View Categories

SURAH NUH : AYAT 1-4

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, MUNASABAH & DAKWAH NABI NUH A.S KEPADA KAUMNYA.

Full video : https://youtu.be/g342Q0SPoEM

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini, Rabu 15 Sya\’ban 1444H bersamaan 8hb Mac 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Nuh – سورة نوح
  2. Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat meneruskan pengajian tafsir al-Quran & tadabburnya.

Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.

  1. Surah Nuh – سورة نوح adalah surah ke-71 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Ma\’aarij – سورة المعارج- surah yang kelima dalam juz ke 29, mengandungi 28 ayat.
  2. Ramai ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Nuh – سورة نوح yang bermakna {Nabi Nuh a.s} kerana pada keseluruhan surah ini Allah s.w.t menceritakan tentang perihal Rasul-nya Nabi Nuh a.s yang menerima tentangan keras dari kaumnya semasa ia menjalakan dakwah mengajak kaumnya tauhid kepada Allah Azza wa Jalla.
  2. Kata Syeikh as-Sa\’di rhm.: dalam surah ini Allah s.w.t tidak menyebut kisah atau nama yang lain selain daripada kisah nabi Nuh.
    Ini kerana panjangnya masa nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya (hampir 1000 tahun). Dakwahnya mengajak manusia kepada tauhid & melarang daripada syirik.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Menerangkan bagaimana Nabi Nuh a.s membentangkan dalil-dalil tauhid yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah yang mencipat seluruh alam dan melimpahkan Rahmat-Nya kepada sekelian makhluk-Nya.
  2. Menerangkan kedegilan kaumnya yang mempertahankan fahaman syirik dan penyembahan berhala.
  3. Lalu Nuh merayu kepada Allah s.w.t menyatakan halnya. Akhirnya Allah s.w.t membinasakan golongan yang ingkar dengan taufan yang besar dan menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya yang beriman di dalam bahtera yang termaklum!
  4. Surah ini diakhiri dengan menyatakan doa nabi Nuh semoga Allah s.w.t membinasakan kaum yang kufur ingkar (Ayat 26 sehingga ayat 28).

Tetapi ingat Nabi Nuh berdoa kemusnahan kaumnya ini selepas berdakwah hampir seribu tahun kepada mereka dan Allah nyatakan kepadanya bahawa hanya sedikit sekali kaumnya yang beriman!

Dakwah Nabi Nuh adalah dakwah berdasarkan wahyu dari Allah s.w.t sedangkan dakwah kita ada yang betul ada yang tidak betul, boleh mengkritik dan boleh dikiritik.

Dakwah Rasulullah s.a.w tidak akan mendoakan kebinasaan kepada kaumnya kecuali yang terlalu melampau kafirnya dan Baginda berdoa untuk mendapat hidayah.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah Allah nak buat bandingan analogi bahawa kaum kafir yang pertama atas dunia ini ialah kaum Nabi Nuh.
  2. Punca kekufuran mereka ini ialah kerana terlampau (ghuluw) dalam memuja orang soleh di kalangan mereka yang telah meninggal dunia.
    Hati-hati kita agar jangan berulang sejarah hitam begini.
  3. Beberapa nama berhala yang disebut dalam surah ini asalnya adalah nama-nama kepada orang soleh di kalangan mereka.
  4. Boleh baca maqalah tulisan Abu Anas tentang punca syirik ini:
    https://abuanasmadani.com/sebab-berlakunya-syirik-di…/

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Menyebut tentang dakwah nabi Nuh a.s kepada kaumnya dan apakah ucapannya kepada kaumnya.

2, Allah sebut cara & uslub yang digunakan oleh nabi Nuh kepada kaumnya, seperti galakan dan amaran, memperingatkan mereka tentang asal kejadian, ajak untuk berfikir tentang nikmat Allah, menunjukkan kepada dalil-dalil akan keagungan Allah s.w.t dan mempringatkan mereka tentang hari Pembalasan.

  1. Allah nyatakan respon/tindak-balas kaumnya terhadap dakwah nabi Nuh, bagaimana mereka berterusan derhaka kepada nabi Nuh, terus berpegang kepada syirik mereka, lalu Allah membinasakan mereka.
  2. Doa nabi Nuh kepada kaumnya supaya dibinasakan; setelah berlalu masa yang begitu panjang dan Nuh mendapat maklumat wahyu dari Tuhannya bahawa tidak akan ada lagi manusia yang akan beriman dari kaumnya itu. Lalu Nuh berdoa agar Allah s.w.t membinasakan kafir itu semuanya.

Kita yang tidak ada wahyu ini jangan cuba-cuba mendoakan kebinasaan orang lain!

  1. Nabi Nuh berdoa agara Allah s.w.t ampunkan dirinya, kedua ibu-bapanya dan seluruh orang mukmin dan mukminat, kemudian agar membinasakan semua orang yang masih kafir!

Jangan lupa kita agar sentiasa berdoa untuk diri kita, kedua ibu bapa dan orang-orang yang kita sayangi untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.

Munasabah Surah Nuh – سورة نوح dengan Surah Al-Ma\’aarij – سورة المعارج sebelumnya;
Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Ma\’arij.

  1. Hampir ada persamaan dalam pembukaan dua surah ini iaitu tentang dua nabi.
    Dalam surah al-Ma\’arij Allah sebut tentang kaum Quraisy yang mengejek dan bertanya tentang azab kepada Rasulullah s.a.w.

ii- Dalam surah Surah Nuh ini Allah s.w.t sebut tentang kaum Nabi Nuh yang juga tidak beriman dan megejek nabi mereka Nuh a.s.

  1. Pada akhir Surah Al-Ma\’arij Allah s.w.t kata Dia berkuasa untuk menukar kaum yang ada yang tidak mahu beriman dan menggantikannya dengan yang lain.

ii- lalu Allah s.w.t bawa surah nabi Nuh untuk membawa contoh kebinasaan total satu kaum dan menggantikannya dengan kaum lain. Semua manusia binasa kecuali beberapa orang yang beriman atas bahtera nabi Nuh a.s. kemudian selepas itu ada pula yang menjadi kafir dalam generasi seterusnya.

Ayat ini menunjukkan dalil kekuasaan Allah s.w.t untuk menukar dan mengganti manusia sebagaimana yang berlaku kepada Ashabul Jannah (Pemilik Kebun) dalam surah Nun- al-Qalam selepas surah al-Mulk.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 1- {SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUTUS NABI NUH KEPADA KAUMNYA, (DENGAN BERFIRMAN KEPADANYA): \”BERIKANLAH PERINGATAN DAN AMARAN KEPADA KAUMMU SEBELUM MEREKA DIDATANGI AZAB YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA\”.} (NUH 71:1)

  1. Allah s.w.t telah mengutus rasul-Nya untuk berdakwah, memberi peringatan dan mengajar kaumnya supaya kembali beriman kepada Allah s.w.t.
  2. Yakni mereka diberi peringatan dan amaran sebelum didatangkan azab kepada mereka! Tiada guna lagi jika azab datang.
  3. Antara Nabi Adam dan Nabi Nuh berbeza selama 10 kurun. Selepas hilang dan mati orang-orang soleh datang syaitan untuk mengajar manusia melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan menyembah berhala.
  4. Maka Allah s.w.t utuskan Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya agar kembali beriman kepada Allah s.w.t sebelum datangnya azab.
  5. Punca kebinasaan manusia ini adalah syirik, kufur & maksiat kepada Allah Azza wa Jalla.

AYAT 2- {DIA PUN (MENYERU MEREKA DENGAN) BERKATA: \”WAHAI KAUMKU! SESUNGGUHNYA AKU INI DIUTUS KEPADA KAMU, SEBAGAI PEMBERI INGATAN DAN AMARAN YANG NYATA;} (NUH 71:2)

  1. Nabi Nuh a.s telah mengikut arahan Allah s.w.t dengan memberi peringatan kepada kaumnya agar jangan derhaka, melawan Allah s.w.t.
  2. Dia adalah utusan dari Allah kepada mereka yang tugasnya adalah sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata { نَذِيرٌۭ مُّبِينٌ}.

AYAT 3- {\”IAITU SEMBAHLAH KAMU AKAN ALLAH DAN BERTAQWALAH KEPADANYA, SERTA TAATLAH KAMU KEPADAKU;} (NUH 71:3)

  1. Dakwahnya yang utama ialah agar mereka:
    i- sembah Allah s.w.t secara tauhid.
    ii- bertaqwa kepada Allah.
    iii- ikut dan taatlah kepada apa yang diajar olehnya.
  2. Ibadat itu perlu kepada bimbingan dan ilmu pengetahun, maka cara nak tauhid dan ikut jalan yang benar, maka ikutlah Nabi s.a.w!
  3. Ibadat bukan suka-suka atau rekaan ia adalah ikut dan taat. Bukan ikutan dan rutin sahaja.
  4. Sesiapa yang bukan tabib tetapi mengaku tabib, pastilah akan membawa masalah.

AYAT 4- {\”SUPAYA ALLAH MENGAMPUNKAN BAGI KAMU SEBAHAGIAN DARI DOSA-DOSA KAMU, DAN MEMBERI KAMU HIDUP (DENGAN TIDAK TERKENA AZAB) HINGGA KE SUATU MASA YANG TERTENTU; (MAKA SEGERALAH BERIBADAT DAN BERTAQWA) KERANA SESUNGGUHNYA AJAL (YANG TELAH DITETAPKAN) ALLAH, APABILA SAMPAI MASANYA, TIDAK DAPAT DITANGGUHKAN; KALAULAH KAMU MENGETAHUI (HAKIKAT INI TENTULAH KAMU SEGERA BERIMAN)\”.} (NUH 71:4)

  1. Maka jika kamu beriman dan ikut apa yang dibawa oleh para rasul ini maka Allah memberi jaminan bahawa:
    i- Allah akan mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu.

ii- Allah s.w.t tidak akan jatuhkan azab kepada kamu sehinggalah kamu mati, iaitu memberi kamu hidup dengan tidak terkena azab atas dunia ini, hingga ke suatu masa yang tertentu.

  1. Nabi Nuh menasihati kaumnya lagi: Agar segeralah beriman, beribadat & bertaqwa kerana ajal yang ditetapkan Allah s.w.t apabila datang ia tidak akan dapat ditangguhkan lagi!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,}- kata ulama\’ ini adalah dalil bahawa dakwah dan risalah Nabi Nuh a.s hanyalah khas untuk kaumnya sahaja (إِلَىٰ قَوْمِهِۦٓ)! Bukan umum untuk sekelian alam atau kaum lain!

Sedangkan risalah yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w adalah umum untuk seluruh alam ini (العالمين). Tidak kira kaum mana manusia atau jin, semuanya masuk.

  1. Ayat 1- {Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,}- ulama\’ tadabbur kata:
    Allah s.w.t hantar makhluk ini dengan dua cara, iaitu:
    i- Allah hantar atas nama agama, iaitu utusan agama iaitu para nabi-nabi & rasul-rasul a.s.

ii- utusan yang Allah s.w.t hantar secara umum, Allah hantar banyak perkara seperti:
b. seperti mana Allah s.w.t hantar syaitan untuk menyokong pejuang yang berjuang bukan atas nama Islam.
Firman Allah s.w.t:
{Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?} (Maryam 19:83)

b- Allah hantar malaikat sebagai penyokong kepada pejuang Islam.

Semua perbuatan orang kafir adalah dikira berdosa kerana itu Allah s.w.t katakan bahawa mereka akan diampunkan jika masuk Islam.

  1. Ayat 4- {\”Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu;}- apakah maksudnya usia mereka bertambah? Tidak, bukan begitu kerana Allah s.w.t telah nyatakan:
    Firman Allah s.w.t:
    {Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.} (Al-Munaafiquun 63:11)

JAWAPAN :

i- kata ulama\’: Tidak, bukan usia atau ajal mereka ditangguhkan tetapi azab yang akan dikenakan ke atas mereka yang ditangguhkan. Tempoh azab bukan tempoh ajal.

ii- umur asal mereka yang tertulis di Lauh Mahfuz itu tidak bertambah.

Sebagaimana sebuah hadis: Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.\” [HR al-Bukhari & Muslim].
Ini bukan bererti umurnya bertambah dari 50 ke 100 tahun, usia tidak berubah tetapi cara hidupnya yang berubah, bertambah elok, dikenali dan dikenang dengan kebaikan selepas kematiannya.

  1. Ayat 4- {Dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; }- ini adalah janji dan pemberitahuan tentang kebaikan atas dunia.

Allah jadikan sifat semulajadi dalam jiwa manusia tidak mahu segera mati dan nak panjang umur. Manusia ini tidak akan minta untuk mati kecuali sakit atau ditimpa bala yang dahsyat.

Maka Allah s.w.t nyatakan jika nak panjang umur, nak kebahagiaan di dunia & Akhirat maka segeralah beriman, bertaqwa dan beribadat kepada Allah s.w.t!

Kata ulama\’ salaf: Aku hairan dengan manusia, yang susah hidupnya sedangkan di tangan mereka ada alat untuk kesenangan.
Apakah ia? Iaitu sentiasa beristighfar kepada Allah.

Sesiapa yang sentiasa yang beristighfar Allah akan jadikan yang sempit itu luas, yang susah itu senang, yang payah itu mudah.

  1. Ayat 4- {Kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)\”.}- apa faedahnya Allah s.w.t tutup dengan ayat ini begini?

JAWAPAN :

Tujuannya- ayat ini adalah larangan agar kita tidak gila dan cintakan dunia lalu lupakan kepada agama & akhirat. Bila terlalu sayang kepada dunia akan menjadikan manusia bakhil & tidak mahu mati!

Maka sayangilah harta kita dengan menjadi orang cerdik, iaitu dengan infaq yang dapat beri manafaat kepada kita selepas mati. Agar ia tetap menjadi milik kita di akhirat kelak.

Jadi Allah kata jika kamu tahu nikmat & Rahmat Allah yang besar, keampunan Allah yang luas dan apa yang Allah sediakan di akhirat kelak; kamu tidak akan cintakan dunia, tetapi kamu akan cintakan akhirat, kamu nak mati untuk bertemu dengan Allah, kamu akan jadikan dunia ini sebagai tunggangan untuk kejayaan menuju ke akhirat.

Powered by BetterDocs