MUQADDIMAH TAFSIR AL-MUHARRAR

\"\"

HUKUM ISTI\’AZAH, LAFAZ-LAFAZNYA, ADAB, KAIFIYYAT DAN TEMPAT DIBACANYA.

Full video : https://youtu.be/l7bMSWz2Ke8?si=ZRcytlyAyxk8_-Vr

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini Khamis 14 Safar 1445H bersamaan 31/08/2023 kita dapat meneruskan pengajian kuliah tafsir al-Quran berpandukan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran & Tafsir al-Muharrar sebagai rujukan.
  2. Dalam siri ini kita akan belajar tentang hukum Isti\’azah iaitu membaca
    (أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ),
    lafaz-lafaznya, adab, kaifiyyat dan tempat dibacanya.
  3. Isti\’azah (الاستعاذة أو التعوذ) ini sangat penting untuk kita baca sebagai perlidungan kita kepada Allah s.w.t dengan perkara-perkara yang tidak baik segala perkara yang menakutkan, dari gangguan makhluk yang kita nampak (zahir) atau tidak nampak (batin).

Apabila kita takut jangan minta perlindungan dengan benda lain, tetapi meminta hanya kepada Allah s.w.t!

  1. Kata ulama\’ tafsir ia dituntut & disyari\’atkan untuk baca sebelum kita mulakan bacaan al-Quran.

Dalilnya sebagaimana firman Allah s.w.t:

{ فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ ٱلرَّجِیمِ }
[سُورَةُ النَّحۡلِ: ٩٨]

{Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.} (Al-Nahl 16:98)

Yakni baca isti\’azah dulu sebelum kita baca al-Quran.

  1. Ulama\’ telah ijma\’ bahawa ia bukan dari al-Quran & buka salah satu daripada ayat al-Quran tetapi lafaz khas yang dibaca, arahannya diambil dari al-Quran & ia dinamakan sebagai al-isti\’azah (الاستعاذة أو التعوذ).
  2. Ia juga sunat dibaca (ulang kembali) apabila kita terputus membaca al-Quran dengan bercakap perkataan yang bukan al-Quran.

i- Adapun jika ayat yang sama- kita baca ayat kemudian kita berdoa atau Syarah tentangnya tak pelru kita baca isti\’azah untuk sambung bacaannya.

ii- begitu juga jika kita bersin dan baca alhamdulillah- tak perlu ulang isti\’azah.

  1. Dalam solat ulama\’ kata tidak perlu diulang pada setiap rakaat, kita hanya baca pada rakaat yang pertama sahaja.
    Jika kita terlepas atau terlupa dalam rakaat pertama boleh baca pula pada rakaat yang kedua.

Ada khilaf- boleh saja pada tiap rakaat tetapi ikut pendapat yang kuatnya hanya perlu baca pada rakaat pertama sahaja.

LAFAZ-LAFAZNYA :

  1. Yang pertama ini dikatakan oleh majoriti ulama\’ sebagai lafaz yang palinga masyhur dari Rasulullah s.a.w iaitu:

أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Dalil:
وعن سليمان بن صرد رضي الله عنه قال: استب رجلان عند النبي صلى الله عليه وسلم ونحن عنده جلوس، وأحدهما يسب صاحبه، مغضبًا، قد احمر وجهه، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : «إني لأعلم كلمة لو قالها لذهب عنه ما يجد، لو قال: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم»، فقالوا للرجل: ألا تسمع ما يقول النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال: إني لست بمجنون.

Diriwayatkan oleh Sulaiman bin Sard r.a katanya:
\”Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi S.A.W sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain.
Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca):

أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

\’Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.\’
Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.\”

Dia menjawab pula: Aku bukanlah gila!
[HR Bukhari dan Muslim].

  • Yakni kita boleh hilangkan rasa marah dengan perbanyakkan istighfar & membaca ta\’awuz.

2. Lafaz yang kedua ialah:
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

يدل على هذا اللفظ ما جاء في حديث أبي سعيد الخدري- رضي الله عنه- في دعاء الرسول صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة في الليل، وفيه: ثم يقول: «أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم- الحديث وسيأتي بتمامه».

Dalilnya:
i- hadis riwayat dari Abu Said al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila bangun untuk solat malamnya akan baca kalimah isti\’azah ini.

ii- dari al-Quran:
{ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ ۚ إِنَّهُۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ}
{Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. } (Al-A\’raaf 7:200)

{ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ}
{Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.} (Fussilat 41:36)

  1. Lafaz ketiga:
    أعوذ بالله السميع العليم، من الشيطان الرجيم، من همزه ونفخه ونفثه.

يدل على هذا اللفظ ما رواه أبو سعيد الخدري- رضي الله عنه- قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة بالليل كَبَّر، ثم يقول: «سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك، وتعالى جدك، ولا إله غيرك»، ثم يقول:
«أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، من همزه ونفخه ونفثه»

Dalilnya juga dari hadis riwayat Abu Said al-Khudri ra.a bahawa Rasulullah s.a.w juga baca lafaz isti\’azah ini apabila bangun untuk mendirikan solat malamnya.

  1. Lafaz keempat:
    اللهم إني أعوذ بك من الشيطان الرجيم، وهمزه ونفخه ونفثه.

يدل على هذا ما رواه عبدالله بن مسعود- رضي الله عنه- عن النبي صلى الله
عليه وسلم قال: «اللهم إني أعوذ بك من الشيطان الرجيم، وهمزه ونفخه ونفثه»

Dalilnya dari hadis riwayat Ibnu Mas\’ud r. bahawa Rasulullah s.a.w. membaca lafas isti\’azah ini:

{اللهم إني أعوذ بك من الشيطان الرجيم وهمزه ونفخه ونفثه}.
[HR Ibnu Majah].

Empat sighah bacaan isti\’azah ini adalah yang sahih & warid dari Rasulullah s.a.w & majoriti ulama\’ kata lafaz yang paling masyhurnya ialah lafaz yang pertama.

Maksudnya:

  1. Perkataan {الرجيم} maknanya akau minta berlindung dengan Allah s.w.t yang dipuja-puji yang disembah daripada segala jin yang jahat, yang dihalau, yang jauh dari segala kebaikan.

Majoriti ulama\’ kata sunat membacanya bukan wajib, tetapi kalau tak baca rugi!

  1. Allah s.w.t peringatkan Nabi-Nya Rasulullah s.a.w apabila nak baca al-Quran baca isti\’azah ini.

Ini kerana syaitan akan datang mahu mengacau kepala kita, menggangu dengan pelbagai bisikan supaya kita lalai & lagha sehingga baca al-Quran tanpa faham & sedar akan makna & maksudnya.

Maka Allah perintahkan kita agar meminta perlindungan Allah dari dikacau oleh syaitan kerana kita nak baca Kalamullah supaya kita tidak diganggu & biar kita boleh faham tanpa khayal dan lalai.

  1. Apabila seorang hamba minta perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung & Maha berkuasa, kita bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan lindungi & selamatkan kita dengan izin-Nya.
  2. Kata Ibnu Kathir rhm.: Yang masyhurnya di kalangan majoriti ulama\’ isti\’azah ini untuk menolak waswas syaitan yang datang nak kacau dalam kepala kita. Maka untuk menolaknya logiklah kita bacanya sebelum baca al-Quran bukan selepasnya.
  3. Kata para ulama\’: Perkataan (بِاَللَّهِ) ini diambil dari perkataan Ilah (اله) iaitu Allah Tuhan yang berhak disembah, dipuja & dipuji.
    Yakni ibadat kita hanya untuk Allah, jika tidak akan rosak & termasuk dalam syirik yang tersembunyi.
  4. Kalimah syaitan (الشَّيْطَانِ) pula bermkasud:
    i- kata Ibnu Jarir: Syaitan dalam bahasa Arab ialah semua golongan yang memberontak (متمردين) samada dari kalangan jin, manusia atau haiwan.

Jin dan manusia dua golongan- syaitan pula samada dari mana-mana golongan ini; iaitu mereka yang derhaka & memberontak.

Firman Allah s.w.t:
{Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.
Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya.
Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.} (Al-An\’aam 6:112)

  • Dipanggil makhluk yang memberontak itu syaitan kerana mereka telah hilang akhlaknya & perbuatan mereka terkeluar dari batasannya.
  • Tengok saja haiwan yang memberontak (turun minyak) seperti gajah atau unta- amat membahayakan.
  • Semua yang tidak mahu ikut Nabi s.a.w juga dianggap pemberontak!

ii- kata Ibnu Kathir rhm. pula: Syaitan ini diambil dari perkataan asalnya (شطن) yang bermakna jauh atau keluar dari tabiat asalnya.
Seperti manusia asalnya baik tetapi apabila memberontak akan jadi jahat & derhaka. Dengan kejahatannya itu ia telah menjauhkan dirinya dari perkara yang baik!

  1. Makna dilaknat- rajim pula (الرَّجِيمِ) ialah:
    i- kata Ibnu Jarir rhm. dengan makna syaitan yang dilaknat, yang jauh dari rahmat Allah!
  • Semua perkara yang tidak baik & tidak elok dipanggil dilaknat kerana ia dihalau & dijauhkan dari rahmat Allah.

ii- untuk syaitan asli boleh juga dengan makna direjam yang asli iaitu dipanah oleh malaikat dengan tahi bintang!

iii- rajim juga dengan makna syaitan yang berbisik-bisik, yang cuit & yang melontar ke dalam hati manusia dengan keraguan & waswas.

  • Kata Ibnu Kathir rhm. yang paling masyhurnya ialah yang pertama tadi iaitu yang jauh & dihalau dari rahmat Allah!

ANTARA FAEDAH ISTI\’AZAH & KEPENTINGANNYA :

  1. Apabila kita baca isti\’azah ini, minta perlindungan dengan Allah dari segala keburukan dari segala kejahatan syaitan dari segala waswas & penyakit.
    Kita serah diri kita kepada Allah s.w.t agar Dia jaga kita!

i- Lebih-lebih lagi dari syaitan yang cuba menyekat kita dari membaca, tadabbur & memahami al-Quran.
Ini kerana antara sebaik-baik amalan dan ketaatan yang besar itu adalah membaca al-Quran.

ii- Oleh kerana gangguan syaitan itu amat kuat maka tiada tempat lain untuk kita minta perlindungan kecuali hanya dari Allah s.w.t.

iii- Dengan membaca isti\’azah ini kita iktiraf bahawa Allah s.w.t itu Yang Maha Berkuasa, yang dapat menyelamatkan kita yang lemah & tiada kekuatan ini! Kita baca dengan mulut & hayatinya dengan hati, ikhlas meminta perlindungan dengan Allah s.w.t untuk melawan hasutan syaitan.

  1. Kita nak bersihkan mulut kita daripada perkataan yang tidak baik & buruk, kita nak wangikan mulut kita dengan membaca & minta perlindungan dengan Allah sebelum membaca al-Quran ini! Baca dengan penuh penghayatan, insya\’ Allah tidak akan ada gangguan.

Ini wangikan mulut secara batin dengan isti\’azah, secara zahirnya bersihkan mulut kita dengan bersugi atau berus gigi dulu daripada segala kotoran sisa makanan.

Bahagialah orang yang boleh berinteraksi dengan al-Quran dengan cara yang mulia ini.

  1. Malaikat apabila kita baca al-Quran dia akan datang dekat kita.

i- Syaitan adalah musuh kepada malaikat- maka apabila ada malaikat syaitan akan susah hati & menjauhi.
Maka sebelum baca al-Quran kita minta dengan Allah agar dijauhkan syaitan dulu untuk malaikat hadir dekat kita.

ii- kata ulama\’: Tidak akan berkumpul dua jenis makhluk ini (syaitan & malaikat) pada hidangan yang mulia ini (bacaan & tadabbur al-Quran).

  1. Ia adalah seolah pembuka acara dan isyarat.

i- iaitu bahawa kita nak mulakan bacaan al-Quran ini, maka jangan ganggu aku wahai syaitan manusia atau jin!
Ia sebagai satu peringatan & muqaddimah kepada pendengarnya bahawa aku sekarang ni tak baca al-Quran.
Mereka juga boleh buka mata & telinga untuk mendengarnya!

ii- kerana itu tidak disyari\’atkan untuk baca isti\’azah ini sebelum baca kitab-kitab atau bacaan lain selain daripada al-Quran.

  1. Sesungguhnya syaitan datang nak kacau orang yang baca al-Quran dengan penuh usaha & tenteranya agar kita tidak terfikir makna al-Quran dan tidak tadabburnya, baca al-Quran tetapi hanya di mulut yang berbunyi.

i- Yakni syaitan cuba sedaya upaya supaya kita tidak dapat faedah manfaat daripada al-Quran ini! Iaitu tidak dapat manfaat isti\’azahnya, manfaat untuk gilapkan hati & mantapkan keimanan dan seumpamanya.

ii- Maka kerana faedah baca al-Quran itu tadabbur, maka Allah suruh kita minta perlindungan dengan-Nya, maka Allah akan kawal & jaga kita dari gangguan syaitan agar kita dapat menghayati al-Quran & memahami maknanya.

  1. Syaitan ini amat tidak suka & anti apabila orang nak buat baik.

i- Maka setiap kali kita nak buat baik dia akan bersedia dengan tenteranya untuk merempuh masuk mengacau kita supaya kita lagha, lalai & lupa.

ii- Maka kerana medan perlawanan ini begitu besar maka kita kenalah minta perlindungan dengan Allah s.w.t agar tidak diganggu syaitan untuk menjalankan amal ibadat kita kepada Allah s.w.t!

Alhamdulillah setakat ini dahulu, maka amalkanlah selalu isti\’azah ini sebelum baca al-Quran supaya kita selamat daripada gangguan syaitan!

Powered by BetterDocs