Surah Al-Baqarah : Ayat 104-105

ADAB PILIH PERKATAAN BAIK DENGAN NABI SAW, JANGAN PERLI ORANG & KEISTIMEWAAN RISALAH ISLAM.

Full video : https://youtu.be/4kyBrubM300?si=xJd8gXO9VUtPEOJ_

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah tafsir kita dalam surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama. Ayat yang kita akan bincangkan ialah ayat 104 dan ayat 105.
  1. Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang adab untuk bercakap & beradab dengan Rasulullah SAW.
    Kita kena memilih perkataan baik, yang sesuai & elok apabila berhadapan dengan Nabi SAW. Kerana puak yahudi suka menggunakan perkataan yang buruk & ayat perli kepada Baginda SAW.
  1. Ayat ini sekaligus juga melarang agar jangan perli & mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti orang lain!
    Cakap baik-baik (ghoyat mmolek) kerana dengan sindiran & perlian akan menyebabkan orang sukar menerima nasihat!
  1. Kemudian Allah nyatakan bahawa Allah telah pilih Nabi kita Muhammad SAW, pilih umat ini sebagai umat terbaik daripada kalangan manusia & istimewanya risalah Islam.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 104- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU MENGATAKAN: “RAAINA”, (KETIKA KAMU BERKATA-KATA DENGAN NABI MUHAMMAD), SEBALIKNYA KATAKANLAH: “UNZURNA”, DAN DENGARLAH KAMU (SEGALA PERINTAH DENGAN SEBULAT HATI MENERIMANYA); DAN (INGATLAH, BAHAWA) ORANG-ORANG KAFIR ITU AKAN BEROLEH AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-BAQARAH 2:104)

  1. Allah SWT menyeru orang yang beriman: {Wahai orang-orang yang beriman!}.
  1. Kata ulama’ tafsir : Ini adalah seruan yang pertama (أول خطاب) kepada orang yang beriman dalam surah ini.
    Sebelum ini adalah seruan pertama (النداء الأول) kepada manusia keseluruhannya dalam ayat 23!
  1. Di dalam Al-Quran terdapat 88 tempat seruan terhadap orang yang beriman {Wahai orang-orang yang beriman!} & ini adalah yang pertamanya.
    Menunjukkan bahawa Allah SWT ambil & sangat cakna terhadap hamba-Nya yang beriman!
  1. Kata Ibnu Mas’ud RA: Apabila kamu mendengar seruan dari Allah SWT untuk orang yang beriman, maka hendaklah kamu buka mata, buka telinga, lapangkan dada kamu, yakni ambil perhatian. Kerana di sana adanya perintah perkara kebaikan yang perlu kamu lakukan atau ada larangan perkara buruk yang perlu kamu tinggalkan!
    Seruan & perintah untuk hukum-hakam ini hanya untuk orang yang beriman kerana hanya orang yang beriman akan dengar & akur perintah Allah ini!
  1. Seruan ini kerana Allah SWT mahu mengajar adab agar orang mukmin jangan menggunakan perkataan ini apabila bercakap dengan Rasulullah SAW. Ini kerana ia juga mempunyai banyak makna.
  1. Biasanya para sahabat Rasulullah SAW apabila bercakap dengan Rasulullah SAW mereka akan menggunakan perkataan: “raaina” { رَٰعِنَا} ini yang bermaksud agar tuan ambil perhatian & meraikan pendapat ini! “li” Tetapi yahudi telah guna perkataan ini dengan dialek bahasa mereka yang membawa maksud menghina & memerli Rasulullah SAW.
  1. Kerana itu Allah SWT melarang orang Islam daripada menggunakan perkataan tersebut & menggantikannya dengan perkataan lain iaitu { ٱنظُرْنَا}- dengan makan lihatlah, ambil perhatian & cakna kepada kami.
    Ini sangat penting dalam percakapan kita agar orang tidak salah gunanya untuk memerli, menghina, menjatuhkan orang!
  1. Islam melarang guna perkataan ini kerana yahudi menggunakan perkataan ini untuk menghina Rasulullah SAW!
    Dimanipulasi oleh yahudi untuk memerli Rasulullah SAW!
    Walaupun orang Islam tidak ada niat untuk menghina & maksudnya lain tetapi eloklah kita jangan guna kerana takut orang salah faham atau memutar-belitnya nanti!
  1. Allah SWT menjaga orang beriman daripada perkara buruk atau digunakan oleh musuh Islam untuk menjatuhkan Islam sendiri.
    Lalu Allah ajar untuk menggunakan perkataan yang tidak mempunyai lain yang buruk agat tidak terperangkap dengan permainan yahudi & kafir ini!
  1. Kemudian Allah SWT perintahkan supaya orang beriman mendengar {وَٱسْمَعُوا۟} segala perintah Allah.
    Dengar, perkenan, terima, taat & buatnya, bukan sekadar dengar seperti lembu kenyang!
    Jadilah lembu lapar yang apabila dipanggil terus bangun & datang!
  1. Serta amaran dari Allah bahawa bagi orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya!
    Dalam Al-Quran ini Allah gunakan perkataan orang kafir bagi orang bukan Islam, memang sifat mereka.
    Tetapi jika secara berdepan, tukarlan guna perkataan yang baik & bertoleransi supaya tidak berlaku huru-hara dalam masyarakat.
  1. Firman Allah SWT juga tentang isu ini:
    {Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”.} (An-Nisaa’ 4:46)

AYAT 105- {ORANG-ORANG KAFIR DARI AHLI KITAB, DAN JUGA DARI ORANG-ORANG MUSYRIK, TIDAK SUKA KIRANYA DITURUNKAN KEPADA KAMU SEDIKIT DARI KEBAIKAN (ATAU WAHYU) DARI TUHAN KAMU PADAHAL ALLAH BERHAK MENENTUKAN RAHMATNYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA; DAN ALLAH (JUALAH YANG) MEMPUNYAI LIMPAH KURNIA YANG AMAT BESAR.} (AL-BAQARAH 2:105)

  1. Orang-orang kafir sama ada dari ahli Kitab & musyrikin (kafir yang tidak ada kitab seperti Quraisy & penyembah selain dari Allah) mereka amat tidak suka apabila turun ayat-ayat Al-Quran dari Allah!
  1. Ini kerana ia akan mencela perbuatan mereka yang syirik & tidak beriman kepada Allah, wahyu itu adalah kebenaran yang bertentangan dengan kepercayaan & perbuatan mereka!
  1. Sedangkan ayat Al-Quran itu adalah hak istimewa bagi orang yang beriman kepada Allah & Rasulullah SAW, rahmat dari Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya!
  1. Yakni orang kafir sangat tidak suka jika orang mukmin mendapat kebaikan!
    Tetapi mereka suka atau tidak Allah telah pilih siapa yang akan mendapat kebaikan itu!
  1. Pilihan pertama itu ialah Allah SWT telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir, yang dari kalangan bangsa Arab Quraisy yang datang dari jalur Nabi Ibrahim AS.
    Sedang mereka mengharapkan Nabi akhir zaman adalah dari golongan yahudi, maka ini telah menjadi punca sakit hati & hasad dalam diri yahudi yang berpanjangan walaupun mereka tahu akan kebenaran Baginda SAW!
  1. Kebangkitan Rasulullah SAW adalah satu rahmatan lil-alamin!
    Bagi orang Islam, bukan Islam & hatta haiwan serta makhluk lain mendapat rahmatnya!
    Ini kerana umat Muhammad SAW tidak akan dibinasakan secara total atas dunia ini, bukan seperti kaum nabi-nabi terdahulu yang dibinasakan di hadapan mata nabi mereka!
    seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Musa dan lain-lain.
  1. Kemudian Allah pilih umat Nabi Muhammad SAW ini adalah umat yang terbaik. Iaitu:
    i- Rasulullah SAW kata generasi yang pertama & terbaik ialah mereka yang sempat hidup & bersahabat dengan Rasulullah SAW.

    ii- Kemudian mereka yang datang selepasnya iaitu para tabi’in yang bersahabat dengan para sahabat ini & mencintai mereka yang sebelumnya.

    iii- Kemudian semua orang Islam yang mengikut Sunnah Nabi SAW!
    Ya Allah jadikan kami umat akhir zaman yang mencintai Al-Quran, mencintai Rasulullah SAW, mencintai para salafus-soleh yang dicintai Allah & Rasulullah SAW!
    Jika tidak siapa kita, yang datang pada akhir zaman jika tidak mahu ikut yang awal.

    Kata Imam Malik RHM : “لن يُصلِحَ آخرَ هذه الأمة إلا ما أصلَحَ أولَها” “Tidak akan elok bagi akhir umat ini kecuali apa yang elok bagi umat terdahulu”.
    Tiba-tiba kita nak tukar atau ubah perjalanan agama atau ajaran yang baru; siapalah kita yang datang terkemudian ini!
  1. Kemudian Allah kata lagi: {Dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.} Iaitu Allah SWT telah memberi anugerah pemberian yang amat banyak, luas & besar!
  1. Antara pemberian itu ialah sebagaimana firman Allah SWT :
    {Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.} (An-Nisaa’ 4:113)
  1. Ini sangat penting dalam menerima anugerah Allah SWT jangan menyangka hanya kita yang baik sedangkan kita tak buat apapun.
    Kita wajib kembali kepada Allah, ingatlah Rasulullah SAW dihantar untuk menyempurnakan akhlak mulia umatnya, jadi tanpa akhlak kita akan jadi manusia yang tidak ada nilai di sisi Allah Azza wa Jalla.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 104- {Wahai orang-orang yang beriman!}- Allah mula ayat ini dengan seruan & panggilan khas buat orang beriman, bagi membantu orang beriman menerima, mendengar & mengikut seruan selepas itu. Ini adalah seruan yang pertama kepada orang beriman dalam al-Quran & terdapat 88 semuanya seruan {Wahai orang-orang yang beriman- يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ!}-

    Di dalam Al-Quran.
    Kata ulama’ tafsir, Sheikh Abu Hayyan RHM, dalam ayat ini terdapat beberapa isu yang menarik :
    i- Allah mulakan dengan seruan.

    ii- Nak isbatkan sifat orang beriman.

    iii- Allah ajar adab berinteraksi, guna bahasa yang baik & mudah difahami, penggunaan bahasa yang lembut tapi menarik perhatian.

    iv- Larangan guna perkataan yang boleh timbulkan salah faham & keraguan.

    v- Nyatakan dan jelaskan maksud sebenar agar tidak timbul salah faham.

    vi- Jangan langgar apa yang telah disebutkan Allah. Jika tidak kamu akan diazab.
    Ini supaya kita tahu apa kita nak buat, apa kita nak cakap agar orang faham & jelas.
    Bahayanya ayat atau percakapan yang tidak jelas agar tidak menimbulkan salah faham, masyarakat tidak keliru & boleh menjadi modal untuk musuh gunakan.
    Sekarang ini tersebar wassap berantai di kalangan masyarakat, nak bela Palestin kena baca 250 juta kali surah Al-Fiil.
    Jangan percaya dan jangan disebarkannya, kerana tidak ada sandaran dari mana ulama’ mu’k’tabar, lebih-lebih lagi dari Rasulullah SAW!
    Nabi SAW ajar kepada kita apabila berlaku bencana begini, kita berdoa, beristighfar, baca qunut nazilah, bagi sedekah, infaq sumbangan dalam apa jua bentuk yang mampu!
    Sebelum ini sudah tersebar surat berantai yang mana kita kena fotostat &hantarkannya semula kepada orang lain pula dengan bilangan tertentu.
    Maka nasihat AAM jika terimanya terus padamkan jangan share & sebar forward, wallahu a’lam!
  1. Ayat 104- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”,}-

    Dalam ayat ini juga Allah ajar kita untuk beradab dengan Nabi kita Rasulullah SAW.
    Panggil nabi dan rasul kita dengan panggilan beradab, nabi Muhammad SAW bukan panggil gelaran seperti kawan-kawan kita apatah lagi panggilan yang buruk.
    Kena guna bahasa yang sopan, hormat & beradab dengan Rasulullah SAW
    Serta dalam masa yang sama jangan melampau iaitu ghuluw dalam memuja & memuliakannya sebagaimana setengah umat sebelum ini sehingga menyamakan nabi itu dengan Tuhan dan seumpamanya.

    Bahkan Rasulullah SAW telah berpesan & melarang dalam sabdanya:
    Daripada Ibnu Abbas RA yang berkata beliau pernah mendengar Umar RA berkata di atas mimbar: Saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
    Maksudnya: “Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibnu Maryam (Nabi Isa AS), sebaliknya aku hanyalah hamba-Nya. Maka kamu sebutlah (kepada ku) Hamba Allah dan Rasul-Nya.” [HR Bukhari].

    Kena beradab dengan Nabi kita, Rasulullah SAW! Gunakan perkataan & panggilan yang sopan & mulia sebagai penghormatan kepada Baginda SAW.
    Tetapi juga jangan melampau & ghuluw sehingga hampir menyamakan Baginda dengan Tuhan!
    Hati-hati jangan sampai menggunakan perkataan yang boleh mengelirukan terhadap Rasulullah SAW seperti hanya pada kamulah tempat kami meminta atau pergantungan, minta Nabi ampun dosa dan lain-lain kena guna bahasa yang jelas jangan guna perkataan yang boleh menjadikan melampaui & ghuluw.
    Jika tidak ia akan termasuk dalam tidak beradab kepada Rasulullah SAW kerana terlampau dalam memuji Nabi SAW
  1. Ayat 104- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, }-

    Ayat ini mengajar kepada kita bahawa sesiapa yang beriman, mereka adalah orang yang berakhlak.

    Kata ulama’ tadabbur : Siapa yang beriman dia kena berakhlak.
    Adab kita ini ada tiga:
    i- Adab dengan Allah, tauhid jangan syirik.

    iii- Adab dengan Rasulullah SAW ikut Sunnah Baginda bukan buat bid’ah.

    iii- Adab sesama manusia pertama sekali dengan ibu bapa, sama ada yang masih hidup atau sudah mati, kaum kerabat yang terdekat & serta sesama manusia umumnya.
    Jika kamu beriman kamulah orang yang betul-betul jaga ibu bapanya.
    Sejak dari lahir kita mendapat manfaat yang besar dari mereka, mereka jaga kita ketika kita tidak berdaya & sehingga kita besar mereka beri yang terbaik!
    Apabila ibu bapa tua mereka pula lemah & ada yang sakit. Ketika itulah ujian yang Allah nak beri kepada anak-anak, siapa di kalangan kita yang ikhlas berkhidmat!

    Perumpaan ahli fikir : “Jadikan ibu bapa kamu seperti bola ragbi; bukan seperti bola golf!”
    Bola ragbi semua orang berebut nak dapatkannya. ambil & dakap.
    Bola golf dipukul jauh-jauh sehingga tidak dapat diambil lagi!
    Na’uzubillah, kita minta berlindung dengan Allah SWT dari anak-anak yang tidak baik.

    Jika masih ada ibu bapa itulah peluang untuk kita meraih pahala & berkhidmat kepada mereka.
    Jika mereka sudah tiada kita berbakti kepada mereka dengan sentiasa mendoakan mereka, beristighfar, banyakkan sedekah semoga mereka tenang & aman di alam sana.
    Begitulah Allah SWT mengajar kepada kita adab dalam perbuatan, perkataan & akhlak.
    Tanpanya kita tidak beriman dengan iman yang sebenar!
    Kata ulama’ orang yang beriman tidak akan bohong dalam semua perkara. المؤمن لا يكذب!
  1. Ayat 105- {Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar}-

    Allah SWT pilih dari kalangan hamba-Nya siapa yang Dia mahu beri nikmat & kelebihan yang tinggi!
    Maka Allah SWT pilih Rasulullah SAW yang pertamanya, dipilih para sahabat yang kedua, kemudian dipilih orang yang beriman sehingga ke hari Kiamat sebagai golongan yang ketiga!
    Semoga kita termasuk dalam orang yang dirahmati-Nya bersama para Nabi, para sahabat, syuhada’ & siddiqin!

    Ya Allah kami berdoa dengan nama-Mu yang indah & sifat-Mu yang mulia, curahkan rahmat & redha-Mu kepada kami, kepada kedua ibu bapa kami & semua orang yang beriman!
    Pilihlah kami di atas dunia ini sebagai hamba-Mu yang beriman, yang soleh, yang cintakan Allah, cintakan Nabi & cintakan orang-orang yang beriman.
    Cintakan kepada amal soleh & bencikan benda maksiat & mungkar.
    Serta matikan kami dalam husnul-khatimah.
    Curahkan rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami & seluruh keluarga dan orang yang kami sayangi, tanpa rahmat-Mu hidup kami akan terumbang-ambing, tanpa rahmat-Mu kami tidak akan sampai ke syurga-Mu!
  1. Ayat 105- {Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu.}-

    Orang kafir & ahli kitab dari kalangan yahudi & nasrani amat tidak suka sekiranya orang Islam mendapat kebaikan dari Tuhan!
    Dalam ayat ini sekali lagi Allah SWT beri peringatan supaya orang mukmin berhati-hati dengan sikap orang kafir, yahudi & nasrani.
    Jadikan orang yang menentang Islam sebagai musuh kamu dalam aqidah & tauhid!
    Bertoleransi pada perkara yang berpatutan sahaja.
    Jangan kita berkasih sayang dengan mereka lebih daripada kadar yang dibenarkan Allah!
    Toleransi dalam masalah lain seperti hubungan, budaya & muamalat boleh, tetapi toleransi dalam agama iaitu tauhid & aqidah tidak sama sekali!
    Toleransi dalam beragama iaitu kamu kafir boleh mengamalkan agama yang kamu pilih dalam negara kita ini, tetapi agama kita tidak sama- hanya agama Islam yang diterima Allah SWT menjamin keamanan dunia akhirat.

    Hati-hatilah kita, yahudi & nasrani tidak akan diam, mereka sekali-kali tidak akan redha dengan agama kamu, mereka akan sentiasa mencari ruang & peluang untuk memesongkan kamu & menjatuhkan Islam.
    Jka kita nak berkawan dengan bukan Islam, pilihlah mereka yang bukan terang-terangan menentang, yang asyik nak serang Islam & buat benda tak baik, atau ahli Kitab yang bahaya!

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.

Powered by BetterDocs