SURAH AN-NABA\’ : AYAT 17-30

\"\"

HARI DIJATUHKAN HUKUMAN, BALASAN BAGI SI KAFIR & SEBABNYA MEREKA MENDUSTAKAN KIAMAT.

Full video : https://youtu.be/71fX7SdbBkk?si=5Jf3d8mEfRLwZVN6

MUQADIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan tentang hari dijatuhkan hukuman {يَوْمَ ٱلْفَصْلِ}.
  2. Di mana terdapat 3 keadaan:
    i- Orang yang baik alhamdulillah mereka akan dapat syurga.

ii- Balasan bagi si kafir yang tidak beriman ialah neraka.

iii- manakala orang yang beriman tetapi ada dosa & buat maksiat, mereka akan duduk di bawah kehendak Allah s.w.t, mungkin diampunkan, mungkin diazab kemudian dilepaskan dari neraka!

  1. Kita yang yakin tentang perkara ini sentiasalah berdoa moga dilindungi dari neraka walaupun sesaat!

اللهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النّار-
Ya Allah, selamatkan kami dari api neraka!

  1. Allah s.w.t sebut juga tentang suasana hari Kiamat serta dinyatakan sebab kenapa sebahagian daripada orang kafir itu dicampakkan ke dalam neraka ialah kerana mereka mendustakan kiamat.

AYAT 17- {SESUNGGUHNYA HARI PEMUTUSAN HUKUM ITU, ADALAH SATU MASA YANG DITENTUKAN,} (AN-NABA\’ 78:17)

  1. Ayat ini menjelaskan apa yang disebut secara umum di awal surah- iaitu Berita yang besar, yang mereka berbeza menerimanya!
  2. Hari Kiamat itulah yang Allah s.w.t telah tetapkan, Hari Pemutus Hukuman!
  3. Tiada siapa yang mengetahui bilakah ia akan berlaku kiamat kecuali Allah s.w.t yang mulia.
    Hatta malaikat, rasul, jin apatah lagi manusia tidak mengetahuinya!

Jika ada yang mengaku & membuat pelbagai teori itu adalah satu pembohongan!

AYAT 18- {IAITU MASA DITIUP SANGKAKALA, LALU KAMU (BANGKIT HIDUP) SERTA DATANG BERPUAK-PUAK (KE PADANG MAHSYAR);} (AN-NABA\’ 78:18)

  1. Hari itu apabila Malaikat Israfil meniup sangkalalanya:
    i- tiupan pertama semua manusia mati.
    ii- tiupan kedua hidup & bangkit semula.
  2. Kemudian manusia yang bangkit itu berjalan berduyun-duyun mengikut puak, kumpulan masing-masing menuju ke Padang Mahsyar untuk; berkumpul, dihisab, diadili & menerima hukuman!
  3. Firman Allah s.w.t:
    {Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.} (Al-Kahfi 18:99)
  4. hadis tentang sangkakala (serunai):
    i- diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr\’ R.Anhuma:

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَا الصُّورُ قَالَ ‏ \”‏ قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ ‏\”‏

Maksudnya: \”Telah datang seorang Badwi kepada Nabi S.A.W, lalu berkata: \”Apakah as-Sur?\” Jawab Baginda: \”(Semacam) tanduk yang digunakan untuk meniup.\” [HR at-Tirmizi (2430)].

ii- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Sesungguhnya Allah setelah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan sangkakala, lalu diberikan di mulut Israfil, maka Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya dan pandangan matanya ke arah Arasy menunggu bila diperintahkan (meniup sangkakala).\”
Aku (Abu Hurairah) berkata; \”Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab \”Tanduk\”, aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab \”Sangat besar\”. [HR Bukhari].

AYAT 19- {DAN (PADA MASA ITU) LANGIT DIPECAH BELAHKAN SEHINGGA TIAP-TIAP BELAHANNYA MENJADI IBARAT PINTU YANG TERBUKA LUAS,} (AN-NABA\’ 78:19)

  1. Langit pula terbelah menjadi berlubang seolah ada pintu-pintu yang terbuka padanya!
  2. Kata al-Biqa\’i rhm.: Oleh kerana terlalu banyak belahan pada langit, maka ia seolah pintu yang terbuka luas!
  3. Kata ulama\’ juga langit seolah berlubang kerana ada pintu-pintu terbuka yang banyak kerana malaikat turun menjalankan tugasnya pada hari Kiamat.
  4. Langit memang sekarang ini ada pintu yang dikawal rapi oleh malaikat, tetapi pada hari Kiamat tidak terjaga lagi.

AYAT 20- {DAN GUNUNG-GANANG – SETELAH DIHANCURKAN – DITERBANGKAN KE ANGKASA, LALU MENJADILAH IA BAYANGAN SEMATA-MATA SEPERTI RIAK SINARAN PANAS DI PADANG PASIR.} (AN-NABA\’ 78:20)

  1. Gunung-ganag juga tercabut dari tapaknya, hancur dan berterbangan di udara seolah debu & bayangan, yang nampak ada tetapi sebenarnya tiada (سَرَابًا).
  2. Bayangan (سَرَابًا) ini adalah fatamorgana (mirage) atau aleng-aleng dalam bahasa Melayu lama.

AYAT 21- {SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANNAM ADALAH DISEDIAKAN.} (AN-NABA\’ 78:21)

  1. Neraka Jahannam juga telah tersedia ada, siap menunggu penghuninya.
    Siapa kata neraka belum dijadikan adalah pandangan yang salah.
  2. Rasulullah s.a.w telah melihat & melawat neraka ini, seperti dalam hadis solat gerhana.
  3. Maksud { مِرْصَادًۭا} ini ialah tersedia (ready) menunggu penghuninya. Siapa yang melalui titian (صراط) di atasnya akan dicangkuk, manakala orang yang bertaqwa akan selamat.
  4. Firman Allah s.w.t:
    {Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
    Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.} (Maryam 19:72)
  5. Ini adalah salah satu ayat tangisan (ايات المبكية) yang menyebabkan orang-orang soleh menangis apabila membacanya!
  6. Ayat ini ditafsir oleh hadis Rasulullah s.a.w ini:

(وَيُضْرَبُ جِسْرُ جَهَنَّمَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكُونُ أَوَّلَ مَنْ يُجِيزُ وَدُعَاءُ الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ وَبِهِ كَلَالِيبُ مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ أَمَا رَأَيْتُمْ شَوْكَ السَّعْدَانِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ غَيْرَ أَنَّهَا لَا يَعْلَمُ قَدْرَ عِظَمِهَا إِلَّا اللَّهُ فَتَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ)
رواه البخاري

Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam. Akulah orang pertama yang melaluinya.
Doa para rasul pada saat itu: \”Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah\”.
(Yakni setiap rasul berdoa agar pengikutnya yang beriman selamat).
Pada sirat itu, terdapat pencangkuk-pencangkuk seperti duri pohon Sa\’dan.
Pernahkah kamu melihatnya?\”
Para sahabat menjawab, \”Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa\’dan, tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah. Maka ia mencangkuk manusia sesuai dengan amalan mereka\”. [HR al-Bukhari di dalam Sahih: 6573]

  1. Yakni keimanan seseorang itu akan menyelamatkannya & menentukan kelajuannya melintasi sirat itu!

AYAT 22- {UNTUK ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS HUKUM TUHAN, SEBAGAI TEMPAT KEMBALINYA.} (AN-NABA\’ 78:22)

  1. Neraka Jahannam itu Allah sediakan buat taghut (لِّلطَّـٰغِينَ) iaitu mereka yang melampaui batasan hukum yang Allah tetapkan!
  2. Kata ulama\’ taghut itu termasuk antaranya:
    i- syaitan
    ii- ahli-ahli sihir & ahli nujum.
    iii- orang yang membenarkan dirinya disembah.
    iv- pemimpin yang tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.
    Ada 8 golongan taghut yang digariskan oleh para ulama\’.

AYAT 23- {MEREKA TINGGAL DI DALAMNYA BERKURUN-KURUN LAMANYA.} (AN-NABA\’ 78:23)

  1. Mereka akan berada di dalam neraka berkurun-kurun lamanya.
  2. Iaitu tempoh yang tidak akan ada akhirnya! Kekal abadi selamanya.

AYAT 24- {MEREKA TIDAK DAPAT MERASAI UDARA YANG SEJUK DI DALAMNYA, DAN TIDAK PULA SEBARANG MINUMAN.} (AN-NABA\’ 78:24)

  1. Udara di dalam neraka amat panas & menyesakkan! Tempat azab pastilah tiada udara yang sejuk & nyaman!
  2. Dari sudut makanan & minuman juga tiada yang baik dan enak.

AYAT 25- {KECUALI AIR PANAS YANG MENGGELEGAK, DAN AIR DANUR YANG MENGALIR,} (AN-NABA\’ 78:25)

  1. Kecuali air panas yang menggelegak {حَمِيمًۭا} dan air danur yang mengalir.
  2. Air danur {وَغَسَّاقًۭا} ini ialah apa yang keluar daripada tubuh ahli neraka akibat siksaan dari darah & nanah yang begitu kotor & busuk!
  3. Jika demikian rupa azab yang Allah gambarkan masih tidak dapat menyentuh dan menggetarkan hati kita maka dengan dalil apa lagi kita mahu terima!

AYAT 26- {SEBAGAI BALASAN YANG SESUAI (DENGAN AMAL MEREKA YANG BURUK).} (AN-NABA\’ 78:26)

  1. Siksaan & azab nagi orang yang jahat itu bertepatan dengan kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia dulu!
  2. Allah s.w.t tidak menzalimi seorang pun hamba-Nya, mereka sendiri yang menzalimi diri sendiri!
  3. Zalim ada dua kategori:
    i- zalim kepada diri sendiri dengan buat maksiat.
    Zalim & dosa yang paling besar ialah syirik kepada Allah s.w.t!

ii- zalim sesama makhluk yang kita boleh nampak!

AYAT 27- {KERANA SESUNGGUHNYA MEREKA DAHULU TIDAK MENARUH INGATAN TERHADAP HARI HITUNGAN AMAL,} (AN-NABA\’ 78:27)

  1. Puak kafir ini semasa hidup dulu tidak percaya kepada hidup semula (kebangkitan) dan hisab (perhitungan semula). Mereka menjadi kafir kerana tidak percaya lalu tidak beriman!

AYAT 28- {DAN MEREKA TELAH MENDUSTAKAN DENGAN SESUNGGUH-SUNGGUHNYA AKAN AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI;} (AN-NABA\’ 78:28)

  1. Ada juga yang bukan setakat tidak beriman & percaya; mereka juga mendustakan {وَكَذَّبُوا۟}, mengingkari dan melawan sungguh segala ayat-ayat keterangan Allah s.w.t!
  2. Sedangkan telah jelas agama Islam ini amat benar dengan segala dalil dan tanda-tandanya!

AYAT 29- {DAN TIAP-TIAP SESUATU DARI BAWAAN HIDUPNYA, TELAH KAMI HITUNG SECARA BERTULIS.} (AN-NABA\’ 78:29)

  1. Sedangkan setiap sesuatu perbuatan, amalan, percakapan mereka sepanjang hidup itu Allah s.w.t telah merekodnya secara bertulis!
  2. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah s.w.t menyatakan betapa rosaknya keadaan orang kafir sedangkan mereka ada mata, telinga, otak untuk lihat & berfikir akan keagungan & kekuasaan Allah s.w.t, tetapi mereka tetapi tidak beriman;

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan jika kamu tidak ingat atau buat lupa pun; Allah s.w.t telah catat & rekod segalanya! Yakni Allah s.w.t telah perintahkan malaikat untuk mencatatnya.

Maka tidak perlu kamu ceritakannya lagi kepada orang lain terutama dalam bab ibadat- ia hanya antara kita dengan Allah!

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Dan \”Kitab-kitab Amal\” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:\” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!\” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.} (Al-Kahfi 18:49)

Ini juga termasuk dalam ayat-ayat tangisan orang soleh.
Ini antara hikmah surah al-Kahfi sunat dibaca pada setiap hari Jumaat; untuk mengingatkan kita kepada kematian & hari Kiamat.

AYAT 30- {(SETELAH MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA, DIKATAKAN KEPADA MEREKA: \”OLEH SEBAB KAMU TELAH MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI) MAKA RASALAH KAMU (AZAB YANG DISEDIAKAN), KERANA KAMI TIDAK AKAN MELAKUKAN SELAIN DARI MENAMBAH BERBAGAI AZAB KEPADA KAMU\”.} (AN-NABA\’ 78:30)

  1. Munasabah ayat:
    i- setelah Allah s.w.t sebut pada awal perbincangan tentang balasan yang setimpal {جَزَآءًۭ وِفَاقًا}- kemudian Allah s.w.t nyatakan sebab-sebab mereka diazab; tidak percaya kepada hisab & mendustakannya. Jelas juga di sini segala perbuatan kamu itu telah dicatat dan akan dibentangkan semula di hadapan Allah!

ii- maka dalam ayat ini dikatakan kepada puak kafir itu:
Rasakan azab akibat perbuatan kamu dulu itu! Tidak akan Kami kurangkan sedikitpun kecuali akan ditambah lagi pelbagai azab ke atas kamu!

  1. Firman Allah s.w.t sebagai tafsiran kepada ayat ini juga:
    i- {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} (An-Nisaa\’ 4:56)

ii- {Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.} (Al-Nahl 16:88)

iii- {Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.} (Al-Israa\’ 17:97)

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 19- {Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan (وَفُتِحَتِ) sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,}- kata ulama\’ tafsir- ini dalil sempurnanyna kekuasaan Allah s.w.t!

Macamana kita nak fikir; Langit yang begitu kukuh & kuat sebelum ini boleh terbelah & pecah-pecah sehingga menjadi seperti pintu yang berlubang-lubang! Sedangkan sebelum ini kita tahu langit sudah ada pintu?

Kata ulama\’: Langit menjadi pecah dan berlubang, kerana pintu yang terlalu banyak sehingga tidak terkawal dan seolah tidak berpintu lagi!

Firman Allah s.w.t:
{Maka Kami bukakan pintu-pintu langit (فَفَتَحْنَآ أَبْوَٰبَ), dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.} (Al-Qamar 54:11)

  1. Ayat 20- {Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.}- bukit tercabut & diterbangkan seperti debu lalu hilang seperti fatamorgana (mirage), bayangan palsu, seolah ada tetapi sebenarnya tiada.
    Keadaan bukit pada hari Kiamat ada beberapa keadaan mengikut firman Allah s.w.t:
    i- Gunung-ganang dan bukit bukau tertanggal tercabut dari tempatnya dan hilang lenyap dari pandangan.
    {Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.} (At-Tuur 52:10)

ii- {Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.} (Al-Kahfi 18:47)

iii- {Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: \”Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.} (Taha 20:105)

iv- {Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.} (An-Naba\’ 78:20)

v- {Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);} (At-Takwiir 81:3)

vi- {Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah)} (An-Naml 27:88)

Maka marilah kita fikirkan nasib diri kita untuk selamat pada hari yang amat huru-hara dan gawat itu!

  1. Ayat 21- {Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan.}- neraka itu sudah bersedia, menunggu kemasukan penghuninya yang celaka.

Ayat ini menunjukkan bahawa neraka Jahannam itu adalah makhluk yang sudah ada (yakni sudah dicipta). Jika neraka sudah ada, maka begitu juga syurga, pastilah sudah ada juga.

Rasulullah s.a.w juga sudah diperlihatkan kepadanya pandangan syurga & neraka!
Banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada hakikat bahawa syurga & neraka sudah ada sekarang ini!

  1. Ayat 21- {Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan.} & Ayat 22- {Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.}- neraka itu sudah tersedia untuk orang yang melampaui batas (taghut), jahat kepada Allah.

Taghut atau zalim yang paling besar ialah syirik kepada Allah s.w.t!
Walaupun mereka baik sesama manusia, tinggi integritinya dan baik akhlaknya, tetapi jika dia syirik maka dia adalah orang yang zalim dari sudut Aqidah. Kerana aqidahnya rosak maka punahlah segalanya yang lain!

Ini kerana mereka menolak apa yang Allah s.w.t mahu beri kepada mereka, maka merekalah orang yang sangat rugi!

  1. Ayat 26- {Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).} – setiap balasan itu mengikut tahap amalan dan perbuatan (kejahatan) yang dilakukan oleh setiap orang!
    Setiap balasan mengikut kategori amalan dan kesalahannya. Hatta dalam syurga pun ada tahap & tingkatnya, berbeza mengikut amalan!

Allah s.w.t nyatakan di sini supaya kita jangan lupa & lalai. Kita kena ingat bahawa semuanya samada yang kecil atau besar, nyata atau tersembunyi semuanya duduk di bawah ilmu Allah s.w.t.

Maka ini adalah brek yang paling utuh adalah apabila kita yakin & percaya bahawa semua amalan kita akan dicatat oleh malaikat kemudian akan di pertanggung-jawabkan di hadapan Allah Azza wa Jalla nanti!

Segala amalan kita akan dihisab diadili lalu diberi hukumannya oleh Allah s.w.t.

Hari ini hari Jumaat, jangan lupa:
i- perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
ii- baca surah al-Kahfi untuk menerangi kubur nanti.
iii- perbanyakkan sedekah setakat mampu dan ada.

Mudah-mudahan kita selamat di dunia & aman di akhirat, Insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs