KUASA ALLAH SWT MENUMBUHKAN TUMBUHAN, MENUKAR MALAM SIANG & BINTANG SEBAGAI PEDOMAN.
Full video : https://youtu.be/JJYQ669o1OE?si=jMfud_7P2xfbu-AK
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-An’am ini dengan ayat 95 sehingga 97.
- Dalam siri ini Allah SWT menceritakan tentang kuasa Allah SWT yang jelas di depan mata manusia.
Ada beberapa benda yang Allah tunjukkan untuk perhati tengok; iaitu menumbuhkan tumbuhan, menghidupkan yang mati dan sebaliknya.
- Allah juga berkuasa menukar malam siang yang silih berganti, matahari & bulan beredar di tempat (paksinya) masing-masing.
- Kemudian Allah jadikan bintang sebagai pedoman bagi manusia.
Semua ini menunjukkan tanda keagungan & kekuasaan Allah SWT bagi orang yang mengetahui tentang adanya Allah SWT.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT sebut tentang tauhid kepada Allah dan mengisbatkan kenabian.
ii- Maka datang ayat ini Allah ulang balik menyebut beberapa dalil yang menunjukkan adanya Pencipta, sempurnanya kuasa & hikmah kebijaksanaan Allah SWT.
Ini untuk memberi peringatan kepada manusia bahawa kita kena guna semua dalil aqli & naqli untuk mengenali zat & sifat Allah SWT. yang ada di depan mata kita.
Dalil naqli: dari al-Quran & Sunnah.
Dalil aqli yang dapat kita lihat & fikir dengan akal.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 95- {SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MEMBELAH (MENUMBUHKAN) BUTIR (TUMBUH-TUMBUHAN) DAN BIJI (BUAH-BUAHAN). IA MENGELUARKAN YANG HIDUP DARI YANG MATI, DAN MENGELUARKAN YANG MATI DARI YANG HIDUP. YANG SEDEMIKIAN ITU KEKUASAANNYA IALAH ALLAH. MAKA BAGAIMANAKAH KAMU DIPALINGKAN DARI MENYEMBAHNYA (OLEH BENDA-BENDA YANG KAMU JADIKAN SEKUTUNYA)?} (AL-AN’AM 6:95)
- Tuhan yang berhak kita sembah kita puja & puji hanyalah Allah SWT yang Esa.
Siapakah Allah itu?
- Iaitu Allah, Dia yang menumbuhkan butir tumbuhan jenis bijirin & tidak berkayu {ٱلْحَبِّ} seperti gandum, padi, barli dan lain-lain serta pokok jenis berbuah dan pokok berkayu {وَٱلنَّوَىٰ} buah kayu seperti tamar, durian, rambutan dan lain-lain.
Allah pecahkan bijinya (biji benih) lalu keluar anak pokok yang tumbuh membesar.
Daripada yang mati keluar yang hidup, daripada yang hidup kepada mati.
Jadi sebagaimana Allah tumbuhkan benih-benih ini demikianlah Allah SWT hidupkan kita kembali di Akhirat kelak selepas kematian kita dengan senang saja.
- Allah sebut bawa perbandingan ini kerana ia berlaku di depan mata kita, yang kita boleh lihat setiap hari.
Maka sesiapa yang percaya maka dia yakin dengan kekuasaan Allah menghidupkan balik manusia selepas mereka mati.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
Maksudnya:
{(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Dan taman-taman yang menghijau subur,
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.} (‘Abasa 80: 24-32)
- Begitulah Allah keluarkan yang hidup daripada yang mati- {Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati}.
Seperti menumbuhkan pokok dari biji benih yang sudah mati juga mencipta manusia daripada mati (tiada) kepada hidup.
Manusia daripada air mani, ayam daripada telur dan semua makhluk yang lain!
- Begitu juga sebaliknya {… dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.}- dari yang hidup yang kepada mati seperti ayam mengeluarkan telur, pokok yang hidup mati, manusia yang hidup mati akhirnya atas dunia ini.
Siapakah yang pencipta semua ini?
Pastilah hanya Allah Pencipta kita yang menghidupkan yang mati kepada hidup.
Dengan kuasa Allah lah kita hidup atas dunia ini maka Dia-lah yang layak disembah.
- Begitu juga maksudnya secara maknawi; keluar yang hidup daripada yang mati ini ialah seperti daripada ibu bapa yang kafir lahir anak yang muslim dan beriman!
Daripada hati yang mati (kafir) kepada anak yang hidup hatinya (mukmin).
Ini seperti Abu Jahal dan anaknya yang beriman Ikrimah RA.
- Atau ada juga dari yang hidup kepada yang mati, daripada ibu bapa yang muslim lahir anak yang kafir seperti anak Nabi Nuh AS yang dikatakan bernama Kan’an.
Yang tidak mahu beriman & menerima panggilan bapanya Nabi Nuh, lalu ia termasuk dalam golongan yang tenggelam.
- Apabila kita baca ayat ini kita gerun & takut. Bapa yang soleh tidak semesti anaknya juga baik!
Maka apa usaha kita, didiklah sebaik mungkin & sentiasa berdoa kepada Allah agar jaga kita & zuriat kita!
- Ini semua adalah tanda kekuasaan Allah di bawah iaitu di bumi.
Kamu sudah lihat sendiri dengan mata kepala kamu tetapi kenapa kamu masih lari, berpaling tidak mahu beriman????
Ini adalah ayat tempelak untuk orang yang tidak menggunakan akal untuk berfikir tentang tanda kekuasaan Allah SWT.
AYAT96- {ALLAH JUALAH YANG MEMBELAH CAHAYA SUBUH (YANG MENYINGSINGKAN FAJAR), DAN YANG MENJADIKAN MALAM UNTUK TINGGAL BEREHAT, DAN MENJADIKAN MATAHARI DAN BULAN UNTUK MENGIRA WAKTU (MENURUT PEREDARANNYA). YANG DEMIKIAN ITU ADALAH KUASA PENENTUAN ALLAH YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGETAHUI.} (AL-AN’AM 6:96)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan hikmah & kekuasaan-Nya dengan menumbuhkan pokok-pokok dengan segala jenisnya, menghidupkan yang mati.
Ini adalah dalil-dalil tanda kekuasaan Allah di bumi.
ii- Datang ayat ini membawa tanda yang lebih besar iaitu tanda di langit.
Ini kerana pecahnya malam dengan siang lebih besar daripada pecahnya biji benih.
Ini kerana tanda yang besar, lebih besar kesannya dan melekat di jiwa manusia.
- Iaitu Allah membelah malam dengan fajar sadiq yang datang membawa cahaya sedikit demi sedikit.
Ia juga membawa tanda masuknya waktu solat subuh.
Fajar itu ada dua:
i- Fajar kazib : Ia adalah cahaya yang menegak- belum masuk waktu subuh.
ii- Fajar sadiq : Keluar cahaya dengan melintang, ini menandakan masuknya waktu subuh.
- Allah juga menjadikan malam untuk tinggal berehat, siang pula untuk mencari rezeki kehidupan.
Itulah fitrah sebenar kehidupan manusia, bukan sebaliknya.
Tetapi manusia hari ini sudah melawan tabi’i, malam sudah menjadi siang; kedai makan ada yang buka 24 jam, apatah lagi kelab hiburan maksiat.
- Firman Allah SWT:
{Katakanlah: “Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?”
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?”
Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.} (Al-Qasas 28: 71-73)
- Kita kena fikirlah betapa jika siang tiada malam macamana kita nak berehat?
Tetapi dengan kuasa Allah juga ada beberapa tempat di dunia ini yang menerima cahaya matahari lebih panjang.
Di mana matahari tidak terbenam selama beberapa hari berturut-turut dan ada juga yang hingga berbulan-bulan lamanya.
Iaitu dalam negara yang berada di utara bumi atau di bulatan Artik seperti Norway, Islandia, Kanada, Finland, Alaska, Sweden, dan Greenland.
Maka ulama’ mereka perlu kiralah waktu solat & tempoh puasa untuk umat Islamnya.
Wallahu a’lam.
- Allah juga yang menjadikan matahari dan bulan:
i- Saling bergerak silih berganti tanpa berlaku eksiden pertembungan antara mereka.
Ini menunjukkan kekuasaan Allah yang amat hebat!
ii- Ia juga dijadikan untuk mengira waktu menurut peredarannya.
Iaitu menjadi penghitung kehidupan kita- hari ini hari Isnin, sekarang jam berapa, bulan ini bulan Jumadil-Awal dan seterusnya.
- Dengan adanya matahari & bulan ini jugalah umur kita bertambah.
Di dalam syurga dua ini tiada maka umur kita tidak bertambah.
Umur kita hanya terhenti setakat 30 tahun dan kita tidak akan menua lagi.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).} (Yunus 10:5)
- Allah tutup ayat ini dengan menyatakan bahawa yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui! Matahari dan bulan, siang dan malam berjalan silih berganti dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tiada siapa boleh tetap & ubah.
- Ahli Falak & ahli meteorlogi kaji cuaca tidak boleh tetapkan atau ubah cuaca.
Cuma Allah dedahkan sedikit rahsia, beri ilmu kepada mereka untuk mengira bila akan berlaku gerhana matahari atau bulan serta meramal (jangkaan) cuaca seperti hujan, angin dan lain-lain.
Tetapi kena ingat & sandarkan bahawa semuanya dengan kehendak dan izin Allah!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;}
(Yaa Siin 36: 37-38)
Hujung kedua ayatnya sama.
AYAT 97- {DAN DIA LAH YANG MENJADIKAN BINTANG-BINTANG BAGI KAMU SUPAYA KAMU BERPEDOMAN KEPADANYA DALAM KEGELAPAN (MALAM) DI DARAT DAN DI LAUT. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH JELASKAN TANDA-TANDA KEBESARAN (KAMI) SATU PERSATU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGETAHUI.} (AL-AN’AM 6:97)
- Allah menjadikan bintang di langit sebagai pedoman bagi kamu dalam gelap dan dalam musafir.
Dijadikan pedoman penunjuk arah dalam perjalanan sama ada di laut atau di padang pasir.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.} (Al-Nahl 16:16)
- Tetapi jangan jadikan bintang itu sebagai alat tilik nasib, ramalan bintang berdasarkan zodiak, orang yang main ilmu bintang untuk meramal & tilik nasib dan seumpamanya ini adalah salah.
- Allah kata Dia sudah jelaskan dengan nyata segala jenis tanda-tanda kebesaran-Nya satu persatu: tumbuhnya biji benih, malam dan siang, matahari, bulan dan bintang!
- Semua ini untuk menjadi dalil tanda-tanda kebesaran, keagungan & kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.
Iaitu mengetahui kebenaran Allah. Tetapi orang yang tengok saja keagungan Allah tidak beriman; itulah manusia yang rugi & celaka atas dunia ini.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 95- {Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan).}-
Allah yang pecahkan bijiran dan butir untuk menumbuhkan pokok darinya.
Ulama’ tadabbur kata : Kita lihat kepada segala ciptaan yang indah atas dunia ini sama ada yang besar atau kecil; semua ini untuk menguatkan keimanan & keyakinan kita kepada Allah SWT sebagai Pencipta, Penguasa dan Pentadbir alam ini.
Kerana itu Allah gunakan di awal ayat, perkataan ta’kid penguat bagi ayat ini: {إِنَّ ٱللَّهَ}- {Sesungguhnya Allah}! untuk menta’kidkan bagi orang yang ingkar tidak percaya.
Kerana kita orang yang beriman akan percaya tetapi tidak mereka.
- Ayat 95- {Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan).}-
Allah sebut dalam ayat ini bahawa Dia yang menumbuhkan {ٱلْحَبِّ وَٱلنَّوَىٰ} iaitu:
i- Benih dari bijiran; pokok kecil & tidak berkayu {ٱلْحَبِّٰ}.
ii- Benih dari buahan iaitu pokok besar & berkayu {وَٱلنَّوَىٰ}.
Yakni Allah sebut tumbuhan bijiran dulu baru pokok buah-buahan yang besar.
Dalam ayat lain Allah juga berfirman:
{Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus {حَبًّۭا مُّتَرَاكِبًۭا}; dan dari pohon-pohon tamar (kurma) {وَمِنَ ٱلنَّخْلِ}, dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah…} (Al-An’am 6:95)
Yakni Allah sebut bijiran dulu sebelum pokok besar berkayu.
Ulama’ tadabbur kata : Allah sebut bijiran yang kecil dulu daripada pokok yang besar kerana:
i- Bijiran seperti sayur-sayuran, rumput rampai ini lebih cepat tumbuhnya berbanding pokok kayu.
ii- Ia juga adalah makanan asas kepada manusia & haiwan.
Jadi Allah bawa contoh yang lebih cepat dapat dilihat & lebih banyak manfaatnya kepada manusia.
Beras dan gandum dimakan hari-hari tetapi durian & rambutan jarang-jarang sekali hanya pada musimnya.
Kemudian Allah sebut Dia juga keluarkan yang hidup daripada yang mati:
i- Contoh fizikal yang ada di depan mata kita seperti tumbuhan.
ii- Dari sudut maknawi : Orang kafir anaknya Islam atau sebalik anak orang Islam menjadi kafir, na’uzu billah!
- Ayat 96- {Allah jualah Yang membelah cahaya subuh….}-
Allah memecahkan kegelapan malam dengan cahaya subuh.
Sedikit demi sedikit hilang kegelapan diganti dengan cahaya kecerahan.
Dalam ayat 96 ini ada tiga dalil dari atas atau falakiyyah:
i- Terbelahnya malam dengan kehadiran cahaya siang.
ii- Allah jadikan malam itu untuk manusia berehat & beribadat.
iii- Allah jadikan matahari & bulan senang tanda keagungan yang besar.
Maka hanya orang yang buta mata hati saja yang tidak nampaknya.
Yang lain insya’ Allah nampak!
Semua perjalanan makhluk ini, ketentuan dan susun aturnya datang dari Allah SWT:
i- Yang Maha Kuasa. maka sesiapa yang langgar dia derhaka & akan masuk neraka.
ii- Lagi Maha Mengetahui segala yang berlaku. Demikianlah bila ada contoh-contoh yang besar Allah akan bawa dua sifat-Nya ini di dalam ayat tersebut.
- Ayat 96- {… dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat..}-
Allah menjadikan malam itu untuk manusia berehat.
Allah kata Dia menjadikan {وَجَعَلَ} kerana gelap itu sebenarnya tiada tetapi apabila tiada cahaya secara lansung, automatik ia menjadi gelap.
Kuasa Allah menghilangkan cahaya menjadikan bumi ini gelap.
{… dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya).
Perjalanan matahari dan bulan pula supaya:
i- Kita sedar akan bertambahnya umur kita, semakin sehari semakin dekat dengan kubur.
ii- Serta untuk mengira waktu.
{… Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman}-
Disyariatkan kita untuk belajar ilmu pergerakan bintang untuk mengetahui jalan.
Sebagai pedoman dan panduan perjalanan sama ada di darat atau di laut.
Tetapi ilmu nujum guna bintang, untuk meramal nasib, menilik sifat dan lain-lain yang karut marut itu haram.
Seperti kapal di tengah lautan yang luas, jika tanpa alat gadjet, gps dan lainya mereka menggunakan pedoman dengan bintang.
- Ayat 97- {… Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.}-
Allah sudah jelaskan tanda-tandanya.
Hanya orang yang mengetahui akan dapat melihat dengan jelas semua tanda-tanda ini!
Allah sudah katakan orang yang akan mendapat manfaat dengan al-Quran ini ialah orang yang tahu, takut, yang bertaqwa & yang faham dan sentiasa berfikir!
Firman Allah SWT:
{Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azab-Ku.} (Qaaf 50:45)
Ya Allah jadikan kami dari kalangan hamba-Mu yang bertaqwa, yang sentiasa berfikir & berzikir, yang sentiasa takut kepada Allah supaya akan mendapat manfaat daripada al-Quran yang kita baca ini.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir ringkas kita untuk hari ini.
Semoga memberi manfaat & faedah dunia Akhirat.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.