MUQADDIMAH TAFSIR AL-MUHARRAR

\"\"

MUQADDIMAH TAFSIR AL-MUHARRAR, AL-QURAN KITAB PALING AFDHAL & TADABBURNYA MENCERAHKAN MAKRIFAH.

Full video : https://youtu.be/OkxvZaAOb5A?si=5al3rdRgMapPF9ty

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini Pagi Rabu 13 Safar 1445H bersamaan 30/08/2023 kiat dapat memulakan pengajian kuliah tafsir al-Quran kita dengan surah al-Fatihah dengan berpandukan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran sebagai rujukan.
  2. Kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman ini adalah kitab tafsir al-Quran yang rasmi bagi negara Malaysia kerana muqaddimahnya ditanda-tangani oleh Perdana Menteri Malaysia, bermula cetakan yang pertama oleh YAB Tunku Abdul Rahman, kemudian oleh PM yang seterusnya ikut masa cetakan yang berikutnya.
  3. Kemudian dijadikan rujukan utama juga sebuah kitab tafsir berbahasa Arab yang bernama At-Tafsir al-Muharrar atau nama asalnya: (التفسير المحرر للقرآن الكريم).
    Ia adalah sebuah kitab yang mempunyai 44 jilid.

Alhamdulillah ianya lengkap dalam versi cetakan dan juga PDF bagi penuntut ilmu yang boleh berbahasa Arab.
Boleh didapati dari laman web: www.dorar.net

PENDAHULUAN AT-TAFSIR AL-MUHARRAR :

  1. Sesungguhnya al-Quran al-Karim adalah sebuah Kitab yang benar & sangat jelas.

Allah s.w.t turunkannya kepada Rasul-Nya yang sangat amanah. Ia sebagai petunjuk kepada manusia & jin seluruhnya.

  1. Ini kerana atas dunia ini ada 3 jenis makhluk iaitu: Malaikat, Jin & manusia.
    Malaikat adalah satu golongan yang tersendiri tidak ada dosa & tidak derhaka kepada Allah selamanya!

Manakala jin & manusia adalah makhluk yang ada pertembungan & dikenakan taklif ke atas mereka; iaitu diberi tugas & tanggung-jawab yang akan dipersoalkan kelak.

  1. Fungsi Al-Quran adalah mengeluarkan manusia daripada kegelapan batil & syak kepada cahaya kebenaran & yakin.

Sesiapa yang berpegang dengan al-Quran maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali yang kukuh!
Mereka akan diberi petunjuk ke jalan yang benar & lurus, yang diredhai Allah s.w.t.

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.}
(Al-Maaidah 5: 15-16)

FUNGSI AL-QURAN; KELEBIHAN AL-QURAN YANG KITA BACA INI IALAH :

1- Kitab Allah yang terbaik & yang paling afdhal yang diturunkan dari langit. Wahyu yang terbesar yang Allah s.w.t turunkan ke atas manusia.

i-Firman Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w:
{Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.} (Al-Maaidah 5:48)

ii- al-Quran juga tugasnya membenarkan {مُصَدِّقًۭا} kitab-kitab yang terdahulu & mengawal-selia { وَمُهَيْمِنًا} kitab yang terdahulu. Jika bercanggah dengan al-Quran dari segi Aqidah, maka ia adalah kitab yang telah diseleweng oleh tangan-tangan penjenayah terhadap kitab Allah.

iii- Kita al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar rhm.: Al-Quran ini menjadi pemegang amanah, saksi, dan pemutus ke atas kitab-kitab yang terdahulu sebelumnya.
Allah s.w.t jadikan al-Quran yang mulia, yang merupakan kitab terakhir diturunkan ke bumi sebagai kitab yang paling lengkap, paling agung & paling kukuh.

Allah kumpulkan dalam al-Quran segala kebaikan & keindahan yang ada ada dalam kitab-kitab terdahulu & tambahkan lagi keistimewaan yang tidak ada dalam kitab terdahulu; kerana itu ia sebagai pemegang amanah, saksi dan pemutus ke atas kitab-kitab yang terdahulu sebelumnya.

iv- Allah s.w.t memberi jaminan bahawa Dia sendiri yang akan menjaga al-Quran- Dia tidak serahkannya kepada malaikat.

Firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.} (Al-Hijr 15:9)

  1. Kebahagiaan seorang manusia tergantung dengan al-Quran ini!
    Jika kamu berpegang dengan al-Quran kamu akan diberi hidayah petunjuk yang akan membawa kebahagiaan.
    Dengan syarat kamu berpegang dengannya, faham al-Quran sampaikannya, beramal & berhukum dengannya sebagai kata pemutus.

Firman Allah s.w.t:
i- {Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.} (Al-Israa\’ 17:9)

ii- {Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.} (Al-Israa\’ 17:82)

Sesiapa yang ada penyakit waswas penyakit keraguan dengan al-Quran akan bertambah keyakinan.

  1. Allah jadikan membaca al-Quran ini sebagai ketaatan yang palinga baik.

Nak dengar Allah s.w.t bercakap denganmu bacalah al-Quran!
Nak dengar cerita yang indah baca al-Quran, nak dengar kisah yang baik bacalah al-Quran!

Bertadabbur al-Quran adalah amalan untuk menghampirkan diri kepada Allah yang paling baik. Ini kerana dia adalah penawar, petunjuk & pembawa kebahagiaan.

i- Firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).} (Faatir 35: 29-30)

ii- Kata Syeikh as-Sa\’di rhm.: Orang yang baca kitab Allah, yang mengikut arahan Allah s.w.t yakni buat yang Allah perintah & meninggalkan apa yang Allah larang serta membenarkan segala yang dikisahkan dalam al-Quran, tidak mendahulukan pandangan manusia lain ke atas al-Quran, baca lafaz-lafaz al-Quran dengan mengkaji maknanya, dan mengikuti hidayahnya & mengeluarkan mutiara-mutiara faedah istinbat dari ayat-ayat yang kita baca; ini yang penting!

iii- hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Abu Musa al-\’Asy\’ari, Nabi S.A.W telah bersabda:
Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti utrujah, rasanya lazat dan baunya harum.
Manakala mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma, rasanya lazat akan tetapi tiada bau padanya.

Perumpamaan seorang yang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti pohon raihanah, baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti peria (hanzolah), rasanya pahit dan tidak juga berbau. (HR al-Bukhari).

  1. Kelebihan yang keempat : Kita menggunakan tenaga fikiran untuk mencari hikmah, rahsia disebalik ayat-ayatnya, apakah yang Allah maksudkannya.
    Seperti yang kita buat sebelum ini- mencari fawaid faedah dari ayat-ayat yang dibaca, munasabah antara ayat, munasabah antara surah dan lain-lain.

ii- maka sesiapa yang berbuat begitu, itulah cara untuk kita memahami al-Quran, sebagai pintu untuk kita lebih mengenali & mendapat faedah al-Quran yang besar!

Ya Allah jadikam kami dari orang yang tadabbur al-Quran & mendapat faedah darinya.

iii- Firman Allah s.w.t:
{(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.} (Saad 38:29)

iv- kata Syeikh az-Zarkasyi rhm.: Sesiapa yang tiada ilmu & kefahaman tentang al-Quran, tidak takut kepada Allah, tidak tadabbur al-Quran, dia tidak akan merasa kemanisan al-Quran.

Yang menjadikan kita berona (meragam) ini ialah kerana kita tidak hiraukan al-Quran, tafsir pun tidak belajar, kuliah tidak ikuti, ilmu tadabbur tak masuk- maka kita tidak akan rasalah kemanisan al-Quran yang seperti buah tamar itu; yang semakin dikunyah semakin terasa manisnya!

BELI AL-QURAN MAHAL-MAHAL HANYA SEBAGAI HIASAN TETAPI TIDAK BACA & AMBIL PENGAJARAN DARINYA!

v- kata Syeikh Ahmad Abdul Halim rhm.: Tujuan setiap percakapan itu ialah supaya orang memahaminya!
Orang yang betul dia bercakap mestilah nak suruh orang faham.

Maka al-Quran ini sebagai Kalamullah pastilah ia lebih utama & penting untuk kita fahaminya!

Kita wajib cari & gali maknanya, apa yang Allah mahu sampaikan kepada kita.

Usahalah cari kitab tafsir, tak ikuti kelas baca sendiri dulu. Ikuti kelas tafsir dengan panduan guru itu pastilah lebih baik!

vi- kata Syeikh Ibnu al-Qayyim rhm.: Tidak ada penawar yang lebih baik untuk ubati & sucikan hati melainkan baca al-Quran dengan tadabbur, dengan tafakkur.

Inilah cara yang paling bernafaat untuk baiki hati yang bermasalah- kena fahami al-Quran. Baca saja tak fahami, tidak ada guna juga.

vii- kata Imam Ibnu Rajab rhm.: Antara amalan sunat yang paling baik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla ialah membanyakkan tilawah al-Quran, serta tafakkurm tadabbur & memahaminya!

  1. Faedah yang kelima: Gaya Rasulullah s.a.w & para sahabat yang mulia untuk memahami al-Quran ialah mereka akan mengulang-ulang sesuatu ayat itu banyak-banyak kali.

i- Hadis- Abu Zar r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w bersolat dan membaca sebuah ayat yang hingga subuh Baginda tetap membacanya dalam rukuk dan sujudnya,
iaitu firman Allah ini:
{\”Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana\”} (Al-Maaidah 5:118) kemudian Baginda menangis.

Ketika waktu subuh Abu Hurairah r.a bertanya: \”Wahai Rasulullah, mengapa engkau terus-menerus membaca ayat ini hingga subuh, sedangkan engkau tetap membacanya dalam rukuk dan sujudmu?\”
Rasulullah s.a.w menjawab: \”Sesungguhnya aku memohon kepada Rabb-ku akan syafaat bagi umatku, maka Dia memberikannya kepadaku; dan syafaat itu dapat diperoleh- Insya Allah- oleh orang yang tidak pernah mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun (dari kalangan umatku.\” [HR Nasaei & Ibnu Majah].

ii- Seorang sahabat bernama Abdurrahman as Sulami r.a berkata, \”Para pembaca Al-Quran seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas\’ud r.anhum dan lain-lain, bercerita kepada kami bahwa mereka belajar dari Rasulullah s.a.w 10 ayat. Mereka tidak menambahnya sampai memahami makna kandungannya dan mengamalkannya.
Mereka berkata: \”Kami mempelajari Al-Quran, memahaminya, sekaligus mempraktikkannya.\”

  1. Faedah keenam: Mulianya satu ilmu apabila dia berkait dengan kemuliaan yang dibincangkan.

i- Yakni kita nak jadi mulia kita kena belajar ilmu yang mulia.
Al-Quran ini tafsirnya, tadabburnya mulia kerana dia berkait dengan Allah s.w.t, ia adalah Kalamullah.

ii- Ilmu kedua yang mulia ialah Hadis Nabi kerana ia berkait dengan Rasulullah s.a.w- kalamu Rasulullah s.a.w. Maka untuk jadi mulia kita belajar & berpegang dengan dua sumber ini; al-Quran & Sunnah!
Cintakan Rasul dengan mengikut Sunnah & ajarannya bukan hanya bergendang dalam masjid!

iii- Maka dengan ini semulia-mulia ilmu & setinggi darjatnya ialah ilmu tafsir al-Quran kerana topiknya ialah untuk memahami kalamullah!

iv- Kata ar-Raghib al-Isfahani rhm. dalam kitabnya Al-Mufradat fi Gharib al-Quran:
Sebaik-baik ilmu & kesenian susunan yang dilakukan oleh manusia ialah ialah Tafsir al-Quran.

Kerana itulah kita rasa sangat bahagia apabila para Jemaah dapat megikut kelas pengajian kuliah tafsir al-Quran ini dari awal sehingga ke akhir.

Maka marilah kita habiskan masa kita, curahkan tenaga kita, kerahkan pemikiran kita, cerahkan hati kita, lapangkan dada kita untuk bertadabbur al-Quran, memahami maknanya & beramal dengannya! Al-Quran itu untuk dibaca & difahami bukan baca saja.

BAHAGIAN DUA : Kata-kata ahli panel Tafsir Pimpinan ar-Rahman.

Iaitu tulisan Syeikh Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, mantan Mufti Kelantan yang ditulis pada 1968.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وخاتم النبيين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين.

Sesungguhnya Al-Qur\’anul-Karim yang diturunkan Allah kepada Rasul yang terakhir Nabi Muhammad (s.a.w) ialah kitab suci yang merupakan kemuncak perkembangan Kitab-kitab Suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia;

sebuah Perlembagaan Hidup yang telahpun memberi kejayaan besar kepada orang-orang Islam yang ulung yang memahami dan mengamalkan ajarannya;

mengubahkan orang-orang Islam purbakala dari satu umat yang mundur kepada satu umat yang memegang obor tamaddun alam berkurun-kurun lamanya;

sebuah sumber hidayah untuk manusia mencari jalan mengenal Tuhan yang sebenar (Allah); mencari jalan yang lurus dalam semua jurusan hidup dan mencari jalan kebahagiaan, perdamaian, kejernihan dan keagungan dunia dan akhirat.

Kemunduran dan kelemahan umat Muslimin pada zaman-zaman belakangan ini ialah akibat kecuaian mereka dalam mengamalkan prinsip-prinsip hidup maju dan mulia yang dianjurkan Al-Qur\’an;

Kecuaian yang disebabkan kelemahan iman mereka terhadap maksud kandungan Al-Qur\’an;
bahkan umat Muslimin pada zaman ini tidak memberi ketulusan hati dan penghormatan yang semesti dan sepatutnya kepada Al-Qur\’an; maka mereka seolah-olah tidak lagi memandangnya sebagai sebuah Perlembagaan Hidup yang diturunkan oleh Rabbul-\’Aalamin yang wajib diamalkan.

Malah sebuah kitab yang hanya dibaca dan dilagukan dengan suara yang lemak manis untuk segera mendapat nama, pangkat dan harta-benda dalam alam ini sahaja.

Jika kita ingin – dan sewajibnya ingin – mengembalikan keadaan zaman gemilang kita yang lampau maka perlulah kita kembali kepada Al-Qur\’an, kembali memahami, mengkaji, dan seterusnya mengamalkan isi-isi pengajarannya yang mulia dan tinggi tarafnya;
dan jalan yang wajar untuk mempelajari maksud kandungan Al-Qur\’an ialah memahami ma\’na ayat-ayatnya; maka di sinilah terletaknya kepentingan adanya terjemahan ma\’na Al-Qur\’an dengan gaya bahasa yang dapat difahami oleh orang ramai kita Islam.

Bagi menjayakan keinginan yang wajib ini, Tuhan Yang Maha Kuasa telah mengilhamkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj – Perdana Menteri Malaysia, dengan cita-cita dan harapan kuat supaya usaha penterjemahan Al-Qur\’an dijalankan dengan seberapa segera yang boleh, dan dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka saya ditugaskan oleh Y.T.M Tunku menyelenggarakan usaha penterjemahan makna Kitab Suci itu, satu tugas yang amat besar dan mengatasi kemampuan yang ada pada diri saya, tetapi setelah saya tidak terdaya lagi menolak tugas yang berat itu.

Bertawakkallah saya kepada Tuhan Ar-Rahmaan Ar-Rahiim, Al-Fattaah Al-\’Aliim, serta mengucapkan junjung kasih kepada Y.T.M Tunku atas kepercayaannya kepada saya.

Untuk menuju ke arah ini, sudahlah dilakukan usaha-usaha mengkaji berbagai-bagai pendapat dan pentafsiran dari Ahli-ahli Tafsir dan dipilih mana-mana pendapat yang difikirkan lebih sesuai dan mudah difahami oleh orang ramai kita Islam dengan tidak terikat kepada mana-mana aliran yang tertentu supaysa sesuai dengan kenyataan bahawa Al-Qur\’an adalah sebuah lautan yang maha luas.

Semua kata-kata yang terdapat dalam Bereket () merupakan kata-kata penghurai yang tidak terdapat dalam nas-nas asal Al-Qur\’an.

Dan mana-mana ayat yang memerlukan penjelasan maka diadakan keterangan di kaki surat, dan keterangan-keterangan itu adalah dibuat dalam bentuk yang seringkas-ringkasnya sekadar yang boleh difaham.

Semoga cara yang diikuti dalam penterjemahan ini (terjemahan pengertian Al-Qur\’an) dapat memudahkan orang ramai kita Islam mempelajari Al-Qur\’an dan megnamalkannya.

Walau bagaimanapun kami yang menjalankan kerja ini tidak mengakui terjemahan ini suatu terjemahan yang cukup sempurna, kerana tidak ada seseorangpun yang dapat menguasai i\’jaaz Al-Qur\’an atau dapat memberi terjemahan yang meliputi semua aspek kesenian bahasa Al-Qur\’an dan pengertian-pengertiannya yang luas dan mendalam.

Oleh itu, sebarang teguran yang ikhlas terhadap usaha ini akan disambut dengan dada yang lapang, dan sebarang pembetulan terhadap mana-mana kesilapan yang tidak tertanggung – diucapkan terima kasih.

Dalam usaha melaksanakan terjemahan ini sukalah saya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Al-Ustaz Abdullah Basmeih yang telah mengambil peranan yang begitu besar melahirkan terjemahan ini dalam gaya Bahasa Melayu yang licin dan mudah difaham, dan saya tidak lupa merakamkan sanjungan saya kepada Al-Ustaz Faisal bin Haji Othman yang telah memulakan terjemahan ini sebelum Ustaz Basmeih.

Pada akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan junjung kasih kepada Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj atas kepercayaannya terhadap kami, mudah-mudahan Tuhan Yang Maha Pemurah sentiasa memberi taufiq kepadanya ke arah perkhidmatan-perkhidmatan Islamiyah yang lebih besar dan lebih sempurna.

Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim,
Kota Bahru, Kelantan.
12 Ramadhan, 1388 bersamaan 2 Disember, 1968.

PENUTUP :

  1. Kaitan Abu Anas Madani dengan Tafsir Pimpinan ar-Rahman pula:

i- Semasa belajar di Madinah dulu Mujjama\’ al-Malik Fahd, sebuah pusat percetakan al-Quran di Madinah, telah meminta beliau menulis taqrir kepada laporan yang dibuat oleh Dr Ahmad Najib tentang kitab ini untuk mengesahkan bahawa ia tiada masalah dari mana-mana sudut samada aqidah atau seumpamanyanya kerana mereka mahu mencetaknya.

ii- alhamdulillah ia tiada masalah apa-apa cuma bahasanya agak lama.
Bila ditanya apakah boleh diubah bahasanya, apabila di hantar kepada Kedutaan Malaysia cadangan ini; ramai yang mempertahankannya termasuk mantan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail.

iii- tetapi mengejutkan pada tahun-tahun akhir ini ada pula yang mengubah bahasanya Pimpinan ar-Rahman.

Sebagaimana kata Tan Sri Syeikh jika nak ubah buatlah yang lain jangan kacau yang ori yang ditulis oleh Syeikh Basmeih & Syeikh Hj Muhammad Noor ini!
Ini hak ilmiah mereka & ahli panel yang lain.

iv- maka jika ana DDAAM sebut Tafsir Pimpinan yang asal- maksudnya yang asal yang masih belum diubah gaya bahasanya yang asli, bukan yang baru dicetak sekarang!

v- pada Oktober tahun 1972- baru siap kitab terjemahan ini dan terdapat pula kata penutup oleh para penterjemah & penyemaknya.
Empat tahun mengambil masa, usaha, tenaga & daya fikiran mereka semua untuk menterjemahkan al-Quran ini.

Kita ucapkan جزاهم الله خيرا كثيرا kepada para panel semua, semoga Allah s.w.t membalas sebaik balasan kepada mereka yang telah berada di dalam kubur semuanya, semoga peninggalan ilmu ini membawa pahala yang tidak putus kepada mereka!

vi- adapun tentang Tafsir al-Muharrar pula, jangan bimbang, ia juga adalah hasil dari susunan para penyusun, ahli panel muda yang berwibawa dan dipercayai. Ia diketuai oleh Dr Khalid bin Othman as-Sabtu dari Arab Saudi & Dr Ahmad Saad al-Khatib dari Mesir.
Kitab ini diterbitkan oleh Syarikat Ad-Durar As-Saniyyah – www.dorar.net

Insya\’ Allah walaupun kitab asal bahasa Arabnya panjang, pandailah ana mengolahnya untuk disesuaikan dengan level para jemaah pendengar dan mengikut kesesuaian suasana masyarakat kita & negara Malaysia.

Kita ambil apa yang kita faham & dapat memberi kefahaman pula kepada orang awam yang mahu belajar!

Semoga segala niat & usaha yang baik ini diterima lah s.w.t & menjadi amal jariah.

DOA.

Powered by BetterDocs