Muqaddimah Tasfir Al-Muharrar

\"\"

HUKUM BASMALAH, MAKNANYA DAN 5 FAWAIDNYA, ADAKAH IANYA SATU AYAT FATIHAH & BACA KUAT ATAU PERLAHAN DALAM SOLAT.

Full video : https://youtu.be/ZzZ0vtokHNY?si=liLUM6IgSWeBOH-8

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah tajuk perbincangan kita hari ini adalah tentang hukum basmalah iaitu membaca Bismillah (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم).
  2. Bahasa Arab ini mempunyai ringkasan nama bagi beberapa bacaan seperti basmalah
    (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم),
    isti\’azah (أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ),
    tahlil (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه) dan lain-lain.

HUKUM BASMALAH :

MAKNANYA :

  1. Makna bismillah { بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم}-
    Aku mulakan dengan menyebut nama Allah.

i- Kita mulakan semua perkara dengan nama Allah s.w.t. bergantung kepada apa urusan yang kita mahu buat;

Contoh: Dengan nama Allah yang Esa aku baca (al-Quran), atau jika nak makan, dengan nama Allah aku makan, atau dengan nama Allah aku sembelih haiwan ini.

Dalam tajuk ini kita mahu baca al-Quran, sebelum memulakan surah al-Fatihah: maka dengan nama Allah aku baca, kita ambil berkat dengan nama Allah yang Maha Agung yang dipuja dengan sebenarnya, iaitu Allah s.w.t yang Maha Tinggi YANG Maha Agung.

ii- Kata ulama\’ lughah & tafsir, ia termasuk dalam hukum jar wa majrur (جار ومجرور) iaitu selepas perkataan bi (بِ), perkataan/nama selepasnya diberi baris bawah, manakala ta\’luqnya tiada, kena di taqdirkan.

Yakni bila kita nak makan kita hanya kata: Bismillah- dengan nama Allah- sedangkan yang kita maksudkannya adalah: Dengan nama Allah aku nak makan.

  1. Apakah faedah dita\’khirkan ucapan lain itu?

Kata ulama\’ ada dua faedah :
i- kerana kita mahu mulakan dengan nama Allah, iaitu kita mengambil berkat dengan menyebut nama Allah dulu sebelum menyebut pekerjaan atau urusan yang mahu dibuat.

ii- kita nak letakkan semua itu dengan nama Allah; seperti kita tidak makan makanan kita dengan nama lain, kita hanya minta tolong & ambil berkat dengan nama Allah, maka kerana itu diletakkan nama Allah didepan, manakala yang lain (iaitu urusannya) di belakangnya!

3. Makna ar-Rahman { ٱلرَّحْمَـٰنِ}- yang Maha Pemurah; iaitu Allah s.w.t yang mempunyai rahmat yang begitu luas untuk seluruh makhluk-Nya.
Dengan sifat inilah semua makhluk Allah atas dunia ini yang beriman atau yang kafir, manusia atau haiwan yang ganas yang jinak, semuanya dapat makan. Semuanya ada rezeki tertentu, yang atas darat, yang dalam laut dalam tanah dan semuanya.

4. Makna ar-Rahim { ٱلرَّحِيمِ}- Allah s.w.t yang mempunyai rahmat yang khas untuk hamba-Nya yang beriman.

Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t memang bersifat kasihan belas dengan hamba-Nya.
ini pula khas untuk orang yang beriman saja.

5. Kata Syeikh dalam Pimpinan ar-Rahman: Al-Quran ialah panduan & imam kita; iaitu yang akan memimpin memandu kita di atas dunia ini, menemani kita di dalam kubur & yang akan memandu membawa kita ke dalam syurga!

Dalam ayat suci ini Allah s.w.t mengajar kita bahawa setiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah.

Kadang-kadang cukup untuk kita mengucapkan {بِسْمِ ٱللَّهِ} saja seperti waktu nak makan & nak sembelih haiwan.

Ini kerana tidak sesuai menyebut nama/sifat Allah Yang Maha Kasihan Belas untuk perbuatan menyembelih, maka cukuplah sekadar menyebut Bismillah {بِسْمِ ٱللَّهِ} sahaja. Wallahu a\’lam.

Ada tempat kita hendaklah baca penuh
{بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ}
seperti sebelum membaca al-Quran dan lain-lain.

ii-iaitu dengan melakukan demikian semoga pekerjaan kita mendapat berkat dari Allah & kejayaan, dengan melakukan sedemikian bermakna kita serahkan bulat-bulat kepada Allah s.w.t setelah berusaha & berikhtiar.

6. Nama Allah {الله} – ia adalah lafaz al-Jalalah (لفظ الجلالة)- nama yang khusus untuk Allah Azza wa Jalla, yang Maha Agung, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Bijaksana yang layak disembah dengan sebenarnya.

Kalimah ini adalah lafaz al-Jalalah (لفظ الجلالة)- yakni kalimah yang menunjukkan kebesaran Allah s.w.t & bermakna RAJA segala nama Tuhan. Kerana itu dalam asma\’ul Husna dimulakan dengan nama Allah ini.

Jangan sesiapa mahu guna nama Allah untuk yang selain daripada-Nya.

Allah adalah nama yang ekslusif untuk Zat yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa.

Jika nak bubuh nama untuk manusia kena ada abdu (hamba- عبد) di hadapannya.

7. Kedua nama ini {الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم} antara nama-nama Allah (أسماء الله الحسنى) yang menunjukkan bahawa melimpahnya sifat sifat kasihan-belas & rahmat Allah s.w.t kepada sekelian makhluk!

HIKMAHNYA :

  1. Allah s.w.t mulakan surah al-Fatihah dan semua surah-surah dalam al-Quran sebanyak (113) surah dengan Basmalah ini kecuali satu surah iaitu surah at-Taubah (التوبة).

Ini kerana Basmalah ini menunjukkan kepada rahmat & kasih sayang, tetapi surah at-Taubah adalah surah tentang peperangan (al-Qital- القتال), maka kita mahukan ketegasan & kekuatan maka tidak dimulakan dengan Basmalah tetapi hanya dengan isti\’azah sahaja.

5 FAWAID BASMALAH DAN KEHALUSAN SENI AL-QURAN :

  1. Allah s.w.t tidak sebut tujuannya atau apa yang kita nak buat itu.
    Yang pentingnya kita mulakan segala pekerjaan dengan Bismillah.

Antara faedah tidak sebut ini ialah:
i- Sebelum memulakan apa-apa pekerjaan, tidak elok kita sebut atau mula dengan benda lain. Yang eloknya kita sebut nama Allah, Bismillah aku nak makan, Bismillah aku nak sembelih dan seumpamanya. Ini menunjukkan kita nak mengagungkan Allah s.w.t.

Sama seperti kita mulakan solat dengan Tabbir- Allahu Akbar- Allah Yang Maha Besar untuk mengagungkannya!

ii- Bila kita tidak sebut benda itu lebih mendalam dari sudut susunan bahasa.

Kerana orang yang berkata-kata mengucapkan kalimah ini – Bismillah, dia sudah tahu apa yang dia nak buat, dia nak makan ke apa. Benda yang sudah ada di hadapan tak perlu kita sebutnya lagi.

Dua faedah ini menunjukkan betapa agungnya nama Allah Azza wa Jalla maka kita letakkannya di depan jangan letakannya di belakang.

  1. Memulakan setiap perkara dengan bismillah memulakan sesuatu adab yang Allah s.w.t ajar & didik Rasulullah s.a.w bermula dari wahyu yang pertama lagi: { ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ}
    Allah ajar Rasulullah s.a.w supaya memulakan bacaannya dengan mana Tuhan-mu.
  2. Ajar kita untuk mengambil berkat dengan nama Allah s.w.t (Bismillah) supaya kita ingat & tidak lagha.

Agar kita menjiwai dan ingat bahawa semua yang kita buat ini kerana Allah s.w.t & hanya untuk Allah!

Supaya kita sentiasa ingat bahawa apa yang kita nikmati ini adalah hasil dari anugerah Allah s.w.t.

Kita juga perlu pasakkan dalam aqidah kita bahawa kita hanya minta tolong & bergantung kepada Allah s.w.t dalam perkara yang diizinkka-Nya, iaitu perkara yang baik.
Jika rasa benda yang kita nak buat itu tidak baik- jangan baca bismillah.

  1. Bila kita sebut sifat Ketuhanan, Bismillah, Allah s.w.t Tuhan yang berhak disembah & dipuja-puji, menunjukkan bahawa kudrat, keagungan & kekuasaan Allah s.w.t tidak dapat diatasi oleh sesuatu apa-pun!

Kemudian disebut pula dua sifat Allah iaitu ar-Rahman & ar-Rahim; Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, kenapa Allah tidak sebut Dia Yang Maha Kuat atau Gagah Perkasa (al-Jabbar, al-Qawiyy)?

Ini untuk menunjukkan bahawa rahmat & kasih-sayang Allah s.w.t mengatasi kemurkaan-Nya, kerana itu dibawa dua sifat ini selepas lafaz nama Allah s.w.t!

Sebagaimana yang Allah s.w.t sebut dalam sebuah hadis qudsi:
{Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku.} [HR Bukhari]

  1. Faedah dari segi kesenian bahasa:
    Ejaan bismillah tiada huruf alif – hanya {بسم الله} bukan ditulis dengan {باسم الله} yang merupakan ejaan asalnya yang sepatutnya.

Tetapi dalam surah Iqra\’ ada pula ada alif:
{ ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ}.
Kenapa?

Jawapan:
i- ini kerana penggunaan bismillah ini pada semua tempat yang baik, buat apa saja sunat dibaca Bismillah.

Jadi oleh kerana penggunannya sangat banyak, lalu untuk meringankan sebutan & ejaan dibuang huruf alif (بسم – باسم).

Manakala perkataan lain yang ada alif itu jarang disebut.
ii- sebagaimana kata al-Khalil- seorang pakar bahasa Arab:
a- dibuang huruf alif dalam Bismillah kerana tidak mungkin kita sebut permulaan perkataan dengan sin mati bersama alif mati (اس), maka gugur dalam tulisan tetapi dari sudut bacaanya ada. Kerana sudah ada huruf baa yang menggantikan tempat huruf alif {بسم}.

b- tetapi dalam Iqra\’ tidak boleh dihazaf huruf alif, kerana huruf baa (ب) itu boleh dihazaf menjadi ejaan seperti berikut – (ٱقْرَأْ ٱسْمً رَبِّكَ)

Adakah Ianya Satu Ayat Dari Surah Fatihah :

Terdapat tiga pandangan ulama\’ dalam isu ini:
i- pendapat pertama mengatakan ia bukan dari surah al-Fatihah.
Ini pendapat majoriti ulama\’ iaitu mazhab Hanafi, Maliki & Hanbali.
Ini untuk kita lapangkan dada & lebih faham apabila kita ke negara yang tak baca kuat Bismillah dalam solat mereka.

Juga pandangan dari kalangan ulama\’ pembaca (Qura\’) Madinah.
Ada sebahagian ulama\’ tafsir yang meyokong pendapat ini yang mengatakan Basmalah bukan satu ayat dari al-Fatihah.

Dalilnya hadis riwayat Abu Hurairah r.a, sabda Nabi S.A.W:
\”Tiada sempurna solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah\” Rasulullah s.a.w mengulangnya sebanyak tiga kali. [HR Al-Bukhari (756)].

ii- Kemudian orang ramai bertanya kepada Imam Abu Hurairah r.a:
Kami telah berada di belakang imam dalam solat, apakah perlu kami baca juga al-Fatihah?
Jawab Abu Hurairah:
Bacalah dengan perlahan kerana aku juga telah mendengar dalam sebuah hadis qudsi bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

\”ALLAH berfirman: \”AKU membahagi solat antara diri-KU dan hamba-KU menjadi dua. Untuk hamba-KU apa yang dia minta.

Apabila hamba-KU membaca: \”Alhamdulillahi rabbil \’alamin.\” {ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ 7}
Allah Taala berfirman – \”Hamba-KU memuji-KU.\”

Apabila hamba-KU membaca: \”Arrahmani Rahim.\” {ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ}
Allah berfirman – \”Hamba-KU mengulangi pujian untuk-KU.\”

Apabila hamba-KU membaca: \”Maaliki yaumid diin.\” {مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ}
Allah berfirman – \”Hamba-KU mengagungkanKU.\”
(Dalam riwayat lain, ALLAH berfirman; \”Hamba-KU telah menyerahkan urusannya kepada-KU.\”)

Apabila hamba-KU membaca: \”Iyyaka na\’budu wa iyyaka nasta\’in.\” {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}
Allah berfirman – \”Ini antara diri-KU dan hamba-KU dan untuk hamba-KU sesuai apa yang dia minta.\”

Apabila hamba-KU membaca: \”Ihdinas Siratal mustaqim sehingga akhir surah.\”
{ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} & {صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ}

ALLAH berfirman – \”Ini adalah milik hamba-KU dan untuk hamba-KU sesuai yang dia minta.\” [HR Muslim]

Dalam hadis Rasulullah s.a.w tidak menyebut Basmalah maka jika ia adalah salah satu dari ayat al-Fatihah pasti akan disebut Baginda.

ii- pendapat kedua:
Abdullah Ibnu Mubarak berkata bahawa ia adalah satu dari ayat al-Fatihah.
Kerana setiap surah ada Basmalah pada permulaannya kecuali surah at-Taubah tadi.

Dalilnya:
Hadis riwayat Anas r.a: \”Ketika Rasulullah S.A.W sedang berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba Baginda tidur lelap.
Kemudian Baginda mengangkat kepalanya sambil tersenyum.
Maka kami bertanya, \’Apa yang menyebabkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah?\’
Nabi bersabda: \”Baru saja diturunkan kepadaku suatu surah,\’ kemudian Baginda membaca 3 ayat surat Al-Kauthar bermula dengan Basmalah:
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
{ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَر. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ.}.\”
(HR An Nasa\’i).

Jadi kata Ibnul Mubarak setiap surah itu ada Bismillah.

iii- Mazhab Syafei & Hanbali- mengatakan Bismillah (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم) ini adalah satu ayat daripada al-Fatihah, kerana itu dalam Mashaf kita dia ada tulis no.1 bagi surah al-Fatihah, sedangkan dalam surah lain tidak ditulis no.1 ini di Bismillahnya.

a- Maka bagi mazhab Syafei- wajib membacanya dalam solat dengan diperlahankan dalam solat yang sir & dikuatkan dalam solat yang jahr!

Dalil: Diriwayatkan dari Ibnu \’Abbas dan Abu Hurairah r.a serta yang lainnya: \”Bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menjaharkan (bacaan) Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-ahiim\”. [Hadis dari Ibnu \’Abbas, diriwayatkan oleh Al-Bazzar & Al-Baihaqi].

b- Mazhab Hanbali juga mengatakan Basmalah ini satu ayat dari al-Fatihah, wajib membacanya dalam solat.
Cuma berbeza sedikit dengan berpendapat mesti dibaca perlahan dalam mana-mana solat samada yang sir & atau solat yang jahr!

Dalil: Riwayat dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
\”Jika kamu sekalian membaca Alhamdulillah, maka bacalah Bismillahir Rahmaan Rahiim. Sesungguhnya Al-Fatihah itu Ummu Al- Qur\’an (induk Al-qur\’an), Ummul-Kitab (induk Kitab), As-Sab\’ Al-Masani dan Bismillahir Rahmaanir Rahiim adalah salah satu ayatnya\”. [HR.Duruquthny [I:312], Imam Baihaqi [II:45] dan lain-lainnya dengan isnad sahih].

Perbahasan para ulama\’ dalam isu ini sangat panjang & luas, maka kesimpulannya:

i- kata ulama\’ tafsir- ramai ulama\’ Salaf mengatakan Bismillah ini adalah satu ayat dari al-Fatihah.

ii- ramai juga ulama\’ salaf yang mengatakan ianya bukan satu ayat dari al-Fatihah.

Dalil hadis Abu Hurairah yang sahih.

  • Sebagaimana dengan dalil dari hadis Abu Hurairah yang sahih:
    Kedua-dua pandangan ini betul- Bismillah dari sudut adalah sebahagian daripada Fatihah menjadikannya 7 ayat.
    Tetapi dari sudut dia bukan dari surah al-Fatihah, cuma dibaca di awal surah- maka ia tetap 7 ayat iaitu dengan membahagikan dua ayat yang terakhir itu.

Kata Syeikh Amin al-Syanqiti rhm :
Pendapat terbaik untuk kita rumuskan dalam perbicangan ini ialah kita jamakkan antara pandangan ulama\’ ini:
i- bahawa Basmalah adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah sebagaimana dalam kebanyakan Qiraat seperti Qiraat Ibnu Kathir al-Makki (ulama\’ Qiraat).

ii- dalam sebahagian Qiraat yang lain pula mengatakan Basmalah bukan satu ayat daripada surah al-Fatihah bahkan hanya satu ayat al-Quran sebagaimana dalam surah an-Nahl ini:
{ إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَـٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ }.

[An-Nahli: 27:30].

Inilah beberapa perbincangan para ulama\’ kita dedahkan di sini supaya semakin hari semakin terserlah & luas pandangan para pelajar kita.
[Lihat At-Tafsir Al-Munir.

BACA KUAT ATAU PERLAHAN DALAM SOLAT :

  1. Para ulama\’ membuat rumusan bahawa kuatkan bacaan Bismillah dalam solat; salah satu daripada pandangan ulama\’ adalah harus, bukanlah satu benda yang tidak baik.
  2. Tetapi sebagaimana yang dinukilkan oleh para sahabat, kebanyakan dalam solatnya, Rasulullah s.a.w baca perlahan.

Rasulullah s.a.w membacanya tanpa berbunyi sebagaimana hadis riwayat Anas bin Malik r.a yang berada di belakang Baginda:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا كَانُوا يَفْتَتِحُونَ الصَّلَاةَ بالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

\”Bahawa Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar dan Umar r.anhum, semuanya memulakan sembahyang mereka dengan membaca: – الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – \”. [HR Bukhari].

  1. Jadi pandangan ulama\’ mazhab terbahagi kepada dua:
    i- Mazhab Hanbali kata baca perlahan.
    Perlahan bukan makna tak baca, tetapi kita baca bukan kuat sehingga didengar orang lain!

ii- mazhab Syafei kata baca kuat kerana Bsmillah ini dikira satu ayat dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat maka dibaca kuat dalam solat jahr & diperlahankan juga dalam solat sirr.

  1. Untuk amalan kita sebagai bacaan dalam solat, nak baca kuat atau perlahan?

Kita tengok suasana, jika tempat kita jadi imam itu ramai yang mazhab Syafei maka bacalah kuat tetapi sekali-sekala boleh kita perlahankan untuk mengajar masyarakat bahawa perkara ini khilaf.
Perlahan bukan makna tak baca tetapi kita bacanya secara perlahan.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Kita jamakkan antara dua pandangan ini untuk mengharmoniskan suasana, untuk yang terbaik, Insya\’ Allah.

Jangan pula kata ini salah atau tak betul, jangan!
Kerana keduanya ada dalil, mereka juga ada pandangan yang berdasarkan dalil & berpegang dengan mazhab mereka.

  1. Jangan kita sempitkan dada tidak boleh mera\’ikan suasana dan pandangan orang yang lain yang berpegang pada dalil juga kerana perkara ini perkara khilaf.

Lapangkan dada kerana dunia luas hari ini sudah sempit dengan adanya alam maya, zamam internet ini!

  1. Jangan sampai tidak solat jemaah subuh semasa pergi ke Tanah Haram Makkah & Madinah dengan sebab imam tak baca Qunut atau lain-lain solat kerana tak baca Basmalah pula!

Orang begini telah merugikan dirinya sendiri, qunut bukan satu rukun sehingga tidak sah solat!
Lapangkan dan cerahkan pemikiran semoga kita dapat taufiq dari Allah Azza wa Jalla, pendedahan & ilmu yang bermanfaat.

  1. Kita minta tiga perkara dari Allah s.w.t dengan doa ini:

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي, وَعَلِّمْنِيْ مَايَنْفَعُنِيْ, وَزِدْنِيْ عِلْمًا

Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa-apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa-apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmu kepadaku.

آمين يا رب العالمين.

Powered by BetterDocs