NABI NUH MENGADU TENTANG KAUMNYA, MENYEMBAH PATUNG ORANG SOLEH & MEREKA DIHUKUM TENGGELAM AIR.
Full video : https://youtu.be/zL5U3uF47Qk?si=Jh_x0fLznF_XZ9h5
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang pengaduan Nabi Nuh a.s tentang kaumnya yang keras kepala, lagi didakwah lagi lawan!
- Antara perbuatan syirik mereka ialah menyembah patung orang soleh dari kalangan mereka yang telah mati.
- Lalu Allah s.w.t nyatakan bahawa mereka dihukum tenggelam dalam air atas dunia ini; kemudian akan dimasukkan ke dalam neraka.
- Iaitu samada disiksa dalam lubang kubur dahulu sebelum Kiamat, kemudian disiksa dalam neraka asli di akhirat kelak!
AYAT 21- {NABI NUH (MERAYU LAGI DENGAN) BERKATA: \”WAHAI TUHANKU! SESUNGGUHNYA, MEREKA TELAH MENDERHAKA KEPADAKU, DAN MEREKA TELAH MENURUT ORANG YANG HARTA BENDANYA DAN ANAK-PINAKNYA TIDAK MENAMBAHINYA MELAINKAN KERUGIAN (DI AKHIRAT KELAK).} (NUH 71:21)
- Nabi Nuh a.s mengadu dan merayu kepada Tuhannya tentang perangai buruk kaumnya setelah sekian lama dia berdakwah dan menasihati mereka kepada kebenaran.
- Mereka tidak mendengar katanya, tidak menerima dakwahnya; sesungguhnya mereka telah menderhaka dan menentangnya!
- Firman Allah s.w.t:
{Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!} (Al-Qamar 54: 9-10) - Mereka telah mengikut kebatilan iaitu pencinta dunia yang tidak menambah kebaikan kepada mereka tetapi membuatkan makin kufur dan jahat dengan ramainya akan keturunan dan banyaknya harta-benda!
AYAT 22- {\”DAN MEREKA TELAH MENJALANKAN TIPU DAYA DENGAN MERANCANGKAN RANCANGAN YANG AMAT BESAR JAHATNYA (UNTUK MENENTANG SERUANKU).} (NUH 71:22)
- Mereka bukan setakat menolak menentang tetapi mereka telah membuat rancangan jahat, satu konspirasi untuk menyakiti Nabi Nuh a.s dan pengikutnya walaupun mereka tidak ramai.
- Huraian ulama\’ tentang perancangan jahat ini ada pelbagai; seperti nak bunuh Nabi Nuh, nak sekat orang daripada beriman, menindas mereka yang sudah beriman dan seumpamanya!
- Allah s.w.t huraikan dalam firman-Nya ini juga:
{Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.} (Ibrahim 14:46)
AYAT 23- {\”DAN (KETUA-KETUA) MEREKA (MENGHASUT DENGAN) BERKATA: `JANGAN KAMU MENINGGALKAN (PENYEMBAHAN) TUHAN-TUHAN KAMU, TERUTAMA (PENYEMBAHAN) WADD, DAN SUWAA\’, DAN YAGHUTH, DAN YA\’UUQ, SERTA NASR.} (NUH 71:23)
- Manakala ketua-ketua mereka menghasut orang ramai agar jangan meninggalkan penyembahan berhal-berhala yang telah dianggap tuhan oleh mereka.
- Antara nama-nama berhala yang utama di kalangan mereka pada masa itu ialah: Wadd, dan Suwaa\’, dan Yaghuth, dan Ya\’uuq, serta Nasr { وَدًّۭا وَسُوَاعًۭا وَيَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًۭا}.
- Kata Ata\’ rhm. daripada Ibnu Abbas r.a:
\”Nama-nama tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh A.S. Ketika mereka wafat, syaitan membisikkan kepada kaumnya agar mereka membuat patung orang soleh antara mereka dan memberikan nama-nama patung-patung mengikut nama-nama orang soleh tersebut.
Mereka patuh pada bisikan syaitan itu, pada mulanya patung-patung tersebut tidak disembah, namun setelah mereka meninggal dunia, maka patung-patung itu akhirnya disembah.\”
Ibnu Abbas R.A berkata lagi:-
\”Berhala-berhala yang ada dalam kalangan kaum Nuh A.S akhirnya muncul di tengah-tengah bangsa Arab.\”
\”Kemudian berpindahlah berhala-berhala itu kepada bangsa Arab, maka jadilah Wadd, nama berhala kabilah Kalb; Suwa, nama berhala kabilah Huzail; Yaghuth, nama berhala kabilah Ghutaif; Ya\’uq nama berhala kabilah Hamdan dan Nasr adalah nama berhala kabilah Himyar\”. (HR Imam Bukhari no. 4920)
i- Wadd- nama berhala kabilah Kalb.
ii- -Suwa\’- nama berhala kabilah Huzail.
iii- Yaghuth- disembah oleh Ghutaif di Jauf.
iv- Ya\’uq- disembah oleh Hamdan.
v- Nasr- disembah oleh Himyar di Yaman.
Lima nama ini adalah berasal dari nama orang Soleh dari kaum Nabi Nuh.
Apabila mereka mati syaitan datang menghasut kaumnya untuk buat patung untuk dihormati dan dimuliakan, diletakkan di tempat-tempat utama.
Awalnya bukan untuk sembah hanya sebagai tanda penghormatan.
Begitulah seterusnya apabila pupus generasi pertama, datang generasi kedua, bertambah perbuatan ke arah penyembahan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya benar-benar disembah dan menjadi berhala!
Begitulah kata Ibnu Abbas r.a: Punca penyembahan berhala atas muka bumi ini ialah kerana melampau dalam menghormati orang alim & soleh serta hilangnya ilmu dari para ilmuwan. [Riwayat al-Bukhari].
- Amru bin Luhai -laknatullah alaihi- adalah orang pertama yang membawa masuk berhala ke Makkah, dan mengubah perjalanan agama Nabi Ibrahim a.s sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.
- Sabda Rasulullah s.a.w:
\”Aku menyaksikan Amru bin Luhai Al-Khuza\’i menarik isi perutnya di dalam neraka.\”
Amru bin Luhai Al-Khuza\’i merupakan orang yang meletak berhala pertama di depan Ka\’bah. Dia didapati berlari sambil menarik-narik ususnya di dalam neraka. [HR Bukhari dan Muslim.]
AYAT 24- {\”DAN SESUNGGUHNYA KETUA-KETUA ITU TELAH MENYESATKAN KEBANYAKAN (DARI UMAT MANUSIA); DAN (DENGAN YANG DEMIKIAN) JANGANLAH ENGKAU (WAHAI TUHANKU) MENAMBAHI ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU MELAINKAN KESESATAN JUA\”.} (NUH 71:24)
- Nabi Nuh mengadu lagi kepada Allah s.w.t bahawa ketua-ketua mereka telah membuat pelbagai karenah jahat: membuat fitnah kepada Nuh, menyekat orang ramai dari beriman dan lain-lain kejahatan.
- Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah agar jangan menambah kebaikan kepada mereka yang zalim itu kecuali biarkan mereka terus dalam kesesatan dan kebatilan.
- Doa sebegini hanya khusus kepada nabi Nuh a.s kerana dia telah mendapat wahyu dari Allah s.w.t bahawa mereka tidak akan beriman lagi.
Kita jangan doakan kebinasaan atas orang lain kecuali kafir yang jelas jahat dan membunuh orang Islam.
AYAT 25- {DISEBABKAN DOSA-DOSA DAN KESALAHAN MEREKA, MEREKA DITENGGELAMKAN (DENGAN BANJIR DAN TAUFAN), KEMUDIAN (PADA HARI AKHIRAT) DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA; MAKA MEREKA TIDAK AKAN BEROLEH SEBARANG PENOLONG YANG LAIN DARI ALLAH (YANG DAPAT MEMBERIKAN PERTOLONGAN).} (NUH 71:25)
- Maka disebabkan dosa mereka, maksiat mereka, kezaliman mereka maka:
i- semasa di dunia ini mereka dibinasakan dengan tenggelam dalam air,
ii- kemudian dimasukkan ke dalam api neraka pada hari akhirat kelak. - Kata Ibnu \’Asyur rhm. antara kesalahan {خَطِيٓـَٔـٰتِهِمْ} yang mereka buat ialah:
i- syirik kepada Allah s.w.t.
ii- mendustakan Nabi Nuh.
iii- menyakiti nabi Nuh secara fizikal.
iv- menyakiti mereka yang beriman dan mengikut nabi Nuh.
v- memerli dan memperlekehkan Nuh dan dakwahnya!
vi- serta pelbagai kezaliman lagi. - Timbul persoalan bilakah azab itu?
Kata ulama\’: Iaitu selepas mati tenggelam mereka masuk kubur lalu akan diazab sehingga hari Kiamat, lalu dimasukkan dalam neraka pula di akhirat kelak! - Firman Allah s.w.t tentang kisah Nabi Nuh juga:
{Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).} (Al-\’Ankabut 29:14) - Mereka kaum Nuh ini setelah mereka tenggelam, tidak ada akan ada orang yang dapat membantu menyelamatkan mereka!
Di akhirat kelak juga pastilah tiada siapa yang dapat menghalang azab Allah ke atas mereka! - Firman Allah s.w.t tentang seorang anak nabi Nuh yang sombong & tidak beriman:
{(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: \”Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir\”.
Anaknya menjawab: \”Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air\”. Nabi Nuh berkata: \”Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya\”. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.\”} (Hud 11: 42-43)
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 21- {Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: \”Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).}- nabi Nuh mengadu kepada Allah s.w.t tentang kaumnya yang tidak dengar dan ikutnya; bahkan ikut mereka yang kaya dan berpengaruh!
Dalam ayat ini Allah s.w.t telah menyebut golongan yang menyekat dakwah ini biasanya adalah orang yang kaya-kaya, pembesar-pembesar negeri iaitu mereka yang ada kuasa, keturunan dan harta!
Mereka inilah orang yang bahaya kepada dakwah jika tidak berjaya mendapat hidayah.
Harta dan pangkat menjadikan manusia itu lupa kawan dan daratan, mereka akan menjadi manusia yang sombong, angkuh dan takabbur! Ini adalah satu ujian yang berat- iaitu ujian dengan kesenangan dunia.
Ayat ini menjadi hujjah ke atas golongan yang berpegang dengan selain kepada Allah s.w.t. Jika tidak bergantung dan tawakkal kepada Allah s.w.t, bergantung kepada sesama manusia; kita akan kecewa!
- Ayat 23- {\”Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa\’, dan Yaghuth, dan Ya\’uuq, serta Nasr.}- kata Ibnu Abbas r.a semua ini adalah nama-nama orang soleh dari kaum Nabi Nuh, yang disembah oleh musyrikin ini selepas kematian mereka
{ وَدًّۭا وسُوَاعًۭا ويَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًۭا}.
Apabila mereka mati pengikutnya pakat dok tunggu kuburnya, buat patung seperti mereka sebagai penghormatan, akhirnya melampaui dalam menghormati dan memuliakannya!
Ibnu Jarir & at-Tobari rhm. serta ramai lagi ulama\’ salaf lain yang mengatakan bahawa: Antara punca besar berlakunya syirik ialah menjadikan kubur-kubur sebagai tempat ibadat!
Bibit-bibit ini semakin hari semakin timbul kembali atas nama jejak ulama\’ dan seumpamanya!
Jejak ulama\’ bukan cari kuburnya tetapi cari kitab & ilmunya!
Contoh kebanyakan kubur yang dikatakan kepunyaan nabi-nabi; dikunjungi dan menjadi tempat memohon hajat, tempat yang boleh membawa kepada syirik kalau tidak dikawal.
Baca Catatan Dr Abu Anas Madani:
SEBAB BERLAKUNYA SYIRIK DI MUKA BUMI
baca di: https://abuanasmadani.com/sebab-berlakunya-syirik-di…/
- Ayat 24- {\”Dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua\”.}- ini adalah khas untuk nabi Nuh a.s. yang berdoa ke atas kaumnya yang zalim selepas mendapat wahyu dari Allah.
Rasulullah s.a.w tidak mengajar umatnya untuk mendoakan laknat ke atas orang lain, kita mendoakan agar mereka mendapat hidayah dan kembali kepada Allah s.w.t!
Ayat ini menolak fahaman Jabariyyah dan Qadariyyah yang mengingkari bahawa kesesatan dan kebatilan itu datang dari Allah s.w.t.
Kita ahli Sunnah beriman bahawa semua perkara samada kebaikan atau keburukan itu dari Allah, cuma kita jangan sandarkan kepada Allah s.w.t apa yang tidak baik secara beradabnya!
- Ayat 25- {Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka;}- dengan sebab kezaliaman mereka itu, mereka tenggelam dalam air kemudian dimasukkan ke dalam neraka!
KATA ULAMA\’ :
i- ayat ini untuk mengisbatkan azab kubur. Iaitu selepas mereka mati tenggelam lalu terus kena azab kubur { فَأُدْخِلُوا۟ نَارًۭا}.
ii- mereka tenggelam kemudian mereka diazab dalam kubur.
Kita ahli Sunnah beriman dan yakin dengan adanya azab kubur ini!
Setiap kali melihat kubur sepatutnya ia mendatangkan keinsafan dan ketakutan kepada kita; apakah persiapan dan amalan yang kita ada untuk dibawa???
- Ayat 25- {Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka;}-
Kata ulama\’ ini dalil bahawa semua perkara yang menyalahi ajaran Allah dan Rasul Allah dinamakan kesalahan/dosa { خَطِيٓـَٔـٰتِ}.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w tentang iman:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: \”Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan;
LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah).
Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman.\” (HR Muslim No: 51)
Kesalahan itu berbeza-beza maka dosa dan balasannya juga berbeza.
Maka sesiapa yang menyalahi dan melanggar peraturan Allah & Rasul-Nya maka mereka berhak mendapat azab dan hukuman!
Sama seperti ibadat, semua yang mengikut dan menepati perintah Allah & Rasul-Nya itu ibadat cuma ia berbeza tingkatan dan jenisnya juga.
Ya Allah tetapkan kami di atas iman kepada-Mu, dalam beramal dengan Sunnah Nabi-Mu s.a.w, dalam kebaikan dan mati dalam husnul-khatimah!