9. Tetapi bagi orang mukmin mereka ada cahaya bagi menerangi jalan bagi melintasi titian itu. Cahaya mereka adalah mengikut tahap keimanan dan amal soleh masing-masing.

10. Ada yang cerah terang-benderang ada yang biasa, ada yang dihadapan ada di sebelah kanan cahaya itu. Mereka bergerak pantas dengan yakin sedangkan orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita.

11. Kemudian mereka berdoa kepada Allah s.w.t: Ya Allah berilah cahaya kami yang sempurna cerah dan terangnnya agar kami dapat melintasi Sirat ini dengan selamat, serta ampunkan segala dosa-dosa kami.

12. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Tiada yang dapat menyekat dan menghalang kuasa-Nya!

AYAT 9- {WAHAI NABI! BERJIHADLAH (MENENTANG) ORANG-ORANG KAFIR DAN ORANG-ORANG MUNAFIK, SERTA BERTINDAK KERAS TERHADAP MEREKA. DAN (SEBENARNYA) TEMPAT MEREKA IALAH NERAKA JAHANNAM, DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI.} (AT-TAHRIM 66:9)

  1. MUNASABAH AYAT INI :
    i- setelah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya membersihkan diri daripada perbuatan yang berdosa dengan secara taubat nasuha.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t memerintahkan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w supaya berjuang menentang orang kafir yang menceroboh, mengacau dan menyekat penyebaran agama Islam.

iii- Juga supaya Rasulullah s.a.w bertindak ke atas orang-orang munafiq dengan mengenakan hukuman yang sesuai dengan angkara perbuatan mereka.

iv- Rasulullah s.a.w juga diajar untuk berlembut dengan hamba Allah yang lemah kaum wanita yang lemah. Baginda dipinta supaya berlembut untuk mendidik mereka dengan adab-adab yang baik.
Rasulullah s.a.w memang seorang yang sangat kasihan belas dan rahmat terhadap umatnya. Tetapi dalam masa yang sama Baginda s.a.w diperintahkan untuk bertegas apabila berdepan dengan orang yang anti Islam!

  1. Maka silap tafsir bahawa slogan Islam agama \”Rahmatan lil-\’Alamin\’ sehingga tidak mahu melaksanan hukum hudud ke atas penjenayah kerana ia keras dan kasar.
    Hanya didik masyarakat ini perlahan-lahan. Segala slogan dan tema itu jika tidak martabatkan hukum Islam, maka hanyalah satu retorik yang tidak berpijak kepada realiti dan tidak akan berjaya!
  2. Rahmatan lil-Alamin yang sebenar ialah:
    Nabi kita s.a.w dengan tangannya yang lembut terhadap orang mukmin, mereka yang lemah, kaum wanita dan kanak-kanak; tangan itu jugalah yang menghayun pedang memimpin tentera berperang melawan segala tentera kafir yang menentang Islam, tangan yang menjatuhkan hukuman rotan dan rejam orang yang melanggar Syari\’ah Allah s.w.t!
  3. Mengikut buku Sirah- sepanjang Rasulullah s.a.w berada di Madinah selama 10 tahun, telah berlaku peperangan dan pertempuran samada yang kecil atau besar sebanyak lebih daripada 60 kali. Tangan itulah yang berjihad dan melaksanakan hukum Allah s.w.t!

Maka jika kita hanya nak bina tamadun sahaja bukan hendak melaksanakan Syari\’ah Allah s.w.t di bumi ini maka itu adalah satu kepincangan dan satu penyelewengan daripada ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w!

5. Kenapa dikembarkan di sini kafir & kaum munafiq?
Kerana mereka inilah yang menjadi batu api mengadu domba orang kafir di Madinah supaya melawan Rasulullah s.a.w. Kerana itu Allah s.w.t suruh lawan keduanya sekali kafir & munafiq.

6. Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya:
i- melawan orang kafir yang menentang Islam dengan berdepan-depan maka lawanlah mereka dengan menggunakan senjata.

ii- manakala kafir yang tidak guna senjata, guna putar belit kita lawan dengan hujjah.

iii- munafiq yang zahirkan kekufuran mereka lawan dengan senjata juga.

iv- jika mereka sembunyikan, tidak zahirkan kekufuran, maka lawanlah mereka dengan guna hujjah untuk menolak syubhat dan keraguan yang mereka timbulkan.

v- Atau laksanakan hukum hudud ke atas mereka yang telah melanggar Syari\’ah Allah s.w.t kerana Allah s.w.t telah perintahkan supaya kita tegas dan kasar kepada mereka dalam kata-kata & tindakan!

7. Kemudian Allah s.w.t nyatakan bahawa tempat tinggal mereka orang kafir dan munafiq di akhirat kelak ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

8. Firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.} (An-Nisaa\’ 4:140)


Yakni mereka akan dikumpulkan sekali di dalam neraka di Akhirat kelak!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 8- {Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan \” Taubat Nasuha\”,}- ayat ini menjadi suatu peringatan bahawa semua kita wajib bertaubat kepada Allah s.w.t!
    Jangan ada orang yang berkata dia tidak perlu bertaubat kerana dia tidak berdosa!

Syarat taubat 4 perkara seperti di atas tadi, manakala untuk taubat menjadi Taubat Nasuha pula ada 3, iaitu:
i- wajib bertaubat dan meninggalkan segala dosa bukan pilih-pilih dan taubat daripada sebahagian dosa sahaja.

ii- keazaman dan keikhlasan mesti sekali, kerana Allah semata-mata.

iii- hapuskan semua perkara yang menampakkan kita tidak ikhlas dalam bertaubat.

  1. Ayat 8- {pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;}- Allah kata Dia akan selamatkan Rasulullah s.a.w dan orang yang beriman yang bersamanya!

Persoalan apakah keperluan Allah s.w.t sebut juga: {dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;}?

JAWAPAN :

Faedahnya ulama\’ kata inilah kelebihan orang yang berkumpul dengan Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t tidak akan menghina orang yang berkumpul bersama Baginda samada:
i- berkumpul secara fizikal dengan Rasulullah s.a.w seperti keluarga Baginda dan para sahabat r.anhum.

ii- atau bersama bermaksud orang yang mendokong dan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w dengan sebenarnya, walaupun tidak sempat bersamanya secara fizikal.

Hadis- Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w berada di Perkuburan Baqi\’ bersama beberapa orang sahabat, Baginda bersabda:
\”Salam atas kamu wahai penghuni (kuburan) tempat orang-orang beriman. Aku insya Allah akan menyusul kamu semua.
Aku ingin sekali berjumpa saudara-saudaraku.\’
Mereka (para sahabat) berkata, \’Wahai Rasulullah, bukankah kami saudaramu?\’
Baginda bersabda, \’Bukan, kamu semua adalah para sahabatku. Saudara-saudaraku adalah mereka (orang-orang beriman) yang belum ada sekarang ini dan aku akan menunggu mereka di telagaku.\’
Para sahabat berkata, \’Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mengenali orang-orang (beriman) yang datang setelah engkau dari kalangan umatmu?\’
Baginda bersabda, \’Bukankah jika seseorang punya kuda yang sebahagian kecil bulunya putih akan mengenali kudanya di tengah kuda-kuda yang hitam legam?\’
Mereka menjawab, \’Ya\’.
Baginda bersabda: \’Sesungguhnya mereka akan datang pada hari kiamat dengan cahaya putih kerana kesan wudhu\’ dan aku akan menunggu mereka di telaga.\”
(HR Bukhari dan Muslim)

Maka jika nak selamat ikutlah ajaran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, bukan ikut ajaran dan beramal dengan selain daripada yang dibawanya.

  1. Ayat 8- {cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);}- ulama\’ kata mana-mana orang yang menerima cahaya petunjuk dan ajaran Nabi s.a.w semasa di dunia, maka cahaya itulah yang akan datang menerangi kita di akhirat kelak.

Kata ulama\’ ini menunjukkan bahawa cahaya itu datang selepas bertaubat! Kerana itu Allah s.w.t menyeru untuk bertaubat- yakni selepas taubat barulah datang ayat; akan datang cahaya! Orang yang betul-betul bertaubat meninggalkan dosa dan maksiat semasa di dunia mereka akan bercahaya di akhirat kelak kerana mereka menerima cahaya hidayahnya di dunia.

Cahaya itu pula mengikut tahap keimanan dan amal ibadat kita di dunia dulu. Iman yang mantap dan ibadat yang banyak maka terang benderanglah cahayanya, jika iman yang malap maka malaplah juga cahayanya!

  1. Ayat 9- {Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik,}
  • di sini kita dapat lihat Allah s.w.t menyeru Rasulullah s.a.w dengan gelarannya bukan dengan namanya.

Apabila Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik yang menentang Islam; Allah suruh Rasulullah s.a.w bertegas dan berkeras
{ وَٱغْلُظْ عَلَيْهِمْ}
tindakan ke atas mereka. Jangan mudah kasihan dan lemah dengan mereka.

Timbul persolan pula arahan ini seolah berlwan dengan sifat Rasulullah s.a.w sebagaimana dalam firman Allah s.w.t ini:

{Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.} (A-li\’Imraan 3:159)

JAWAPAN :

Ulama\’ kata memang tabiat dan sifat Rasulullah s.a.w seorang yang lembut dan penuh rahmat, fizikalnya pun, sahabat yang pernah menyentuh tangan Baginda mengatakan ia seperti menyentuh baldu!

Tetapi Rasulullah s.a.w hanya bersifat lembut sesama mukmin dan dalam hal peribadi dan kehidupannya; TETAPI dalam prinsip dan hal yang berkait dengan agama & aqidah, dengan musuh Islam; Baginda seorang yang tegas dan keras!

Kita hari ini sebaliknya dengan sesama Islam berbalah dan saling mengutuk tetapi orang kafir dipuji dan disanjung lebih-lebih tanpa sempadan.

Hadis: Seperti cerita dalam perang Uhud- Rasulullah s.a.w tidak menjawab dan melarang para sahabat dari menjawab tentang cabaran peribadi tetapi tidak berdiam diri apabila Allah s.w.t dicabar:
\”Selesai Peperangan Uhud dan apabila tentera musyrikin bersiap untuk berangkat pulang ke Madinah, Abu Sufian dengan sombong naik ke tempat yang tinggi dan melaung:
\’Adakah Muhammad ada dalam kalangan kaum?\’
Nabi S.A.W berkata: \’Jangan jawab persoalannya.\’

Abu Sufyan bertanya, \’Adakah anak Abu Quhafah (Abu Bakar) ada dalam kalangan kamu?\’
Nabi S.A.W berkata: \’Jangan jawab persoalannya.\’

Abu Sufyan bertanya, \’Adakah anak al-Khattab (Umar) ada dalam kalangan kaum?\’
Beliau menambah, \’Kesemuanya telah dibunuh kerana jika mereka hidup, pasti mereka akan menjawab.\’

Umar tidak dapat menahan dirinya dan berkata,
\’Engkau penipu! Wahai musuh Allah! Allah telah menyimpan apa yang akan membuatkan engkau bersedih.

Kata Abu Sufyan, \’Hidup Hubal!\’
Sabda Nabi S.A.W kepada para sahabatnya: \’Jawablah kenyataannya.\’
Mereka bertanya, \’Apa yang perlu kami jawab?\’
Nabi S.A.W bersabda, \’Katakanlah Allah lebih Tinggi dan lebih Agung!\’
[HR al-Bukhari, no. 4043].
Inilah tegas dalam prinsip; bertoleransi dalam hal peribadi & kehidupan.

  1. Ayat 9- {Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik,}- Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w berjihad melawan dua golongan ini iaitu orang kafir dan orang munafiq.

Telah masyhur dalam Kitab Sirah bahawa Rasulullah s.a.w memang berperang dengan orang kafir tetapi tidak pernah ada kisah tentang peperangan dengan munafiq.

Maka timbul persoalan apakah maksudnya atau bagaimana cara untuk melawan orang munafiq ini?

JAWAPAN :

Oleh kerana orang munafiq ini sembunyikan kekafiran mereka, maka untuk lawan mereka bukan lawan secara perang fizikal tetapi guna ayat-ayat al-Quran sebagai hujjah dan dalil ke atas mereka!

Bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda apabila Sayyidina Umar r.a mencadangkan untuk membunuh golongan munafiq ini:
\”Aku tidak mahu kelak ada orang Arab yang mengatakan bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya,\” [HR Bukhari & Muslim].

Maka kita guna pendekatan hujjah dan ayat al-Quran. Pihak munafiqin ini amat takut jika ada ayat al-Quran baru yang turun, takut jika Allah mendedahkan rahsia mereka yang berpura beriman sedangkan hati mereka penuh kekufuran dan kebencian terhadap Islam.

Mereka boleh berubah warna seperti binatang Pok Ko (Sesumpah) iaitu dari segi sifat mereka siangnya seolah orang beriman yang amat taat; tetapi di belakang orang Islam mereka mengata menggutuk dan menghina Islam, membuat perancangan jahat dengan yahudi untuk menentang Rasulullah s.a.w.

Kita boleh cam munafiq amali iaitu bersifat seperti suka mungkir janji, khianat tidak amanah dan lain-lain sifat munafiq.
Dari segi iktiqad hanya Allah s.w.t saja yang tahu!

Kerana itu mereka tidak boleh dihukum secara fizikal sebagaimana orang kafir biasa, kerana tidak boleh berhukum dengan apa yang ada dalam hati manusia kecuali dengan wahyu Allah s.w.t!

Powered by BetterDocs