View Categories

SURAH AT-TUR : AYAT 9-16

\"\"

KEADAAN LANGIT DAN BUKIT PADA HARI KIAMAT & PARA KAFIR DIHUMBAN KE NERAKA.

Full video : https://youtu.be/RZJ1YXatbMk

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t jelaskan kepada kita tentang keadaan hari Kiamat.
  2. Orang yang zalim & kafir tidak mahu beriman bagaimana keadaan mereka, diseret dihumban ke dalam neraka!
  3. Inilah antara peristiwa yang akan berlaku pada hari Kiamat.
    Maka bagi kita yang beriman kita percaya & yakin lalu membuat persediaan awal supaya selamat dari huru-hara Kiamat ini dan sampai ke syurga dengan selamat, Insya\’ Allah!

AYAT 9- {PADA HARI LANGIT (DAN SEGALA ISINYA) BERGEGAR DENGAN SEKUAT-KUATNYA.} (AT-TUUR 52:9)

  1. Bermula dari ayat ini Allah s.w.t terangkan tentang keadaan alam pada hari Kiamat.
  2. Kejadian pertama ialah langit bergegar bergetar dalam keadaan yang amat mengerikan.

AYAT 10- {DAN GUNUNG-GANANG BERGERAK DARI TEMPATNYA DENGAN CARA YANG LUAR BIASA.} (AT-TUUR 52:10)

  1. Kemudian gunung-ganang dan bukit bukau pula tertanggal tercabut dari tempatnya dan hilang dari radar.
  2. Bukit & gunung terangkat berterbangan dan hancur lebur menjadi seperti debu. Hilang lenyap dari pandangan.
  3. Firman Allah s.w.t lagi tentang keadaan bukit ini:
    i- {Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.} (Al-Kahfi 18:47)

ii- {Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: \”Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.} (Taha 20:105)

iii- {Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.} (An-Naba\’ 78:20)

iv- {Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);} (At-Takwiir 81:3)

AYAT 11- {(APABILA BERLAKU YANG DEMIKIAN), MAKA KECELAKAAN DAN KEBINASAANLAH PADA HARI ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN KEBENARAN;} (AT-TUUR 52:11)

  1. Apabila tiba hari Kiamat ini, celaka & binasalah bagi orang-orang yang mendustakannya dulu. Mereka yang tidak percaya akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

AYAT 12- {IAITU ORANG-ORANG YANG LEKA BERMAIN-MAIN DALAM KESESATAN.} (AT-TUUR 52:12)

  1. Mereka inilah manusia yang leka bermain (يَلۡعَبُونَ) lagi hidup dalam kesesatan (فِي خَوۡضٖ).

AYAT 13- {PADA HARI MEREKA DITOLAK KE ALAM NERAKA JAHANNAM DENGAN PENOLAKAN YANG SEKASAR-KASARNYA,} (AT-TUUR 52:13)

  1. Allah s.w.t nyatakan bagaimana keadaan dan pembalasan mereka pada hari pembalasan itu, mereka ditolak dihumban dengan kasarnya ke dalam neraka Jahannam!

AYAT 14- {(DAN DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”INILAH API NERAKA YANG DAHULU KAMU MENDUSTAKANNYA.} (AT-TUUR 52:14)

  1. Malaikat pula berkata kepada mereka dengan penuh cercaan; Inilah api neraka yang kamu dustakan dulu, yang kamu ingkari apa yang rasul nyatakan dulu!
  2. Kata Ibnul Qayyim rhm.: Kamu carilah hati kamu pada beberapa tempat:
    i- ketika solat adakah khusyuk
    ii- ketika baca al-Quran adakah terkesan??

AYAT 15- {\”MAKA ADAKAH INI SIHIR JUGA (SEBAGAIMANA YANG KAMU KATAKAN TERHADAP KETERANGAN RASUL KAMI DAHULU?), ATAU KAMU TIDAK NAMPAK (KENYATAANNYA SEBAGAIMANA KAMU TIDAK NAMPAK DI DUNIA DAHULU AKAN KEBENARAN RASUL KAMI)?} (AT-TUUR 52:15)

  1. Malaikat berkata lagi kepada mereka dengan penuh perlian; apakah yang kamu lihat dan berdepan ini apakah sihir juga sebagaimana yang kamu tuduh dulu???
  2. Atau apakah kamu tidak nampak kenyataan ini, buta tidak nampak sebagaimana kamu tidak nampak kebenaran yang dibawa oleh para rasul atas dunia dulu??
  3. Kata Imam Malik rhm.; Jika kamu lihat orang yang mahu mempertahankan kebenaran atau Sunnah Nabi s.a.w tetapi menggunakan perkataan yang buruk & kasar, dengan perlian dan cemuhan, maka kita tahulah bahawa niatnya tidak ikhlas & tidak baik! Jauhilah dari kumpulan tersebut kerana tidak ada faedah!
  4. Kita minta pertolongan dan perlindungan Allah dari terperangkap dengan golongan yang penuh kebatilan ini! الله المستعان
  5. Orang nak reka fesyen reka baju kita tak marah tetapi jika orang nak mereka-reka ibadat kita kena lawan dan tentangnya!

AYAT 16- {\”RASALAH BAKARANNYA; KEMUDIAN SAMA ADA KAMU BERSABAR (MENDERITA AZABNYA) ATAU TIDAK BERSABAR, SAMA SAHAJA (TIDAK ADA FAEDAHNYA) KEPADA KAMU, KERANA KAMU TIDAK DIBALAS MELAINKAN DENGAN APA YANG KAMU TELAH KERJAKAN\”.} (AT-TUUR 52:16)

  1. Peringatan yang amat menyayat hati- sabar di dalam neraka nanti tiada faedahnya!
    Sama saja samada kamu sabar atau tidak, meraung bertempik atau diam, menangis merayu, semuanya tidak akan memberi apa-apa faedah!
  2. Allah s.w.t ceritakan lagi tentang keadaan mereka di dalam neraka dengan firman-Nya juga:
    {Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): \”Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?\” Mereka menjawab: \”Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)\”.} (Ibrahim 14:21)

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 9- {Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.} dan Ayat 10- {Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.} – kita dapat petunjuk dari ayat ini apabila Allah memaklumkan tentang kehancuran matahari, langit dan bukit; bahawa tidak boleh lagi balik ke dunia kerana tempat tinggal manusia di dunia sudah tiada, semua sudah musnah hancur binasa!
  2. Ayat 11- {(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;}- kata ulama\’ tadabbur ar-Razi rhm.: ayat ini memberi jaminan kepada orang yang beriman!
    Ini kerana celaka hanya bagi orang yang mendustakan para rasul, manakala keamanan bagi orang yang beriman.

Dalam ayat 8 sebelum ini Allah sebut azab yang akan datang tetapi tidak sebut kepada siapa, maka dalam ayat ini dinyatakan kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran!

Maka siapa nak aman & selamat, berimanlah kepada Allah, kepada al-Quran & Sunnah.

  1. Ayat 12- {Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.}- dalam ayat ini Allah sebut dua sikap yang menunjukkan kebatilan iaitu:
    i- yang berada dalam kesesatan (فِي خَوۡضٖ),

ii- tenggelam dalam permainan (يَلۡعَبُونَ),
Iaitu kehidupan dan perkataan mereka tidak berpijak di atas asas dan hujjah keterangan yang jelas yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka tenggelam dalam permainan, main-main dalam agama dan tak ikut Sunnah Nabi S.A.W.

  1. Ayat 13- {Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,}- oleh kerana permainan mereka puak kafir di dunia ini adalah menolak kebenaran & dakwah rasul, maka sesuailah balasan bagi mereka pula mereka akan ditolak ditendang dengan kasar & dahsyatnya ke dalam neraka!

Yakni mereka di tolak ke dalam neraka dengan kuat dan dahsyat kerana menolak ajaran Rasulullah s.a.w dan segala ajaran Islam semasa hidupnya.
نعوذ بالله من ذلك

  1. Ayat 16- {\”Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya)}- ayat ini menyatakan bahawa mereka tidak akan keluar dari neraka & tidak ada jalan untuk lari!

Jika atas dunia ini kita boleh bersabar, dan sabar itu samada menolak bala itu atau kita menunggu mengharap pahala di akhirat kelak. Tetapi di akhirat sabar atau tidak sama saja, tidak ada pengakhiran lagi atas azab siksa itu!

Sabar atas dunia ini ada 3 kategori; dan semuanya akan dapat pahala:
i- sabar menghadapi ujian & musibah.
ii- sabar dalam melakukan ketaatan.
iii- sabar dalam meningglkan maksiat.

Tetapi sabar di akhirat kelak tiada faedah lagi, kerana ia tidak akan berakhir, akhirat adalah negeri pembalasan (دار الجزاء) bukan tempat membuat amalan seperti di dunia.

Powered by BetterDocs