SURAH AN-NAZI\’AT 34-41

\"\"

BILA DAH KIAMAT, TERZAHIRLAH SEGALA AMALAN DUNIA DAHULU & SYURGA BAGI YANG TAKUT KEPADA ALLAH.

Full video : https://youtu.be/plzWE7gkx_Q?si=IK2wlBOmFW8P_uE7

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan apabila berlakunya { ٱلطَّآمَّةُ} iaitu Hari Kiamat dan suasana bila dah kiamat.
  2. Maka terzahirlah segala amalan manusia semasa di dunia dahulu.
    Jika banyak amalan baik bahagialah, jika sebaliknya maka celakalah.
  3. Kemudian Allah s.w.t beri amaran & peringatan bagi perkara yang tak baik, beri galakan untuk melakukan ketaatan dengan menjanjikan balasan syurga bagi yang takut kepada Allah.
    Ini supaya kita sentiasa berhati- meninggalkan kejahatan & melakukan ketaatan.
  4. Munasabah ayat:
    i- Allah s.w.t ceritakan tentang penciptaan langit & bumi untuk menunjukkan bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa untuk menghidup & mengumpulkan balik manusia sejak dari zaman Adam dulu sehingga kepada yang terakhir.

Allah sudah cipta langit & bumi yang begitu besar maka untuk menghidupkan manusia yang kecik ini, amatlah mudah untuk Allah!

AYAT 34- {MAKA APABILA DATANG HARI YANG BENCANANYA AMAT BESAR,} (AN-NAAZI\’AAT 79:34)

  1. Apabila tibanya { ٱلطَّآمَّةُ} iaitu bencana yang amat besar, hari yang amat gawat & huru-hara memcemaskan iaitu hari Kiamat. Yang tidak dapat ditangani manusia kedahsyatannya.
  2. Ini adalah salah satu nama hari Kiamat yang disebut dalam al-Quran.

AYAT 35- {IAITU HARI MANUSIA AKAN MENGINGATI APA YANG TELAH DIUSAHAKANNYA,} (AN-NAAZI\’AAT 79:35)

  1. Pada hari itu akan dibentang ditayangkan balik oleh malaikat dengan perintah Allah; segala perbuatan, perkataan kita semasa di atas dunia dulu, yang baik & yang buruknya.
  2. Firman Allah s.w.t:
    {Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?} (Al-Fajr 89:23)

Tetapi tidak ada faedahnya untuk baru ingat pada hari itu!

  1. Maka berhati-hati & beringatlah- sebagaimana kata DAAM:
    Suratan amalan yang kita nak baca di hadapan Allah nanti- kita sendirilah yang sedang menulisnya sekarang ini!
  2. Hari ini apabila kita bercakap kita tidak berfikir, kadang-kadang ia boleh membawa kepada menghina agama, termasuk dalam mengumpat & mengata orang; yang mana semuanya menjadi satu dosa!

AYAT 36- {DAN NERAKA DIPERLIHATKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DAPAT MELIHATNYA,} (AN-NAAZI\’AAT 79:36)!

  1. Pada hari itu neraka diperlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya:
    i- orang yang baik juga dapat melihatnya. Apabila orang soleh melihat neraka mereka berkata: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku darinya!

ii- orang yang jahat pula apabila melihat neraka: mereka bertempik tidak mahukannya! Tetapi apa boleh buat itulah tempat kembali mereka! Menyesal pada saat itu tiada gunanya lagi! Wal\’\’iyazubillah.

  1. Firman Allah s.w.t:
    i- {Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
    Ia akan berkata: \”Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!\”} (Al-Fajr 89: 23-24)

ii- {(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!} (At-Takaathur 102: 6-7)

  1. Kita yang beriman benar-benar yakin dengan ilmu (علم اليقين) bahawa neraka itu ada.
    Bila sudah tengok di depan mata sendiri maka ia adalah (عين اليقين) dan (حق اليقين).
  2. Hadis riwayat Dari Ibnu Mas\’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

يُؤتى بالنارِ يومَ القيامةِ لها سبعون ألفَ زمامٍ مع كلِّ زمامٍ سبعون ألفَ ملَكٍ يجرُّونَها

\”Neraka (Jahannam) akan didatangkan pada hari kiamat. Ia memiliki 70 ribu tali. Pada setiap talinya terdapat 70 ribu malaikat yang menariknya.\” [HR Muslim: 2842].

  1. Yakni neraka Jahannam itu sudah tersedia ada. Jangan kita syak & ragu lagi!

AYAT 37- {MAKA (DAPATLAH MASING-MASING MENGETAHUI KESUDAHANNYA); ADAPUN ORANG YANG MELAMPAU (PERBUATAN DERHAKANYA),} (AN-NAAZI\’AAT 79:37)

  1. Maka pada hari itu semua manusia masing-masing akan mengetahui nasibnya! Orang yang dapat tangan kanan akan gembira dan banngga, orang tangan kiri sebaliknya.
  2. Manakala orang melampaui batasan (taghut) dalam hukum Allah dan melepasi batasan dalam apa yang Allah hadkan, maka mereka

AYAT 38- {SERTA IA MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA SEMATA-MATA, -} (AN-NAAZI\’AAT 79:38)

  1. Mereka juga amat mengutamakan kehidupan dunia semata, gilakan dunia & melebihkannya daripada akhirat. Tidak menghiraukan akhirat & bekalan untuknya!
  2. Firman Allah s.w.t:
    {(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
    Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.} (Al-A\’laa 87: 16-17)
  3. Ingatlah bahawa dunia ini bukan tempat tinggal yang kekal tetapi ia adalah tempat untuk kita meninggal.
    Yakni kita meninggalkan amal yang baik, kebajikan yang banyak, perbuatan yang dapat memberi pulangan yang besar di akhirat. Selepas meninggal kita akan masuk ke dalam kubur!
  4. Kubur bukan alam akhirat atau alam Baqa\’ ia adalah alam Barzakh, iaitu alam pemisah antara dunia & akhirat. Cuma muamalatnya seperti alam akhirat, orang mati tidak boleh berinteraksi lagi dengan orang yang hidup, mereka juga tidak makan, minum atau bercakap lagi!
  5. Alam akhirat hanya bermula selepas Kiamat iaitu selepas malaikat meniup sangkakala.

Dunia ini hanya tempat meninggal, apabila mati kita akan pergi meninggalkannya, yang kekal hanyalan amalan kebaikan yang dibuat sebelum ini.

6. Orang yang cerdik menjaga amal ibadatnya, pandai menggunakan masa & peluang yang diberi oleh Allah Azza wa Jalla untuk menambahkan bekalannya ke akhirat.
Manusia yang celaka ialah yang mensa-siakan peluang ini.

7. Urusan kita atas dunia ini ada tiga kategori:
i- urusan akhirat atau ibadat. Yang khusus & wajib yang jika kita buat dapat pahala manakala jika tak buat akan berdoa. Juga ibadat sunat atau ibadat galakan, yang jika kita buat dapat pahala, jika tak buat tidak berdosa tetapi rugi.

ii- perkara yang harus, nampak keduniaan tetapi tidak haram. Seperti berkeja, berniaga, makan-minum, berkahwin dan seumpamanya- nampak maca perkara dunia.
Tetapi semua ini akan dapat pahala jika betul niatnya dan ikut panduan Syari\’ah Islam.

Ini adalah ibadat umum, setiap perkara baik & harus, yang kita buat atas niat ibadat maka akan dapat pahala.

Yang membezakan antara adat & ibadat adalah niat.

AYAT 39- {MAKA SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAMLAH TEMPAT KEDIAMANNYA.} (AN-NAAZI\’AAT 79:39)

  1. Maka bagi mereka yang melampaui batas (taghut) dan lupa akan akhirat ini, neraka Jahannam yang membakarlah tempat kembalinya, yang akan menjadi kediamannya! Wal\’iyazu billah.
  2. Firman Allah s.w.t:
    Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,
    Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.} (Yunus 10: 7-8)

AYAT 40- {ADAPUN ORANG YANG TAKUTKAN KEADAAN SEMASA IA BERDIRI DI MAHKAMAH TUHANNYA, (UNTUK DIHITUNG AMALNYA), SERTA IA MENAHAN DIRINYA DARI MENURUT HAWA NAFSU,} (AN-NAAZI\’AAT 79:40)

  1. Sifat pertama orang yang selamat ialah: {orang yang takutkan mahkamah Tuhannya }- {خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ}.
    Iaitu orang yang tahu dia akan dihisab & dihitung, dibongkar balik segala perbuatannya atas dunia ini, sentiasa merasa dia berada di bawah muraqobah (pengawasan) Allah s.w.t!
  2. Maksudnya {orang yang takutkan mahkamah Tuhannya }- {خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ} ini ialah yang tidak berani buat maksiat, tidak berani buat kemungkaran kerana ia yakin akan dihitung, dibentang segala perbuatannya.
  3. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w tentang 7 golongan yang akan berada di bawah bayangan Arasy Allah s.w.t.:
    Riwayat dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
    Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah s.w.t pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
    (1) Pemimpin yang adil,
    (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah s.w.t.
    (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
    (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah s.w.t, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
    (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata \’Aku takut kepada Allah\’,
    (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta
    (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendirian sehingga meleleh air matanya, basah kerana menangis.\” [HR Bukhari, Hadis no 620].
  4. Manakala ciri-ciri kedua orang yang selamat ini ialah {وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ}:
    Mereka yang jaga & kekang dirinya daripada mengikut kehendak hawa-nafsu yamg boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t! Jaga & menjauhkan dirinya daripada segala perbuatan maksiat, mungkar yang melanggar larangan Allah; samada bab makan-minun, pakaian & aurat, mualamat seperti riba & rasuah dan semuanya.
  5. Apa yang disedihkan sekarang ini; ibu bapa tidak tegur bab aurat anak-anak, suami tidak pantau aurat isteri.

Lelaki pula rumah sudah dekat masjid tetapi masih tidak mahu solat Jemaah, atau sudah sampai di masjid, tetapi tidak mahu duduk di saf depan!

AYAT 41- {MAKA SESUNGGUHNYA SYURGALAH TEMPAT KEDIAMANNYA.} (AN-NAAZI\’AAT 79:41)

  1. Maka inilah balasan bagi orang takut kepada Allah & lawan hawa-nafsunya: {Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.}
  2. Ya Allah jadikanlah kami, keluarga kami & seluruh orang yang kami sayangi termasuk dalam golongan ini, orang yang layak ke Jannah sebagai tempat kembalinya! {ٱلْمَأْوَىٰ}.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Antara gaya bahasa (uslub) al-Quran ialah:
    i- Allah s.w.t akan cakap terus-terang & jelas tentang pahala orang yang baik seperti- al-Muttaqin, al-Abrar, al-Muhsinin & al-Mukhilisin iaitu orang yang lebih banyak kebajikannya daripada keburukannya.

ii- Kemudian akan diikuti dengan sebutan siksaan dan balasan azab terhadap orang kafir (al-Fujjar), kemudian al-Mujrimin iaitu orang tidak kafir tetapi yang zalim kerana buat dosa & maksiat; iaitu golongan yang ringan amalan kebajikan mereka.

iii- Tetapi Allah s.w.t jarang sebut tentang golongan tengah seperti golongan yang tidak kafir ada iman tetapi buat maksiat atau golongan munafiqin, yang zahirnya seolah beriman tetapi halikatnya kafir!

Kata ulama\’ tadabbur; Allah s.w.t jarang sebut tentang golongan tengah ini kerana jika kamu beriman-syurga- jika tidak beriman neraka.

Tetapi ingat orang beriman pun belum tentu selamat jika mereka buat dosa & orang kafir juga tidak semestinya mereka akan tetap kafir, jika mereka insaf bertaubat pasti akan masuk syurga juga.

Jadi kita mesti muhasabah-nafsi kaji balik diri kita, kita sudah beriman tetapi macamana amalan kita? Jika kita buat banyak amalan pula, apakah amalan kita menepati SOP Syariah & ikut Sunnah Nabi s.a.w?

Kena pastikan kerana syarat qabul amalan ialah: ikhlas & ikut ajaran Nabi s.a.w.

Jika tidak, tidak ada jaminan bahawa kita akan selamat. Sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama\’ Islam, itulah jalan yang selamat!

  1. Ayat 37- {Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya),} &
    Ayat 38- {Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -}- adapun orang yang taghut-ikut hawa nafsu & utamakan kehidupan dunia, meninggalkan akhirat.
    Kita ini berada dalam dua keadaan;
    i- samada kita dapat mengekang nafsu, boleh jaga maka selamatlah.

ii- atau kita termasuk dalam pengikut hawa-nafsu yang buruk- maka kita akan kerugian, duduk dalam suasana yang tidak baik.

Dulu waktu muda kita sibuk, ada jadual kerja, anak sekolah dan lain-lain usursan dunia. Sekarang sudah tua & pencen, kita habiskanlah sisa usia kita dengan beribadat kepada Allah, jangan cari perkara yang lagha & lalai saja.
Biar seiring dunia & akhirat.

Jadilah ahli masjid yang istiqomah setiap hari pada setiap waktu solat Jemaah, bukan sekadar tetamu masjid yang hadir hanya pada bulan Ramadhan atau waktu-waktu tertentu sahaja.

Ya Allah jadikanlah kami ahli masjid- bukan hanya sekadar tetamu masjid!

Manusia ini samada dia kekang nafsu maka dia selamat, atau dia ikut hawa nafsu maka celakalah!

KATA AHLI QASIDAH :

Nafsu itu seperti bayi kecil, jika kamu biarkan ia menyusu ia akan terus menyusu sehingga besar.
Tetapi jika kamu lepaskannya, ia akan boleh tinggalkannya.

Begitulah nafsu- dia suka & nak benda yang lagha yang tidak ada faedah untuk Akhirat, semua benda yang disukai nafsu akan membawa kepada kebinasaan.
Jika kita boleh lepaskannya alhamdulillah.

  1. Ayat 36- {Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya,}- neraka akan diperlihatkan kepada semua orang { لِمَن يَرَىٰ} pada hari akhirat nanti.

Manakala firman Allah s.w.t dalam ayat ini pula:
{\”Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
\”Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;} (Asy-Syu\’araa\’ 26: 90-91)

Kenapa dalam ayat ini Allah kata hanya orang celaka { لِلْغَاوِينَ} akan lihat neraka, tetapi dalam ayat 36 Allah kata semua orang { لِمَن يَرَىٰ} akan lihatnya?
Jawapan:
Orang mukmin & baik hanya melihatnya saja seolah lihat di skrin hari ini.
Tetapi orang celaka, tengok & sudah terasa wap kepanasannya! Na\’uzubillah!

Jadi ulama\’ tidak kata dua ayat ini tidak bercanggah- orang mukmin hanya sekadar tengoknya saja, dari jauh, tetapi bagi orang kafir sudah terasa bahang azabnya dengan lihat saja pun!

  1. Ayat 40- {Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,} &
    Ayat 41- {Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.} – Syurgalah tempat kembali bagi orang yang takut kepada Tuhannya & menahan dirinya dari mengikut hawa-nafsu, mereka akan selamat.

KATA ULAMA\’ TADABBUR :

Allah tidak jadikan jalan ke syurga itu kecuali semuanya melawan hawa nafsu manakala jalan ke neraka sebaliknya- semuanya mengikut apa yang hawa nafsu suka.

Hadis- malaikat Jibril diperintahkan Allah untuk melihat syurga & neraka:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
\” لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ إِلَى الْجَنَّةِ، فَقَالَ :
Apabila Allah telah menciptakan syurga dan neraka, Dia menghantar Jibril ke syurga, lalu Allah berkata (kepada Jibril):
انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا،
Engkau lihatlah (syurga itu) dan apa yang telah aku sediakan untuk penghuninya.
قَالَ: فَجَاءَهَا وَنَظَرَ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ لِأَهْلِهَا فِيهَا،
Lalu Jibril pun pergi ke syurga. Dia melihat syurga itu dan apa yang telah Allah sediakan untuk penghuninya.
قَالَ: فَرَجَعَ إِلَيْهِ قَالَ: فَوَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا،
Lalu Jibril pun pulang kepada-Nya dan berkata: Demi kemuliaan-Mu. Tiada seorang pun yang mendengar (tentang syurga) kecuali dia pasti akan memasukinya.
فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ،
Lalu Allah menyuruh agar syurga ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai (nafsu).
فَقَالَ: ارْجِعْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا،
Kemudian Allah berkata (kepada Jibril): Kembalilah ke syurga, dan lihat apa yang telah sediakan untuk penghuninya.
قَالَ: فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ،
Jibril kembali ke syurga, dan ketika itu syurga telah ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai (nafsu).
فَرَجَعَ إِلَيْهِ فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خِفْتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ،
Lalu Jibril kembali kepada Allah dan berkata: Demi kemuliaan-Mu. Engkau telah mengaburi syurga sehingga tiada seorang pun dapat memasukinya.

قَالَ: اذْهَبْ إِلَى النَّارِ، فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا،
Allah berkata (kepada Jibril): Pergilah ke neraka. Lihatlah keadaannya dan apa yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.
فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا، فَرَجَعَ إِلَيْهِ،
Neraka ketika itu dalam keadaan tindih menindih di atas satu sama lain, kemudian Jibril pulang kepada Allah.
فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ فَيَدْخُلَهَا،
Jibril pun berkata: Demi kemuliaan-Mu. Tiada seorang pun yang mendengar tentangnya mahu memasukinya.
فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَقَالَ: ارْجِعْ إِلَيْهَا،
Lalu Allah menyuruh neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang disukai (nafsu). Allah pun berkata kepada Jibril: Pulanglah ke neraka.
فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا \”
Jibril pun pulang ke neraka lalu dia berkata: Demi kemuliaan-Mu. Aku takut tiada seorang terselamat daripada memasukinya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Sifat al-Jannah, hadis no: 2758, hasan sahih]

Maka kita berhati-hatilah jalan ke syurga penuh cabaran, jalan ke neraka pula penuh kesukaan & kelaghaan dunia.

Kita minta berlindung dengan Allah daripada mengikut hawa nafsu yang akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan di dunia & ke neraka di akhirat nanti- wal-\’iyazubillah!

  1. Ayat 38- {Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -}- Allah kata dalam ayat ini mereka juga mengutamakan {ءَاثَرَ} dunia selain dari mengikut hawa-nafsu.
    Maksud {ءَاثَرَ} ialah orang yang melebihkan sesuatu daripada sesuatu yang lain. Yakni maksudnya di sini ialah orang yang menggutamakan dunia semata DAN cuai serta meninggalkan akhirat.
    Itulah manusia yang celaka & tidak akan berbahagia!

Maka kita ambillah langkah-langkah yang dapat memyelamatkan kita dari menjadi manusia yang celaka ini!

Janganlah kita sombong & takabbur, hari ini kita masih hidup di atas bum ini, hari esok mungkin kita sudah mati & berada di bawah tanah.

PERINGATAN UMUM & ISU SEMASA :


Jangan juga bakhil untuk waqafkan sedikit tanah kita jika ia termasuk ke dalam jalan umum; sekaki atau semeter yang kita beri, Allah s.w.t gulung 7 lapis bumi sebagai pahala untuk yang memberi!

Hari ini kita bakhil dan sayang dengan hak kita di atas tanah ini, di dalam tanah nanti jangan sampai kita menyesal & kerugian.
Ingin hidup balik kembali ke dunia untuk bersedekah- tetapi sayangnya satu angan-angan yang sudah mustahil!

Powered by BetterDocs