HUKUM IDDAH BAGI WANITA PUTUS HAIDH, TAK ADA HAIDH DAN WANITA HAMIL & SERUAN BERTAQWA DAN KELEBIHANNYA.
Full video : https://youtu.be/c4ZRrJwabNs
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan hukum iddah bagi tiga kategori wanita:
i- wanita putus haidh- yang pernah datang haidh kemudian putus.
ii- tak ada haidh- yang belum datang haidh seperti kanak-kanak atau memang tiada haidh,
iii- dan wanita hamil- yang mengandung ada janin dalam perutnya. - Seruan supaya bertaqwa dan kelebihannya.
- Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t memerintahkan supaya mereka teliti waktu bermulanya iddah, maka merekapun pandailah mengira tempoh iddah bagi golongan yang ada haidh.
ii- maka dalam ayat berikutnya Allah s.w.t bagi pula hukum atau cara mengira iddah bagi wanita yang sudah putus haidh atau belum datang haid seperti kanak-kanak atau wanita yang memang tiada haid, juga tentang wanita yang hamil.
AYAT 4- {DAN PEREMPUAN-PEREMPUAN DARI KALANGAN KAMU YANG PUTUS ASA DARI KEDATANGAN HAID, JIKA KAMU MENARUH SYAK (TERHADAP TEMPOH IDAH MEREKA) MAKA IDAHNYA IALAH TIGA BULAN; DAN (DEMIKIAN) JUGA IDAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG TIDAK BERHAID. DAN PEREMPUAN-PEREMPUAN MENGANDUNG, TEMPOH IDAHNYA IALAH HINGGA MEREKA MELAHIRKAN ANAK YANG DIKANDUNGNYA. DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH MEMUDAHKAN BAGINYA SEGALA URUSANNYA.} (AT-TALAAQ 65:4)
- Allah s.w.t menyatakan hukum atau tempoh iddah bagi tiga jenis wanita yang diceraikan berdasarkan keadaannya.
Tempoh ini wajib dihitung dan dipastikan dengan sebenarnya kerana ia melibatkan masalah kesucian dan keturunan. - Kita akan lihat satu persatu hukum ke atas mereka:
i- wanita putus haidh- wanita dewasa yang pernah ada haidh tetapi sekarang sudah berhenti.
ii- tak ada haidh seperti wanita yang tidak pernah datang haidh seperti kanak-kanak atau wanita yang memang tidak pernah datang haidh kerana penyakit atau tabi\’inya begitu- **maka tempoh bagi mereka dua kategori ini adalah TIGA bulan.
- Kata ulama\’ mereka ini samada sudah putus/habis haidh (menopause).
Ini tiada satu umur khas dan berbeza bagi setiap wanita. Masing-masing wanita ada tempoh dan masanya yang tersendiri yang telah ditetapkan Allah Azza wa Jalla. - Kategori ketiga ialah wanita yang diceraikan ketika hamil – maka tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak tersebut, tidak kira berapa bulan usia kandungannya ketika diceraikan.
- Hukum ini berdasarkan sebuah kisah daripada hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Subai\’ah al-Aslamiyah r.a, dahulu dia adalah isteri dari Sa\’ad bin Khaulah r.a-dari Bani \’Amir bin Lu`ay, dia termasuk orang yang ikut perang Badar-.
Suaminya wafat pada waktu Haji Wada\’ ketika dia hamil.
Tak lama setelah suaminya wafat, diapun melahirkna anak itu.
Apabila nifasnya sudah selesai, dia berhias untuk dilamar. Lalu datanglah Abu as-Sanabil bin Ba\’kak dari Bani Abdid Dar, dia berkata kepadanya,
\”Mengapa engkau berhias, tampaknya engkau ingin menikah? Demi Allah, engkau tidak boleh menikah sebelum habis tempoh masa empat bulan sepuluh hari (kerana kematian suami).
Subai\’ah berkata, \”Ketika dia mengatakan hal itu kepadaku, maka aku pakai pakaianku pada petang hari, lalu aku datangi Rasulullah s.a.w lalu aku tanyakan tentang hal tersebut?
Maka Baginda menyatakan bahawa aku telah halal (menikah lagi) apabila aku telah melahirkan, dan Baginda memerintahkan aku untuk menikah jika aku berminat.\”
Ibnu Syihab berkata, \”Saya berpendapat, tidak mengapa seorang wanita (janda) menikah (lagi) jika dia telah melahirkan walaupun dia masih nifas, hanya saja sang suami tidak boleh menggaulinya sebelum dia suci. [Hadis sahih – Muttafaq \’alaih].
- Jadi wanita yang ditinggal mati suaminya dalam keadaan hamil maka tempoh iddahnya habis apabila telah melahirkan.
Namun, jika dia tidak hamil, maka tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari.
6. Ada juga pendapat lain mengatakan, masa iddah wanita hamil haruslah mengambil jangka waktu yang terjauh. Salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berkata bahawa Ibnu Abi Laila dan Suhnun yang ditinggal mati oleh suaminya hendaknya beriddah dengan melihat masa iddah yang jangka waktunya terjauh. Yakni, sampai batas ia melahirkan atau empat bulan sepuluh hari.
Di antara dua masa iddah ini dilihat mana yang masanya terjauh dan lebih lama, maka hendaknya wanita tersebut dapat beriddah dengannya.
Pendapat ini berdasarkan kepada firman Allah dalam al-Baqarah ayat 234, artinya: {\”Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, maka hendaklah para isteri itu menangguhkan dirinya (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari.\”}.
Kemudian Ibnu Abbas menukar pandangan apabila mendengar hadis Subai\’ah ini.
7. Diriwayatkan dari Abu Salamah r.a berkata bahawa, \”Seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas r.a ketika Abu Hurairah r.a sedang duduk bersama dengannya dan berkata:
Berikanlah aku jawapan tentang seorang wanita yang melahirkan bayi 40 hari selepas kematian suaminya. Ibnu Abbas berkata sehingga habis 2 kali haidh.
Lalu aku (Abu Salamah) membacakan ayat ini:
{Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.}
Abu Hurairah berkata, \”Aku bersetuju dengan saudaraku (Yakni Abu Salamah).\” Kemudian Ibnu Abbas menghantar hambanya Kuraib kepada UM Ummu Salamah r.a untuk bertanyakan tentang masalah ini.
UM Ummu Salamah menjawab, \”Suami Subai\’ah Al-Aslamiyyah terbunuh semasa dia mengandung dan dia melahirkan anak 40 hari selepas kematian suaminya. Kemudian dia menerima pinangan dan Rasulullah S.A.W mengahwinkan beliau dengan seseorang.
Abu As-Sanabil adalah salah seorang yang ingin mengahwini beliau.\” [HR Imam Bukhari].
8. Di akhir ayat, Allah s.w.t ulang balik seruan untuk bertaqwa. Allah kata sesiapa yang bertaqwa Allah s.w.t akan permudahkan urusannya.
AYAT 5- {PERATURAN-PERATURAN YANG DEMIKIAN ADALAH HUKUM-HUKUM ALLAH YANG DITURUNKAN DAN DITERANGKANNYA KEPADA KAMU; DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA, DAN AKAN MEMBESARKAN PAHALA BALASANNYA.} (AT-TALAAQ 65:5)
- Semua peraturan dan hukum yang Allah turunkan dan terangkan ini adalah satu perintah dan ditetapkan ke atas kamu. Maka jangan kamu langgar dan ambil mudah tentangnya.
- Allah s.w.t kata lagi sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
- Firman Allah s.w.t juga:
{Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).} [An-Nisa\’: 31]. - Isu wanita samada ketika bersama dalam perkahwinan atau selepas berpisah adalah sesuatu yang amat susah untuk berlaku adil, kecuali orang yang benar-benar takut kepada Allah Azza wa Jalla.
- Hanya orang yang bertaqwa akan dapat menjalankan tugasnya dengan adil & baik, menunaikan tanggung-jawab dengan sempurna; maka dia akan mendapt semua kebaikan yang Allah janjikan itu.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 4- {Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid,}- ulama\’ tadabbur & tafsir berkata tentang putus haidh (menopause) ini berkait dengan diri wanita itu sendiri, bukan bergantung kepada umur dan masa tertentu. Kerana itu Allah s.w.t tidak sebut umur tetapi kepada keadaan haidhnya.
Kerana asas kiraanya adalah berdasarkan kepada bilangan haidh, maka jika haidhnya sudah tiada diganti dengan tempoh masa yang khas iaitu 3 bulan. - Ayat 4- {Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.}- penjelasannya sebagai hadis Subai\’ah tadi serta dialog di kalangan sahabat & UM Ummu Salamah r.anhum.
Maka timbul isu atas perbahasan apakah wanita hamil ada haidh atau tiada?
i- ulama\’ mengeluarkan hukum juga dari isu ini bahawa perempuan yang hamil tiada HAIDH, kerana itu hukum tempohnya tidak sama dengan wanita yang ada haidh. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi & Hanbali.
Ini juga bertepatan dengan pandangan doktor-doktor perubatan hari ini.
baca: https://abuanasmadani.com/tempoh-kehamilan/
ii- manakala mazhab Syafei & Maliki mengatakan wanita hamil boleh jadi ada haidh, jika keluar darah maka ia dikira haidh.
- Ayat 4- {dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid}- iaitu wanita yang belum pernah didatangi haidh seperti kanak-kanak atau perempuan yang memang tidak ada haidh samada kerana penyakit atau tabi\’inya begitu.
Hukumnya seperti wanita putus haidh juga iaitu tiga bulan.
Ulama\’ kata ayat ini juga menjadi dalil bahawa boleh menikahkan kanak-kanak yang masih kecil tetapi dengan syaratnya.
Jika tidak boleh kahwin bagaimana mereka ada tempoh iddah sebelum datang haidh lagi?
Timbul satu lagi persoalan- jika wanita hamil itu keguguran kandungannya macamana, apakah habis tempoh iddahnya dengan keguguran itu?
Jawapan:
Ulama\’ kata hukumnya:
i- jika janin yang gugur sudah sempurna sifatnya maka hukumnya seperti melahirkan dan tamat iddahnya.
ii- tetapi jika yang gugur masih lagi seketul darah atau seketul daging sahaja maka tidak tamat lagi tempoh iddahnya bagi Jumhur ulama\’ seperti Hanafi, Hanbali & Syafe\’i
iii- Syeikh Syanqiti rhm. membuat ulasannya:
Jika seorang perempuan gugur walaupun hanya seketul darah- bagi mazhab Malik tamat iddahnya kerana ayat itu mengatakan meletakkan kandungannya.
- Ayat 5- {Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu;} – apabila Allah s.w.t jelaskan sesuatu hukum dia kata itulah urusan Allah.
Maka kamu terimalah semua hukum dan ketetapan yang Allah buat, jangan lawan guna akal kamu kerana ia adalah arahan dan wahyu dari Allah s.w.t!
Jangan terpengarauh dengan gerakan hak manusia atau wanita yang dipelopori oleh bukan Islam yang menggunakan akalnya semata.
Kita berpeganglah dengan nas al-Quran dan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
- Ayat 5- { dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.}- Allah s.w.t ulang lagi akan kelebihan bertaqwa- betapa pentingnya sifat taqwa ini, Allah s.w.t akan hapuskan dosanya dan akan diberi pahala yang besar sebagai bekalan dan assetnya di akhirat kelak.
Jika kamu menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup atas dunia ini, kembalilah kepada Allah, bertaqwa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah Insya\’ Allah, Allah akan beri rezeki dan jalan penyelesaian-Nya kepada kamu!